+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, May 19, 2009

Gula-Gula Hacks.

Pada suatu hari..

Saya: Mamak, semua berapa?

Mamak: Empat ringgit, sepuluh sen.

Saya: Nah, empat ringgit dan Dua bijik gula-gula hacks.

Mamak: Ayyo miss, mana boleh ini macam. Mana ada orang bayar pakai gula-gula.

Saya: Habis semalam lu bagi balance 10 sen kat gua pakai gula-gula hacks boleh plak?


Saya blah. Mamak tu pening. Hahaha…(Bukan kisah sebenar..^_^ )


Assalamualaikum wbt...Agak-agak, jika anda adalah mamak berkenaan, dan situasi tersebut benar-benar berlaku terhadap anda, apa kemungkinan reaksi anda? hehehe..simpan jawapannya. You know yourself better than others..^_^

Sungguh, saya percaya, apa yang kita beri, itulah yang akan kita dapat kembali. “What u give, u get back”.Jika kita pernah menyakiti hati insan lain, jangan pula apabila suatu hari nanti, bila kita pula disakiti, kita melenting, mengamuk dan marah-marah. Seeloknya, apa yang terbaik harus kita lakukan adalah periksa diri sendiri, muhasabah diri dan imbas kembali, adakah mungkin dalam diri kita atau pada masa yang sudah, kita ada melakukan kesilapan samada kita sengaja ataupun tidak. Tambahan pula..Allah itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Kiri kanan kita sentiasa ada dua malaikat yang setia mencatit dan di alam akhirat kelak, syurga dan pahala sedang bersedia menanti kita. Mahu ke neraka atau ke syurga? Tepuk dada, tanya iman..^_^

Dua jari menunding ke arah orang lain, sedangkan 3 jari lagi menunding ke arah kita, oleh itu, sebelum menuduh atau menyalahkan orang lain maka adalah lebih elok sekiranya kita bermuhasabah terlebih dahulu.

Semua orang mahu dihormati dan dihargai. Oleh itu, jika kita mahu dihormati dan dihargai, maka kita terlebih dahulu hendaklah menghormati dan menghargai insan lain. Begitu juga dengan keikhlasan, jika kita mahu sahabat kita ikhlas dengan kita, apa yang perlu kita lakukan adalah ikhlaskan diri kita terlebih dahulu. Ikhlas dalam bersahabat. Ikhlas dalam bantu membantu. Ikhlas dalam memberi. Ikhlas dalam mendengar dan meminjamkan bahu.

Jangan sekali-kali menyimpan hasrat yang tidak baik, kerana walaupun keikhlasan itu tidak mudah di lihat, umpama semut hitam di atas batu hitam di malam yang gelap, tetapi ingat, hati yang jernih dan bersih pasti dapat melihat dan merasainya. Dan ingat juga, Allah itu Maha Mengetahui. Tiada keikhlasan adalah umpama kita menipu diri sendiri, orang yang luka tapi kelak kita yang berdarah.

Lumrah kehidupan seorang remaja, selalunya ingin berteman dan punyai ramai sahabat. Biasanya, makin ramai sahabat, pelbagai masalah pula yang timbul. Banyak yang merungut dan mengadu tentang sahabat masing-masing, kecewa, marah, bengang, keliru, serba salah, sedih dan macam-macam lagi. Namun begitu, common sense kuat mengatakan, bukan sahabat mereka yang bermasalah tapi sebaliknya, dirinya sendiri yang bermasalah.

Kenapa begitu?

Bukan niat saya ingin menuduh atau berprasangka. Tapi logiknya, jika kita seorang sahabat yang baik, pemaaf, ikhlas dan sabar, pastinya masalah-masalah itu sedikitpun tidak mampu memberi apa-apa kesan kepada kita. Formula saya mudah dalam bersahabat..

"Jika mereka susah untuk memahami aku, maka aku hendaklah berusaha lebih sedikit untuk memahami mereka."

Masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kambing mengembek. Kita harus tahu membawa diri dan sesuaikan diri kita dengan sikap kawan kita. Jangan sampai hipokrit. Cukup sekadar, bila kita tahu sahabat kita suka bercerita, maka pinjamlah telinga ini untuknya. Cukup sekadar, bila kawan kita suka bercakap kasar, maka persiapkan diri untuk tidak mudah terasa setiap kali berhadapan dengannya.

Fahamilah, untuk mengubah dunia bukanlah suatu kerja yang mudah. Bukan senang untuk kita mengubah sikap kawan kita yang suka cemburu, irihati, hipokrit, menunjuk-nunjuk, suka mengata, dan macam-macam lagi kerenah. Kadang-kadang, ianya mustahil. Mampukah setitik dakwat menghitamkan seluruh lautan? Tidak. Tapi, setitik dakwat itu pasti mencukupi untuk menghitamkan secawan air. Lautan itu adalah sahabat dan masyarakat di sekeliling kita. Dan cawan itu adalah diri kita sendiri. Sebelum kita menyimpan hasrat untuk mengubah insan lain, adalah lebih adfhal sekiranya kita mengubah diri kita terlebih dahulu, kerana ia lebih mudah di lakukan dan hasilnya nanti pastilah bermanfaat untuk diri kita sendiri, insyaAllah.

Namun begitu, itu tidak bermakna kita harus diamkan terus segala salah silap sahabat kita. Amar makruf mesti seiring, usahalah setakat termampu dan selebihnya bertawakkal dan pasrahlah kepada Allah. Jangan kecewa jika kita tidak mampu meruntuhkan bukit, sebaliknya bersyukurlah sekiranya kita sudah berjaya menarah busut.

Dalam bersahabat, keikhlasan dan kejujuran itu perlu. Dalam memberi jangan mengharapkan balasan. Sentiasalah bersiap sedia untuk membantu sahabat yang dalam kesusahan. Jika tidak mampu membantu dari segi kewangan, adalah memadai dengan meminjamkan telinga untuk dia meluahkan segala masalah di hatinya. Satu lagi adab yang mesti dipegang dalam bersahabat adalah pandai menyimpan rahsia. Jangan sekali-kali membuka keaiban sahabat kita atau menjatuhkan maruah mereka. Menyimpan rahsia adalah amanah dan janganlah di khianati. Kelak, Tuhan juga akan memberi balasan kepada manusia yang gagal dalam memegang amanah.

Dalam bersahabat, kita hendaklah sentiasa saling memaafkan. Sebagai manusia yang normal, sesiapa sahaja pasti akan melakukan kesilapan oleh itu, kita hendaklah sentiasa bersedia untuk memaafkan. Kerana mungkin suatu hari nanti, kita juga bakal melakukan kesilapan yang serupa. Jangan sekali-kali menyimpan dendam permusuhan. Maafkanlah dan lupakan kejahatan mereka terhadap kita.. Selalulah mengingati kebaikan mereka terhadap kita. Pasti, hati kita juga tidak akan sakit dan sentiasa berasa bahagia. Moga Allah izinkan.

Sahabat datang dan pergi, namun, sahabat sejati tetap kekal sentiasa di hati. Berjauhan tidak semestinya tidak diingati.. tidak berhubung bertanya khabar tak bermakna dilupai. Ada dalam tiada. Tidak nampak tapi dapat merasai ketulusan seorang sahabat. Saya tidak takut sekiranya sahabat saya tidak menghubungi saya. Kerana saya tahu, saya adalah seorang sahabat yang tidak mudah untuk dilupai kerana saya bukanlah sahabat yang mudah melupai. Indahnya ukhuwah kerana Allah, bertemu tidak jemu dan berpisah tidak gelisah, insyaAllah, semoga perasaan ini akan sentiasa kekal dan berpanjangan.

Kepada semua sahabat saya, saya sangat menghargai dan menyayangi semuanya. Jika saya ada melakukan kesilapan, mohon diperbetulkan. Jika saya tersilap langkah, mohon ditunjukkan arah yang betul. Kerana saya juga hanyalah insan yang biasa.

Sekian dulu untuk kali ini, semoga bermanfaat untuk kita menempuhi hari-hari mendatang. Sayangi sahabat anda dan hargailah mereka. Walau di mana jua mereka berada, jangan sekali-kali memadamkan mereka terus dari kotak ingatan anda. Mereka yang pernah ketawa bersama kita. Mereka yang pernah menangis bersama kita. Lupakan sengketa dan hubungkan persaudaraan. Bila berkesempatan, hubungi sahabat anda sebagai tanda, mereka sentiasa di hati. Wassalam.

Saya sayang semua sahabat saya, thanx for being there..Moga Allah sentiasa merahmati ukhuwah yang terbina..InsyaAllah.

11 comments:

azwashamsuddin said...

“What u give, u get back” ~ paling suke ayt neh..hee~ :)

Lisam said...

to whitelover..bukankah itu lirik lagu...hee

sblm tu nak puji..
waaaaa..template baru...lawa
but there's sooo many things to be loaded..+ post yang pnjg & byk kat front page....^^,

baru masuk bab komen post..
kalo tengok kat gmbar tgn tu, sbnrnye 3 je jari tunjuk kat kite balik..kan22? kui3...

ok..daaa~

azwashamsuddin said...

haha..lisam check smpai ke gmbr tgn tuu~

AsNiza said...

whitelover..tu mmg lirik lagu..tp lupa dh apa nama ntah..ekekek

pakcik..eden tk perasan..hahah..mekasih tegur..satu orang, 3 kita...lagi satu tunnding ke atas, maksudnya?

jom muhasabah diri..^_^

AsNiza said...

yeay!! alhamdulillah whitelover..dah edit..2 ddepan 3 belakang, cmni okke, kan? ^_^

pakcik, kite share layout nak? kemas ckit ada read more...dh nk ambil then tetiba terinagt mcm pernah tgk somewhere...haih..lmabat lah..ekeke

Lisam said...

amik la akak..
akak ni dah la tulis pnjang, so better ada read more, baru la orang senang nak tgk previous post..
nanti saya tolong ejas pape yang patut..
sebab yang tu pun byk dah saya ejas kasik ok ckit..
besarkan dia punya body, dia punye widgets part tu..sebab yang asal agak kecik...

AsNiza said...

apa kata pakcik ajar akak cmne nak buat read more..(tolong buatkan ker...=D)

klu bleh nk layout putih, suci murni sejati tulus mulus..ekekek

p/s: mekasih pakcik. cayalah..

azzahra_solehah said...

wah, ade org editkn layout dia...pakcik, nk gak...

hehe...what u give, u get back...tp ade yg kite dh bg, dia xnk pulangkn balik...ape cite tu...hak3

AsNiza said...

huk3..tgh negotiate baru nih..lum diapprove oleh pakcik lg la masyitah_zahra..hehe

die tk pulangkan? tkpe...Allah bg ganjaran yg lebih berlipat2 kali ganda..^_^

azzahra_solehah said...

huu...negotiate habis2 kak...kikis semua kepakaran dari en. lisam tu...hee

Lisam said...

boleh je akak..
tapi kan, kalo nak buat read more tu, pakpis lg terer asenye..
blog sy tu mmg dah ade read more, xbuat pn, tp die dah providekan..
saya free malam, just buzz je kalo nak mitak tlg pape..
siang mmg dr pg sampai ptg ade kat kelas..penat wooo~

ni, kalo makngah nak template yg lawa2 & kemas, kelik sini ----> lalalala