+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, May 29, 2009

Secebis Penghargaan.

Assalamualaikum wbt,

Bismillahirrahmanirrahim..

Ehem2, test 1 2 4, kepada sape yang berdiri harap duduk yer, kesian orang belakang tak nampak, sape yang lalok, sila cubit pipi anda sendiri atau minta tolong member sebelah kasik tamparan padu maut di pipi anda dan sape yang agak-agak tak berapa sihat sistem pendengaran tu harapnya bukak lah telinga luas-luas, saya ada pengumuman penting ingin di buat..ini adalah antara hidup dan mati..

Eceh..gimik saja yang lebih...^_^

Entri ini adalah ditulis untuk membuat penghargaan kepada sahabat-sahabat yang saya anggap bagai saudara sendiri, yang telah banyak membantu dan menyokong saya selama ini, juta lion lion lion (infiniti) saya ucapkan kepada semua. Terima kasih banyak-banyak kepada semua kerana sentiasa bersama saya, menghiburkan hati saya, memberi semangat kepada saya, cuba memahami saya, membantu saya mencari penyelesaian dalam kekusutan, memujuk hati tatkala di rundung duka.. Jazakallah khairan kathiran.. hanya Allah jua lah yang mampu membalas jasa baik sahabat sekalian.

Sebelum saya menyebut sebarang nama, saya mahu berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah membantu saya memperindahkan lagi blog saya. Sahabat pertama yang telah membantu saya memperelokkan blog adalah saudara Jackster.. Pertama kali saya meminta khidmat bantuan sahabat untuk menukar template memandangkan waktu itu saya tersangatlah buta it. Alhamdulillah, dia sudi membantu dan telah banyak membantu, namun dek kerana waktu itu saya belum lagi mengenali dunia template blogger, template yang telah saya pilih untuk dia perelokkan tidaklah berapa bersesuaian dengan tema blog saya. Saya telah memilih template berwarna warni dan ada gambar 'love'. Mula-mula tengok rasa 0K, tapi lama kelamaan terasa jiwang pula lalu saya nekad untuk menukar template tersebut. Dek rasa bersalah dan tidak lagi mahu membebankan beliau, saya belajar sedikit demi sedikit untuk menukar template, upgrade widget dan sebagainya. Sekali lagi terima kasih kepada guru pertama saya dalam perihal blogging..^_^

Sahabat kedua yang membantu saya 'upgrade' blog adalah Saudara Lisam.. Memandangkan beliau telah tersasul barangkali, offer diri untuk membantu, jadi saya mengambil kesempatan (hik3) untuk meminta pertolongan beliau.. Alhamdulillah, template yang saya pilih kali ini, di pilih setelah banyak menjelajah template2 free di alam maya. Banyak pilihan tapi kebanyakkannya berlatar belakang warna gelap, saya tak minat. Akhirnya saya memilih template ini lalu memaklumkan kepada beliau untuk membantu...Alhamdulillah dia bersetuju. Selepas solat Isyak beliau menawar diri. Beliau telah membuat banner yang sangat best dan mengejas template ini menjadi jauh lebih cun dari template yang asal..semalaman agaknya bertungkus lumus membantu..Jazakallah akhi..Maaf juga kerana menyusahkan.. Semoga Allah membalas jasa baik akhi..^_^

Sahabat comel yang seterusnya menjadi 'mangsa' saya adalah Saudara HafizAdam. Memandangkan Lisam sudah semalaman mengerah keringat menghulur bantuan, saya berniat tidak lagi mahu menyusahkan beliau lalu terfikir seseorang yang sedang dalam kebosanan. Suka menyakat kakak-kakak dengan aksinya yang comel dan kekadang ala-ala Mak Nyah. Merengek minta di belikan eskrem dan teddy bear. Untuk mengurangkan kebosanan beliau, lagi elok jika di isi dengan aktiviti yang bermanfaat. Memandangkan 'read more' masih tidak berfungsi dengan baik, jadi saya pertanggungjawabkan dia untuk mengejasnya. Alhamdulillah, dia telah berjaya melakukannya dengan cemerlang dan gemilang, terima kasih Hafiz kerana memperelokkan lagi blog akak. Dan terima kasih kerana bikin havoc di blog ini, wah.....

Untuk makluman kepada semua, Hafiz dengan baik hatinya, telah berjaya menaikkan rating blog ini dengan satu lagi entri yang sungguh-sungguh kontroversi. Permohonan Perkahwinan. Ini adalah hasil karya beliau, adeih.. Memandangkan saya tidak online lebih 12 jam, pepagi check blog nyaris sakit jantung di buatnya, huhu..propaganda semata-mata oleh Hafiz dan tiada kena mengena dengan yang hidup atau yang sudah ke alam kubur. Neway, terima kasih hafiz kerana berjaya membuat pengunjung blog ini bergembira, just for laugh je kan? First and last, lenkali jangan buat lagi, akak pok karang~ ^_^

Tak ketinggalan kepada semua sahabat yang sudi mengunjungi blog yang tidak seberapa ni, terima kasih banyak-banyak. Semoga bermanfaat. InsyaAllah, saya akan mencuba yang terbaik untuk memperbaiki diri agar setiap apa yang ditulis mampu memberi manfaat kepada pembaca, bukan tulisan kosong, insyaAllah. Juga jutaan terima kasih kepada sahabat yang telah bersama saya sejak blog ini lagi.. Kalian telah menyentuh hati saya.. membuatkan saya berasa di hargai dan sungguh, saya benar-benar menghargai kesudian kalian mengunjungi teratak buruk saya ini. Jazakallah khairan kathiran.. Semangat! Semangat! Doakan saya yer..

Terfikir lagi dan lagi... Apa dia? (shhh...hanya Tuhan saja yang tahu)

Wassalam.

4 comments:

ルーリン said...

haaa~
tak ngaku lagi tu...benda baik tu..

AsNiza said...

huk3~

iman dah la sakat akak..
uwaaa!

hee~

Lisam said...

makngah...
banje..banje..banje..
hahaha..

nampaknye xle nak join akak same geng2 lain p pak li dis saturday, sebab ade kelas...
ruginye...sob3x
geram nak sakat c puteri...wakaka

Anonymous said...

wah..

pakcik tak puas lagi ke sakat puteri?
ehem2..die rasmi dulu naa..haha..

bertambahlah jeles pakcik, derang yg jumpa akak arini dpt buah tangan, pakcik tk dapat..

lala~