+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, July 20, 2009

Leraikanlah Simpulan Dengan Cermat


Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan! Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya.

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai.

Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..

Perkahwinan adalah nikmat dan anugerah dari Tuhan. Dengan perkahwinan ini juga,yang haram boleh jadi halal. Perkahwinan juga perlu untuk memanjangkan lagi susur galur keturunan dan zuriat seseorang. Perkahwinan juga adalah sunnah Nabi dan di tuntut dalam agama. Jadi, mengapa mengharamkan yang halal?

Wanita di ciptakan dari tulang rusuk lelaki yang letakknya dekat dengan hati supaya dia di kasihi dan hampir dengan lengan supaya dia di lindungi. Wanita bukan di cipta dari kaki untuk dipijak dan di hina dan wanita juga tidak di cipta dari kepala untuk di sanjung. Jika lelaki dan wanita menyedari hakikat ini, insyaAllah sesebuah institusi kekeluargaan yang terbina akan mampu bertahan lama dan membawa manfaat kepada semua ahlinya.

Kecewa dengan cinta pertama? Jika di lontar batu ke dalam sekumpulan manusia, insyaAllah batu itu akan mengena salah seorang dari mereka yang pernah putus cinta. Dalam sepuluh orang manusia itu, pasti 7 orang darinya ada pengalaman putus cinta.Cinta monyet, cinta tiruan, cinta palsu dan macam-macam cinta.

Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman. Gagal sekali tak bererti selamanya gagal. Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua'alam. Kita juga selalu dengar, Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah. Doakan yang baik-baik kerana itu lebih mulia, jangan sekali-sekali mendoakan atau berkata-kata yang buruk kerana al-quran juga tercatat:

"Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Al-Baqarah: 224]


Dipetik dari SINI.. Semoga bermanfaat..^_^

10 comments:

Nurul Huda Abdullah said...

"Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai."


emm btl tu akak,kita perlu bangkit dri kenangan kan...,mungkin saat nie ALLAH sdg brbicara dgn nurul tentang kesabaran....
bla bca je post akak bnyk semangat yg dtg,mcm nie akak kna hari2 bg semangat kat nurul la..hehehe...(n_n)

Wal said...

mcm mendalam mksd entry ni.

haha

AsNiza said...

:: insyaAllah akak akan menulis lagi, mana yg termampu..

apa2 pun, tabahkan hati ye dik.. moga Allah kurniakan ganjaran yg lebih baik buatmu.. ^_^


:: dalam maknanya ke? haha..suke2 je syawal nie, haish~~ =p

Wal said...

saya tidak menyatakan sesuatu secara suka2 kak~

hahaha~

btw a short and nice entry.

UkhwAh said...

salam..

sgt memberi kesan..

"jgn kerana luka yang kecil, dipatahkan seluruh jari"

mg xberbaloi tapi kdg2 itulah yg berlaku..

nice entry..emosi akak terasa di sini (hati) ^^

p/s: kak, jom kita ikat syawal kat pokok, nakal btol dia kan?haishh!

AsNiza said...

:: syawal, satira ke sarcsme ke apa lg eh..hehe...btw, thnx yer syawal..

:: jom atul!!!!! kite ikat pastu letak aiskrim, pastu letak kerengga pastu bakar kerengga tuh, muahahaha.. kejam betull, hehe

AsIAh YuSRa said...

Salam...
yup ur rite kak
time will heal
semuanya bergantung sama ada kita membenarkannya atau tidak,
luka pertama hirisan pertama sangat hebat penangannya,

saya suka entry ni,
mintak izin copy ye..
:D

Lisam said...

makngah..
ehem..ehem..
kalau dah sampai seru, jangan wat senyap2..cepat2 le p masjid, umum kat speaker..kasik orang kg tahu..
^^,

Thuaibah said...

setuju...sbb tuh sy takut sgt nk amik risiko utk "ter dihiris"...huhu..~

setuju2~..


simpulan yg kusut, lerai cermat2, satu2 ^_^

ahya_ijja said...

heheheh..

Cinta jangan terlalu tergesa-gesa..
tidak juga terlalu bertangguh-tangguh..
Just nice..