+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, July 10, 2009

Luka Sang Pungguk

Angin malam bertiup.
Bintang masih berkerlipan.
Bulan memancar cahaya.
Gah nun di sana.

Sang Pungguk masih mengintai.
Memendam rindu dari kejauhan.
Memberi cinta tanpa jemu.

Tingginya bulan.
Tak mungkin tercapai.
Sedarlah wahai Sang Pungguk.

Wahai Sang Pungguk.
Pejamkan matamu.
Tidurlah.
Tidurlah.
Tidurlah.

Usah dikenang bulan yang jauh.
Kelak hatimu akan berdarah.
Usah dirindu bulan yang tinggi.
Kelak hatimu pecah berderai.

Selamat tidur Sang Pungguk.
Moga esok menjadi milikmu.


4 comments:

Nurul Huda Abdullah said...

"Usah dikenang bulan yang jauh.
Kelak hatimu akan berdarah."
huhuhu..,
mcm sesuai je puisi nie tujukan utk nurul yea akak... :)
.:: luka hatiku ::.
(n_n)

AsNiza said...

nurul..

lama tak singgah blog akak, akhirnya kembali mengomel, hehehe..

nurul rindu sape nie? keke.. akak rindu nurul ah, bleh? ^_^

Nurul Huda Abdullah said...

akak....

emm bz ckit nak ziarah blog
akak,tapi nurul igt juga kat akak..
hehehehe...

nurul rindu dia la akak,huhuhu...

emm alhamdulillah la, akak rindu nurul juga ek.... :)

(n_n)

AsNiza said...

:: ehem2, nurul rindu sape nie? keke..
sabar naa~ mengadu dan memohon dari Allah, jika benar dia jodoh terbaik untuk Nurul, berdoalah supaya Allah menyatukan korang dengan ikatan perkahwinan yang sah.. ^_^