+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, May 25, 2009

23 Mei : Kursus Terjermahan.



Ruj. Kami : PM/KP/2009 (7)

Tarikh : 20 MEI 2009


Kepada Bakal Peserta,
Kursus Penterjemahan Profesional PPM-DBP


Tuan/Puan,

KURSUS DIPLOMA PENTERJEMAHAN PROFESIONAL PPM-DBP
MODUL KOMUNIKASI MASSA 1/2009

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa kursus yang tersebut di atas akan dimulakan pada tarikh, masa dan tempat seperti yang berikut:

Tarikh : 23 Mei 2009

Masa : 2.00 - 5.00 petang

Tempat : Rahsia

2. Untuk makluman semua, waktu pendaftaran ialah dari pukul 1.00 hingga 2.00 petang. Kelas akan dimulakan sebaik sahaja tamat waktu pendaftaran. Mereka yang berhalangan pada hari tersebut bolehlah berbuat demikian pada minggu kedua. Sila maklumkan kepada Urus Setia PPM, jika tidak, tempahan tempat saudara dianggap terbatal dan akan diberikan kepada peserta yang lain. Kursus ini berlangsung pada setiap Sabtu kecuali Sabtu pertama bulan dan cuti am.

3. Bagi mereka yang telah membayar pendahuluan sebanyak RM100 dan belum menjelaskan baki yuran kursus (bayaran keseluruhan RM1,200.00), tuan/puan dikehendaki berbuat demikian semasa hari pendaftaran kursus atau secara ansuran sebanyak tiga kali sahaja dalam tempoh dua bulan selepas kelas bermula.

Sekian untuk makluman tuan/puan. Terima kasih.

Yang benar,


Sa’odah Abdullah
( SA’ODAH HJ. ABDULLAH )
Pendaftar Kursus,
Persatuan Penterjemah Malaysia.

s.k. Pengarah Kursus

PERSATUAN PENTERJEMAH MALAYSIA
(MALAYSIAN TRANSLATORS ASSOCIATION)


Haha..malas nak tulis, jadi saya kopi pasta sahaja surat tersebut. Memandangkan kelas bermula pukul 2, saya terpaksa meminta diri terlebih awal. Sahabat-sahabat lain masih beraktiviti di karangkraf namun saya terpaksa melambaikan tangan makna perpisahan sementara, optimis, lain hari insyaAllah jumpa lagi.

Saya tak pernah memandu di Kuala Lumpur, ini pertama kali. Sebelum ini saya pernah ke kuliah PPM tersebut ketika daftar, saya pergi menaiki LRT dan Monoreal. Kali ini, saya membuat keputusan untuk memandu. Bermula dengan langkah pertama, insyaAllah selepas ini lebih jauh saya dapat berlari.

Saya mengambil Lebuhraya Persekutuan, berpandukan peta yang dilukis oleh sahabat saya Nurbaya. Alhamdulillah tanpa sesat saya tiba di PPM. 15 minit lebih awal. Parking kereta dan bayar parking kemudian terus ke kuliah. Saya orang ke enam tiba di situ. Selesai daftar diri dan bayar yuran pengajian (1/3 jer, huh) saya diberikan beg yang mengandungi buku nota, buku panduan, jadual kelas, dan pra ujian, adeishh~ Kelas pertama pun dah di duga..huhu..mantap juga ujiannya..eheh..

Sambil membuat pra ujian dan menantikan kehadiran semua pelajar, sesi dimulakan. Wah..mata saya terasa berat, tapi syukur kerana masih mampu di buka. Tidak tidur. Sedikit pengenalan oleh Puan Saodah kemudian bermulanya sesi takruf. Pelajar terdiri dari pelbagai kategori umur dan latar belakang. Ada lepasan SPM, lepasan universiti, surirumah, pensyarah, dan macam-macam lagi.

Turut di kongsi, kenapa berminat dengan kursus ini...^_^

Selesai takruf, kami berehat untuk minum petang, agak unik kerana kami dikehendaki membancuh sendiri minuman di pantry, ehehe..sambil2 merapatkan ukhuwah, bersembang..
Selesai minum petang, kelas di sambung sehingga jam 5.15 petang. Terus saya memandu pulang, Syukur sangat2 kerana pergi dan pulang tanpa sesat dan yang penting, selamat. Alhamdulillah.

Semasa sesi takruf, saya ceritakan sedikit background saya, which is kerja saya sekarang..Totally out, tak sama bidang lansung dengan kelas saya ini, Puan Saodah kemudian bertanya kenapa saya mengambil kursus ini. Apa yang saya masih ingat, saya ada jelaskan mengenai cita-cita saya bersama iLuvislam dan Karangkraf? Mampukah ia menjadi cita-cita? Dan sejauh mana ia boleh direalisasikan? Wallahua'alam. Yang pasti, setelah beberapa jam menduduki kelas tersebut, saya dapat merasakan, jiwa saya benar-benar di sini. Saya cintakan bahasa. Saya cintakan sastera.

Terdetik juga, apakah selama hampir 10 tahun saya menghambakan diri dalam jurusan kejuruteraan, semuanya untuk sia-sia? Saya tidak berminat dengan kejuruteraan namun tetap memaksa diri untuk menerimanya, namun ternyata, hingga kini rasa kecintaan terhadap kejuruteraan masih belum terbit. Ah..entah kenapa, rupanya bukan senang untuk mencintai sepenuh hati..Walau sudah banyak masa terkorban, walau sudah jauh kaki melangkah, namun hati ini masih lagi berkata 'tidak'. Wahai hati...apa lagi yang kau mahu? Wahai hati..bersabarlah, semoga kau ketemui cinta sejatimu, jika Allah izinkan.

Penuh jadual saya sehari..saya tiba di rumah kira-kira jam 6.15 petang. Jarak dari rumah ke kelas pergi dan balik kira-kira 55 KM. Tol pergi dan balik RM2.20 dan kos bayaran parking adalah RM2.40. Not bad jika dibandingkan dengan menaiki transport, lagi memerlukan kos yang lebih mahal dan juga memerlukan masa dan tenaga yang lebih banyak. Syukur kerana saya membuat pilihan yang tepat, iaitu memandu.

Tiba di rumah, saya persiapkan apa yang patut. Mata tersangat mengantuk, badan agak penat setelah seharian beraktiviti tanpa rehat. Walau apapun, saya suka dengan hidup baru ini, lebih bermakna...Malamnya ada mesyuarat antara moderator secara online jam 9 malam..InsyaAllah saya akan sambung dalam siri seterusnya. InsyaAllah.

1 comment:

Diket said...

Assalamualaikum wbt

Saya terjumpa blog ini dalam pencarian topik diploma penterjemahan.

Izikan saya bertanya kerana saya akan menyertai kursus tersebut bulan depan.

Apakah prospek peserta selepas lulus diploma tersebut?

JazakAllahu khoyran kathira.