+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, May 20, 2009

Sangkar Emas Buat Bonda.

19 Mei 2009..
Ulang tahun kelahiran bonda,
Bonda makin berusia,
Meniti hari menghabiskan sisa-sia kehidupan,
Tanpa suami tercinta.

4 September 2006..
Tarikh keramat bonda kehilangan suami,
Anak-anak kehilangan ayah,
Sejak itu hidup bonda kian sepi,
Segala kepahitan terpaksa bonda lalui sendirian.

Arwah ayah sering ucapkan..
Biar ayah pergi dulu sebelum bonda..
Tanpa bonda ayah sengsara..
Tanpa bonda ayah susah..
Betapa bukti,
Bonda menjaga ayah sebaik yang mungkin..
Terima kasih bonda,
Kerana kasihmu yang suci..

Arwah ayah sempat berpesan pada bonda..
Bila aku tiada, ikutlah anak-anak kita..
Bonda akur..bila ayah tiada..
Rumah tercinta, kampung halaman..
Ditinggalkan jauh..
Dari desa ke kota..
Hidup bonda jauh berubah..

Bonda,
Kami anakmu mahu yang terbaik untukmu..
Biar di kota, bonda dekat dengan kami..
Susah sakit bonda, makan pakai bonda..
Mudah kami jagai..

Bonda..
Kami sayangkan bonda..
Walau kami tahu..
Di kota ini bonda terasing..
Tidak lagi sebebas burung berterbangan..
Di hutan batu ini bonda tersepit..
Tidak lagi seriang dulu..

Bonda..
Maafkan anakmu..
Kerana belum mampu membahagiakanmu..
Sangkar emas ini cantik..
Tapi hatimu merintih..

Bonda..
Maafkan anakmu..
Sangkar emas ini bukan yang kau impikan..
Namun anakmu belum mampu..
Membuka pintu sangkar emas..
Lalu membebaskan dikau..
Berterbangan bebas di langit biru..

Bonda..
Maafkan anakmu..
Masih banyak jasamu belum terbalas..
Maafkan anakmu..
Kerana..
Hanya sangkar emas..
Yang mampu..
Kami persembahkan buatmu.

Salam kasih dan sayang..
Buatmu bondaku.
Hasnah Binti Yaakob.
Anakmu sayangkanmu.

2 comments:

AsNiza said...

kawan2..

kenapa entri ni tidak diupdate yer?
i meant..kt blog yg dah di link..
nape masih view Gula-gula Hacks..

sape tau?
please help me..^_^

UkhwAh said...

saya xtaw!huu..

entri akak membuatkan rindu pd keluarga menimbun2..isk3..

kasih seorang ibu xkan pernah mampu d balas shingga akhir hayatnya..
kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah rela berkorban apa shja..

semoga doa kita adlah doa dari anak yg soleh..

aminnn..