+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, July 16, 2009

Jantan Betina: Pilihlah Yang Halal

Alhamdulillah saya dikurniakan kesempatan oleh Allah swt, menganugerahkan ruang masa untuk melakukan 'blog walking', menziarah blog-blog teman dan taulan, dari satu blog ke satu blog, saya melompat-lompat. Hinggalah akhirnya saya terklik pada link yang diletakkan pada blog seorang sahabat, lalu membawa saya kepada blog seorang wartawan/pengacara rancangan tv tanahair yang dikenali ramai. Namanya adalah rahsia..^_~

Apa yang ingin saya kongsikan kali ini adalah mengenai satu entri yang mengejutkan saya pada waktu itu. Iaitu mengenai pendedahan seorang gay/maknyah, yakni seorang lelaki yang mempunyai naluri seksual yang menjurus ke arah kaum sejenisnya di dalam sebuah blog peribadinya. Bukan setakat mempunyai naluri atau kehendak, malahan mengaku sejujurnya melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki. Tidak cukup dengan cerita, gambar-gambar 'ekslusif' turut dikongsikan. Astagfirullahalazim..

Mata saya yang kuyu tiba-tiba menjadi bulat, kepala yang tidak gatal di garu-garu berulang kali. Ada kalanya saya menepuk-nepuk dan memicit-micit dahi sendiri. Migrain jadinya saya setelah melihat pengakuan dan pendedahan yang begitu berani dalam laman blog itu. Milik siapakah blog itu? Sekali lagi, biarlah rahsia..

Kepada sahabat yang saya kasihi. Maaf yer, saya tidak akan memberi kredit percuma kepada blog tersebut (promote blog itu), jadi saya tidak akan sertakan link blog itu. Cukuplah kita bincangkan, kenapa dan mengapa golongan sedemikian tergamak dan tegar melakukan kemungkaran yang jelas, terang lagi nyata. Naauzubillah.

Sudahlah melakukan perbuatan keji dan munkar, kemudian menambahkan lagi kejelekan dan kejengkelan dengan mendedahkan dan berkongsi cerita mengenai aktiviti maksiat mereka di blog tersebut. Juga Tidak dilupakan, di sertakan sekali gambar-gambar kotor lagi menyakitkan mata. Astagfirullahalazim. Tidakkah mereka mempunyai Tuhan? Tidakkah mereka takut kepada azab api neraka? Astagfirullahalazim.. Kejamnya manusia. Menzalimi diri mereka sendiri. Naauzubillah.

Pelik tapi benar. Mereka adalah dari masyarakat Melayu Malaysia (yang sepatutnya Islam) tapi kenapa mereka tergamak melakukan kemungkaran demi kemungkaran tanpa sedikit rasa gerun dan gentar kepada azab Allah?? Adakah mereka tidak tahu bahawa hubungan sejenis di larang dalam agama Islam? Tidakkah mereka tahu, akibat daripada hubungan sejenis itu, bakal mengundang seribu satu musibah pada masa akan datang? Tiada sesiapakah yang memberi peringatan kepada mereka? Tidakkah mereka kasihan pada diri mereka sendiri?

Terkejut juga saya kerana dalam majoriti entri blog yang menceritakan aktiviti songsang mereka, saya terbaca satu entri, mengenai kempen tuan empunya blog terhadap perlunya boikot barangan Israel, kerana mereka menuntut bahawa orang Palestin adalah saudara mereka!

Apakah ini?? Jika perasaan belas itu masih ada, perasaan kasihkan 'saudara seagama' itu masih ada, jadi kenapa tidak dihentikan saja perbuatan keji dan munkar itu? Sedih dan malangnya, blog itu mempunyai ramai pendokong dan penyokong. Aduh.. dia tidak bersendirian! Ramai yang 'menghulur' dan ramai yang 'menerima'. Sesuatu yang sungguh sukar untuk diterima.

Apakah di negara kita ini sudah kepupusan kaum hawa? KENAPA DAN MENGAPA kegiatan songsang itu semakin menjadi-jadi? Siapakah yang harus dipersalahkan? Apakah sudah tiada cara untuk membendungnya? Persoalan demi persoalan menerjah kotak fikiran saya. Walau apa pun, di sini, ingin saya kongsikan beberapa petikan ayat al-quran yang melarang keras hubungan sejenis.

Semoga sama-sama dapat muhasabah diri dan mencari jalan serta buah fikiran, bagaimana caranya untuk kita membendung kegiatan tidak bermoral ini agar tidak terus menjadi barah dan merebak dalam masyarakat kita. Demi agama kita dan demi generasi kita pada masa akan datang, InsyaAllah.


Larangan Hubungan Sejenis.

Sesungguhnya Al-Quran itu kalam Allah. Sebagai seorang Muslim kita wajib percaya dan patuh dengan segala apa yang ada dalam al-quran yang suci. Di dalam al-quran, tercatit dalam Surah Asy-Syu`ara iaitu ayat:160-175, mengenai kisah Kaum Nabi Luth, larangan terhadap hubungan sejenis dan azab yang dikenakan terhadap mereka yang telah bergelumang dengan aktiviti hubungan sejenis yang ganjil lagi keji.

Mereka akhirnya telah dibinasakan oleh Allah dengan bencana yang amat dahsyat!! Astagfirullahalazim.. Astagfirullahalazim..


[160]
(Demikian juga) kaum Nabi Lut telah mendustakan Rasul-rasul (yang diutus kepada mereka).
[161]
Ketika saudara mereka - Nabi Lut, berkata kepada mereka: "Hendaknya kamu mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya.
[162]
"Sesungguhnya aku ini Rasul yang amanah, (yang diutus oleh Allah) kepada kamu.
[163]
"Oleh itu, takutilah kamu akan (kemurkaan) Allah, dan taatlah kepadaku.
[164]
"Dan aku tidak meminta kepada kamu sebarang upah mengenai apa yang aku sampaikan (dari Tuhanku); balasanku hanyalah terserah kepada Allah Tuhan sekalian alam.
[165]
"Patutkah kamu melakukan hubungan jenis dengan lelaki dari kalangan manusia,
[166]
"Dan kamu tinggalkan apa yang diciptakan oleh Tuhan kamu untuk kamu (melakukan hubungan yang halal) dari badan isteri-isteri kamu? (Kamu orang-orang yang bersalah) bahkan kamu adalah kaum yang melampaui batas (keinginan kebanyaKan haiwan)!"
[167]
Mereka menjawab: "Sesungguhnya jika engkau tidak berhenti wahai Lut (daripada mencaci dan menyalahkan kami), nescaya engkau akan diusir keluar!"
[168]
Nabi Lut berkata: "Sesungguhnya aku dari orang-orang yang bencikan perbuatan kamu yang keji itu".
[169]
(Nabi Lut berdoa): "Wahai Tuhanku, selamatkanlah daku dan keluarga serta pengikut-pengikutku dari apa yang dilakukan oleh golongan (yang jahat) itu."
[170]
Maka Kami selamatkan dia dan keluarganya serta pengikut-pengikutnya - semuanya
[171]
Kecuali seorang perempuan tua tertinggal dalam golongan yang kena azab itu.
[172]
Kemudian Kami hancurkan yang lain (yang menentang Nabi Lut).
[173]
Dan Kami hujani mereka dengan hujan (azab yang membinasakan); maka amatlah buruknya hujan azab yang menimpa kaum yang telah diberi amaran.
[174]
Sesungguhnya peristiwa yang demikian, mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah); dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman.
[175]
Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dia lah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani.

[Asy-Syu`ara Ayat:160-175]


Peringatan Al-Quran Supaya Mengambil Iktibar Daripada Sejarah.


"Sesungguhnya telah berlaku sebelum kamu (contoh kejadian-kejadian berdasarkan) peraturan-peraturan Allah yang tetap; oleh itu mengembaralah kamu di muka bumi, kemudian perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (Rasul-rasul). " [Surah Ali-Imran: 137]


"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, serta memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu lebih kuat daripada mereka sendiri, dan orang-orang itu telah meneroka bumi serta memakmurkannya lebih daripada kemakmuran yang dilakukan oleh mereka, dan orang-orang itu juga telah didatangi oleh Rasul-rasulnya dengan membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata (lalu mereka mendustakannya dan kesudahannya mereka dibinasakan). Dengan yang demikian, maka Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri."

"Sesudah dibinasakan di dunia maka akibat orang-orang yang melakukan kejahatan itu ialah seburuk-buruk azab (di akhirat kelak), disebabkan mereka mendustakan ayat-ayat keterangan Allah dan sentiasa mempersendakannya. " [Surah Al-Ruum: 9-10]

"Tidakkah mereka telah berjalan dan mengembara di muka bumi, dengan itu tidakkah mereka memerhatikan bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu dari mereka? Orang-orang itu adalah orang-orang yang lebih dari mereka tentang kekuatan tenaga dan tentang kesan-kesan usaha pembangunan di muka bumi. Maka sekalipun demikian, Allah binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka, dan tiadalah bagi mereka sesiapapun yang dapat menyelamatkan mereka dari azab Allah." [Surah Ghafir: 21]

"Dan sesungguhnya, Kami telah menurunkan kepada kamu, ayat-ayat keterangan yang menjelaskan (hukum-hukum suruh dan tegah), dan contoh tauladan (mengenai kisah-kisah dan berita) orang-orang yang telah lalu sebelum kamu, serta nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. " [Surah An Nur: 34]

"Dan demikianlah azab Tuhanmu, apabila ia menimpa (penduduk) negeri-negeri yang berlaku zalim. Sesungguhnya azabNya itu tidak terperi sakitnya, lagi amat keras serangannya."

"Sesungguhnya pada kejadian yang demikian, ada tanda (yang mendatangkan iktibar) bagi orang yang takut kepada azab akhirat, iaitu hari yang dihimpunkan manusia padanya. Dan hari yang demikian ialah hari yang dihadiri oleh sekalian makhluk." [Surah Hud: 102-103]

Jom, sama-sama kita berganding bahu, mencari jalan keluar terhadap permasalahan yang serius ini, insyaAllah.

4 comments:

Suhana Amiril said...

teringat satu kisah benar kat tv dulu waktu saya masih kecik..

2 orang lelaki tinggal bersama dengan seorang 'perempuan'..

perwatakan semua macam perempuan, rupa2nya pondan.. isk3!

kalau nak kata kaum hawa dah nak pupus kat malaysia nie, kaum hawa lagi banyak..

dorang2 nie laa antara faktor semakin pupusnya kaum adam.. ngee~
buang tebiat betul la! haihs!

kata ustaz, kalau dah macam tu, jangan panggil gay atau pondan, tapi dah 'jantan'.. macam tu juga dengan betina..

[marah nie!]

nak kata kesian tu ada jugak~
kenapalah hidup dorang macam tu..
nak kata marah.. lagi mengatasi kot.. sob9..

--> teringat thread naluri gay kat ILI.. <--

dunia2.. apa nak jadi..

ya Allah peliharalah kami semua daripada kemungkaran.. amiin!

Anem Arnamee said...

Salam.

macam-macam.
macam tiada apa pun pada mereka ini utk berbuat demikian.

wallahu'lam.

semoga kita dilindungiNYA:)

ahya_ijja said...

assalamualaikum..

Gejala ni dah lama..bahkan ada juga nama2 besar yang menjadi dalang..

Entahla kan, kesian tengok..pernah juga saya baca pengakuan berani bekas pelajar tahfiz, produk keluaran sekolah agama, sampai aje di kl terus hanyut dengan hidup sebagai 'gay + anak ikan kepada artis dan mak datin'..bila di tanya wartawan kenapa sampai boleh jadi begitu, dan kenapa dia yang tahu banyak ttg agama boleh terlibat, jawapannya
"Hidup remaja ni sekali je, hidup ni pun sekali jer, jadi kita kena la buat apa yang kita rasa kita nak buat"
ini sungguh dangkal lagi menjengkelkan..patutkah kita bermain-main dalam hidup yang Allah anugerahi ini setelah kita tahu hidup ini cuma sekali dan bila mati tidak mungkin akan kembali lagi?? kesian..kesian sebab Allah semakin melalaikan mereka dengan dosa2 mereka.. mog akan terbuka pintu hati mereka melihat jalan pulang, jalan pulang yang lurus dan tidak akan menyesatkan..

izza said...

adakah ini semua berpunca dari kaum kite sendiri yg meletakkan hantaran terlalu tinggi? so mungkin lelaki mencari "perempuan" untuk melepaskan nafsu mereka..

p/s: ni bukan pendapat..just pertanyaan..