+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Sunday, October 25, 2009

Frust = Dayus?

Seorang sahabat menegur saya kerana komen pendapat saya di satu thread berkaitan masalah cinta, putus cinta dan tidak dapat melupakan bekas kekasih. Katanya saya berfikir terlalu tipikal, seolah-olah memandang remeh terhadap permasalahan remaja lelaki itu. Remaja itu perlu diselamatkan, jika tidak, remaja itu mungkin jadi seperti dirinya, kerana cinta, akidah menjadi taruhan Naauzubillah.

Kebetulan minggu lepas, seorang sahabat berkongsi status di wall facebook beliau,
"Pagi-pagi dah dapat kes bunuh diri,"

Astagfirullah, terkedu saya seketika. Begitu hebat penangan cinta, cinta yang mampu merosakkan dan membunuh. Naauzubillahiminzalik..


Saya perempuan, barangkali mewarisi sifat-sifat hawa dan saya akui, saya juga tidak mampu memahami sifat dan kehendak kaum adam. Kadang-kadang saya taksirkan mereka sebagai makhluk yang pelik dan aneh. Tidak berperasaan dan tidak memahami.

Pelik kerana walaupun tidak tahu tetap berlagak pandai segalanya. Pelik walaupun tidak mampu tapi berlagak bagai jutawan kaya. Pelik kerana walaupun sayang tapi setiap hari memarah memaki. Pelik kerana saya tidak dapat meneka ada apa di dalam kepala mereka. Adakah kerana ego maka mereka menjadi makhluk yang pelik? Wallahua'alam.

Saya selalu dengar, lelaki ada 9 akal, 1 emosi. Saya merasa pelik melihat lelaki yang putus cinta sampai frust menonggeng. Saya kata lelaki sebegitu adalah dayus, lembik. Kawan saya marah, huhu~

Saya mengerti, lelaki dan perempuan saling memerlukan. Seperti adam dan hawa. Dalam masyarakat kita juga, sejak bernikah, suami seolah-olah dapat pembantu rumah percuma, segala benda dilakukan oleh isteri, basuh baju, masak, gosok baju, kemas rumah, jaga anak. Terlalu bergantung kepada isteri, hingga ada yang hampir gila bila isteri tiada. Kelam kabut dan tidak terurus.

Malahan, arwah ayah saya ketika hidupnya juga pernah berkata;
"Biar dia mati dulu, jangan emak kamu yang pergi dulu, ayah tak tahu bagaimana.."

Betapa hebatnya kelembutan seorang isteri hingga menjadi kekuatan untuk si suami. Malahan, nabi Muhammad saw juga pernah menangisi pemergian isterinya Khadijah dan Nabi Adam pula menjelajah satu dunia untuk mencari Hawa sebaik sahaja mereka dipisahkan. Bukti kasih seorang suami terhadap seorang isteri. Saya mengerti bab ini.

Tapi saya masih gagal untuk mengerti, kenapa lelaki frust menonggeng bila berpisah dengan kekasih? Sampai tergadai akidah, sampai sanggup membunuh diri. Saya tidak faham. Kenapa gagal menggunakan akal yang 9 untuk menundukkan emosi yang 1? Maaf saya tidak faham.

Kepada sesiapa yang ada jawapan, mungkin boleh berkongsi. Adakah dayus jika seorang lelaki kecewa dalam bercinta?

Haish~ saya musykil..

Terima kasih.

18 comments:

aira said...

salam'alayk

saya pon tak faham..
^_^

terlalu bernilai ke cnta boy or gurl shngga lupa cnta Allah yg sangat ptt dkejar..

well, nobody perfects..ingat-mengingatkan antara 1 sama lain..

^_^

yukino said...

hu2,, like dis post

wann said...

bila lelaki frust, dikatakan dayus dan tidak dpt megimbangi 1 nafsu wlupun diberi 9 akal.itu lelaki.

maksudnya kalau perempuan frust menongeng x pe la, mcm tu?

bila perempuan emo. dikatakan memanglah sebab perempuan ada 9 nafsu, 1 akal.

maksudnya, lelaki x boleh emo la kan, mcm tu ka?

inilah namanya tipikal.

kenapa dalam hal macam ni kita balik kepada akal dan emosi saje?
bukankah akal manusia itu terbatas? bukankah akal dan logik semata boleh membawa sesat?

ada tingkat yg lagi tinggi dari akal yg perlu kita pegang dan faham, iaitu rohani/spiritual.

ada IQ 200 tapi SQ 0 apa maknanya?

AkuBukanLelaki said...

mungkin sbb lelaki xtau guna akal yg Tuhan bg...Lelaki memerlukan wanita sebagai PELENGKAP hidup mereka bukan sebagai org gaji.Bile lelaki berkahwin,mereka akan berasa lebih terurus dan kehidupan mereka akan berubah dgn adanya wanita..

A.S.H Sinar said...

Salam...

Kat sini saya bagi link siapa lelaki dayus?
(Rajin²kan diri untuk baca ya..)
http://sinarmawaddah.blogspot.com/2009/05/siapa-lelaki-dayus-apakah-itu-dayus.html

Dan ini pula link untuk download..(PDF Files):
http://www.4shared.com/file/107081543/755bf02c/Siapa_Lelaki_Dayus.html

Moga Anda akan mendapat penjelasan mengenai Dayus..

Kalau kita tak faham sesuatu perkara itu lebih baik kita bertanya? & berusaha untuk belajar.
Ilmu ini luas, dan janganlah kita berasa ilmu yg kita pelajari dah cukup dan kita tak perlu lagi belajar..
Sebaliknya kita kena belajar selagi kita hidup...

Janganlah kita sekali² menjatuhkan hukum jika kita sendiri pun belum tahu kesahihannya...
Masalah hukum ini tidak boleh dipermainkan..
Lebih baik kita beri jawapan (maaf saya tidak tahu..) itu lebih baik dari kita pandai² menjatuhkan hukum berdasarkan akal fikiran kita sendiri...

Menurut ust. Kazim kalau kita beri hukum sedangkan kita tak tahu, kita telah berdosa walaupun hukum yang kita beri itu betul.. (masa kita menyatakan hukum itu kita dalam keadaan was²)
Jadi lebih baik kita bertanya kepada yang arif seperti ustaz dan ahli agama...

Sekadar pandangan peribadi..

Wallahualam...
Salam...

-http://sinarworld.blogspot.com/-

AsNiza said...

Seperti yg dijangkakan, entri ini kontroversi dan bakal mengundang kemarahan jejaka2 tampan di luar sana..^_^

Btw, lek lu bro~

I'm asking, isn't it?

Belum jatuhkan apa2 hukum, sekadar bertanya.. So kalu tau jawapannya yg lebih tepat, sangat di alu-alukan utk berkongsi..

Ehem2, yg melatah di sini mungkin mereka yg pernah frust menonggeng itu, maybe, lala~

Dan, psstt.. tgh tunggu 'member' yg pernah marah saya kerana statement tipikal saya itu..

Haih~ di manakah dia.. (sedang menanti serangan yg lebih dasyat..^_^)

AsNiza said...

Chup! wann.. leh baca entri akak "Sambutlah ESQ" ada cite pasal Spiritual Quotient kat situ, sila2 lapangkan diri..

^_^

AsNiza said...

Silap wann, bukan yang tu...

Sebetulnya yang cite pasal EQ ngan SQ adalah dalam entri;

"ESQ merungkai rahsia hati"

Sorry..

kabuto said...

"cinta kan best..oh indahnya dunia...ala..pedulikan la dayus ke paus ke.apa nak hairan,bukan rugi apa pun." ni sekadar lakonan je..frust lebih kepada perasaan.dayus menjurus ke arah perbuatan dan hukum islam. frust xbererti dayus.cuma disalahtafsirkan makna sebenar dayus..iman dan didikan agama yg kukuh akan mengelakkan kaum lelaki "diistilahkan" dayus.dayus ni besar maksudnya.di sisi ALLAH, org yg dayus tidak akan dipandang ALLAH swt di Akhirat nti.

Kabuto said...

Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih : Ghayatul Maram, no 278 )

AhmadNizamuddin said...

Assalamu'alaikum....

frust menonggeng???

xla sampai menonggeng kalo lelaki frust pon...

kalo tertonggeng tuh, lain cerita la pulak..

ahakss...

gurau2....

lelaki ada 9 akal 1 emosi,manakala perempuan ada 9 emosi, 1 akal...ibarat je la...

kata-kata ulama kalau xsilap saya,(betulkan saya kalo saya silap na...)

tidaklah bermakna dayus jika lelaki kecewa dalam bercinta...

hak kecewa itu adalah hak semua...

tetapi biarlah berpada-pada kecewanya...

xsalah nak kecewa ka, kuciwa ka, belasungkawa ka...kekwa ka apa ka...

jangan sampai agama tergadai, diri sendiri yang binasa....

tengok kawan2 saya yang putus cinta pon, ok ja...

kecewa tuh kecewa la jugak, tapi menonggeng tuh xdak la...

haha...

saya tanya kepada seorang kawan saya yang putus cinta tuh, sebab apa? sebabnya perempuan tuh suka kat laki lain...laki lain tuh, kawan saya jugak pon...

ahakss...

opss...jangan marah ya kaum hawa...

tapi kalo ikut statistik, memang bilangan lelaki yang bunuh diri di luar negara lebih ramai daripada perempuan..

tuh yang luar negara la, dalam negara xtau...

frust sama ngan dayus??

xmungkin2....

cuba check balik dalam kamus dewan edisi baru....(ada edisi baru ka??)

ahaks...

xsama dari segi bahasanya, xsama dari segi istilahnya...

wallahu a'lam....

A.S.H Sinar said...

Maksud DAYUS?
Sabda Nabi:-

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-

Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya)

A.S.H Sinar said...

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.

Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :

Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian.

Dipetik dari web:
www.zaharuddin.net

AsNiza said...

Salam,

Thanks ASH utk perkongsian bermanfaat ^_^

Jadi maknanya bg ASH, kalu frust menongggeng sebab putus cinta sampai sanggup bunuh diri tu tak dayus la ..:)

Kalau dia tak mampu pertahankan diri dia, akidah dia, bagaimana dia nak pertahankan isteri atau anak perempuannya? Gagal melindungi isteri = dayus, kan?

Apapun, kite kena bezakan frust ngan frust menonggeng kot, kena edit tajuk? hmm..


Nizamuddin,

Thanx.. eheh..u are right ^__^

Mmg la tak sama.. tajuk tu saje kasik gempak, haha~

Btw akak pun bertanya, betul ke frust menonggeng tu sama dengan dayus?

Ramai sahabat jwb.. ciri2 org dayus, alhamdulillah dah clear..

Tapi, ntahla~ masih susah nak terima lelaki yg frust menonggeng kerana kekasih sanggup bunuh diri.. etc etc..

Bak kata wann, spiritual terlalu lemah.

Wallahua'alam.

A.S.H Sinar said...

Salam..

tak dak langsung kaitan frust dengan dayus..
kalau sapa kata Frust=dayus nampak sangat jahil bab agama ni..

DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

Laki yg mcm di atas tu jer dikategorikan dayus..
senang crita kebanyakkan artis di malaysia ni yang dah berkahwin yang membiarkan isteri mereka berlakon dan berpeluk² dgn artis lelaki lain dan mereka membiarkan sahaja... itulah DAYUS.. bukan itu saja, kalau mereka biarkan isteri dan anak² perempuan mereka tak pakai tudung pun di kira dayus..
Tak da kaitan pun dgn frust...

Frust kalau sampai bunuh diri ni hanya jadi kepada yang kurang iman jer..
kalau dia betul² beriman insya Allah dia takkan bunuh diri..

Wallahualam...

A.S.H Sinar said...

Apa² pun kita kenalah rujuk yang lebih berilmu la..
saya hanya berkongsi erti dayus.
ramai yang tak faham erti dayus ni sebenarnya..

Apa² pun Iman yang kuat akan dapat mengelakkan kita dari melakukan perkara yang tak elok dan perkara² gila seperti bunuh diri tu..

Tak perlulah kita tertekan kerana cinta ni.. Kalau kita putus cinta tu semua ujian dari Allah..
Carilah cinta HAKIKI Bukannya cinta NAFSU..

Kalau sampai nak bunuh diri tu sebenarnya hanyalah cinta NAFSU Semata²..

Cinta yang hakiki ialah cinta oleh akal dan hati. Tanpa melihat atau berjumpa, ia sudah bertaut dan dapat dirasa kerana yang bersatu adalah hati, bukannya fizikal dan ia disatukan oleh tali Allah dan bukannya oleh nafsu dan kepentingan diri.

Oleh itu carilah cinta HAKIKI dan semoga kita mendapat keredhaan-Nya... Amin.....

LadyBird said...

akak putri x reti nak jawab.. tapi putri ade 2 soalan.. harap2 akak jawab ek..

1. kalau seorang lelaki dayus mati, dia akan masuk syurga tak?

2. Kalau seorang lelaki mati bunuh diri, dia akan masuk syurga tak?

Azriey SinarMawaddah said...

awak tak faham erti dayus kot nih? apa kena mengena dia kecewa dgn dayus? dia cuma ikut perasaan dia jekan? dia merayu pada wanita sbb dia x kenal erti cinta dan kehidupan.

tahu x, hidup ini berpasangan dan pasangan itu bukan hanya pada lelaki dan perempuan. baik buruk , siang malam, dosa pahala, pasang surut. bukankah itu pasangan juga? kita kena paham, kita hidup didunia, bukan hari² bleh happy.kenalah bersabar hadapi ujian.ini dunia ada baik ada buruk.dan jangan anggap yang baik itu nikmat dan yang buruk itu sahaja ujian. setiap langkah anggaplah ujian...

sbb dia tak faham erti hidup lah dia kecewa dan mungkin dr kesilapan ini dia membentuk diri dia dan x tunduk pada pompuan dh.Dayus ni, dia membiarkan perempuan buat maksiat dan x menegur kan?.maksiat pula bukan pada curang sahaja, pakai seksi dedah sana sini menyanyi tunjuk tubuh, x ditegur dll.. jangan mudah buat cerita menuduh lelaki dengan DAYUS klu tak faham.. seolah klu lelaki lemah dan lembut dianggap dayus tp klu dia boleh menegur kejahilan mcmner? nak panggil dayus gak ke?. dan yang berani serta membiarkan isteri berpakaian seksi itu lelaki sempurna?.belambak laki dayus dipamirkan di tv seperti artis pompuan akademi fantasiasia yg dibiarkan bapa.... tanyalah ust apa dayus sebenar...

slalu org kata, klu pukul isteri dayus.tapi membiarkan kejahilan isteri apa pula? ka tebalik?

sama²lah kita cari jawapan.

sebelum bercinta, fahamilah dulu erti cinta dan bila perlu bercinta, sebelum kawin fahamilah dulu ilmu agama sbb jika dah beranak pinak mungkin sudah tiada masa untuk mencari ilmu...

dlm blog sy mungkin ada serba sikit pasal cari jodoh.tapi lebih baik cari dan cari lg.kat sy mungkin x lengkap...