Astaghfirullahalazim..Sungguh saya terkejut melihat sebuah blog yang menarik, di susun kemas, kandungan yang mantap berserta kajian penuh teliti dan gambarajah yang penuh berinformasi namun malangnya, terdapat banyak keraguan di dalamnya. Sesat lagi menyesatkan. Astagfirullahalazim.. Bijak namun menyesatkan..T_T
Termenung saya seketika melihat isi kandungan blog tersebut. Kelu tidak terkata apa. Keraguan yang bukan sedikit, namun sungguh meruncing kerana ia melibatkan soal aqidah. Astagfirullahazim... Menyamakan Allah dengan makhluk lain atau syirik dan tergolong dalam dosa yang tidak terampun! Naauzubillah..
Mungkinkah dunia ini kian usang dan kian menghampiri kiamat, maka pelbagai sifat dan gelagat manusia mula berpeleseran di muka bumi ini. Naauzubillahiminzalik..
Termenung saya seketika melihat isi kandungan blog tersebut. Kelu tidak terkata apa. Keraguan yang bukan sedikit, namun sungguh meruncing kerana ia melibatkan soal aqidah. Astagfirullahazim... Menyamakan Allah dengan makhluk lain atau syirik dan tergolong dalam dosa yang tidak terampun! Naauzubillah..
Mungkinkah dunia ini kian usang dan kian menghampiri kiamat, maka pelbagai sifat dan gelagat manusia mula berpeleseran di muka bumi ini. Naauzubillahiminzalik..
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukanNya (dengan sesuatu apajua), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan SyariatNya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya ia telah melakukan dosa yang besar. ” ( QS An Nisa 48 )
Antara ideologi sesat yang terkandung dalam blog tersebut adalah:
Allah (sifat) seperti manusia yang membenarkan rasul-rasul serta penamat kehidupan alam dunia dan kebenaran kiamat.
Bagi manusia (Muhammad) adalah rasul iaitu pesuruh Allah
Bagi Allah (Muhammad) adalah pesuruh Allah iaitu malaikat
Bagi manusia (Muhammad) adalah rasul iaitu pesuruh Allah
Bagi Allah (Muhammad) adalah pesuruh Allah iaitu malaikat
Allah pula sifat manusia dan manusia pula sifat Allah. Apabila kehidupan dunia berakhir, manusia bertukar kepada sifat Allah malaikat. Bererti sama ada suka atau tidak, kita terpaksa taat dan akur dengan apa-apa balasan yang kita terima sewaktu di alam akhirat. Sekiranya kebaikan yang kita lakukan semasa di dunia serta menurut perintah ugama dan agama, tempat malaikat semestinya di syurga manakala yang ingkar, malaikat itu tempatnya di neraka bersesuaian dengan kejadian iblis dari api.
Manusia hanya sifat, yang kuasa Allah pula diberi nama. Semua sifat Allah manusia akan dibangkitkan untuk dipertangungjawabkan di atas perbuatan semasa bergelar manusia
Sungguh menyesatkan! Untuk rujukan selanjutnya boleh baca blog tersebut (maaf saya hilangkan link atas alasan-alasan tertentu). Terserah kepada anda bagaimana ingin menilai dan bagaimana caranya untuk menangani permasalahan sebegini. InsyaAllah, niat yang baik akan mendapat balasan yang baik, mudah-mudahan.
Semoga Allah memelihara dan memimpin hati kita semua agar tidak terpedaya dengan golongan 'bijak' namun menyesatkan itu. Hanya Allah jualah Yang Maha Mengetahui, apa agenda disebalik tindakan mereka itu. Wallahua'alam. Apa-apa pun, ayuh kita bersatu, selamatkan akidah kita dan saudara seagama kita.
Kepada sesiapa yang tahu bagaimana ingin menyekat penyebaran fahaman salah itu (ban blog itu), please do something... Semoga kita dapat membendung penyebaran ideologi sesat ini dan menyekat penyebarannya demi generasi kita pada masa akan datang dan juga demi kehidupan selepas mati.
(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim."
[Surah Al-Anbiyak(21):87]
P/S: Memandangkan saya menulis terlalu ringkas, saya menjemput sahabat sekalian untuk menziarah blog sahabat-sahabat saya yang berikut:
1) Ijja
2) Wann
14 comments:
salam Alaik kak Nieza..
alhamdulillah, akk ade tulis pasal ni, saya juga tulis benda yang sama tapi pendapat dari sisi yang lain. Saya mintak izin utk link kan entri kak nieza di entri saya yea? cz nnt sesiapa yg baca di tempat saya bleh panjangkan pembacaan di blog akk ni..
JZKK..
MakNgah. len kali jangan letak link. haih~
salam kembara..
ajak ramai-ramai kawan akak yg dipercayai dan ade blog flag blog tuh..kalau ramai org flag,nnt diorg dlete blog tuh..
insyaAllah,berhasil..kita hanya mampu berusaha..
Cantek...memang ni lagi satu ajaran sesat....mintak sangat tokoh tokoh koprat ambil berat tentang agama jangan syok kira duit kat dunia je..apa tah lagi dengan pangkat yang akan bertukar tangan...pak pak ustaz..jangan tido..tok tok kiai jangan sibok nak kumpul ilmu...saya merayu pada anda semua benteras ajaran sesat.
tak kan kat malaysia tak ada tok imam yang berani tagak ajaran sesat...apa makan gaji buta ke..kalau ikut agama islam..kan haram ambil gaji tak buat kerja.
tokoh tokoh ustad yang hebat hebat...ni ada tugas untuk anda..hang pi tangkap ajaran sesat manatuhanallah kat internet..siasat sampai dapat..kalau boleh kita sesama tolak kiamat...
apa yang aku baca kat halaman tu..ada ke patut dia tulis allah tu manusia,malaikat tu manusia, rasul tu manusia ..gila punya ajaran sesat.....apa lagi.. aku dah adu..ambillah tindakan..jangan cam orang pekak pulak..
Aku rasa jabatan agama islam pun ada telibat dengan ajaran ni..kin dah kena sogok..dengan ketua ajaran sesat..
Sesat betullah layarbahtera ni..Dah la sesat, nak sesatkan orang pulak.
Daripada tengok blog ni, baik aku tengok klip porno kat internet..fuh.....seronoknya!!! Kawan-kawan...sebar-sebarkan tentang kesesatan manatuhanallah ni....Kita banteras hari kiamat.....yee...haaa!!!
:: w'salam ijja...
akak dh tgk blog ijja, subhanallah, suatu perkongsian yang sangat bagus..jauh lebih baik dari akak, keep it up sis!!(^_^)V
:: hafiz..
thanx for teguran, akak dah delete dah link tu, mlm td tk terfikir, hehehe..
:: w'salam lavender..
blog tu guna wordpress, erm, neway, nk flag cmne yer, maaf akak tk tau..tlg ajarkan, JZKK..
:: teknlogi yg canggih, disalah gunakan, semuanya dihujung jari, sekali klik je satu dunia tersebar..
apapun2, sy kagum dgn semangat imamsamudra yg berkobar2.. tp kite tklhe juga tuduh org sebarangan..kena ada bukti juga.. kan..^_^
apa2 pun, selagi termampu, sama2 kite bendung masalah akidah ini..insyaAllah
Assalamu'alaikum Akak...
Semalam Adah dah tengok blog ni. Memang teruk. Muqadimmah blog tu bagus. Tiba2 terjumpa pelbagai penyataan yang sesat lagi menyesatkan. Astaghfirullah hal'azim.
Boleh dikatakan pemikiran orang tersebut adalah seperti ala2 orang agama Buddha ataupun Falsafah di mana mereka mempercayai bahawa dalam manusia ada Tuhan.
Inilah kepentingan mengenal Allah supaya akidah kita tak mudah goyang.
Awaluddin ma'rifatullah. Awal-awal agama adalah mengenal Allah...
Wallahua'lam bissowab.
salam..
jap2 nk taw gak 2 blog apa?
da ke?
bintangdilangit xtaw plak
cz bz ngn kerja sndiri..
minta tlg bg taw addrss blog 2..
thanx..
:: Adah, till now blog tu masih ada..what shud we do eh? kt TKO ada gak sembang pasal derang tp takkan xde sape pun yg bertindak or at least do something.. haih..
:: bintang.. akak dah edit post kt atas. leh refer kpd link blog wann dan ijja.. mungkin dpt membantu..insyaAllah
blog......
itu.......
menakutkan..........
Salam,
flag blog itu under hate, setiap kali masuk online terus flag blog itu.. bila banyak flag drp public insyaAllah blog itu akan masuk ke kategori ditapis daripada bacaan umum.Blogger tidak akan terus delete bila ada komplen umum
thanx kak alia..
tp sorry to say, saya masih tk tau cmne cara nak flag tu..:(
erm,akhir zaman~ramai dengan dogma2 sendiri~
Allah bersama sangkaan hamba2NYA~
wallahua'lam
Ok.. siyes aku kenal salah satu org kuat dr kumpulan ini. jgn pcya mereka k. mereka ada Tuhan mereka sendiri. mereka ada Nabi mereka sndiro
Post a Comment