+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, May 27, 2009

Jangan Jadi Parasit.

Definition.

A parasite lives in a close relationship with another organism, its host, and causes it harm. The parasite is dependent on its host for its life functions. For example, viruses are common parasites. The parasite has to be in its host to live, grow, and multiply. Parasites rarely kill their hosts. A common, well-known type of a parasite is a hookworm. It is possible for humans or their pets to get them. Hookworms attach themselves in the lining of the small intestine, and cause diseases, and malnutrition as well, as they eat the nutrients and keep them from going to the host.

Melayunya adalah, parasit hidup bergantung kepada organisma lain (pokok, manusia, haiwan, etc) memonopoli perumah dan mengakibatkan kerugian, kesakitan, kebinasaan kepada perumah yang ditumpanginya itu. Parasit hidup bergantung kepada perumah untuk meneruskan kehidupan, untuk membesar dan membiak, mendapatkan makanan dan juga tempat tinggal. Kadang-kadang, parasit mampu membunuh perumah. Kesimpulannya, parasit ini sangat lah tidak elok, merugikan satu pihak dan menguntungkan pihak yang satu lagi. Boleh juga dikatakan sebagai parasit adalah makhluk yang tidak sedar diri, di beri betis mahukan paha.. di berikan tempat tinggal, habis segala makanan orang di curinya pula. Haih~

Manusia Pun Parasit?

Mungkin kedengaran agak kasar, tapi itulah kenyataan. Tidak di nafikan, manusia yang sempurna akal juga berkemungkinan menjadi parasit. Mungkin dengan menggunakan cara yang lebih jijik. Tikam belakang atau mengkhianati kepercayaan dan amanah orang terhadapanya.

Contoh manusia bersikap parasit:

Saleha tiada tempat tinggal, Aminah kasihan kepadanya lalu mengajak Saleha menumpang di rumahnya. Tapi, Saleha bertukar menjadi parasit apabila akhirnya Saleha telah berjaya menggoda Karim iaitu suami Aminah. Sudahnya, Karim berkahwin dengan Saleha lalu menghalau Aminah keluar dari rumah (Sedihnya..). Ini ternyata suatu sikap yang wajib dijauhi.

Saya benci parasit dan saya mengagumi sikap simbiosis. Di mana, kedua-dua penumpang dan perumah mendapat hasil yang bermanfaat. Sama-sama memberi dan menerima, sama-sama membantu dan tidak membinasakan pihak yang lain. Ini sifat yang terpuji dan wajar di contohi oleh kita manusia yang mahu menggunakan akal untuk berfikir.

Jika di beri pilihan...

CEO Karangkraf Bersama Presiden iLuvislam Tersenyum Manis.

iLuvislam mendapat pengikitrafan sebagai 'anak angkat' karangkraf. Karangkraf bersedia menanggung sebarang kos dari segi kewangan dan bersedia menyediakan tempat untuk krew iLuvislam beraktiviti. Karangkraf bersedia memperkenalkan iLuvislam kepada masyarakat melalui mediumnya yang tersendiri iaitu media cetak. Karangkraf kini bersifat sebagai perumah. Bagaimana dengan iLuvislam? Mahu menjadi parasit atau sebagai simbiosis?

Suka saya ingatkan diri sendiri, dan selalu persoalkan..sebagai salah seorang warga kerja iLuvislam dan juga sebagai ketua moderator umum...

"Apa yang boleh aku dan pasukan aku lakukan untuk membalas budi baik Karangkraf?"

Sungguh, saya tidak mahu menjadi parasit, dan saya juga tidak mahu iLuvislam menjadi parasit. Saya harapkan, kedua-dua pihak yakni Karangkraf dan iLuvislam sama- sama memperoleh manfaat dan benifit hasil daripada kerjasama ini. Jangan berhenti berfikir mencari hasil yang terbaik, jangan berhenti melangkah.

Atur langkah dengan cermat, jangan gopoh berlari, usah tergesa-gesa mencapai bintang kemudian jatuh tersadung akar. Jangan biarkan kejayaan yang telah di capai musnah kerana tersilap langkah. Dalam mendongak awan, jangan lupa pada tanah yang di pijak. Dalam menghitung bintang jangan di lupa rama-rama yang berterbangan. Dalam mengumpul selautan air jangan di lupa segayung susu. Ah..perumpamaan apa pula nie? Eheh.. Semoga mengerti.

Saya sedang mengingatkan diri saya sendiri, juga sahabat-sahabat yang lain. Dalam apa jua yang kita lakukan, perancangan yang teliti itu sangatlah perlu. Mulakan sesuatu dengan membayangkan bagaimana penamatnya kelak, jika kita mahu penghujungnya kejayaan, maka seharusnya kita menggandakan usaha sewajarnya agar kita layak mencapai kejayaan itu. Jangan pula kelak, bila kita gagal, kita menyalahkan takdir kerana saya percaya, apa yang kita usahakan, itulah hasilnya yang terbaik untuk kita.

iLuvislam.com kian pesat membangun, sebagai salah seorang tenaga kerja yang sangat cintakan portal ini, saya turut merasai indahnya perasaan ini. Terima kasih kepada semua pengunjung yang terus setia bersama, menyokong dan memberi idea, terima kasih di ucapkan, semoga pelayaran anda di iLuvislam (dan juga blog ini) mendapat keberkatan dan manfaat, insyaAllah.

Dan kepada semua tenaga kerja iLuvislam (terutamanya Forum Team), tabahkan hati, kuatkan semangat, teguhkan langkah..ingat..

"When the going gets tough, only the tough gets going.."

Jangan berhenti melangkah..berjalanlah tanpa henti..Semoga Tuhan sentiasa bersama kita, amin..

Wassalam.

2 comments:

UkhwAh said...

Terima kasih sis atas peringatan ini.
InsyaALlah kita tetap akan bersatu, bergerak seiringan bersama warga kerja dan user dalam menuju matlamatnya, Discover The Beauty of Islam..InsyaALlah..

ALhamdulillah, Datuk sangt bermurah hati sudi 'memandang' ILuvIslam.com.

Jadilah spt simbiosis mutualism di mana sama2 memberi dan sama2 menerima spt lebah dan bunga.

Mungkin mudah dgn hanya kata2 tapi ut mrealisasikannya perlu usaha dan jika kita ttp bersatu, InsyaALlah segala rintangan kita pasti hadapi bersama sehingga kita berjaya!

Nothing is impossible in dis WORLD!!Just keep moving and go forward!InsyaALlah, He always be wif us!!

Semangat!!!

AsNiza said...

Daku jua menyayangimu (jgn red handed kat sini plak sudah, kekeke)

Thanx for those inspiring words, moga kite terus bersatu, bersimbiosis, dan terus maju, amin..^_^