+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, June 30, 2009

Pertama Kali

Ada yang bertemu untuk berpisah, ada yang bertemu untuk membuka jalan agar lebih banyak pertemuan hadir pada hari2 mendatang.. Apa-apa pun jua, hanya Allah Yang Maha Mengetahui, saya tak tahu apa-apa..^_^

Mengimbas perjalanan hidup sepuluh tahun kebelakangan ini, dalam mencari sebuah destinasi, pelbagai pahit manis, suka duka sudah saya lalui. Ada masa saya ketawa, ada masa saya menangis. Ada masa saya berada di atas, ada masa saya jatuh tersungkur. Ada masa saya diraikan, ada masa saya dipinggirkan. Ada masa saya dipuji dan ada masanya juga saya dikeji. Ada masa saya kekenyangan, ada masa saya kelaparan. Ada masa saya banyak wang, ada masa dompet saya cuma tinggal beberapa sen. Ada masa saya disayangi dan ada masanya saya dibenci. Segalanya, tidak pernah sunyi, bersilih ganti mewarnai hidup saya. Tanpa jemu.

Dan syukur ke hadrat Ilahi, kerana walau apa jua dugaan yang melanda, walau seperit mana sengsara yang terpaksa ditempuhi, walau seberat mana dugaan, walau sepedih mana luka yang terhiris terguris, walau hati pernah retak seribu. Walau ada masanya pipi ini tak pernah kering dibasahi airmata. Walau pernah satu masa dulu kaki ini terasa sangat berat untuk meneruskan langkah, namun saya bersyukur, kerana saya masih lagi ada di sini, hari ini, dengan semangat yang baru, Alhamdulillah, segala pujian hanya kepada Allah yang Maha Mengasihani..

Dalam meneruskan pengembaraan mencari sebuah destinasi, teman yang menemani bersilih ganti.. Ada yang datang kemudian pergi dan ada yang datang lalu terus setia menemani walau suka atau duka, walau susah atau senang. Kepada yang berkenaa, penghargaan ini untuk kalian..

Pertama kali saya mengenali Diana, ketika hari pertama berdaftar di Utm, dia teman sebilik saya selama 2 semester di Utm. Sejak itu kami terus bersahabat baik. Dia sentiasa menyokong saya dari depan dan belakang, atas dan bawah, sentiasa positif dan optimis serta berbaik sangka kepada saya. Jujur dan ikhlas menjadi sahabat saya walau susah atau senang. Terima kasih Diana, kerana percayakan kite dan sayangkan kite. Semoga persahabatan antara kita semoga berkekalan dunia dan akhirat.

Pertama kali saya bertemu Ghan dan Zubed ketika minggu orientasi di Utm, sama2 'cuti' ketika sahabat lain sedang solat berjemaah di Masjid Sultan Ismail. Sementara menanti sahabat lain menunaikan solat, kami bersembang, berkenalan pula, merayau sampai ke PSZ. Masa terus berjalan, dan ikatan antara kita tidak pernah terputus, terima kasih sahabat, kerana sering membuat aku tertawa dan menangis. Terima kasih. Juga kepada Azreen dan Aiza..

Pertama kali saya bertemu Nane, Fizan, juga ketika Minggu Orientasi, kian rapat setelah kami rupanya belajar sekelas. Ayu, Julie dan Emy, kami berenam selalu bersama-sama.. Aku, Nane, Ayu dan fizan di blok L13, Julie ngan Emy plak duk blok L04. Macam-macam kerenah, dalam usaha menyesuaikan diri dari alam sekolah menengah ke alam universiti. Semuanya pelajar MRSM kecuali Nane pelajar Mozac dan Ayu pelajar sekolah Agama. Pelbagai variasi. Terima kasih kerana pernah menemani perjalanan hidup ini..

Pertama kali mengenali sahabat2 ketika sama2 menyertai pertandingan nasyid mewakili KTHO. Suzi, Mazrah. Dua sahabat yang ayu lagi jelita, berbudi bahasa dan baik hati, terima kasih kerana sudi menjadi sahabat kite. Mazrah yang pernah terserempak dengan kite yang menangis atas sejadah, usap bahu kite dan sampai skang kite ingat lagiMazrah kata.."Mazrah tahu Nija mesti sedih sangat2 sekarang, sabar yer.." Dan Suzi yang banyak memberi sokongan ketika tahun2 akhir di Utm, tanpa Suzi kite mungkin tak cukup kuat.. Terima kasih sahabat tersayang.

Juga Mai yang pertama kali aku kenal ketika di MRSM, berjodoh pula dan bertemu lagi di UTM, kerana satu kos. Berkongsi tarikh hari lahir yang sama, 1 Julai tapi berbeza kelakuan. Alhamdulillah, Utm merapatkan lagi aku dengan ko.. dan sehingga kini persahabatan itu masih utuh, syukur kepada Tuhan kerana temukan aku dengan sahabat yang seperti ko..

Dan kepada semua sahabat, teman-teman seperjuangan ketika menuntut ilmu di UTM, terima kasih untuk segalanya..

Kepada teman-teman yang pernah dikenali ketika berpraktikal, juga jutaan terima kasih di ucapkan..

Teman-teman yang pernah melalui detik dan waktu ketika mencari rezeki di bumi Kepong, sejuta penghargaan juga untuk kalian..

Kepada semuanya, terima kasih daun keladi.. Semoga Allah membalas persahabatan kita ini dengan haruman wangian dari syurga, insyaAllah, mudah-mudahan..

Perjalanan diteruskan lagi.. mencari sebuah destinasi yang tidak pasti.. sahabat datang dan pergi.. teman yang menemani bersilih ganti, bertukar ganti.. Ada yang masih setia memimpin tangan ketika langkah terasa lemah, ada yang melepaskan tangan ini bila saya tersilap langkah hampir terjatuh, ada yang setia menyapu airmata dan ada yang menyimbah racun pada luka yang ada. Walau apa jua, terima kasih kepada semua insan yang pernah menghiasi perjalanan hidupku. Terima kasih sahabat...

Monday, June 29, 2009

Sesuci Kasih Umairah

Seperti malam-malam yang sudah, Umairah masih setia berdiri di tingkap biliknya, mencari kelibat bulan. Dia memandang ke arah timur, tiada. Kemudian Umairah alihkan pandangan ke barat, selatan dan utara, namun sang rembulan masih tidak menampakkan wajahnya. Dada langit hitam pekat. Rembulan membisu, bintang juga menyepi. Sekali-sekala kedengaran suara sang katak bersahutan.

"Malam ini bumi akan menangis lagi, membasahi bumi. Turunlah hujan, bersatu dengan tangisan dan rintihanku..." bisik Umairah di dalam hatinya. Wajahnya sayu. Tiada sedikit pun garis senyum terukir di wajahnya. Jiwanya dirundung hiba. Hatinya sedang menangis hebat namun airmata masih ditahan agar tidak terus tumpah. Daun jendela ditarik, kemudian dikunci rapat. Umairah mengatur langkah menuju ke birai katilnya. Langkahnya lesu. Lemah sekali. Tiba di birai katil, Umairah melabuhkan punggungnya. Matanya dipejamkan rapat.

Umairah masih lagi hanyut dalam lamunannya. Fikirannya menerawang jauh entah ke mana. Umairah hampir bisa menggapai bintang dan bulan. Namun sebaik sahaja tangannya dihulur untuk menyentuh sang bintang, Umairah kemudian jatuh tersungkur ke bumi. Sakitnya bukan kepalang. Cepat-cepat Umairah membuka matanya. Memandang ke kiri dan ke kanan. Dia mengucap lafaz syukur kerana dirinya tiada sebarang luka atau cedera, masih lagi di dalam kamarnya yang sunyi dan sepi. Bulan masih lagi tergantung di langit. Jauh sekali.

Angin malam menderu kuat. Kesejukan mula menggigit hingga ke tulang. Umairah merebahkan badannya ke atas tilam. Selimut di tarik ke paras pinggang. Guruh dan petir kedengaran bersahutan. Hujan mulai turun menyimbahi bumi.

"Mudahnya kau menangis wahai bumi, aku juga ingin menangis bersamamu, namun aku tidak bisa, airmata ini sudah kekeringan...." Umairah bermonolog lagi. Dia cuba memejamkan matanya. Beberapa ketika kemudian matanya dicelikkan semula. Sungguh, dia tidak mampu melelapkan matanya. Fikirannya benar-benar kecelaruan. Jiwanya gundah gulana, hatinya tidak tenang, ada sesuatu yang mengganggu ketenteraman dan kebahagiaanya kini.

"Tuhan, betapa sengsaranya aku kini.. Tabahkanlah hati hamba-Mu ini.." di dalam hati Umairah memohon dan merayu..

Umairah bosan terbaring, dia bingkas duduk, badannya disandarkan pada kepala katil. Dia melihat ke arah kirinya, merenung sekeping bingkai gambar yang bersulam indah. Cantik. Secantik senyuman dua insan yang terpotret di dalamnya. Senyuman sang hawa dan sang adam manis, memakai baju sutera sedondong berwarna putih. Bahagia di hari bersejarah mereka,di hari pernikahan.

Sunday, June 28, 2009

[Moderator] Untuk Kamu..

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar sahabat moderator yang dirahmati Allah, semoga semuanya sihat belaka, jasad, iman dan mental juga..tak sabar rasanya, tak lama lagi Ramadhan bakal mengundang..moga kita semua dipanjangkan umur agar berkesempatan menikmatinya..insyaAllah ..^_^

Sahabat..

Alhamdulillah syukur kerana kita masih lagi dikurniakan kesempatan untuk bernafas hingga ke hari ini, dalam keadaan iman dan juga bersyukurlah kerana kita masih lagi dalam suasana harmoni, masih lagi bersama dengan keluarga iLuvislam, masih lagi dalam suasana mesra bersama adik-beradik yang sangat best yakni Forum Team, Alhamdulillah, saya percaya, kebersamaan ini bukanlah suatu yang sia-sia dan kita antara yang beruntung kerana berpeluang mengecapinya. Sekali lagi puji-pujian kepada Allah.

Saya akui, kebelakangan ini, iLuvislam kian pesat membangun..Dengan pertambahan user dari pelbagai lapisan umur, ia kian menjadi suatu cabaran yang bukan mudah untuk kita. Jika tersilap langkah, krew yang 'tua' mungkin tersedak, tercekik dan yang 'muda' mungkin terkena kejutan budaya, jadi saya berharap agar semuanya dpt bersedia dr segi fizikal dan minda, rohani dan jasmani. InsyaAllah semuanya baik2 saja.. ^_^

Pada pendapat saya, antara krew yang paling hebat merasai impak akibat bertambahnya user dari pelbagai golongan adalah, kita.. forum team sendiri. Untuk memuaskan hati makcik berumur 40-an kadang-kadang melukakan hati adik yang berusia 10 tahun. Untuk memuaskan hati user yang educated, berfikiran jauh kadang-kadang melukakan user yang belajar tak jauh..

Jadi, bagaimana yang seharusnya kita lakukan agar kita tidak melukai mana-mana pihak malahan bersikap adil dan saksama kepada semua dan menarik lebih ramai pengunjung untuk menyertai iluvislam terutama mengikuti perbincangan di forum?

Pastinya ia bukanlah suatu tugasan yang mudah dan tidak mampu di lakukan sendirian. Dan untuk melakukannya pastilah memerlukan kesungguhan dan keikhlasan yang sangat tinggi. Ada harga yang perlu di bayar jika kita mahukan hasil yang cemerlang. ^_^

Setiap yang susah pasti jadi mudah jika kita melakukannya secara berkumpulan. Yang berat sama dipikul. Sentiasa komited, sedia bekerjasama dan berlapang dada dalam setiap apa yang dilakukan. Jangan lepas tangan sewenang-wenangnya terhadap amanah yang diberikan tanpa sebab yang kukuh. Dan jangan pula berkira dan berasa hebat jika kita antara mod yang paling banyak membuat kerja.

Jagalah hati agar setiap titik peluh dan detik masa yang digunakan untuk iLuvislam mendapat ganjaran pahala dariNya, insyaAllah..

~When the going gets tough, only the tough gets going~

Teguhkan hati, kuatkan semangat dalam melaksanakan tugas dan amanah, namun suka juga saya tekankan, kita semua masih punyai komitmen lain, terhadap pelajaran, pekerjaan, keluarga dan lain-lain. Jadi, pentingkanlah mana yang lebih penting dari yang penting kerana yang lebih penting itu jauh lebih penting dari yang penting. Harus bijak menentukan prioriti..^_^

Mudah-mudahan, selagi kita bersatu, insyaAllah walau apa jua dugaan melanda, kita akan mampu menempuhinya. Demi ummah melalui iLuvislam.

Together WE make history for Ummah. Moga Allah izinkan, amin..


p/s: saya pernah hantar kat YG mod, mungkin ada yg terlepas pandang, sekali lagi share sini yer.. jazakallah

Saturday, June 27, 2009

Bertemu Tidak Jemu, Berpisah Tidak Gelisah

Jam sudah menunjukkan pukul 5.40 petang. Menandakan tamat sudah waktu bekerja, komputer dipadamkan, meja dikemas ala kadar, kunci kereta dan henfon dicapai, handbag digalas. Lalu saya segera mengatur langkah bergegas pulang, kena cepat kerana jalan yang akan dilalui tidak sedekat biasa, malamnya ada ceramah berhampiran rumah kakak, aktiviti bulanan di kawasan tersebut. Memandangkan bulan lepas saya tidak berkesempatan mengikutinya, lalu kali ini saya nekad untuk tidak ketinggalan lagi. Tambahan pula sudah dua minggu saya tidak mengunjungi rumah kakak saya yang letaknya di Kg Melayu Subang.

Kerana saya tahu perjalanan hari ini lebih panjang dari biasa (biasanya ulang alik dari rumah sewa dengan ofis, jaraknya tak sampai 10 minit drive) saya siap solat Asar di tempat kerja, bimbang kerana kita tidak tahu apa yang bakal terjadi selama perjalanan nanti. Ketika tiba di tempat letak kerata, awan kelihatan mendung. Hujan mungkin akan turun bila-bila masa saja. Masuk ke kereta, enjin kereta dihidupkan. Dengan lafaz Bismillah, perjalanan dimulakan menuju ke destinasi yang ingin di tuju.

Sepanjang pemanduan selama lebih kurang 40 minit itu, pelbagai gelagat manusia dapat dilihat. Ada yang sentiasa mahu cepat, mementingkan diri sendiri dan melanggar peraturan jalan raya. Bayangkan bagaimana perasaan anda, ketika kepenatan pulang dari kerja, bersesak-sesak di atas jalan kemudian beratur menunggu giliran untuk membayar tol, tiba-tiba kereta datang entah dari mana, meluru ke barisan paling hadapan, memotong barisan lalu terus masuk ke barisan paling hadapan.

Kita cuba berbaik sangka, berfikir positif dan bersabar, tapi malangnya, mereka yang tidak beretika itu ada kalanya mampu mencetus rasa tidak senang. Haih... Habit yang patut dijauhi. Ingat yer..^_^

Sebaik tiba di rumah kakak, dua orang anak buah saya sedang bermain basikal bersama rakan-rakan, sempat juga saya ikut sekaki, sekadar menjadi penonton. Ashraf berbasikal merah dan Alya berbasikal berwarna pink. Azim dan Adam dua beradik juga turut bermain sama. Dina dan Umairah pula menjadi penonton kerana sedang bersiap-siap untuk ke kelas piano. Pelbagai gelagat semuanya, sekejap ketawa sekejap menangis, haih.. dunia kanak-kanak.

Waktu Maghrib kian hampir, saya emak sudah siap masak untuk berbuka puasa. Saya mengajak ke dua anak buah masuk ke rumah dan memandikan mereka. Semuanya bersemangat untuk mengikuti ceramah di rumah Ustaz Roslan.

Azan berkumandang, tiba waktu saya berbuka puasa. Alhamdulillah, emak masak gulai ikan masin, goreng ikan, singgang daging dan ulam raja. Kuih juga banyak kerana emak masak kuih lompat tikam untuk ceramah nanti, jiran pula bertukar juadah, ada agar-agar pandan dan puding roti. Alhamdulillah, murah rezeki kali ini. Kami makan bersama-sama.

Selesai berbuka puasa, saya masuk ke bilik untuk Solat Maghrib. Sedang berehat-rehat saya kemudian terlihat satu bungkusan berwarna coklat di atas rak. Kertasnya sudah terkoyak sebahagiannya menampakkan sebahagian isinya. Haih..Kata emak, bungkusan itu sudah tiba seminggu yang lepas. Sebaik tiba juga keadaanya sudah ternoda. Sampulnya sudah terkoyak, haih... Saya menggapai bungkusan itu lalu mengamati alamat yang tertera di atasnya. Ada nama saya!! Jeng3...Kasik suspen skit, eheh..

Bungkusan itu dipos pada 10 June 2009. 20 hari lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Sungguh-sungguh perancangan yang teliti oleh si dia yang jauh nun di sana. I do appreciate so much.. Sungguh, sebaik saja melihat alamat pengirim, hati perasaan ni rasa bagai nak melonjak-lonjak, cepat-cepat saya membuka bungkusan itu, tak sabar melihat isinya. Semangat2!!!!

Dan berikut adalah isi-isi yang terkandung di dalamnya, jom tengok..

Sapu tangan yang sangat comel.. ada bau Lovely Lace, huhu..sukaaaa^_^


Dua buah buku, Men are From Mars, Women are From Venus yang sudah di translatekan
(Pengirim ini mahu saya cepat-cepat dapat calon barangkali, huhu)
Buku kedua pula adalah Bilik-Bilik Cinta Muhammad saw
(Pengirim mahu saya menjadi isteri yang solehah agaknya..^^)
Kedua-duanya sangat bermakna dan bererti dalam menuju hari-hari mendatang agar lebih bahagia dan cemerlang, dunia dan akhirat.
Terima kasih so much...
Ana uhibbuka fillah


Tak ketinggalan, ada kad di dalamnya. seperti biasa, di hiasi dengan kata-kata semangat..
Penghibur hati di kala duka..Sob3.. terharu sangat2.. orang pertama yang wish besday untuk kali ini telah jatuh kepada beliau (haha.. tak leh gi tau nama, takut karang semua pakat ramai2 menyerang beliau menadah tangan, hehehe)

Dia tahu siapa dia.. kepada dia. terima kasih banyak-banyak. I do really appreciate, so much. U always be there for me, menenangkan hati ini di kala kelam kelibut. Memujuk hati ini supaya sentiasa tenang dan tabah dalam berhadapan dengan apa jua ujian. Terima kasih sis, akak sayang kamu ikhlas kerana Dia.

Moga ukhwah yang terjalin sentiasa mekar mewangi, bertemu tidak jemu dan berpisah tidak gelisah, biar kita berjauhan tujuh lautan sekalipun, kamu tetap di hati akak..
Sekali lagi terima kasih, kerana menggembirakan akak, terharu sangat-sangat..

Moga Allah pula membahagiakan hatimu. Amin..


Tribute to MJ

Earth Song

What about sunrise
What about rain
What about all the things
That you said we were to gain...

What about killing fields
Is there a time
What about all the things
That you said was yours and mine...
Did you ever stop to notice
All the blood we've shed before
Did you ever stop to notice
The crying Earth the weeping shores?

Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah
Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah

What have we done to the world?
Look what we've done.
What about all the peace,
That you pledge your only son?
What about flowering fields?
Is there a time?
What about all the dreams,
That you said was yours and mine?

Did you ever stop to notice,
All the children dead from war?
Did you ever stop to notice,
The crying Earth the weeping shores?

Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah
Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah

I used to dream
I used to glance beyond the stars
Now I don't know where we are
Although I know we've drifted far

Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah
Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah
Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah
Aaaaaaaaah Aaaaaaaaah

Hey, what about yesterday
(What about us)

What about the seas
(What about us)

The heavens are falling down
(What about us)

I can't even breathe
(What about us)

What about the bleeding Earth
(What about us)

Can't we feel its wounds
(What about us)

What about nature's worth
(ooo, ooo)

It's our planet's womb
(What about us)

What about animals
(What about it)

We've turned kingdoms to dust
(What about us)

What about elephants
(What about us)

Have we lost their trust
(What about us)

What about crying whales
(What about us)

We're ravaging the seas
(What about us)

What about forest trails
(ooo, ooo)

Burnt despite our pleas
(What about us)

What about the holy land
(What about it)

Torn apart by creed
(What about us)

What about the common man
(What about us)

Can't we set him free
(What about us)

What about children dying
(What about us)

Can't you hear them cry
(What about us)

Where did we go wrong
(ooo, ooo)

Someone tell me why
(What about us)

What about babies
(What about it)

What about the days
(What about us)

What about all their joy
(What about us)

What about the man
(What about us)

What about the crying man
(What about us)

KLIK SINI untuk download



Heal The World

little girl talking

((i think about the gererations
and thay say thay want to make it
a better place for our children & our children's children
so that thay thay thay know it's a better world for them
and i think thay can make it a better place))


There's A Place In
Your Heart
And I Know That It Is Love
And This Place Could
Be Much
Brighter Than Tomorrow
And If You Really Try
You'll Find There's No Need
To Cry
In This Place You'll Feel
There's No Hurt Or Sorrow

There Are Ways
To Get There
If You Care Enough
For The Living
Make A Little Space
Make A Better Place...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

If You Want To Know Why
There's A Love That
Cannot Lie
Love Is Strong
It Only Cares For
Joyful Giving
If We Try
We Shall See
In This Bliss
We Cannot Feel
Fear Or Dread
We Stop Existing And
Start Living

Then It Feels That Always
Love's Enough For
Us Growing
So Make A Better World
Make A Better World...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

And The Dream We Were
Conceived In
Will Reveal A Joyful Face
And The World We
Once Believed In
Will Shine Again In Grace
Then Why Do We Keep
Strangling Life
Wound This Earth
Crucify Its Soul
Though It's Plain To See
This World Is Heavenly
Be God's Glow

We Could Fly So High
Let Our Spirits Never Die
In My Heart
I Feel You Are All
My Brothers
Create A World With
No Fear
Together We'll Cry
Happy Tears
See The Nations Turn
Their Swords
Into Plowshares

We Could Really Get There
If You Cared Enough
For The Living
Make A Little Space
To Make A Better Place...

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

Heal The World
Make It A Better Place
For You And For Me
And The Entire Human Race
There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

There Are People Dying
If You Care Enough
For The Living
Make A Better Place
For You And For Me

You And For Me

You And For Me
Make A Better Place
You And For Me
Make A Better Place
You And For Me
Make A Better Place
You And For Me
heal the wordl we live in
You And For Me
save it for our children
You And For Me
heal the world we live in
You And For Me
save it for our children
You And For Me
heal the world we live in
You And For Me
save it for our children
You And For Me
heal the world we live in
You And For Me
save it for our children

KLIK SINI untuk download

Thursday, June 25, 2009

Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel [Siri Akhir]

Alhamdulillah, entri kali ini adalah sambungan daripada kisah Sultan Muhammad Al-Fateh, (kesinambungan dari kisah INI..). Syukur juga kerana kali ini saya telah berjaya menamatkan kisah perjuangan jihad Sultan Muhammad Al-Fateh setelah mengambil masa kira-kira 3 jam untuk mencatitnya semula di ruangan ini. Saya berbesar hati sekiranya sahabat sekalian dapat meluang masa membaca entri kali ini, dengan harapan semoga semangat jihad tokoh terkenal ini dapat meresapi jiwa kita semua. InsyaAllah.

Pengenalan

Sultan Muhammad Al-Fateh dilahirkan pada 27 Rejab 835 Hijrah bersamaan 29 Mac 1432 M dan mangkat pada 3 Mei 1481. Ketika berumur 19 tahun, beliau menaiki takhta menggantikan ayahandanya Sultan Murad. Baginda menjadikan Adrianopel (Adana) sebagai pusat pemerintahan dan ibu kotanya bagi memudahkan cita-citanya menawan Konstantinopel. Ketika baginda berusia 21 tahun, baginda berjaya menakluk Konstantinopel pada tanggal 29 Mei 1453 bersamaan 20 Jamadil Awal 857 Hijrah.

Kota Konstantinopel yang kini dinamakan Istanbul (Islam keseluruhannya), terletak di sempadan antara benua Eropah dan Asia. Ia dihubungkan oleh Selat Bosphorus. Sebelum itu, Kota Konstantinopel pernah cuba ditakluk oleh bangsa Gothik, Parsi, Bulgaria, dan Rusia tetapi tidak berjaya. Umat Islam juga berusaha menawan kota tersebut kerana percaya dengan Hadis Rasulullah SAW yang mengatakan Konstantinopel akan ditawan oleh orang Islam.

Jihad Ke Jalan Allah.

Sebelum ini saya sekadar mendengar daripada sahabat dan taulan mengenai kisah penakluk hebat ini. Saya juga pernah membaca sipi-sipi mengenai baginda Sultan Muhammad Al-Fateh, namun, akhirnya, dengan selesainya saya membaca buku ini, Alhamdulillah, saya lebih jelas dan seolah-olah dapat membayangkan peristiwa yang diceritakan dalam buku ini satu persatu. Cara buku ini diolah seperti novel membuatkan kita lebih tertarik untuk mengetahui kisah seterusnya tanpa ada fakta yang tertinggal. Sekalung tahniah kepada penulis yakni Abdul Latip Talib. Semoga lebih ramai penulis-penulis berbakat seperti beliau dapat dilahirkan dalam kalangan muslim khususnya di Malaysia.

Melalui pembacaan saya kali ini, apa yang paling saya kagumi mengenai Sultan Muhammad Al-Fateh adalah kejayaan baginda menakluk Konstantinopel pada usia yang sangat muda iaitu ketika berusia 21 tahun. Baginda telah di lantik menjadi sultan menggantikan ayahandanya Sultan Murad yang mangkat ketika baginda berusia 19 tahun. Sebelum itu, ketika berusia 16 tahun, baginda pernah menjadi pemangku sultan, semasa ketiadaan ayahandanya di dalam wilayah.

Baginda Sultan Muhammad di latih dan di didik dengan ilmu agama dan ilmu ketenteraan sejak kecil. Ketika berusia 5 tahun, hari pertama belajar membaca A-Fatihah, baginda mampu meghafalnya dalam masa sehari sahaja. Kehebatan dan sifat-sifatnya yang terpuji terpamer sejak kecil lagi. Tambahan pula, ayahandanya Sultan Murad, benar-benar mahu menakluki Konstantinopel seperti dalam hadis nabi. Beberapa kali mencuba namun gagal, sehinggalah suatu hari, seorang ulamak memaklumkan firasatnya kepada Sultan Murad..

"Bukan Tuanku yang akan menakluk Konstatinopel, tapi anakanda Tuanku yang di dalam buaian itu yang akan melakukannya"

Berbekalkan keyakinan itu, baginda bersungguh-sungguh melatih dan mendidik puteranya agar kelak menjadi pemimpin kepada tentera yang baik dan rakyat yang baik. Disamping dibekalkan dengan ilmu kepahlawanan, baginda Sultan Muhammad juga mendapat bimbingan agama dan sering didampingi oleh seorang ulamak yang masyhur, iaitu Syeikh Syamsudin al-Wali.

Maharaja Konstantinople tidak pernah mahu berdamai dengan kerajaan Sultan Muhammad. Mereka sentiasa mencari peluang untuk menyerang dan memporak perandakan kerajaan Islam yang berjiran dengannya itu. Sesungguhnya peperangan tidak lagi dapat dielakkan.

Bertahun lamanya Sultan Muhammad memikirkan strategi yang untuk menakluk Konstatinopel. Strategi berperang Nabi Muhammad Saw dijadikan sebagai panduan. Contohnya, setiap perkara dibincangkan melalui mesyuarat dan sesiapa saja berhak mengeluarkan pendapat dan pandangan. Sebagai persediaan penaklukan, Sultan Muhammad memastikan rakyatnya adalah rakyat yang baik, yang kaya kasihani yang miskin, yang miskin hidup terbela, arak, judi, riba dihapuskan. Peniaga juga dilarang sama sekali menipu dalam timbangan dan sebagainya.

Sultan Muhammad sendiri pernah menyamar untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya, mencontohi apa yang pernah dilakukan oleh Saidina Umar. Sahabat Nabi Muhammad saw yakni khalifah yang ke dua. Askar-askar pimpinan Sultan Muhammad juga diajar ilmu agama selain daripada ilmu peperangan. Setelah dua tahun menjadi Sultan, pada usianya 21 tahun, baginda mengatur strategi untuk memulakan penaklukan.

Strategi.

Sebelum memulakan penaklukan, bagi memastikan wilayahnya selamat dari ancaman musuh, baginda bercadang untuk menggali parit, mencontohi strategi ketika zaman Rasulullah Saw ketika Perang Khandaq. Namun begitu, oleh kerana keadaan wilayah mereka yang berbatu, adalah amat sukar untuk menggali parit. Jadi, sebagai menggantikan parit, mereka membina tembok yang besar di seberang Selat Bosphorus.

Kewujudan tembok itu berjaya menggerunkan musuh, lalu Mahajara Konstantinopel mengerahkan 1000 orang askarnya bertindak pada waktu malam untuk merobohkan tembok itu. Keesokannya, setelah tentera Turki mendapati tembok mereka telah roboh, mereka agak kecewa dan marah. Namun Sultan Muhammad tetap tidak berputus asa lalu mengerahkan tenteranya untuk membina tembok itu semula. Para tentera kemudiannya menggandakan usaha untuk membina tembok itu semula.

Selain daripada tentera, rakyat juga berlapang dada bekerja sukarela. Malahan, Sultan Muhammad sendiri turut membuka serbannya dan ikut serta membina tembok bersama rakyatnya, diikuti menteri-menterinya yang lain. Mereka dibahagikan kepada tiga kumpulan, bekerja siang dan malam untuk membina tembok itu. Akhirnya, dengan izin Allah, tembok itu siap dibina dan dinamakan Rumeli Hisarri.


Rumeli Hisarri

Selain daripada membina tembok pertahanan, tentera-tentera juga kian giat berlatih. Di waktu siang mereka berpuasa dan berlatih dan waktu malamnya pula mereka beribadat kepada Allah swt. Sebagai persediaan rapi juga, Sultan mengerahkan tenteranya dan rakyatnya memperbanyakkan lagi kapal-kapal yang besar. Kira-kira 200 buah kapal semuanya siap untuk berperang.

Sebelum memulakan penaklukan juga, pelbagai strategi telah di atur. Baginda sultan Muhammad Al-Fateh juga telah menyelamatkan seorang lelaki yang telah menjadi tawanan Maharaja Kontantinopel, namanya Urban. Urban adalah seorang yang mahir dalam membuat senjata meriam. Kerana keengganannya untuk berkerjasama dengan Maharaja Konstantinopel yang zalim, Urban dikurung di bilik tahanan di bawah tanah dan diseksa saban hari. Berita mengenai Urban sampai ke pengetahuan Sultan Muhammad, lalu baginda menyusun strategi bagi mendapatkan Urban.

Dengan perancangan yang rapi, kepakaran, kesungguhan dan petunjuk dari Allah swt, pihak Sultan Muhammad telah berjaya menggali terowong bawah tanah, sehingga menembusi bilik kurungan Urban. Melalui terowong itu, Urban dilarikan dengan selamat dan dibawa mengadap Sultan Muhammad. Dengan kehendak Allah juga, Urban telah bersetuju untuk bekerjasama dengan pihak Sultan Muhammad untuk mencipta meriam. Dengan itu, banyak meriam dicipta sebagai persediaan menakluki Konstantinopel.

Beberapa bulan sebelum memulakan usaha menakluk, Sultan Muhammad bersama pasukan tenteranya ke Pulau Magnesis untuk menjalani latihan ketenteraan selama 40 hari . Di sini jjuga mereka memperhebatkan lagi amal ibadat mereka. Seterusnya, sekembali dari tempat latihan, tentera-tentera itu dibenarkan pulang bertemu keluarga selama seminggu.

Perjuangan Jihad Bermula.

Bagi tujuan menakluk Konstantinopel, Sultan Muhammad cuma membawa 250,000 tentera bersamanya dan 80 buah kapal sedangkan mereka mempunayi 500,000 tentera dan 200 buah kapal. Tujuannya adalah kerana memilih tentera yang benar-benar baik dan disamping itu, supaya tentera yang tinggal dapat menjaga dan mempertahankan kota sepanjang ketiadaan mereka. Kapal-kapal yang tinggal juga diperlukan sekiranya mereka memerlukan bantuan ketika sedang berperang.

Sebelum berperang, tentera dibahagikan kepada 4 pasukan melalui darat dan satu pasukan menyerang melalui laut, pasukan laut diketuai oleh Panglima Zaqhanus, seorang paderi yang memeluk Islam setelah melihat sendiri kekuasaan Allah. Zaqhanus mengepalai 80 buah kapal perang. Namun, ketika pelayaran, mereka berhadapan dan terpaksa berperang dilautan. 10 buah kapal mereka tenggelam ditelan lautan.

Pasukan tentera yang dipimpin oleh Panglima Tharhan tiba lebih awal kerana mereka melalui kawasan tanah rata. Mereka mengambil kedudukan di sebelah timur kota Konstantinopel. Pasukan kedua yang tiba adalah pasukan yang dipimpin oleh Khalil Pasya diikuti pasukan ketiga yang dipimpin oleh Sulaiman Olgo. Cuma pasukan keempat yang dipimpin oleh Hamzah Pasya yang paling lambat tiba kerana mereka terpaksa melalui jalan yang berbukit-bukit.

Pada hari Khamis, 6hb April 1453, keempat-empat pasukan tentera tiba di kota Konstantinopel. Kecuali tentera yang melalui jalan laut kerena mereka tidak dapat memasuki Tanduk Emas kerana disekat dan dihalang oleh rantai besi rasaksa. Tetapi, tentera Turki tidak terus melakukan serangan, mereka bermalam dan berehat terlebih dahulu. Pada keesokannya, Jumaat 7hb April 1453, selesai solat Subuh, tentera Turki berzikir berama-ramai sehingga suara mereka bergema sampai ke kota Konstantinopel. Ketika itu barulah tentera Rom menyedari kedatangan mereka.

Sebelum menyerang, Sultan Muhammad menawarkan dua pilihan kepada Maharaja Konstantinopel, samada mahu menyerahkan kuasa secara aman ataupun berperang. Ternyata, tawaran itu membuatkan Maharaja Konstantinopel bertambah berang dan memilih untuk berperang.

Serangan Demi Serangan.

Serangan demi serangan dilakukan, namun kedua-dua pihak masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda mahu mengaku kalah. Tentera Turki rela syahid demi jihad dan tentera Rom pula sanggup mati demi mempertahankan Kota Konstantinopel. Kedua-dua pasukan berjuang mati-matian. Namun, pasukan tentera Turki melalui lautan pula masih tidak tiba seperti yang dirancang kerana terhalang oleh rantai besi sebesar pemeluk.

Walau pelbagai usaha telah di lakukan untuk memutuskan rantai itu, semuanya tidak berhasil. Di tembak meriam tiada sebarang kesan kerana ia di dalam lautan, di rempuh kapal juga tidak berhasil kerana rantai itu sangat kuat dan tajam, boleh mengakibatkan kapal-kapal bocor dan tenggelam. Urban turut mencipta gergasi besi untuk memotong rantai itu namun malangnya mereka tetap tidak berjaya memutuskan rantai besi itu. Pasukan laut kian terhimpit.

Sultan Muhammad benar-benar memerlukan bantuan dari pasukan laut. Pelbagai cara difikirkan namun kesemuanya menemui jalan buntu. Setelah solat sunat, baginda tertidur dan dalam tidurnya baginda bermimpi melihat kapal-kapalnya berlayar di atas daratan melintasi Semenanjung Fera lalu berlabuh di depan Kota Konstantinopel. Setelah bermesyuarat, akhirnya mereka setuju untuk menjadikan mimpi itu sebagai kenyataan.

Pada masa yang sama, Maharaja Konstantinopel pula memohon bantuan daripada Eropah namun bantuan itu dijangka tiba dalam masa seminggu, demi menantikan bantuan itu, dan dengan kehendak Allah jua adanya, Maharaja Konstantinopel mengajak tentera Turki melakukan genjatan senjata. Bagai pucuk diidam ulam mendatang, gencatan itu diterima baik oleh tentera Turki. Sepanjang masa gencatan itu, mereka berusaha keras memindahkan kapal-kapal mereka melalui kawasan berbukit Tanjung Fera hingga ke Tanduk Emas. Pokok-pokok kayu ditebang kemudian dipotong lalu dijadikan landasan bagi dilalui kapal-kapal. Kayu-kayu itu dilumur dengan lemak dan darah haiwan supaya menjadi licin.

Dengan izin Allah adanya, ribut kencang berserta hujan lebat melanda. Tentera Turki mengguna peluang itu memasang kain layar lalu meluncurlah kapal-kapal perang mereka ke atas daratan Semenanjung Fera. Kemudian, kapal-kapal itu ditarik sejauh tiga batu sehingga berlabih di Tanduk Emas. Sebuah demi sebuah, akhirnya kesemua 70 buah kapal berjaya dipindahka ke Tanduk Emas.

Selepas 44 hari kota Konstantinopel dikepung dari segenap penjuru dan selepas berpuluh-puluh kali serangan dilancarkan namun tentera Turki masih belum dapat menembusi benteng pertahanan tentera Rom.

Selasa 29 Mei 1453

Panglima Ardogan berjaya menyeru semua penduduk Konstantinopel bangun mengangkat senjata berjuang bersama tentera rom bagi mempertahankan kota mereka. Tengah malam itu, peperangan berlaku dengan begitu dasyat sekali. Ramai tentera Turki syahid. Melihat keadaan itu, ada juga yang ingin melarikan diri namun Sultan Muhammad kemudian menyeru,

"Kita datang ke mari demi syahid atau menang. Marilah mati di jalan Allah. Saya menyeru supaya jangan lari dari medan perang. Sesiapa mahu syahid marilah bersama-sama saya!"

Mendengar seruan itu, tentera yang ingin melarikan diri berpatah balik dan mendapat semangat baru. Mereka umpama banjir besar yang merobohkan semua yang menghalangnya. Peperangan berlaku dengan begitu hebat. Selepas Maharaja Konstantinopel terbunuh, ketua panglima Rom iaitu Ardogan juga tewas dan terbunuh. Melihatkan ketua mereka sudah mati, tentera Rom patah semangat mahu meneruskan peperangan lalu mereka menyerah kalah. Akhirnya kota Konstantinopel berjaya ditakluki.

30hb Mei 1455.

Suasana pagi itu sungguh syahdu. Tentera Islam melaungkan takbir dan tahmid sebagai tanda kesyukuran dan gembira kerana berjaya menawan Kota Konstantinople selepas bertempur selama 53 hari dan selepas ramai yang syahid, akhirnya kini, hadis Nabi Muhammad SAW itu menjadi kenyataan. Untuk dijadikan masjid sebagai tempat beribadat, mereka memilih gereja Aya Sophia. Setelah dibersihkan, dibuang segala patung dan tanda salib, menjelang tengah hari Aya Sophia bertukar wajah dari sebuah gereja kepada sebuah masjid. Alhamdulillah. Allahuakbar.

Aya Sophia

Apabila tiba waktu solat Jumaat, mereka bersedia mengerjakan solat Jumaat. Lalu timbul pertanyaan, siapakah yang layak menjadi imam. Sultan Muhammad mencadangkan gurunya Syeikh Syamsudin al-Wali tetapi dia menolak secara baik dengan alasan dia sudah tua,

"Carilah orang yang lebih bertakwa antara kamu bagi dijadikan imam" kata Syeikh Syamsudin al-Wali. Sultan Muhammad kemudiannya keluar ke kawasan lapang di depan masjid. Kemudian baginda menyuruh semua tenteranya berdiri lalu berkata.

"Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembayang fardu lima waktu, sila duduk!"

Tiada seorang pun yang duduk menandakan kesemua tenteranya tidak pernah meninggalkan solat fardu lima waktu.

Kemudian baginda berseru lagi," Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib, sila duduk"

Separuh dari tenteranya duduk. Kemudian baginda bertanya lagi, "Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang sunat tahajud, sila duduk!"

Semua yang berdiri, duduk kecuali seorang iaitu Sultan Muhammad Al-Fateh itu sendiri. Semenjak akil baligh, baginda tidak pernah meninggalkan sembahyang lima waktu, sembahyang sunat rawatib dan sembahyang sunat tahajud. Dan dialah yang paling layak menjadi Imam.

Sekian demikianlah sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan, setelah membaca buku ini tak lebih 3 jam, saya mengambil masa tak kurang 3 jam pula untuk menulis rumusannya untuk berkongsi di ruangan ini kali ini. Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada kita semua, supaya dapat mencontohi sifat-sifat terpuji yang ada dalam diri pejuang Islam terdahulu demi menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Allahuakbar!!

Sekian dulu dari saya, mana yang salah harap diperbetulkan. Wassalam.

Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel


Alhamdulillah, saya akhirnya selesai membaca buku ini. Ini buku kedua hasil karya Abdul Latip Talib yang berjaya saya khatam selepas buku Salahudin Al-Ayubi.

Sejarah Kerajaan Usmaniah

Semasa pemerintahan Muawiyah bin Abu Sufian, orang-orang Turki membantu tentera Islam menawan Bukhara dan Samarkand. Orang-orang Turki terus memainkan peranan yang penting sehingga kepada zaman pemerintahan Bani Abbasiyah. Waktu itu, mereka sudah memegang jawatan penting dalam tentera dan politik.

Apabila berlaku perselisihan antara Khalifah Abbasiyah di Baghdad dengan Khalifah Fatimiyah di Mesir, terbentuk kerajaan Saljuk, tetapi akhirnya kerajaan Saljuk dikalahkan oleh tentera Monggol di bawah pemerintahan Gengis Khan.

Sejarah kerajaan Usmaniah bermula pada abad ke 13 apabila Ertoghul memimpin satu kabilah Turki melarikan diri daripada tentera Monggol hingga ke Anatolia. Ertoghul telah membantu Sultan Saljuk mengalahkan tentera Romawi. Sebagai membalas budi Ertoghul, Sultan Alaudin memberikan sebuah wilayah di sebelah barat Anatolia kepadanya. Pada 1288, Ertoghul mangkat dan digantikan oleh puteranya bernama Usman. Daripada nama ini wujudnya Dinasti Usmaniah. Baginda telah meluaskan lagi kawasan pemerintahannya dengan menawan kawasan-kawasan berhampiran.

Pada 1300, Dinasti Saljuk dijatuhkan oleh Monggol sekali lagi dan Sultan Alaudin mangkat menyebabkan tanah jajahannya berpecah belah. Sultan Usman berusaha menyatukan semula wilayah-wilayah Turki.

Pada 1326, Sultan Usman mangkat lalu digantikan oleh puteranya Sultan Orhan Ghazi. Baginda berjaya memperkasakan kerajaan Usmaniah. Apabila baginda mangkat pula, kerajaan Usmaniah diperintah oleh Sultan Murad (1359-1389). Pusat pemerintahan kemudian dipindahkan ke Edirne.

Selepas baginda mangkat, tempatnya diganti oleh Sultan Beyazid (1393-1403). Baginda meluaskan pemerintahan sehingga menawan Bulgaria, Perancis dan Jerman pada tahun 1393. Selepas itu bermulalah usaha bagi menawan Konstantinopel. Kota ini menjadi kebanggan kerajaan Rom kerana kedudukanya yang strategik antara Eropah dan Asia. Kerana itu Napoleon Bonarpate pernah berkata;

"Sekiranya aku menguasai Konstantinopel, maka mudahlah aku menguasai dunia"

Kerajaan Byzantium ini sering mengancam perkembangan Islam, Nabi Muhammad SAW pernah mengutuskan surat kepada Maharaja Rom tetapi surat itu dikoyakkannya sehingga baginda Nabi berdoa, kerajaan Rom akan dikoyak-koyakkan oleh tentera Islam.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

"Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam, pemimpin yang menakluknya adalah sebaik-baik pemimpin, dan pasukan tenteranya adalah sebaik-baik tentera." (H.R Ahmad Bin Hanbal Al-Musnad 4/335)

Kerana hadis ini jugalah, usaha menakluk Kontantinopel dimulakan oleh Saidina Ali pada tahun 34 Hijrah. Muawiyah bin Abu Sufian pada tahun 84 Hijrah, Sultan Sulaiman pada tahun 91 Hijrah, Khalifah Harun al-Rasyid pada tahun 165 Hijrah. Sultan Beyazid pada tahun 1391, 1397, dan 1400 tetapi semuanya menemui kegagalan.

Akhirnya pada 29hb Mei 1435 Masihi, barulah kota Konstatinopel berjaya ditawan oleh Sultan Muhammad al-Fateh.

Sebelum itu, Sultan Beyazid telah kalah dalam peperangan bersama Mongol dan mangkat dalam tahanan setelah tujuh tahun dikurung dalam tahanan. Sultan Beyazid digantikan oleh anaknya Sultan Sulaiman (1403-1411). Sultan Musa (1411-1413) dan Sultan Mehmed Halabi (1413-1421). Dan seterusnya digantikan oleh Sultan Murad II, ayahanda Sultan Muhammad Al-Fateh.

Demikian sedikit pengenalan mengenai kerajaan Usmaniah dan sejarah percubaan penaklukan oleh orang Islam yang kesemuanya menemui kegagalan sehinggalah penaklukan dilakukan oleh Sultan Muhammad. Setelah lebih 800 tahun hadis nabi itu diucapkan oleh Rasulullah SAW, barulah ia menjadi kenyataan. Bagaimana ia menjadi kenyataan? Pastinya bukan usaha yang sedikit diperlukan dan pastinya juga, Sultan Muhammad mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Perkongsian masih panjang, namun saya terpaksa tangguhkan dulu hanya sampai di sini. Jam sudah menunjukkan jam 8 pagi, ofis memanggil-manggil. InsyaAllah, jika Tuhan izinkan, saya akan berkongsi sambungan sejarah indah lagi hebat ini. Berkongsi semangat dan kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh, semoga dari itu, dapat menaikkan lagi semangat jihad dalam diri kita dan seterusnya dapat menambahkan lagi kecintaan kita kepada Nabi Muhammad SAW dan seterusnya cinta kepada Allah swt yang Esa.

Sampai di sini dahulu. Hingga bertemu lagi, dengan izin Allah.

Wassalam,

Tuesday, June 23, 2009

Berapakah Harga Sebuah Kebenaran?

Demi menyatakan sebuah kebenaran, kadang-kadang kita terpaksa mengguris sekeping hati yang penuh dengan pelbagai perasaan, kadang-kadang menyakiti hati insan lain. Untunglah bagi mereka yang dapat berfikiran secara positif, menerima teguran dengan berlapang dada dan sentiasa bersangka baik. Bagaimana jika sebaliknya? Mungkin, demi sebuah kebenaran itu, harga sebuah persahabatan mampu tergadai. Ahh..Nyatakanlah kebenaran walaupun ia pahit.

Sekian lama saya mengelak dari dia, bukan tidak suka kepada dia, tapi kerana saya memang tidak berapa gemar online, cuba untuk adil kepada semua, Yahoo Id tidak dikongsi. Selain daripada jarang online, saya mengelak agar tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menyakiti hati si dia. Diam lebih baik daripada berkata-kata yang menyakitkan. Melukakan.

Tuhan jua yang menentukan segalanya. Dalam duk mengelak, akhirnya saya tertangkap juga, kekeke.. Kami diberi keizinan oleh-Nya untuk berbual mesra. Seperti yang saya takuti, akhirnya terjadi juga. Saya telah menyatakan sesuatu yang mungkin mengguris hatinya, harap-harap dapat membuka matanya... Ah.. demi kebaikan dirinya, tak mengapalah jika harga sebuah persahabatan terpaksa dikorbankan. Jika itu harga yang perlu dibayar. Saya pasrah.

I just cant pretending like i know nothing. I just cant say yes for things that i know that is wrong. or things that i dont agree. I just being myself.. No matter what it is, yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Selagi termampu, akan ku pimpin tanganmu agar kau tidak jatuh.. Tidak tersungkur. Sometimes i feel dissapointed with those yang dah lama tahu pasal this such thing, but still act like supporting her, without saying apa yang sepatutnya di nyatakan, mungkin lumrah orang Melayu, terlalu berkias untuk menjaga hati, kadang kala berbohong untuk tidak menyakiti.

Ah.. why i cant be just like that? Seperti mereka. Follow the flow.. Ikut bergossip sekali, usik mengusik, haih... Mungkin saya sudah terlalu tua, atau mereka yang masih keanak-anakkan?

Honestly, more than 3 times i heard people talk about her. More than 3 different peoples! For me, this is not a good ideas, besides, with her good personality , dia sepatutnya menunjukkan contoh yang terbaik, akhlak yang terpuji. Namun, oleh kerana sedikit kekhilafannya itu, dia akhirnya mendedahkan dirinya lalu menjadi bahan bualan, diumpat dan difitnah. Kasihan.. kasihan dia yang mendedahkan dirinya untuk diumpat dan kasihan sahabat-sahabat yang bergossip tentang beliau. Aduh~ Adakah saya patut terus mendiamkan diri. Berpeluk tubuh? Berpura-pura tidak tahu. Allah's knows everything.

Kepada yang berkenaan, i already said what i supposed to say.. accept positively or not, it's depends on you. Kerana sayang, akak telah mengguris perasaan kamu. Semoga Allah terus membimbing hatimu dan memberi kekuatan kepada mu. Mengadulah kepada Tuhan, bermohonlah hanya daripada Dia. Dia Maha Mendengar, Dia Maha Mengetahui.

Wassalam.


Sunday, June 21, 2009

Masalah Datang dan Pergi.




Expose Mistik, Haha~!!

:: Harta Kesayangan Beta ::



Cita-cita nak ada library sendiri, tapi ini saja yang mampu..T_T


Unsur-unsur tamak menular dalam diri, ^^

Btw, i love that butterfly so much..^_^



Deretan buku yang belum di baca, hmm.. bila tuh nak baca??


Comeiiii kan peguine tu, kekeke..



Buku-buku yang belum dibaca ( 2 je kot dah khatam, sob3)


Setengah


Lagi setengah


Kaktus yang kecik tak mahu besar


Kasi injek baru tau, haha


Kereta kecik warna merah ^__^



Ashraf, not for sale.. eheh


Saturday, June 20, 2009

Selamat Tinggal Cintaku.

Cintaku..

Aku memohon maaf kerana selalu lupa,

Ingatan aku kian lemah,

Sebagai petanda aku sudah tua,

Yang kian menghampiri nyanyuk.



Cintaku,

Walaupun aku tak ingat semua,

Itu tidak bermakna aku lupa segalanya,

Detik pertemuan kita, 6 Mei 2008,

Tercatat cinta pandang pertama antara aku dengan engkau.



Cintaku,

Sejak aku mengenalimu,

Sungguh aku langsung jatuh cinta,

Bukan cinta yang sedikit,

Tapi cinta yang sepenuh hati.


Cintaku,

Sejak aku bersamamu,

Aku benar-benar mengecapi bahagia,

Hidup ini kian terisi kembali bermakna,

Sungguh kau bererti buatku.


Cintaku,

Dari hari ke hari,

Kau mengisi setiap ruang hidupku,

Kau memberi penuh keikhlasan,

Aku menerima penuh kesyukuran.


Cintaku,

Sejak bersamamu,

Aku kian jelas apa matlamatku,

Kau membantu aku menunjuk jalan,

Kau memimpin aku menuju bahagia.


Cintaku,

Sudah banyak kau berbakti,

Tiba masanya aku berbudi,

4 Julai 2008, akhirnya aku bersatu denganmu,

Kita sepakat memperjuangkan CINTA kita.


Cintaku,

Sejak kau dan aku menjadi satu,

Banyak istilah baru yang aku pelajari,

Suka dan duka kita lalui bersama,

Terima kasih cintaku kerana ada untukku.


Cintaku,

Masa berjalan ke hadapan, tak mungkin ke belakang.

Insan-insan yang menemani kita juga kian bertambah.

Aku bahagia melihat mereka gembira bersama kita.

Aku senang dapat berbakti kepada mereka.


Namun cintaku..



Kian lama..

Bahagia dan ghairah yang aku rasai kian pudar..

Luntur..

Aku juga tidak tahu mengapa,

Maafkan aku cintaku,

Kerana tidak berjaya memperjuangkan rasa cinta itu.


Cintaku,

Biar ku nyatakan padamu..

Ada masanya aku kecewa..

Dengan mereka yang bersama kita,

Mereka yang kononnya ingin perjuangkan CINTA kita yang sama,

Namun menyalahgunakan kau..

Sungguh aku sedih..

Melihat kau dipermainkan.


Cintaku,

Dengan nama CINTA kita,

Mereka sebenarnya memperolokkan kita,


Rupa-rupanya,

Mereka menemui kamu bukan kerana CINTA kita,

Tapi kerana hasrat yang berbeza..

Mereka melaungkan kalimat ikhtilat,

Tapi mereka merobeknya.

Mereka menghentam kalimat 'couple',

Namun mereka mengutipnya.

Mereka melaungkan kalimah CINTA kita,

Namun mereka menghancurkan CINTA kita.

Mereka kata mereka benci 'zina hati'..

Tapi sebaliknya..

Mereka mengibarkan bendera rindu kepada insan bergelar manusia..

Yang dikenali melalui engkau..

Mereka curang, mereka tidak setia kepada CINTA kita..

Mereka mengambil kesempatan terhadap engkau..

Sungguh aku kecewa...

Aku sedih...

Dan mungkin..

Hanya satu cara untuk aku mengubati rasa kecewa ini..

Mungkin kita terpaksa berpisah sampai di sini..

Kerana aku sudah tidak sanggup melihat sandiwara mereka...

Bersama kamu cintaku,

Bermakna aku bersama ceritera mereka,

Aku sudah tiada upaya lagi,

Kaki ku seakan sudah lenguh,

Nafasku kian sempit menghimpit,

Aku lemas, kian mati.

Ya, aku menuju mati, tapi kau harus tetap hidup,

Untuk mereka, bersama mereka!

Mereka perlukan kau..

Biar apa pun nawaitu mereka..

Dan aku..

Biarkan aku mati sendirian,

Dan kau jangan mati,

Jangan mati.

Kau cinta sejati ku.

Yang di kotori mereka yang khilaf.

Demi cintaku kepada CINTA kita.


Aku harus berundur.

Membawa diri.

Biarlah kau membawa haluanmu.

Dan aku membawa haluanku.

Arah yang berbeza.

Namun CINTA kita akan tetap aku perjuangkan.

Ya, walaupun arah kita berbeza.

CINTA itu tetap akan teguh tidak mati.



Cintaku,

Selamat tinggal aku ucapkan...

Teruskan hidupmu bersama mereka..

Yang telah merobek hatiku..


Cintaku,

Selamat tinggal...

Kau tetap dihatiku..

Biar seribu tahun lagi aku bernafas..

Kau tak mungkin aku lupakan..

Selamat tinggal cintaku..

iLuvislam.com.

Aku cintakan kau.