+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, July 8, 2009

Tidak Percaya Tuhan Bukti Kebodohan

Memanfaatkan cuti yang telah diluluskan pada Jumaat yang lepas, saya telah membuat servis kereta di Alam Megah, sec 27 Shah Alam. Sejak pertama kali service kereta hingga kini, situlah tempat saya, selain drp pemiliknya adalah melayu (insyaAllah Islam),l ayanan dan ruang menunggu juga memuaskan hati saya.

Salah satu sebab saya suka ruang menunggu, selain drp tv flat screen yg besar,kopi servis etc,di situ ada byk bahan bacaan. Seperti kelaziman, saya membawa buku sendiri, namun, melihat banyak lagi bahan bacaan lain di situ, buku milik saya terabai. Ketika membelek-belek buku dan majalah di rak buku, saya ternampak majalah Mastika.

Tajuk yang tertera pada kulit majalah berjaya menarik minat saya untuk terus membaca. Isu yang dibincangkan adalah mengenai pengakuan sepasang kekasih yang mengaku diri mereka sebagai atheis.. Ya, mereka tidak percaya kepada mana-mana Tuhan! Naauzubillah..

Merujuk kepada isu yang di tulis oleh wartawan, si gadis adalah gadis kacukan India - Cina manakala si lelaki adalah anak melayu yang membesar di luar Negara. Katanya, ibubapa mengikut cara hidup barat dan tidak mengamalkan ajaran Islam. Tidak solat, minum arak adalah perkara biasa. Wallahua'alam.

Bila di Tanya kenapa tidak percaya kpd Tuhan, sambil ketawa mereka menjawab, "saya tidak nampak Tuhan, jadi kenapa harus saya percaya kpd sesuatu yg saya tidak nampak? Kalau betul Tuhan ada, tunjukkan dan buktikan kpd saya!" Demikianlah lebih kurang antara bait kata yang terlafaz dari bibir mereka (tercatit di helaian kertas). Astagfirullahalazim...

Kata mereka lagi, "kenapa harus menyusahkan diri dan terikat dengan segala peraturan yang ada dalam Islam? Banyak sangat larangan!"

Astagirullahalazim.. itu jawapan dari seorang manusia yang lupa diri dan mungkin ramai lagi yang berfikiran yang serupa. Naazubillah, minta dijauhkan seluruh sahabat dan saudara kita, keluarga dan keturanan kita daripada terjebak dalam permasalahan yang seberat ini. Sesungguhnya masalah akidah adalah diantara dosa yang tidak diampunkan Allah. Naauzubillah.

Mereka tidak percaya Tuhan kerana mereka tidak dapat melihat Tuhan. Bodohnya manusia yang berfikiran bahawa melihat hanya boleh dilakukan oleh mata. Bodohnya manusia kerana tidak tahu bahawa hati juga mampu melihat!

Mereka tidak percaya kerana mata mereka tidak nampak? Betapa jahilnya manusia, betapa dangkalnya pemikiran. Atau sengaja mencari alasan ? Ah!

Saya tertanya-tanya..

Adakah mereka nampak akal? Tidak! Yang nampak Cuma otak. Binatang pun punyai otak! Tapi adakah binatang boleh berfikir? Tidak.. kerana binatang tidak mempunyai akal! Maka, apa yang hendak dihairankan? Tidak nampak tidak semestinya tidak wujud!

Adakah mereka nampak angin? Tidak! Tapi, angin yang kencang mampu membinasakan sebuah negeri dalam sekelip mata. Hancur musnah. Angin tidak dapat disentuh dipegang, dilihat atau dirasai, tapi ternyata, angin benar-benar wujud!

Adakah mereka nampak udara dan oksigen? Tidak! Tapi, tanpa oksigen dan udara, mereka pasti mati! Hembusan nafas akan terhenti. Mereka pasti mati!

Jadi, apa yang hendak dihairankan dengan apa yang kita tidak nampak? Ia ada, ia wujud! Walaupun mata kita tidak dapat melihatnya dengan jelas. Ia benar-benar ada.

Kenapa mereka percaya kepada udara dan oksigen, akal dan naluri sedangkan mereka menolak mentah-mentah untuk percaya kpd Tuhan? Betapa angkuhnya makhluk bernama manusia. Lupa diri dan tidak mengenang budi. Naauzubillah..

"Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi. Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu)."
[Al-Furqan ayat 61-62]

"Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main; Tidaklah Kami menciptakan keduanya (serta segala yang ada di antaranya) melainkan kerana menzahirkan perkara-perkara yang benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)."
[Al-Dukhaan ayat 38-39]

Semoga kita terpelihara dan tidak tergolong dalam golongan yang tidak bersyukur dan menzalimi diri sendiri. Dengan izin Allah Yang Maha Mengetahui..

Sekian, Wallahua'alam.

3 comments:

asam_keping86 said...

salam..
mereka itu celik pd zahirnya sahaja..
tapi realitinya mereka itu buta..
bukankah kejadian mereka itu sendiri merupakan bukti kewujudan Allah?
mereka itu meraba didalam cahaya yg terang..

AsNiza said...

w'salam..

setuju ngn asam keping, mereka mmg buta..

hidayah itu milik Allah, Dia memberi kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya..semoga kita sentiasa dalam nikmat iman..

amin

Anonymous said...

menarik dan menginsafkan entry ni...Syabas asniza