+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, May 25, 2009

23 Mei : Meeting Pertama Moderator.

Alhamdulillah, siri ini pelengkap kepada siri satu dan dua. Sempurna kronologi 23 Mei saya akhirnya. Benar-benar hari yang bersejarah sehinggakan saya jika boleh ingin berkongsi setiap apa yang diilalui pada hari itu. 23 Mei 2009.

Malamnya, setelah sepagi berkativiti di Karangkraf, sepetang menghadiri kelas terjermahan, saya tiba di rumah dengan badan yang agak lesu. Kaki yang sakit terpaksa di lupakan, jangan dimanjakan sangat, kelak makin mengada-ngada. Saya biarkan saja kesakitan itu, tanpa sempat memicit atau letak minyak panas. Sakitnya masih ada, tapi saya kuat! hehehe..

Selesai solat maghrib, saya mengambil keputusan untuk lelap sekejap. Jam loceng di setkan bangun semula jam 8.30 malam kerana jam 9 malam mesyuarat akan bermula. Untuk mesyuarat kali ini, saya telah menyiapkan agenda mesyuarat beberapa minggu lebih awal dan di update semula beberapa hari sebelum mesyuarat.

Agenda di buat setelah saya bermesyuarat serba ringkas dengan Thuaibah (beberapa minggu sebelumnya) dan di update beberapa kali, untuk update yang terakhir, saya menaipnya sambil terlelap, haih..terjaga masih depan laptop kemudian sambung semula menaip. aduh~ betapa pengorbananku untuk ummah melalui iluvislam, insyaAllah Allah izinkan.. Selesai taip, terus sent kepada semua moderator dan bila print out keesokannya baru perasan ada typing error (Taip dua kali pasal Dr Cinta, eheh).

Untuk mesyuarat pertama kali itu, saya melantik Ketua Forum untuk menjadi pengerusi, Thuaibah sebagai setiausaha dan melakukan kerja-kerja teknikal serta Ustaz Zul untuk membaca doa dan memberi tazkirah pendek, namun begitu, kita hanya mampu merancang, Allah jua penentu segalanya.. Sudahnya, jam 9.30 malam mesyuarat bermula dan saya sendiri akhirnya menjadi pengerusi menggantikan ketua forum yang tidak dapat berkomunikasi kerana masalah mic dan Ustaz Raimi menggantikan ustaz zul untuk bacaan doa dan tazkirah ringkas, tajuknya adalah niat. ^_^

Kami menggunakan medium skype, moderator yang menyertai mesyuarat kali ini adalah AsNiza, Thuaibah, Ukhuwah, Nisa_88, Cikgu_Eya, Lisam, Iman_al_amin, HafizAdam, princess_Islam, Amirah sariyati, itu_aku, Ustaz Kadir, putra-al-amin, akrimimathwa, dan penampilan istimewa, Presiden iluvislam iaitu Imkoyube sendiri. Anak_pejuang sempat menyertai di hujung mesyuarat dan noman pula sempat menyertai di awal mesyuarat. Terlalu banyak kelemahan dari segi teknikal, sungguh mencabar kesabaran.

Mana tidak, saya cuma sempat jadi pengerusi untuk seketika waktu sahaja, kemudian skype mula buat hal dan saya tidak dapat sertai mesyuarat. Saya terpaksa uninstall skype, restart laptop dan instal semula. Semata-mata untuk meeting. Geram, tertekan. Saya tak dapat berbuat apa-apa. Mesyuarat berjalan tanpa MC, ibarat kereta tanpa pemandu yang mengawal stereng dan brek, jalan saja, hehe, tp alhamdulillah, semuanya sudah dewasa dan dah tau pandai diri, so...masing-masing faham2 sendiri bila sudahnya last sekali semuanya hilang pedoman apabila Thuaibah sendiri, sebagai host juga lost in action.

Walaupun penutup mesyuarat sangat teruk tanpa doa atau tasbih kifarah..tapi saya berpuas hati dengan mesyuarat kali pertama itu. Seronok dapat 'duduk semeja' dengan sahabat-sahabat moderator yang sengal2 semuanya. Pantang lepa, mula lah nak menyakat dan mengenakan antara satu sama lain. Sampai saya kadang kala terpaksa menutup mulut dengan tangan menahan gelak.. Haih~ semuanya happening, alhamdulillah..Saya optimis, semua yang hadir juga gembira dengan pertemuan pertama ini. Best lah korang..^_^

Mesyuarat dirancangkan berakhir jam 10.30 malam, tapi yang jadi, 12.15 pagi baru berakhir..hehe..mungkin perlu diperbaiki lagi di lain hari, insyaAllah. Semuanya sudah berakhir untuk hari ini. Kepada moderator yang tidak berkesempatan hadir mesyuarat seperti imakubex-exam, amany dan puteri-daftar pengajian, highmax-tiada internet, aljohori-ada talk dan lain-lain, semoga lain kali boleh sertai mesyuarat yer..

Bersatu kite teguh bercerai kite roboh, insyaAllah..semoga kite terus bersatu hati dan tenaga, demi Ummah melalui iLuvislam, semoga Allah izinkan. Amin..

2 comments:

Lisam said...

amiinn...
tolong aminkan je...hehe

update dari saya lagi belum buat..
kekangan masa & keadaan..
bila ada mood nak merepek, tiba2 kerja lain pula yang tiba..
sabaq jela...
akak gak yang hebat..
kejap je boleh update sampai siri 3 dah...bravo..bravo..

1st meeting....best banget....^^,

AsNiza said...

amin..

first meeting best, pastu mod dah jadik ketagih, haha..pantang nampak mod lain online ada je niat berconference..

isu berbangkit yg sentiasa berbangkit, bagus juga, leh bincang masalah dan cuba cari penyelesaian terus, rapatkan ukhwah dan......menghiburkan hati, menghalau duka..^_^