+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, May 25, 2009

23 Mei : B2B @ Karangkraf.

Bismillah..

Hari ini dalam sejarah. Malamnya saya tidur sangat lewat, tepat jam 3.28 pagi. Bagaimana saya tahu? Kerana ketika bangun dari tidur, saya segera check henfon, jam 6.28 pagi yakni dua minit lebih awal dari waktu sepatutnya loceng berbunyi. Sebelum tidur, baca doa dan saya pesan kepada diri sendiri. "Aku nak tidur 3 jam saja!" kemudian alam terasa kelam, sunyi, sepi, damai dan mengasyikkan...senang cerita, saya dah terlelap..^_^

Saya tidur agak lewat kerana menyediakan sedikit kuih untuk sesi potluck di karangkraf nanti. Sambil menanti ketibaan Surinah dan Ummul (krew dari JB). Takdir Tuhan, saya tidak berkemampuan menjemputnya kerana dia tiba lewat malam di Pudu maka saya terpaksa menyerahkan kepada Masyitah dan kawan-kawan untuk menjemputnya di Pudu. Dan saya juga lambat menyiapkan kuih itu kerana telah meluang masa untuk sesi 'heart to heart' dengan adik-adik moderator (saya lupa malam tu turn siapa, maaf) dan juga sibuk melayani kerenah adik-adik di ruangan forum tercinta, kebetulan isu yang sangat hangat pada waktu itu adalah Dr Zambry Kekal Sebagai MB Perak. Seperti kebiasaan, bila berbicara mengenai isu politik, kebanyakan user bertukar rupa..lupa segalanya, ibarat welvove..manusia yang penuh adab kemudian bertukar menjadi serigala jadian apabila bulan mengambang..wohoo! seram..kan?

Dan saya? juga tidak ketinggalan..menunjukkan taring setelah penat mengingatkan, dan user masih bercakaran. Saya yang dulunya lemah lembut penuh kesantunan(angkat bakul) sehingga pernah dinobatkan dengan gelaran 'ibu iluvislam' kini bertukar wajah menjadi 'ibu tiri'. haha! Potpet pot pet bukannya user nak dengar, kan? lagi di quotekan kata-kata kita dan dijadikan isu pula, letih....sudahnya, ambik! mana yang terangan melanggar etika forum (terutamanya cetuskan provokasi) selamat di padam oleh saya. Senang, buang yang busuk, kita kongsi yang wangi..semuanya dapat menghidu kewangian itu..Alhamdulillah..insyaAllah.

Sambung semula.. bangun tidur kaki terasa kejang, mungkin lama berdiri. Sakit yang teramat. Ini bukan first time, sebelum ni pun saya pernah terjaga dari tidur dan alami sakit yang serupa. Pertama kali adalah ketika saya di tingkatan tiga, siangnya merentas desa, esoknya krem. Nasib baik bilik saya sebelah bilik ibu, terjaga sakit dan terjerit kemudian tidak sedar apa-apa. Saya kemudian terjaga semula dan dapati ibu saya sedang memicit kaki saya. Bila dia masuk? Saya pun tak tahu tapi itulah bukti dia sangat menyayangi saya.

Saya keluar rumah jam 8.30 pagi, tak jauh jarak ke Karangkraf, suatu kelebihan buat saya. Saya tiba kira-kira jam 9.05 pagi. Saya seorang yang sangat menghargai masa dan sering menghargai masa. Namun, kerana malu-malu kucing, kaki terasa berat untuk melangkah ke garden karangkraf seorang diri. Lalu saya tunggu Masyitah dan rombonganya. Sedang 'membuat roti canai' di kedai. Haha! Kira-kira jam 9.15 pagi kami sama-sama menyertai sahabat-sahabat krew yang lain. Untuk sambungan cerita pada hari itu, sila KLIK SINI..

Sebaik tiba di garden, bersalaman dengan beberapa sahabat, saya dan Surinah sibuk menyiapkan hidangan. Kemas dan susun apa-apa yang patut. Pelbagai juadah disediakan, wah....tergugat iman saya yang sudah lebih seminggu dalam program diet, tak makan nasik nih, haih~ Antara juadah yang ada..leh tengok picture kat bawah..jangan tanya mana kuih saya, low profile dan tidak gilakan publisiti, so maaf, tiada dalam gambar, hehe..

Juadah

Sesi Sharing

Takruf, Tanpa ku..='(

Sebelum Berpisah. Ukhuwah Fillah. ^_^

Aktiviti sharing berakhir kira-kira jam 12 tengah hari. Saya ibarat cinderella, segera bersua muka dan bersalaman dengan sahabat-sahabat dan harus cepat meminta diri kerana perlu hadiri kelas terjermahan di Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur. Tidak pernah memandu di Kuala Lumpur, apatah seorang diri, jadi saya perlu segera. Kelas akan bermula jam 2 petang, ini kelas pertama saya, dan saya benar-benar bersemangat untuknya. ^_^

Penglibatan saya dalam aktiviti kali ini sangat minima, dan mungkin ada yang tidak sedar kehadiran saya memandangkan saya tidak sempat menghadiri sesi lawatan dan juga sesi takruf, tak mengapa, insyaAllah, peluang lain yang lebih baik pasti ada. Saya juga sangat mengkagumi staf karangkraf yang baik, mesra dan berendah diri semuanya. Sempat juga saya berbual dengan editor dara.com, kak Rof (Sehingga terlepas peluang mendengar cerita Adah, sorry..), Dato' yang sangat mesra, Kak Firdausi yang sentiasa optimis, supportive dan kaya dengan senyuman juga tak ketinggalan, En Afif yang mesra.. lain dari yang lain (pinjam ayat Imran). Alhamdulillah, walaupun sekejap cuma, tapi kenangan di pada hari itu benar-benar penuh makna dan tercatit dalam kotak memori saya sebagai satu lagi kenangan yang terindah.

Semoga karangkraf dan iluvislam terus mara, jauh ke hadapan. Semoga kegiatan penuh makna sebegini dapat diteruskan dari semasa ke semasa, semoga penglibatan lebih ramai krew pada masa hadapan dan semoga...(hanya Tuhan yang tahu).

Sekian dulu celoteh untuk kali ini, akan di sambung ke siri seterusnya untuk aktiviti yang seterusnya. Hingga bertemu lagi. Wassalam.

3 comments:

the sun said...

akak tau, saya baca post akak ni seolah2 terdengar suara merdu akak bercerita tentang ni depan saya.hehe. betapa ikhlas akak meluahkan.

kuih akak sy sempat makan satu je. sob2..

Unknown said...

bestnye tengok Kuih Karipap tu..

Haih~ :P

AsNiza said...

:: haha..sempat mkn satu je ke..makan satu tak sedapt terus taknak lagik, ekekekek...

klu sedap, lenkali akak buat lg..klu tak sedap...pasni buat kat kedai la jwbnya..lalala~

:: siannya tengok jer..kui3..dugaan tuh, menguji iman..^_^