Idea menulis entri ini timbul setelah saya termelihat dengan sengaja, episod Naruto di TV3, tajuknya pada episod itu apabila ditranslatekan ke dalam bahasa Melayu adalah "Ingatan yang Hilang".
Untuk makluman semua, saya bukan sahabat Naruto dan bukan juga ninja dari kampung Konoha mahupun Sound, Sand etc. Bukan. Bukan comrade dan bukan juga musuh. Tidak pernah terlibat dengan kegiatan Orochimaru atau berkomplot dengan organisasi Akatsuki. Tidak sehebat Uchiha Itachi mahupun Uchiha Sasuke. Saya cuma berminat dengan tajuk tersebut kerana ia banyak memberi kesan dalam kehidupan saya. "Ingatan yang hilang."
Perlukah kita melupakan kenangan?
Ada masanya, kita perlu melupakan sebahagian daripada apa yang telah tertulis dalam lipatan sejarah hidup kita. Kita terpaksa melupakan sebahagian daripada ingatan yang telah tercatat dalam memori kita agar dapat mencapai kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.
Benar, kita hidup hari ini adalah kerana apa yang telah kita lakukan pada hari semalam. Namun, kita juga harus ingat, kita hidup esok adalah kerana apa yang kita lakukan pada hari ini, jadi, jika kenangan semalam mampu memusnahkan kehidupan kita pada hari ini dan hari-hari seterusnya, maka adalah lebih baik agar kita terus melupakanya agar ia tidak terus menganggu atau menghantui kita lagi. Kita harus melakukan yang terbaik pada hari ini untuk mencapai yang terbaik pada esok hari. Dengan izin Allah adanya.

Ingatlah kebaikan orang kepada kita dan lupakanlah kejahatan orang kepada kita.
Ingatan yang hilang.. Saya telah kehilangan hampir separuh daripada kenangan hidup saya. Kerana ingin melupakan yang pahit saya terpaksa melupakan sekali segala kemanisan. Kerana ingin memaafkan kesalahan mereka, saya membuang terus watak-watak penting yang pernah menemani perjalanan hidup saya.
Kadang-kadang, terbit juga rasa aneh. Dulu kita tempuhi segala suka dan duka bersama mereka, kini semuanya sirna. Dulu kita lalui pahit manis bersama mereka namun kini semuanya sudah berubah. Dulu kita menyebut nama mereka dalam doa kita namun kini terasa janggal bila tersebut nama mereka. Anehnya sebuah kehidupan. Kita tidak tahu apa yang menanti di hadapan. Sungguh, hanya Dia saja yang tahu.
Melangkahlah jangan berhenti, tersenyumlah jangan menangis. Biarkanlah yang berlaku terus berlalu kerana apa yang berlalu tidak akan berlaku lagi. Past is past, done is done, gone is gone. Jangan terlalu asik menoleh kebelakang, dibimbangi kakimu tersadung akar lalu kamu jatuh menyembah bumi. Maralah terus ke hadapan. Positif dan optimis, insyaAllah, kebahagiaan menjadi milik kita.
Wallahua'alam

4 comments:
entri yang sangat menarik.setelah membacanya,saya mendapat satu semangat yang baru.terima kasih.
emm btl tu akak,kita kena lpakn semua knangan tu...
tapi kdg2 dri nie selalunya tak istiqamah,hri nie ckp aku nak lpakn,esk2 igt blik...
ish3 apa la nak jdi...
Assalamu'alaikum....
terasa la pulak nak taip komen ngusik orang...
eh, Kak Niza hilang ingatan ka?
ahakss...
kadang2 kenangan itu ada jugak berguna pada diri...
kui3...
macam ada hutang dengan orang, dengan kawan2...
mana la tau kan...
hehe....
past is past, done is done, gone is gone... but not alwez done, not alwez gone.. but it still past...
apa la yang den ngarut nih...
kalo xnak hilang ingatan, amalkan pemakanan yang seimbang...
haha.. ngarut lagi..
okeh, Kak Niza, guro2 jo la...
jangan marah..
ahakss...
wallahu a'lam..
Kenangan atau pengalaman..
keduanya boleh saja
di simpan atau dihumban,
diguna atau di sita..
semuanya bergantung pada kita..
Nice entry sist!
Post a Comment