+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, May 12, 2009

Kenapa Couple Tidak Difatwakan Haram?

Bismillah..

Sekadar memanfaatkan masa yang tersangat suntuk. Penjelasan dan pandangan ringkas dari saya mengenai hukum couple. Jika sebelum ini, saya cuba mengelak untuk mendefinasikan/meletak hukum bahawa couple adalah haram, tapi hari ini saya tergerak untuk mengulas seringkas yang mungkin.

Sekali lagi saya ingin jelaskan, saya bukanlah ustazah atau alim ulamak, untuk bercerita mengenai hukum saya bukanlah orang yang paling layak, ilmu di dada masih sedikit dan sangat cetek, namun, sebagai muslim yang tahu halal, haram, sunat, makhruh dan harus, saya kira, semua orang juga tahu mengenai persoalan ini.

Apa yang mencetus dan menggerakkan saya agar menulis di sini kali ini adalah apabila ada sahabat alam maya yang bertanya;

"Jika benar couple haram, kenapa majlis fatwa tidak keluarkan fatwa sebagaimana mengeluarkan fatwa merokok adalah haram?"

Naauzubillah, astagfirullahalazim.. Pada pendapat saya, sebagai muslim yang waras, kita sepatutnya tahu, apa peranan majlis fatwa dan bagaimana seseuatu fatwa itu dikeluarkan. Fatwa tidak di keluarkan sesuka hati begitu sahaja, ia pasti bersebab yang sahih dan mesti melalui proses dan perbincangan yang sangat panjang. (I'll try to explain later on if i got time, insyaAllah)

Saya tidak punyai banyak masa untuk mengulas mengenai majlis fatwa atau fatwa itu sendiri, cukup sekadar ingin berkongsi pandangan, kenapa couple tidak difatwakan haram.

Dengan menggunakan logik sahaja, rasanya kita boleh memikirkannya. Saya gunakan analogi yang paling mudah, MAKAN.

Kita diwajibkan makan sekiranya tanpa makan, kita pasti mati.

Kita disunatkan makan sekiranya dengan makan, kita dapat berbuat kebajikan membantu insan lain dan beribadat kepada Tuhan.

Adalah makhruh jika kita makan terlalu banyak sehingga memudaratkan kesihatan diri.

Adalah halal makan jika makanan itu halal, dari rezeki yang halal dan memenuhi tuntutan hidup.

Dan, sebaliknya makan menjadi haram sekiranya kita makan dengan niat, setelah selesai makan, setelah mendapat tenaga yang mencukupi, kita akan keluar merompak.

Begitu juga dengan couple..

Hukumnya tidak semestinya haram, tak kira pusing kanan pusing kiri, pusing atas pusing bawah ia tetap haram. Bukan begitu.... Couple menjadi haram sekiranya dengan hubungan tersebut, mampu mendorong kita mendekati maksiat dan melupakan Allah. Dan begitu juga hukum-hukum lain boleh di aplikasikan bersesuaian mengikut situasi, wallahua'alam.

Sekali lagi saya memohon maaf kerana menulis dalam kesuntukan masa, tidak berapa teratur dan kemas, saya persilakan sahabat sekalian untuk turut berkongsi dan bertukar-tukar pandangan, jika punyai masa, saya akan kemaskini semula. Dengan izin Allah.

Wassalam

3 comments:

Jolynn said...

Mengeluarkan sesuatu hukum memerlukan pakar dalam kitab Usul Fqah. Kita tak boleh klasifikasikan couple sebagai haram.

Tapi adalah baik kita elakkan dari couple sebab couple boleh mendorong kita lupakan Allah serta melakukan maksiat.

Kita ni kan manusia. Mudah terikut nafsu...

Wallahua'lam...

Unknown said...

Assalamualaikum,
memang mudah orang menuding ke arah majlis fatwa,sedangkan belum faham fungsi sebenar majlis fatwa.

Namun dalam hal couple,saya fikir meletakkan hukum bercouple bukanlah penyelesaian mutlak.Muda-mudi perlu dibetulkan kefahaman minda tentang cinta dan agama,barulah ia dapat diterima dengan baik oleh mereka.

Sekadar berpandangan ^_^

violet_cappucino said...

pade pndapat saye..
couple itu mmg x haram..

tp kte sndiri yg mmbuatkan c0uple ituh haram..

bile seorang lelaki dan seorang perempuan nih c0uple...smestinyer dye0rg saling brhubungan spt sms dan call dan sebagainye,,ini sudah dikateg0rikan sbgai zina hati...

zaman skrg plak..msti lah nak dating..kat sini dah wujud satu d0sa..dan mgkin juga fitnah...
kite sbgai manusia biase..psti x terlepas dari d0sa dan juga hawa nafsu..


mgkin skarang sume org boleh kate dye0rg b0leh kawal nafsu..
tp siapa taw es0k...lusa...mggu depan...syaitan sentiasa ade utk menyesatkan umat rasulullah...

x kan ade psgn c0uple..yg tidak berjumpe dan berhubungan spt yg dinyatakan diatas..lebih-lebih lagi di akhir zaman ini...

jd salah satu cara untuk mengelakkan melakukan d0sa2 spt zina dan sebagainya..

jauhkanlah diri anda sume dari c0uple..

ssungguhnye islam itu agama yg syumul..!!