Selesai bungkus makanan, saya balik ke rumah, sendirian. Teman serumah keluar bekerja dan seorang lagi ke rumah makciknya di Ampang. Masa untuk privasi. Saya membaca novel “If You Could See Me Now-Cecelia Ahern”. Beberapa helaian muka surat dibaca, kemudian saya terasa ingin makan nasi lemak yang di beli. Sambil makan air mata ini tiba-tiba mengalir laju, kemudian teresak-esak. Entah..
Saya teringatkan Arwah Ayah..Mungkin kerana bubur di kedai makan tadi telah menyebabkan saya rindu teramat kepada Ayah.
Ayah sudah kembali ke rahmatullah lebih dua tahun yang lepas. Dan saya juga bukan lagi seorang kanak-kanak. Tapi, tiap kali teringat pada arwah ayah, air mata ini mudah benar mengalir. Saya benar-benar rindukan Ayah. Sentiasa rindukan Ayah.
Ayah.
Ayah saya bernama Ibrahim Bin Abdullah. Dia membesar dengan penuh kesusahan. Arwah ibunya kembali ke rahmatullah sejak dia bayi. Arwah ayahnya bernikah lain dan hidup bersama ibu tiri menambah derita ayah. Ayah hidup berpindah randah dan akhirnya dia membesar bersama bapa saudaranya di Besut.
Mungkin kerana dia tidak pernah dimanjakan, dia tidak berapa reti memanjakan anak-anak. Saya anak ke dua, kami empat beradik. Kakak sulung saya 3 tahun lagi tua drpd saya. Adik lelaki saya muda setahun dari saya dan adik bongsu saya lebih muda 4 tahun dari saya. Kami bukan keluarga senang. Pekerjaan utama ibu dan ayah adalah menanam padi dan waktu itu, padi di tanam mengikut musim hujan, setahun sekali saja. Jadi, masa sengkang ayah bekerja kilang yang letaknya kira-kira 10 kilometer dari rumah. Berbasikal. Saya masih ingat, ayah masuk kerja jam 4 petang dan pulang jam 12 malam.
Ayah sangat garang. Terutama dengan kakak sulung dan adik lelaki ke-tiga. Ada saja yang tidak kena. Selalu sahaja mereka berdua di marahi. Malah pernah juga mereka dipukul. Berbeza dengan saya. Ayah melayan saya dengan baik sekali. Saya selalu didukung. Diajak bergurau dan bermain. Ayah benar-benar sayangkan saya. Kadang-kadang, jika saya menangis, kakak saya akan di marahi walaupun sebenarnya saya yang bersalah. Kerana ayah benar-benar sayangkan saya.
Saya memang anak emas ayah. Semenjak kecil, jarang benar saya di marahi, kecuali jika saya sendiri yang sengaja mencari masalah. Prinsip saya sejak kecil, yang salah tetap salah, yang benar tetap benar. Dan itu yang sentiasa saya tegakkan walaupun ia melibatkan ayah atau ibu sendiri. Kemiskinan juga sering menjadi punca pergaduhan ibu dan ayah, selalunya saya menjadi orang tengah antara mereka berdua. Mungkin kerana waktu itu, ayah mudah sejuk jika melihat saya. Agaknya..
Meningkat Dewasa.
Saya tinggalkan keluarga, ibu dan ayah setelah mendapat tawaran masuk ke MRSM tingkatan 4. Seminggu saya homesick menangis setiap hari di asrama. Sejak ke asrama, masa bersama ayah dan ibu semakin kurang. Selesai SPM, saya menetap dengan kakak di Kuala Lumpur. Setelah mendapat keputusan SPM, saya sambung pengajian ke Universiti. Masa bersama ayah semakin kurang.
Saya mengambil masa enam tahun untuk menamatkan pengajian di university, ayah juga mungkin sudah penat menunggu. Ayah saya disahkan menghidap penyakit stroke sejak saya tahun dua di university. Hari makin hari, kesihatan ayah kian teruk. Dia tidak lagi mampu berbuat kerja berat. Pernah sekali dia di kejarkan oleh ambulan ke hospital. Sesak nafas. Saya segera membeli tiket pulang ke kampong dari Johor ke Kelantan. Paginya saya sampai bertemu ayah, malamnya saya kembali ke university kerana ada ujian. Saya sayangkan ayah.
Detik-detik Terakhir.
Tamat pengajian, saya kembali ke kampong. Ingin luangkn lebih lama masa bersama ayah dan ibu. Dan sebenarnya waktu itu saya sudah merasakan sesuatu-seolah-olah waktu bersama ayah sudah hampir berakhir. Ayah memang sudah banyak berubah. Badannya kurus kering. Sayu saya melihat dia. Dia masih mampu berjalan dan menguruskan diri, namun sering sesak nafas dan sakit kepala, dia kelihatan begitu lemah.
Bilik saya bersebelah bilik ayah. Suatu petang ayah memanggil saya, “Za, tengok siapa kat belakang rumah” Dia berdiri di tingkap biliknya. Saya menjenguk dari tingkap bilik saya ke arah yang ditunjukkan. Tiada apa-apa. Arwah masik tidak berpuas hati dan yakin dia melihat seseorang. Jadi saya ke biliknya untuk melihat dari dekat. Tiada apa-apa. Namun ayah masih bersungguh-sungguh, yakin dengan apa yang dia nampak..”Betul, ada orang putih baju putih belakang pokok..” kata arwah ayah, yakin.
Melihat dia yakin, saya turun lalu pergi ke belakang rumah, tempat yang ditunjukkan. Ternyata tiada. Ayah masih tidak berpuas hati turut ke tempat itu. Kemudian dia tersenyum-senyum..”Ayah ngigau kot, tak de orang pun..” dia gelak dan saya pun turut gelak.
Saya ceritakan kepada ibu. Kami sama-sama gelak, tapi sebaliknya, jiran saya maklumkan, ibu risau dengan ‘peristiwa’ petang itu. Saya masih tidak dapat tangkap apa-apa.
Bubur Nasi.
Pernah suatu petang ayah tiada selera makan, dia mahu makan bubur nasi, lalu saya bersusah payah masakkan bubur nasi untuknya, ada lauk, ada sayur, supaya ayah kembali sihat. Penat saya memasak, saya menjemput arwah makan, namun dia menolak, katanya bukan bubur itu yang dia mahu, saya berkecil hati dan merajuk. Ayah tak sentuh langsung. Rupanya bubur yang dia inginkan adalah bubur nasi bersantan..Saya silap tapi memandangkan saya dah penat masak, banyak pula, saya tidak tunaikan permintaan arwah, hingga kini, saya sangat menyesalinya.
Setelah dua minggu di kampong, saya kembali ke rumah kakak saya. Seminggu saya di rumah kakak. Kemudian kakak dan keluarga balik bercuti di kampong. Saya ikut balik ke kampong sekali lagi. Seminggu kami di kampong..Ayah kelihatan ceria. Anak cucu ada di rumah menghiburkan hatinya. Setelah seminggu di kampong, kami kembali ke Kuala Lumpur.
Berita Sedih.
Seminggu di Kuala Lumpur, tiba-tiba kami dikejutkan panggilan oleh ibu jam 12 malam, “Ayah dah tiada”.Kakak menangis teresak-esak. Kemudian memaklumkn kepada saya. Lutut saya tiba-tiba terasa lemah. Saya jatuh terduduk.” Tipu, tipu..ayah ada lagi..” saya ulang berkali-kali. Air mata mengalir laju. Sukar menerima kenyataan itu. Beberapa ketika menangis tersedu-sedu, kakak bangkit bangun dan menyuruh saya mengemas, kakak menelefon adik kami yang tinggal di shah alam dan keramat. Untung ada abang ipar yang masih terkawal emosi.. Dia yang banyak membantu dan alhamdulillah dia mampu memandu.
Kami pulang satu kereta. Penuh. Kami keempat-empat beradik semuanya di dalam kereta itu. Dalam perjalanan pulang. Perjalanan mengambil masa lebih lapan jam tapi sedikit pun saya tak dapat lelapkan mata. Saya tidak dapat berhenti menangis. Bukan saya sahaja, kesemuanya teresak-esak bersahutan. Semuanya menangis. Saya tidak boleh berhenti menangis. Wajah ayah terbayang-bayang di fikiran saya. Tak dapat saya gambarkan, hidup ini tanpa ayah..Saya tak mungkin dapat melihat dia ketawa lagi, saya tak mungkin dapat melihat dia lagi...Hati saya benar-benar sedih.
Kami sampai kira-kira jam 10 pagi. Jiran-jiran ramai berkumpul. Kedua adik lelaki saya sempat memandikan jenazah, siap di kafankan, kami diizinkan mengucup arwah seorang demi seorang. Dan giliran saya yang terakhir, saya tidak mampu melakukannya kerana air mata ini terlalu mengalir laju, tidak mahu berhenti.
Kali Terakhir.
Lama saya melutut di tepi jenazah, cuba menyeka air mata seketika sebelum mengucup dahi jenazah, susahnya airmata ini hendak berhenti. Puas saya memaksa airmata ini supaya berhenti mengalir kemudian cepat-cepat saya mengucup dahi ayah kerana tidak ingin airmata ini jatuh ke jenazah, dan itulah kali terakhir saya menatap wajah ayah.
Semoga arwah ditempatkan di dalam golongan yang Allah kasihi, semoga Allah mencucuri rahmat buatnya..Semoga Allah mengampunkan segala dosa ayah..saya sayangkan ayah.
Dan kini, airmata masih tidak berhenti mengalir, basah baju saya sementara menyiapkan cerita tentang ayah..Semoga ayah di tempatkan di dalam golongan yang Allah kasihi. Saya anak ayah, saya sangat sayangkan ayah.
Ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku semasa aku masih kecil, amen ya rabbal alamin..

9 comments:
salam..
selalu jd silent reader jer..ari ni rasa nak komen sebab saya pun baru kehilangan sorang teman tersayang..moga org2 yg kita syg dipermudahkan urusan mereka di alam sana.. :)
salam ukhti,
moga arwah ditempatkan org2 yang soleh a...min.
tersentuh hati pabila mmbaca luahan ini.
ana doakan ukhti menjadi anak yang soleh buat ibu dan bapa ukhti ya : )
salam..
moga tabah menghadapi kehilangan insan tersyg...
"anak yang solehah mampu membantu ibu bapa ketika di alam kubur"
kita yang di muka bumi ini doakan lah yAng terbaik buat mereka.
AL-FATIHAH.
w'salam..
thnx to all..
sebenarnya, masa kakak saya gtau mak kol kata ayah dah xde..
mula2 tu saya tak nangis..saya cakap mak saya tipu jer kata gitu..=(
tak boleh terima kenyataan, macam tak percaya (or tknak percaya)
dariNya kite datang, kepadaNya kita kembali. =(
salam..
Akak memang tabah!semoga akak terus kuat dan redha menghadapi ujian-Nya ini..aminn..
walau hakikat itu sntiasa pahit utk d telan namun dgn kesabaran dan keikhlasan insyaALlah yg pahit dirasakan manis..
dunia ini sekadar persinggahan.Apabila tiba masanya kita jg akan 'pergi' menemui Pencipta kita.
Sama2 kita doakan semoga arwah d tempatkn d kalangan para solihin..aminn..
Cekalkan hatimu wahai kakakku!!Semoga terus bersemangat utk menempuh liku2 d dunia ini demi mencari kemanisan d akhirat nnt!InsyaALlah!
semangat!!!
Assalammualaikum...
Mga arwah ayah akak ditempatkan dkalangan roh org2 yg briman...
Reading this post made me go downstairs to check if my darling dad is still alive.
He was snoring...
Awfully glad..went back up and sent this comment...
salam..
btul 2..kita yg hidup nie pun akan merasai mati.
Moga Kak Az tabah slalu..
Sy pun bru jg hilang insan tsyg..t'ingat pulak kat arwh adk :(
AL-FATIHAH!!
Salam...
sediyhnyeeeeeeeeee..
nangis ana kat sny..
nasib bek bertemankan tisu..2 pun dah nak abes tisunya..
kih3..
hrap kak niza trus bersabar ya..!!..
ana pham..sebab ayah ana juga sakit sperti ayah ukhti..:)
sabar ya ukhti..
salam..
terharu sangat, thanx to all..
for everything..
moga mereka aman dan bahagia 'disana'
amin
Post a Comment