Sebagai hamba Allah yang sentiasa mengembara, yang sentiasa mencari.. saya sangat bersyukur kepada Allah kerana hari ini, saya dikurniakan jawapan untuk menjawab salah satu persoalan yang sering mengganggu benak fikiran saya.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Dalam post saya sebelum ini yakni di SINI, saya tertanya-tanya..
"Have you ever done a mistake, and then right after when you realized what you had done, you try to fix it but unfortunately, harder you try, worse it turn out. Have you?"
Alhamdulillah, jawapannya kini sudah saya ketemui.. Subhanallah..
".....maka janganlah kamu memuji-muji diri kamu (bahawa kamu suci bersih dari dosa). Dia lah sahaja yang lebih mengetahui akan orang-orang yang bertaqwa."
[Surah An-Najm: Ayat 32]
Rupa-rupanya, selama ini saya tersilap. Saya sering berfikiran bahawa saya seorang yang baik hati, tidak mungkin melukai hati insan lain, tidak mungkin menyusahkan orang lain, tidak mungkin berdendam, tidak mungkin memusuhi sesiapa, tidak mungkin melakukan sengaja menyakiti hati sesiapa. Saya rasa saya seorang yang baik hatinya.. Astagfirullahalazim..
Astagfirullahalazim.... Sekarang saya sedar kini, tiada yang sempurna melainkan Dia dan walau seingin mana saya menjadi seorang yang 'baik', ia adalah sesuatu yang mustahil. Saya boleh menjadi lebih baik dari saya hari ini, seandainya, saya sedar mana kelemahan saya dan saya tahu bagaimana mengubahnya! Alhamdulillah.. kini saya tahu, dan insyaAllah, saya akan cuba semampu saya, dengan izin Allah, untuk menjadi lebih baik dari semalam. InsyaAllah.
Wallahua'alam

3 comments:
[" ,] AlQuran adalah sebaik-baik ubat hati yang tengah gelisah, penenang buat jiwa yang sedang kacau celaru..
Alquran..Jawapan untuk semua persoalan yang dihadapi oleh kita dan alam hadapi..
Jawapan dari langit..siapa yang bisa menyanggahnya..
"muhasabah diri itu lebih baik daripada ibadah di waktu malam"
kak As sungguh mendalam ayat kak As..dhla skang tgh music sedey nih...uhuhu..trase2...sme je...
Post a Comment