+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, July 18, 2009

Semanis Kek Batik

Kek Batik : Gambar hiasan yang di Google~



Balik dari kerja beberapa hari yang lepas, dengan penuh semangat waja, saya memulakan kerja-kerja membuat kek batik,yang juga mungkin dikenali kek biskut marie (atau nama2 yang sewaktu dengannya). Jika selama ini saya membuatnya menggunakan prosedur atau kaedah memasak yang dipelajari dari Wan (roomate masa tahun 2 kat UTM), baru-baru ini saya telah mendapat resipi baru dan kaedah memasak yang baru daripada sahabat krew iluvislam yakni Surinah, maka kali ini saya mencuba kaedah yang baru itu.

Hee.. nama sama, bahan-bahan pun mungkin sama, cuma sedikit berbeza kerana ditambah kacang. Tapi kaedah berbeza dan texturenya juga mungkin berbeza. Kaedah yang saya belajar dari Wan agak lembut, menyerupai kek manakala kaedah yang saya belajar dari Sue pula agak 'crunchy', rangup menyerupai snek/biskut.

Apa yang berbeza? Jom kite tengok apa yang tak sama..^_^

Kaedah pertama:

Bancuhkan milo, susu dengan air panas. Kemudian panaskan kuali, panaskan marjerin, kemudian masukkan bancuhan susu dan milo. Kacau sehingga likat kemudian masukkan biskut. Ratakan semua biskut dengan adunan milo dan susu. Kemudian masukkan dalam bekas, tekan, himpit, lenyek sehingga padat. Tadaa~ siap..(lebih kurang)

Kaedah kedua:

Panaskan majerin dalam kuali. Kemudian masukkan susu dan milo. Gaul sehingga sebati dan rata. Masukkan kacang goreng yang telah siap di tumbuk. Kemudian masukkan biskut. Gaul sehingga rata dan masukkan ke dalam bekas. Sama jugak, tekan, himpit, lenyek sehingga padat. Taraa~ siap dua kek. Hehe.. (campur tolak)

Nak tahu rasanya? Sila lah sila, please try this at home! Cubalah.. ringkas dan mudah, sedap lagi menyelerakan.^_^


Moral of the story:

-Kek yang manis, walaupun berisiko tinggi, gemuk dan mendatangkan penyakit, namun tetap di puja dan di idamkan. Di jamu penuh selera.

-Jangan silap langkah ketika masak kek, sukatan kena betul. Takut kelak nanti kek menjadi keras macam batu.

-Merancang dengan teliti sebelum membuat kek. Pastikan bahan semuanya sudah mencukupi sebelum memasak. Jangan pula ketika masak baru sedar biskut atau milo atau susu dah langsai, haih.... bahaya tuh..^_^


Sekian dlu perkongsian untuk kali ini, maaf saya terpaksa meminta dri sampai di sini saja yer.

Wassalam.



4 comments:

UkhwAh said...

aa cara lain lagi yang akak lupa..sediakan duit, p beli kat kedai. Cara kedua, dail nombor makngah minta tempah!eke..

1) pukul telur, marjerin dan gula sampai kembang.
2)masukkan coklat masak dan kemudian panaskan atas api yang kecil.
3) bila dah agak likat, tutup api.
4)masukkan biskut marie (dipatah 4 dan gaul sampai rata.
5) bila dah sejuk masuk dalam peti ais.
6) agak2 keras boleh la dihidangkan..

<== baca bismillah sblm buat.Kalo xjadi, xtgungjwb..wakaka!

SabahCraftAndPearl said...

waaa..da lama tak buat kek batik. sekarang ni rajin buat ice cream jer kat umah..cz bahan2 sangat simple dan sesuka hati nak makan aiskrim perisa apa..

Anonymous said...

assalamualaikum,
wa.. macam meriah je blog ni..
simplenyer kek batik tak sampai 5 bahan pon.. nak try lah pasnih.. mm.. ice cream homemade, camne yer nak buat leh kongsi tak?? hihi

AsNiza said...

salam wbt..

sori tk reti buat ice cream tu, tk pernah try.. tp pernah dgr member cite.

katanya blender perasa, air gula ngn ais, pastu bekukan dlm fridge, lepas beberapa jam, blender lagi then bekukan lagi, ulang sampai dia betul2 lembut mcm ice cream, erm, tgk buku resipi lg afdhal kot. ^^