+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, July 13, 2009

Puisi Cinta

Oh Tuhan..

Ibarat hujan dan pelangi.

Bersilih ganti datang dan pergi.

Begitulah rentak nurani ini.

Ada kala bahagia ada kala sepi.



Oh Tuhan,

Aku ingin menggapai bahagia..

Namun sering tewas diulit resah.

Aku takut terpaut di dahan nan rapuh.

Aku tidak ingin jatuh tersungkur..

Aku takut terpilih lorong yang salah.

Sungguh aku tidak ingin sesat.



Oh Tuhan,

Aku tak ingin terluka lagi.

Aku tak ingin berdarah lagi.

Aku tak ingin menangis lagi.



Ya Tuhan,

Seandainya Kau mentakdirkan aku jatuh cinta lagi.

Labuhkanlah cintaku ini kepada dia yang mencintaiku kerana-Mu.

Aku juga ingin dicintai dan mencintai.

Kerana aku hamba-Mu yang lemah.

Ingin dilengkapi dan melengkapi.



Ya Tuhan,

Seandainya dia baik buatku, duniaku dan akhiratku.

Maka kau bimbinglah hati kami.

Kurniakanlah kami petunjuk.

Sesungguhnya kami tidak tahu apa-apa.

Dan hanya Engkau Yang Maha Mengetahui.



Ya Tuhan,

Jika benar dia terbaik untukku.

Dan aku terbaik untuknya.

Bukakanlah pintu hati kami.

Eratkanlah jalinan antara kami..

Permudahkanlah jalan buat kami.

Satukanlah kami dengan ikatan yang sah.



Ya Tuhan,

Jika aku bukan tercipta untuknya.

Dan dia pula bukan tercipta untukku.

Maka Kau tabahkanlah hati-hati kami.

Agar redha menerima ketentuan-Mu

Pasrah dengan segala suratan-Mu.



Sesungguhnya Tuhan,

Hati-hati ini mencintai-Mu melebihi segalanya.

Kau peliharailah Cinta Agong ini.

Cinta abadi hanya buat-MU Yang Maha Berhak.

Sungguh aku cinta pada-MU Tuhan.

Aku rindu pada-MU Tuhan.

Aku ingin kembali pada-MU Tuhan.




Amin ya rabbal alamin.



Nukilan: semut2comel@AsNiza@Puteri Ibrahim

7 comments:

Suhana Amiril said...

Amiin. Amiin... Ya robbal 'alamin..

tak lama lagi makan nasi minyak free laa geng2 ILI nie yer..

hehe

insyaAllah, saya doakan kak as cepat2 kahwin dengan seorang pemuda yang soleh lagi beriman.. bersama2 dengan kak as mengemudi bahtera..

amiin..

[pernikahan menyingkap tabir rahsia]

lalalala

ahya_ijja said...

ya habibi..betul2..pernikahan yang menyingkap tabir rahsia..

kak nieza..kite kawen same2 la..
hahaha.. melawak jer..

apapun..doa la selalu, di samping terus perbaiki diri..
;D

Nurul Huda Abdullah said...

Aku tak ingin terluka lagi.

Aku tak ingin berdarah lagi.

Aku tak ingin menangis lagi.

akak cpt2 smbuhkan luka tu,lapkn darah yg mengalir dn sapulah airmatamu...(n_n)

nurul pun tak nak nangis lagi akak...:)

rabiatul adawiyah said...

salam..

wah..pandai kak as berpuisi..hehe~_~

AsNiza said...

Assalamualaikum wbt to all~

:: ehem2.. amin jugak, hehe..terima kasih yer, sabar naa tunggu kad dari akak, haha..

:: jom ijja! kite kawen sama2. tp chup..kesian la krew2 ili nnt tk tau nk p mana dulu, huhu, kensel, tk leh wat serentak..hik3..

:: nurul jangan sedih2 lagi naa.. jangan menangis lagi, so hati2 yer, jgn sampai berdarah dua kali..

:: terima kasih.. tk pandai pun, sedang belajar juga nie..^_^

to all~

thanx yer sudi luangkan masa baca entri ni... terima kasih banyak2..^_^

ahya_ijja said...

hahaha..ye..ye..saya jadi pengapit aje kot..
tak pun jadi tukang hidang2..
takpun haa..jadi penyambut tetamu.. takleh gak..
ok2..jap2..nak jadi commis cook la..
;D

AsNiza said...

:: haha.. klon la kot, banyakkan ijja so leh jadi macam2, bagus juga, jimatkan man power,save budget, hehe