Assalamualaikum wbt..
Bismillahirrahmanirrahim...
Tersebut adalah luahan seorang remaja yang sedang dalam kebingungan dan dilema. Bak kata pepatah, di luah mati emak, di telan mati bapa...Dan tahukah anda, si dia yang bertanya baru sahaja berumur 14 tahun, seorang gadis sunti yang baru akil baligh dan sedang meningkat remaja. Saya percaya, kes ini bukan kes terpencil kerana sebelum ini juga, saya sering mendapat PM dari user yang bertanyakan mengenai masalah cinta, bukan seorang dua tapi sangat ramai. User yang paling muda meminta pendapat daripada saya tentang dilema cinta adalah gadis berusia 10 tahun. Saya tak silap, dia benar-benar berusia 10 tahun.
Entri saya kali ini cuba mengungkai persoalan terhadap permasalahan tersebut. Apa yang harus dilakukan bila si gadis berusia 14 tahun terjebak dalam penyakit cinta. Bagaimana penyelesaian yang terbaik?
Saya juga seorang wanita. Saya juga kaum hawa, pernah melalui zaman-zaman peralihan dari seorang kanak-kanak kepada seorang remaja. Pertambahan hormon 'pelik' di dalam diri mungkin menjadi antara faktor pendorong untuk lebih mendekati dan didekati kaum bergelar adam.
Antara masalah kanak-kanak yang sedang meningkat remaja adalah mudah perasan. Maaf jika saya menggunakan bahasa yang agak kasar tapi itulah istilah yang terbaik. Peringkat ini adalah peringkat di mana mereka terlalu naif dan tidak tahu menilai dengan baik antara kesungguhan, main-main atau sekadar suka-suka. Apa yang mereka nampak itulah yang mereka percaya. Bila ada insan yang bermanis mulut dan mengungkapkan kata-kata yang bagi mereka 'luar biasa', maka mulalah 'hormon ingin bercinta' meningkat lalu tercetuslah perasaan suka, minat kemudian lama kelamaan mencapai suatu perasaan yang 'maha aneh' yang mereka percaya ia adalah cinta.
Lalu jadilah kes tersenyum sendirian. Bersemangat ke sekolah kerana ingin bertemu si dia. Sebelum ke sekolah mengadap cermin berjam lamanya, melawa. Sekolah bukan lagi tempat untuk menimba ilmu kerana niat sudah beralih arah. Mula berasa kecewa bila si dia bermesra dengan gadis lain. Hilang fokus terhadap pelajaran bila si dia menolak cinta yang di hulur. Dan ada yang sanggup bergaduh dengan rakan sekelas semata-mata berebut si jejaka sedangkan si jejaka apa pun tak tahu. Sedih.
Peringkat ini juga peringkat di mana mereka ingin mencuba sesuatu yang baru. Jika selama ini mereka melihat sahaja di kaca tv, membaca novel tentang hebatnya kuasa cinta. Lalu mereka tertanya-tanya dan ingin tahu, bagaimana indahnya perasaan bercinta?
Maka, bila ada peluang yang datang, mereka tidak mensia-siakannya. Terima lamaran cinta dari si dia kerana ingin di cintai dan mencintai. Ingin mencuba keseronokan bercinta dan merancang untuk berpisah sekiranya kelak perhubungan tiada kesefahaman. Malangnya, tak semua yang dirancang itu yang terjadi.
Ada yang hilang dara setelah beberapa minggu bergelar kekasih si dia. Ada yang terus langsung tidak mahu belajar kerana tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran setelah dikecewakan oleh si dia. Ada yang terjebak dengan gejala sosial lain yang tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah. Jadi bagaimana? Adakah mereka boleh berpatah balik bila bila masa sahaja? Adakah masa depan mereka sedikit pun tidak terjejas? Sayang, mereka generasi muda bakal pewaris masa hadapan..Jika mereka rosak, jadi siapa yang bakal mentadbir kelak?
Bolehkah Bercinta?
Rujuk post terdahulu, bagaimana ingin bercinta.. Jika anda benar-benar sudah bersedia untuk bernikah, maka, bercintalah...Tetapi, bagi anda yang kini sedang menuntut ilmu, tambahan pula masih di bangku sekolah, nasihat saya, lupakanlah dahulu soal cinta. Tolak tepi dahulu.
Janji dan kata-kata manis boleh dilafazkan oleh sesiapa sahaja. Tapi apa yang tersirat di hati bukan semudah ABC untuk di nilai. Dan ketahuilah, hati manusia ini juga sentiasa beruba-ubah. Mungkin hari ini hati itu memilih kita, tetapi esok lusa, hati itu mungkin berubah dan beralih arah lalu memilih insan lain pula.
Memandangkan jalan hidup masih jauh nun di hadapan, perlbagai kemungkinan juga mungkin berlaku. Kita manusia cuma mampu merancang, selebihnya hanya Dia yang Maha Mengetahui. Mungkin hari ini dia berjanji untuk sehidup semati dengan kita, esok lusa siapa tahu dia yang berubah arah lalu pergi meninggalkan kita terkongtang kanting sendirian.
Jangan sia-siakan usia remaja untuk aktiviti dan kegiatan yang tidak bermanfaat. Waktu muda adalah waktu yang paling sesuai untuk belajar dan mengejar cita-cita. Jangan kerana cinta, cita-cita menjadi korban. Sayangi diri dan sayangi masa depan, fokus kepada pengajian dan lupakan sahaja lamaran mereka untuk menjadi kekasih hati. Bukan prasangka, tetapi berjaga-jaga itu adalah yang paling selamat.
Ketahuilah, becinta 10 tahun belum tentu dapat dijadikan penjamin dan pengukur kebahagiaan. Ramai yang putus di tengah jalan. Jadi, apa guna bercinta jika matlamatnya kabur? Sepanjang masa 10 tahun itu juga, cuba bayangkan berapa banyak masa dan wang yang sudah tergunakan untuk mengubati buah hati? Tiba-tiba perhubungan terkandas pertengahan jalan. Dan berkemungkinan juga anda tiba2 termenaruh hati kepada sesorang. Lalu putuslah cinta di tengah jalan. Jadi, adakah ia berbaloi?
Cinta itu suci tapi manusia selalu menjadikannya jijik dan kotor. Agama kita sudah menetapkan segalanya untuk kita jadi seharusnya kita bersyukur dan memanfaatkan waktu remaja dengan sebaik mungkin dan hendaklah menghargai setiap detik masa di agar tidak terbuang begitu sahaja. Usah dibazirkan masa remaja untuk bercinta dan menyintai yang hanya mampu mendorong ke arah kemaksiatan. Ia bukanlah masa yang sangat sesuai.
Pastinya akan tiba, suatu hari nanti, anda pasti layak dicintai dan mencintai, jadi..sehingga belum tiba saat itu, bersabarlah wahai anak muda.
Wassalam.
Bismillahirrahmanirrahim...
Ana mempunyai 2 org shbat lelaki. Masing2 menaruh perasaan yg sama pd ana, ana ingin mengatakan pd mereka bhwa ana hnya mnyanyngi mereka berdua sbgai seorg kwn, tp mereka tersalah sngka.
Dlm pada mase yg sama ana secara tidak sngaja 'terjatuh' cinta kpd guru ana sndiri. Guru ana seorg yg beriman dan baik hati. Stiap kali bertembung dgn guru ana pasti dia akn menegur n snyum pd ana.
Die pernah memberitahu pd teman ana bhwa die suke ana apabila ditnya teman ana. Jika waktunya mengajar, die akn mmbhgikan kmpuln utk berbincang. Bile ditnya teman ana mngapa guru ana slalu dtg ke kmpln ana..guru ana akn berkata yg die ingin melihat ana. Dalam diam perasaan itu dtg secara tiba2.
Guru ana sudah berkhwin dan ana rasa berslh kerana 'terjth' cnta kpdnya. Ana cuba ilangkan perasaan itu, tp ana tidak mampu. Ana mnjd keliru...ana mohon sgt, bntu la ana...help
Tersebut adalah luahan seorang remaja yang sedang dalam kebingungan dan dilema. Bak kata pepatah, di luah mati emak, di telan mati bapa...Dan tahukah anda, si dia yang bertanya baru sahaja berumur 14 tahun, seorang gadis sunti yang baru akil baligh dan sedang meningkat remaja. Saya percaya, kes ini bukan kes terpencil kerana sebelum ini juga, saya sering mendapat PM dari user yang bertanyakan mengenai masalah cinta, bukan seorang dua tapi sangat ramai. User yang paling muda meminta pendapat daripada saya tentang dilema cinta adalah gadis berusia 10 tahun. Saya tak silap, dia benar-benar berusia 10 tahun.
Entri saya kali ini cuba mengungkai persoalan terhadap permasalahan tersebut. Apa yang harus dilakukan bila si gadis berusia 14 tahun terjebak dalam penyakit cinta. Bagaimana penyelesaian yang terbaik?
Saya juga seorang wanita. Saya juga kaum hawa, pernah melalui zaman-zaman peralihan dari seorang kanak-kanak kepada seorang remaja. Pertambahan hormon 'pelik' di dalam diri mungkin menjadi antara faktor pendorong untuk lebih mendekati dan didekati kaum bergelar adam.
Antara masalah kanak-kanak yang sedang meningkat remaja adalah mudah perasan. Maaf jika saya menggunakan bahasa yang agak kasar tapi itulah istilah yang terbaik. Peringkat ini adalah peringkat di mana mereka terlalu naif dan tidak tahu menilai dengan baik antara kesungguhan, main-main atau sekadar suka-suka. Apa yang mereka nampak itulah yang mereka percaya. Bila ada insan yang bermanis mulut dan mengungkapkan kata-kata yang bagi mereka 'luar biasa', maka mulalah 'hormon ingin bercinta' meningkat lalu tercetuslah perasaan suka, minat kemudian lama kelamaan mencapai suatu perasaan yang 'maha aneh' yang mereka percaya ia adalah cinta.
Lalu jadilah kes tersenyum sendirian. Bersemangat ke sekolah kerana ingin bertemu si dia. Sebelum ke sekolah mengadap cermin berjam lamanya, melawa. Sekolah bukan lagi tempat untuk menimba ilmu kerana niat sudah beralih arah. Mula berasa kecewa bila si dia bermesra dengan gadis lain. Hilang fokus terhadap pelajaran bila si dia menolak cinta yang di hulur. Dan ada yang sanggup bergaduh dengan rakan sekelas semata-mata berebut si jejaka sedangkan si jejaka apa pun tak tahu. Sedih.
Peringkat ini juga peringkat di mana mereka ingin mencuba sesuatu yang baru. Jika selama ini mereka melihat sahaja di kaca tv, membaca novel tentang hebatnya kuasa cinta. Lalu mereka tertanya-tanya dan ingin tahu, bagaimana indahnya perasaan bercinta?
Maka, bila ada peluang yang datang, mereka tidak mensia-siakannya. Terima lamaran cinta dari si dia kerana ingin di cintai dan mencintai. Ingin mencuba keseronokan bercinta dan merancang untuk berpisah sekiranya kelak perhubungan tiada kesefahaman. Malangnya, tak semua yang dirancang itu yang terjadi.
Ada yang hilang dara setelah beberapa minggu bergelar kekasih si dia. Ada yang terus langsung tidak mahu belajar kerana tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran setelah dikecewakan oleh si dia. Ada yang terjebak dengan gejala sosial lain yang tidak sihat seperti minum arak dan menagih dadah. Jadi bagaimana? Adakah mereka boleh berpatah balik bila bila masa sahaja? Adakah masa depan mereka sedikit pun tidak terjejas? Sayang, mereka generasi muda bakal pewaris masa hadapan..Jika mereka rosak, jadi siapa yang bakal mentadbir kelak?
Bolehkah Bercinta?
Rujuk post terdahulu, bagaimana ingin bercinta.. Jika anda benar-benar sudah bersedia untuk bernikah, maka, bercintalah...Tetapi, bagi anda yang kini sedang menuntut ilmu, tambahan pula masih di bangku sekolah, nasihat saya, lupakanlah dahulu soal cinta. Tolak tepi dahulu.
Janji dan kata-kata manis boleh dilafazkan oleh sesiapa sahaja. Tapi apa yang tersirat di hati bukan semudah ABC untuk di nilai. Dan ketahuilah, hati manusia ini juga sentiasa beruba-ubah. Mungkin hari ini hati itu memilih kita, tetapi esok lusa, hati itu mungkin berubah dan beralih arah lalu memilih insan lain pula.
Memandangkan jalan hidup masih jauh nun di hadapan, perlbagai kemungkinan juga mungkin berlaku. Kita manusia cuma mampu merancang, selebihnya hanya Dia yang Maha Mengetahui. Mungkin hari ini dia berjanji untuk sehidup semati dengan kita, esok lusa siapa tahu dia yang berubah arah lalu pergi meninggalkan kita terkongtang kanting sendirian.
Jangan sia-siakan usia remaja untuk aktiviti dan kegiatan yang tidak bermanfaat. Waktu muda adalah waktu yang paling sesuai untuk belajar dan mengejar cita-cita. Jangan kerana cinta, cita-cita menjadi korban. Sayangi diri dan sayangi masa depan, fokus kepada pengajian dan lupakan sahaja lamaran mereka untuk menjadi kekasih hati. Bukan prasangka, tetapi berjaga-jaga itu adalah yang paling selamat.
Ketahuilah, becinta 10 tahun belum tentu dapat dijadikan penjamin dan pengukur kebahagiaan. Ramai yang putus di tengah jalan. Jadi, apa guna bercinta jika matlamatnya kabur? Sepanjang masa 10 tahun itu juga, cuba bayangkan berapa banyak masa dan wang yang sudah tergunakan untuk mengubati buah hati? Tiba-tiba perhubungan terkandas pertengahan jalan. Dan berkemungkinan juga anda tiba2 termenaruh hati kepada sesorang. Lalu putuslah cinta di tengah jalan. Jadi, adakah ia berbaloi?
Cinta itu suci tapi manusia selalu menjadikannya jijik dan kotor. Agama kita sudah menetapkan segalanya untuk kita jadi seharusnya kita bersyukur dan memanfaatkan waktu remaja dengan sebaik mungkin dan hendaklah menghargai setiap detik masa di agar tidak terbuang begitu sahaja. Usah dibazirkan masa remaja untuk bercinta dan menyintai yang hanya mampu mendorong ke arah kemaksiatan. Ia bukanlah masa yang sangat sesuai.
Pastinya akan tiba, suatu hari nanti, anda pasti layak dicintai dan mencintai, jadi..sehingga belum tiba saat itu, bersabarlah wahai anak muda.
Wassalam.
8 comments:
salam,
first bila baca tajuk terasa macam ada kelainan. standard ke bercinta?
Ya, Allah memang menyuruh kita bercinta. Cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad (9:24) melebihi segala-galanya. Cinta kepada saudara (Hadis 13) melebihi cinta kepada diri sendiri.
Tapi bila melihat kepada masalah remaja begini, aku terfikir apakah definisi cinta yang difahami oleh mereka? Kasihan melihat manusia-manusia yang "ditipu" oleh perasaan mereka sendiri.
Perasaan cinta itu fitrah tetapi penyaluran perasaan itu perlulah mengikut saluran syariat yang telah ditetapkan oleh Yang maha Pencipta.
Di dalam buku Muntalaq, Bab 1 lagi telah ditekankan kewajiban menolak hawa nafsu kerana Allah tidak menyebut tentang hawa nafsu di dalam Al-Quran melainkan untuk mencelanya (Ibnu Abbas).
Semoga kita sebagai para da'ie ilallah berusaha mengislahkan masyarakat dan membantu menarik tangan mereka kembali kepada Islam yang sebenar inshaAllah.
Allahua'lam
p/s maaf komen panjang.huhu (^_^")
Salam...
Cinta sememangnya fitrah tp kita sering kali silap dalam meletakkannya.
Belajarlah utk mencintai Allah terlebih dahulu, insyaAllah cinta yg lain akan menyusul dtg kemudiaan dgn izinNya.
salam
cinta itu fitrah
tp jangan jadikan ia fitnah..:)
layout baru...:D
Salam Akak. Wah... Layout baru... =p
Kanak-kanak sekarang rasa kosong sebab ibu bapa masing-masing sibuk dengan kerja jadi mereka ni kekurangan kasih sayang.
Ibu bapa perlu mengalirkan kasih sayang mereka bukan dengan membeli barang-barang mahal untuk anak-anak mereka tapi anak-anak mereka perlu belajar bercinta dengan Allah dan Rasul.
Tak dinafikan bahawa media massa dan sinetron-sinetron turut mempengaruhi fikiran anak-anak muda kita.
Bayangkan... Umur baru 10 tahun tapi dah pandai nak berfikiran jiwang-jiwang. Hoho. Mungkin mereka masih tak sedar bahawa cinta itu datang dengan tanggungjawab dan bukan hanya setakat nafsu.
Kawallah cinta itu dengan iman, insyaAllah selamatlah kalian di dunia dan akhirat.
=)
makngah, bukak blog baru.
tema: Tanya MakNgah.
mesti ramai bagi soalan pasal cinta nih.
haha
salam...
cinta mg perlu...cinta pada yg maha esa itu lebih utama...
::w'slm ibnu yazid, terima kasih sudi mengomel panjang..i do appreciate..^_^
ya, 'standard'..sekarang ni, bercouple dah jadi benda biasa, tak kapel tu yg nmpk pelik, haih..dunia dh nk kiamat agaknya..^_^
jom sama2 berusaha mengislahkan masyarakat..setakat yg termampu, kita cuba..moga Allah izinkan.
::Yup..betul tu semalu..cinta itu fitrah..cinta itu juga anugerah dari Allah..selayaknya, kita mencintai Pencipta kita melebihi segalanya.
::Menarik Asiah...CINTA ITU FITRAH, JANGAN JADIKAN IA FITNAH..insyaAllah..
::W'salam Adah, hehehehe..okke tak layout skang? ^_^
Anak ibarat kain putih, ibubapalah yang berhak mencoraknya..jika baik di canting, baik jugalah warnanya kelak..
Betul kata Adah, remaja sekarang kurang kasih sayang, dahagakan kasih sayang dan bila ada insan lain memberi sedikit perhatian, perasaan inginkan lebih 'perhatian' mula menular..lalu timbullah hasrat ingin di cintai dan mencintai...
Mungkin, fenomena kawen muda perlu 'dibiasakan' semula..kot..huhu..
::huhu..haruskah? takpe2..buat masa ni tangan cuma dua, mata pun dua..lum ada upaya lagi..fokus dulu dgn apa yang ada lenni..
::cinta kepada Syitah juga perlu..cinta kepada saudara seagama...dan yup..cinta kpd yang Esa itu yang paling utama..^_^
manusia sering menjadikan cinta alasan kepada pelengkap kehidupan.tapi renungkan kalam sahabat ana.....
layakkah sekeping hati yang ada setitis cinta manuisa untuk dicintai Allah?
jangan kerana setistis cinta haram yang tumbuh,dalm hati kta,Allah halu kiat untuk masuk syurgaNya.MasyaAllah..
moga2 kiat dlam kalngan hambanya y mendapat cintaNya..
Post a Comment