+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, May 21, 2009

Buta dan Pekak.

Ada getar dalam nurani ini.
Ada suara membisikkan hasrat.
Sukar untuk aku tafsirkan.
Atau akukah yang berdosa?
Sengaja tulikan telinga?

Ada suara membisikkan sesuatu.
Ada masanya lantang namun kekadang menikus.
Haruskah aku menurut kata hati.
Menuntun jasad bersatu dengan jiwa.

Makna yang sukar untuk aku tafsirkan.
Lantaran iman yang lemah.
Kudrat yang tidak seberapa.
Atau aku yang mencari alasan?
Mereka cerita menutup jalan?

Atau akukah yang sengaja pekakkan telinga.
Atau butakan mata, menidakkan kata hati?
Harus bagaimanakah langkahku di atur?
Perlu bagaimanakah arahku di hala?

Tuhan,
Dan kepadaMu aku kembali.
KepadaMu, aku berserah memohon kekuatan.
DariMu aku memohon petunjuk…
Jika ia baik untukku.
Maka Kau bantulah aku..
Permudahkanlah segala urusanku.
Kuatkanlah langkahku..
Amin.
Ya rabbal alamin..

No comments: