+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, May 4, 2009

Bagaimana Ingin Bercinta?


Lumrah manusia, ingin dicintai dan mencintai. Ingin mengasihi dan dikasihi. Ingin dimanjakan dan memanjakan. Ingin dibelai dan membelai. Ingin memberi perhatian dan diberi perhatian. Ingin ditemani tatkala sepi. Ingin dihiburkan tatkala hati dirundung duka. Ingin dipujuk tatkala merajuk. Ingin disokong tatkala lutut terasa lemah. Ingin dipimpin bila kaki terasa penat untuk melangkah.

Manusia ingin rasa dihargai. Ingin rasa dimiliki dan memiliki. Manusia normal, ingin memberi dan menerima. Bersifat ingin tahu dan ingin mencuba sesuatu yang baru, melangkah ke alam baru, alam percintaan.

Seperti siang berpasangan dengan malam, seperti putih berpasangan dengan hitam, begitulah adam dicipta berpasangan dengan hawa, berbeza sama sekali, tapi saling memerlukan agar dapat saling melengkapi antara satu sama lain. Wallahua'alam.

'COUPLE'..suatu perkataan yang membawa seribu satu maksud tersirat di dalamnya. Jika dinilai secara kasar, ia membawa maksud berpasangan. Kenapa banyak yang tersirat? Kerana dengan hanya satu perkataan itu, pelbagai kemungkinan, kesan akibat 'couple', baik atau buruk, bakal menanti dihadapan. Berwaspadalah.

Saya tidak layak untuk mendifinasikan atau mengklasifikan atau menjatuhkan hukum bahawa 'couple adalah haram'. Ini kerana ilmu dan pengetahuan saya tidaklah sedalam ustaz atau ustazah, namun di sini, saya ingin membincangkan, bagaimana ingin bercinta dan kenapa kita harus mengelakkan trend couple.

Perasaan cinta adalah fikrah, kita diciptakan indah dan sempurna, ada naluri dan perasaan. Ada nafsu dan akal. Ada kehendak dan keperluan. Wujud perasaan suka atau cinta bukan bermakna kita seorang yang berdosa. Cinta itu sesuatu yang agung dan suci. Cinta mempunyai kuasa yang tersangat hebat, yang mampu mengubah manusia dalam sekelip mata sahaja. Lebih baik atau sebaliknya. Apa yang penting adalah bagaimana hala tuju cinta dibawa dan bagaimana cinta itu diuruskan?

Ingat, yang haram tetap haram, yang halal tetap halal. Dosa tetap dosa, pahala tetap pahala. Jangan kerana cinta, kita lupa segalanya. Jangan kerana cinta, kita mencampur adukkan dosa dan pahala. Ibarat, solat itu positif, bersentuhan bukan muhrim adalah negatif, positif di campur dengan negatif jawapannya sifar, jadi, di mana tempat kita nanti? Adakah syurga atau neraka? Sama-sama kita renungkan.

Cinta yang paling agung adalah cinta kepada Dia yang satu. Cinta sesama makhluk adalah bersifat tidak kekal dan sementara, semuanya pinjaman dan bisa ditarik balik bila-bila masa sahaja. Semua makhluk pasti akan mati. Kita juga akan mati dan ternyata, cinta juga bersifat 'hidup', perlu dibelai, 'diberi makan', dijaga dengan baik, jika tidak, cinta juga akan pudar dan seterusnya akan mati. Musnah. Hancur binasa.

Cinta kepada yang berhak, itu yang terbaik iaitu cinta kepada suami atau isteri. Ini kerana dia sah dan halal untuk kita, jadi, kita tiada sebarang halangan untuk menjaga dan membajai cinta kita. Kita tiada halangan untuk membelai dan memujuk rayu, semuanya halal malahan mendapat ganjaran pahala dariNya.

Pilih antara dua, cinta yang memberi ganjaran pahala atau cinta yang menambahkan lagi bebanan dosa? Bersentuhan lelaki dan perempuan itu dosa. Merendahkan dan melunakkan suara wanita untuk memujuk lelaki adalah dosa. Bertentangan mata sehingga menerbitkan rasa ghairah juga adalah dosa. Jadi bagaimana?

Teruskan bercinta jika anda dan dia ada matlamat untuk membina rumahtangga dalam masa yang terdekat. Teruskan bercinta andai anda dan dia tahu menjaga soal pahala dan dosa. Teruskan bercinta andai cinta itu mampu mendekatkan lagi kalian kepada Dia yang satu. Teruskan bercinta jika matlamat kalian adalah sama, iaitu syurga yang abadi. Tetapi, jika semua itu atau salah satu darinya, tiada dalam kamus percintaan kalian, maka, jalan yang terbaik adalah menutup kisah cinta itu, tetapkan hati, suburkan dan bajailah cinta kepada Dia yang satu.

Allah yang Maha Pencipta. Dia menciptakan kita dan juga mengilhamkan perasaan kasih, sayang dan cinta ini. Dia yang Maha Mengasihi. Jika kita tidak mampu mencintai Dia melebihi segalanya, maka, adakah kita layak mencintai makhluk lain? Adakah itu tidak dikira menghina? Lupa diri? Kacang lupakan kulit? Adakah kita bersifat adil? Layakkah kita mencintai makhluk lain melebihi Pencipta kita? Merindui makhluk lain lebih daripada Dia? Tak malukah kita?


Cintailah Allah, cintailah Rasul, cintailah kedua ibu bapa kita. Cintailah diri sendiri sebelum kita mencintai insan lain. Jika kita yakin, dengan mencintai dan dicintainya, dapat menjamin kebahagiaan kita di dunia juga akhirat, maka bukalah hati untuknya. Bercintalah. Jangan gopoh dalam mengejar cinta. Jangan memandang mudah akan soal cinta kerana ia mampu membunuh. Cinta memiliki kuasa yang sungguh luarbiasa, maka, berhati-hatilah dengan cinta. Jangan kerana bahagia duniawi yang dikejar, kebahagiaan yang hakiki di akhirat terus terabaikan. Sekian.

Wallahua'alam.

13 comments:

UkhwAh said...

huu terharu baca =( sungguh terkesan dan mudah2an menjadi salah satu kekuatan utk terus mencari CINTA sebelum cinta.

benarlah, ilmu itu tidak pandang pada siapa yang berbicara tp pada apa yg dibicara..

semoga kita dipertemukan dengan cinta melalui CINTA.InsyaALlah=)

keep writing sis!!gud lesson!

semangat!!

AsNiza said...

mekasih atul, tenkiu very much..^^
dah lama tk tulis entri cinta,
hari ini rasa terpanggil, kerana melihat forum yg kian dipenuhi dgn persoalan cinta..

ramai yg masih tercari-cari rupanya..T__T

semoga bermanfaat, untuk diri ini, untuk kalian dan untuk semuanya..amin

~ aman shah ~ said...

Salam makngah~~~

cinta~~

"dengan kuasa cinta, ianya dapat menghidupkan kembali orang yang sudah 'mati'" -ungkapan laila & majnun


semoga kita semua beroleh cinta yang sebenar-benarnya~~

AsNiza said...

salam aman..

sejarah membuktikan, ramai yang binasa/hampir binasa kerana cinta.
cinta yang salah caturan, salah penghayatan~

haih~

jom cinta menyintai. dengan cara dan landasan yang betul.

cinta kpd Allah paling indah~ tk pernah Dia menjauh, tak pernah Dia meninggalkan kita..

lud said...

salam tuan nye blog...

sungguh hebat post `couple`...insyallah dapat membantu kepada sesape yg memerlukan nasihat tentang `couple`..insyallah

nellyberry said...

a friend of mine once told me during my zaman kejatuhan, zaman kegelapan,

"Define betul2 perasaan ko, ingin memiliki si dia atau mencintai dia. There is a different between the feeling."


Dan sekarang, aku dah faham apa maksud soalan dia, kita boleh mencintai sesiapa saja walau dengan tiada rasa ingin memiliki pun. Dan perasaan ingin memiliki itu adalah nafsu semata.

So sekarang aku rasa aku lebih terbuka dalam mencintai...and i love you babe!

Jolynn said...

Isu couple menjadi topik hangat di forum iLuvislam ya. Hurm... Tapi tu la... Memang jiwa manusia ingin menyayangi dan disayangi.

Adah pun sama gak. Huhu. Tapi alhamdulillah Adah tak pernah bercouple. Kalau minat kat orang pun Adah diam2 je (dan bagitau kawan2 terdekat, haha).

Tak salah kita menyukai dan mengagumi seseorang tapi kenalah kawal perasaan kita dengan iman kita. Kalau kawal dengan nafsu, na'uzubillah ber-couple la pulak jadinya.

Adah nak sangat meraih cintaNYA... Huhu~

Bagaimanakah kita menyayangi Allah? Harap2 akak boleh share... =) Supaya mencetus minda orang lain untuk berfikir agar kita boleh merasai nikmat menyayangi Allah...

-WarDatuL SyiFa'- said...

syukran kak
adk dh baca dah
mmg betul...tersentuh adik baca entry ni
mungkin kena pd diri sndr kot wt masa ni
(^_^)

-WarDatuL SyiFa'- said...

syukran kak
adk dh baca dah
mmg betul...tersentuh adik baca entry ni
mungkin kena pd diri sndr kot wt masa ni
(^_^)

ibtisamsyarha said...

Assalamualaikum..

Cinta ialah naluri indah pada manusia, tapi beruntung bagi org2 yg menyalurkan di jalan yg ditetapkan.

Islam juga amat menjaga sebenarnya, dari segenap aspek...masalah berkaitan munakahat pun ada panduannya, jadi ambilah islam itu secara kulli, bukan juz'i.

wallahua'lam

AsNiza said...

:: terima kasih ibrahim, mudah-mudahan bermanfaat..

:: i love u too babe, pengalaman mendewasakan kita, Alhamdulillah..

:: thanx adah, insyaAllah i'll share bout that, cinta yang paling abadi hanya kepada Dia.

:: thanx sis, keep up reading and sharing, semoga mendapat manfaat darinya..

:: yup, true..islam itu sempurna dan menyeluruh, semuanya sudah tertulis lengkap, cuma manusia sahaja yng suka menyeleweng, haih~

azzahra_solehah said...

salam...

syukran kak niza...sy petik firman Allah dlm surah an-nur ayat 26

maksudnya: (lazimnya) perempuan-perempuan Yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki Yang jahat, dan lelaki-lelaki Yang jahat untuk perempuan-perempuan Yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan Yang baik untuk lelaki-lelaki Yang baik, dan lelaki-lelaki Yang baik untuk perempuan-perempuan Yang baik. mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) Yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan Yang mulia.

jadi same2 la kite jage diri, jage iman, jage hati dan sentiasa memohon keampunan dari Allah...

berdoa agar kite tergolong dlm golongan yg beriman, dan jauh dar sifat kelalaian...wallahualam..

Nur Insyirah said...

salam...
sya adalah shbt terbaru disni..
izinkan sye memuji saudari y menulis entri ini..
terlalu meninggalkan kesan buat diri sya..
trima kasih..
teruskan menulis ya!!
mudah2an ia menjadi panduan untuk y lain..
salam ukhwah..=)