+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, July 18, 2009

Lara Sang Daun



Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Beberapa helaian daun gugur melayang ke bumi. Terbang bagaikan lelayang terputus talinya, tanpa haluan, tanpa arah, tanpa destinasi yang pasti. Jatuh ke bumi menyembah bumi.

Dedaunan itu mungkin sudah tidak diperlukan lagi oleh Sang Pohon atau mungkin dedaunan itu sudah tidak mampu menahan desakan sang angin. Gugurlah Sang Daun. Lepaskan pautanmu yang lemah itu. Masa kau sudah tiba. Tiada lagi tempat buatmu bergantung harapan. Gugurlah.

Masanya sudah tiba untuk kau bersebati dengan tanah, membuat bakti menjadi humus membekal zat kepada Sang Pohon yang pernah memberi harapan , tempat buatmu berteduh suatu satu masa dahulu. Jangan bersedih. Usah bersedih. Itu tuntutan alam. Kau cuma sehelai daun.

Wahai Sang Daun. Jangan bersedih, jangan kecewa. Jangan berhenti berbakti. Kau sememangnyac dicipta untuk berbakti. Sejak bergelar Sang Pucuk, kau menghasilkan makanan dan oksigen. Sungguh besar baktimu. Berbanggalah. Kau dicipta bukan untuk sia-sia. Kau istimewa.

Biar di mana kau berada. Biarpun tinggi hingga mencecah awan atau tersungkur menyembah bumi, baktimu tetap masih diperlukan. Jangan kerana kau sudah berada di bawah, kau berasa hina. Jangan kerana kau berada di bawah, kau berasa tidak diperlukan. Jangan! Jangan fikir begitu.

Sejak pertama kali kau bernafas, hingga jasadmu hancur di telan tanah, kau sentiasa menyemai bakti. Sang Daun, terima kasih aku ucapkan, tanpamu aku tidak mungkin bernafas. Tanpamu, oksigen akan tiada. Tanpamu. Karbon dioksida akan memenuh alam. Tanpamu seluruh hidupan akan mati. Terima kasih Sang Daun. Terima kasih Tuhan, Yang Mencipta Sang Daun, dan mencipta aku. Alhamdulillah.

3 comments:

Anonymous said...

sesetengah orang, dia tak bersyukur menjadi manusia. humm. termasuk aku. (kadang2 lah.)




teringin juga mahu jadi sang daun. :)

AsNiza said...

asyraf nak jadi daun gak ke?
tak takut ke nanti ulat gigit, hehehe

ahya_ijja said...

betapapun kecil..

betapa sekecil mana pun Ciptaan Allah itu..semuanya ada manfaatnya..
apa lagi si cacing yang banyak memberi manfaat kepada bumi..manusia geli dengan nya..Tapi maha bijaksananya si pencipta alam..

Daun..biar sampai masa kau gugur..
Kau gugur dalam keadaan terhormat..
gugur dalam jasa dan bakti..