+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, July 28, 2009

Hambatan Dosa

Sayang, dalam senyum aku menangis.
Mereka melihat aku bahagia namun sebenarnya aku tidak.
Setiap langkahku, setiap hembusan nafasku,
Setiap detik saat waktu berlalu.
Sedikit pun aku tidak pernah mampu melupakanmu.
Walau sekelipan mata juga aku tidak bisa melupakan dosa silamku.
Sayang, aku manusia yang berdosa. Aku manusia yang hina.
Aku manusia yang kejam. Aku manusia yang mengkhianatimu.
Aku merayu padamu sayang.. Andai kau bisa..
Maafkanlah aku. Ampunkan aku.
Aku benar-benar menyesal kini.

Sayang, andai kau bisa mendengar.
Ketahuilah bahawa aku benar-benar menyayangimu.
Bukan sedikit sayangku padamu.
Bukan sedikit cintaku padamu.

Percayalah.

Aku juga tidak mahu kehilanganmu.
Tahukah kamu, sejak aku tahu kita akan di pisahkan.
Sering saja aku menangis sendirian,
Memelukmu yang tika itu bersatu dengan jasadku.
Namun waktu itu aku bodoh.
Waktu itu aku lemah.
Waktu itu aku buta.
Waktu itu aku naif.
Aku tidak berdaya memperjuangkan cinta kita.
Aku mengalah sebelum melangkah ke medan juang.
Aku tewas, mudah benar berserah.
Maafkanlah aku sayang.
Kerana mengizinkan kita dipisahkan.

Sayang..
Melihat anak-anak kecil ketawa girang bersama rakan benar-benar meruntun hatiku.
Andai kau ku biarkan hidup, kau juga pasti girang dalam pelukanku kini.
Kau juga pasti merengek manja minta aku memujukmu.
Belikan aiskrim atau gula-gula.
Permainan atau baju baru yang cantik.
Seperti rakan sebayamu yang lain.

Sayang..
Andai kau masih bernafas, di sini, dunia ini.
November ini genap usiamu 5 tahun.
Umaira dan Uwais pasti menjadi teman rapatmu.
Mereka anak Mak Long Tina.
Uwais pula sebaya kamu.
Aku dapat bayangkan bagaimana kamu bermain bersama-sama.
Pasti aku ketawa melihat keletah kamu semua.

Sayang..
Mungkin anganku terlalu jauh.
Atau aku yang kian sesak di hambat dosa?
Kian hari hidup ini aku rasakan tiada ertinya.
Kosong.
Sepi.
Suram tiada warna.
Atau aku memang layak di hukum begini.
Kerana aku pernah mengkhianatimu.
Kerana aku tidak memberi kesempatan untukmu menikmati keindahan dunia ini.
Kerana aku tidak mengizinkan kau menghirup udara di bumi indah ini.

Sayang.
Hingga mati pun.
Bisa dosa ini tetap menemani aku.
Sentiasa menghantuiku.
Bersatu denganku bagai bayang.
Mengekoriku ke mana pergiku.
Bagaimana harus aku tersenyum ketawa riang?
Seharusnya aku dihukum.
Biar suci segala dosa itu.

Sayang..
Moga Tuhan mengampunkan dosaku.
Moga Tuhan menerima taubatku.
Hanya itu yang mampu membuat jiwaku tenang.
Andai kau kini di pintu syurga.
Doakan juga moga dosaku di ampunkan.
Agar di syurga kelak kita dapat bersatu lagi.
Kaulah cintaku buah hati ku.
Nantikan aku di syurga.

Sayang..
Jangan kau ingat aku bahagia kerana memisahkan kita..
Ketahuilah aku benar-benar sengsara tanpamu.
Ketahuilah aku juga tersiksa..
Hambatan dosa ini tidak akan pernah berhenti mengejarku.
-Astaghfirullahaladzim-


8 comments:

AsNiza said...

tumpang tanya..

agak2 korang faham tak kisah dalam puisi di atas, sayang itu di tujukan kepada siapa etc etc?

klu tk faham gtau eh, saya edit lagi..^_^

amieamylia said...

nukilan azniza ke...sajak ni mmg best,penuh dgn makna tersirat..sayu bila memahaminya. memang pedih,sakit bila kehilangan org tersayang...namun,hati harus redha akan ketentuan-Nya...
andai cinta itu satu,InsyaAllah syurga akan menyatukan kembali...amin.
wallahualam.

AsNiza said...

salam amieamylia..

terima kasih sudi baca ^_^

haah, nukilan saya sendiri, sedang belajar gak nie..=)

yup..hanya yang melaluinya saja yg memahami perasaan itu..

saya dh byk kali kehilangan org tersayang..yg paling saya sayangi adalah arwah ayah saya.. ='(

Semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang di kasihi Allah..amin..

AsNiza said...

btw...

moral of the puisi di atas menceritakan kesedihan, kesengsaraan, penyesalan seorang wanita yang pernah menggugurkan kandungannya..

hm.. sampai tak apa yg hendak saya sampaikan? atau mungkin saya perlu edit lagi?

jazakallah..

amieamylia said...

salam...
jgn rsau,msg ny sampai bagi yg btl2 ingin memahami..jjur sy ckp,hasil nukilan azniza mmg sayu,sdh je klu baca apatah lagi diiringi lagu yg mnyedihkan..hehe.

huhu..sensitif ckit nm ayah.
sy fhm nukilan ni sbb sy pun khlgn org yg plg sy syg,ayah sy jg..rs trsksa lps dia tiada.
Semoga arwah ditempatkan dalam golongan yang di kasihi Allah..amin..

klu ada free time,buat lagi ye...hehhe

Lisam said...

dop pahang ambe maing nge mende sajok2 nih..
orang kampung ambe dop suke sajok2, jiwang pe mende je puok tu kate..
bese puok2 tuh melalok je tengoh2 malang, takdop la pulok nye bersajok2 nih..
gape2 pong, ambe tabik spering r ke demo, reti buak sajok..
sedak pong sedak, walopong ambe dop pahang sangak..

muahaha-praktik kecek ganung skali

UkhwAh said...

pergh!
manthop!
sangat sampai maksudnya!!

napa akak gtaw awal2?
atul xsmpat nk teka!
menci la cmni!

apapun!manthop!
mula2 surprise juga..
ehe..

cucutokjanggut said...

alhamdulillah, i got it!

baca sajak ni, dapat bayangkan bayi chomey yang dibunuh tu.

ciannya dia~~~