Saya kagum dengan adik-adik yang tahu membuat keputusan dan pilihan sejak dari bangku sekolah. Mereka ada cita-cita dan berusaha mengejarnya, sedangkan saya, hingga kini masih tidak punyai cita-cita. Masih berkelana, masih mencari.. Apa minat saya? Apa yang saya mahu? Entahlah, biarpun usia kian meningkat, namun saya masih lagi mencari cita-cita. Apa cita-cita saya?
Saya akui, saya suka menulis sejak di bangku sekolah rendah. Walaupun bersekolah di sekolah kampung di negeri Kelantan yang terkenal dengan loghatnya, cikgu bahasa melayu juga menggunakan loghat kelantan ketika di dalam kelas, tapi saya sentiasa cemerlang dalam subjek Bahasa Melayu, karangan saya juga sangat baik. Pertama kali saya menulis dengan jumlah perkataan yang sangat panjang adalah ketika saya tamat UPSR, ketika cuti sekolah untuk naik ke tingkatan satu, saya buat julung kalinya menulis 'novel'. Saya masih ingat, novel saya itu adalah mengenai kisah dua orang gadis yang berubah nasib kerana tertukar ketika di hospital. Saya mengaku, idea ini di cedok dari sebuah drama tempatan pada waktu itu, tapi saya menulisnya sendiri, dengan olahan dan gaya saya sendiri.
Naik tingkatan satu, saya kian gemar menulis. Banyak 'novel pendek' telah saya tulis walaupun tulisan saya sangat huduh, adeih..dan waktu itu, salah satu pelemah semangat saya adalah kerana tulisan saya yang buruk. (Mana ada komputer waktu tu, ehehe). Saya gemar membaca dan banyak menghabiskan masa dengan membaca buku. Penat membaca saya menulis pula. Antara genre yang saya gemari waktu itu adalah sains fiksyen dan cerita seram. Saya pernah menulis mengenai makhluk asing, mengenai kejayaan manusia meninggalkan bumi dan menetap di planet lain, makananan manusia pula bukan lagi nasi tapi pil yang mengandungi pelbagai khasiat. Semakin meningkat usia, saya mula berjinak-jinak menulis 'novel' cinta. Memandangkan tulisan saya sangat huduh, saya jarang berkongsi hasil tulisan saya dengan sahabat sehinggalah saya ke MRSM, saya turut membawa hasil tulisan saya dan di situ saya mula berkongsi dengan sahabat yang gemar membaca seperti Hajar dan Difah. Seronok perasaan ini bila ada orang membaca karya kita. Ada rasa kepuasan.
Saya minat sastera tetapi kenapa saya tidak mengambil subjek sastera? Hm, sudah suratan takdir barangkali. Saya mendapat keputusan semua A dalam PMR, dan waktu itu, SPM harus di ambil dalam 3 aliran, Sains Tulen, Akaun atau Sastera. Dan waktu itu, hanya pelajar yang cemerlang dalam PMR yang layak mengambil aliran Sains dan pelajar yang mendapat keputusan yang tidak memuaskan dikehendaki mengambil aliran Sastera. Jadi, adalah mustahil bagi saya yang mendapat 8A untuk mengambil aliran sastera. Pemikiran waktu itu, cuma sekadar follow the rules dan tidak tahu berfikir di luar kotak pemikiran. Saya cuma menurut dan kebetulan pula, saya mendapat tawaran ke MRSM, ternyata, impian saya dalam bidang sastera terpaksa saya lupakan, itu yang saya percaya pada waktu itu.

Kanan atau Kiri?
Setelah menjejakkan kaki ke MRSM, saya benar-benar fokus kepada SPM. Saya seorang pelajar yang mendengar kata dan belajar bersungguh-sungguh dalam mengejar target untuk SPM. Saya langsung berhenti menulis. Bahan bacaan saya juga sudah tidak lagi bervariasi, banyak masa diluangkan untuk ulangkaji. Saya mula percaya, saya tiada jodoh dengan sastera, mungkin saya sesuai jadi jurutera. Tanpa cita-cita yang benar-benar konkrit, saya sekadar belajar untuk cemerlang dalam SPM dan Alhamdulillah saya mendapat semua A dalam peperiksaan.
Sekali lagi saya di ulit dilema. Mengisi borang UPU tanpa merujuk kepada sesiapa, saya tiada panduan, tiada target. Akhirnya, tanpa merujuk kepada sesiapa, saya telah memilih Bidang Kejuruteraan Kimia dan mungkin kerana nasib saya sudah tertulis begitu, akhirnya saya terpilih melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan kimia. 6 tahun saya bersusah payah menghabiskan pengajian. Saya akhirnya menggenggam segulung ijazah namun keputusan yang diperolehi adalah tidak begitu cemerlang. Cukup-cukup makan saja.
Syukur kerana saya dikurniakan rezeki dan mendapat tawaran kerja yang bersesuaian dengan bidang yang telah saya ambil. Jurutera proses di sebuah consultancy, syarikat kecil tapi saya bersyukur seadanya. Namun, dalam menjawat jawatan di sini, saya sekali lagi tercari-cari. Apa cita-cita saya yang sebenarnya? Kini saya kian giat menulis semula, dan cuba mencari peluang andai ada caranya untuk saya menjadi seorang penulis atau sasterawan atau apa-apa yang berkaitan dengan bahasa. Sungguh, saya cintakan bahasa. Saya suka bermain dengan bahasa tapi bagaimana? Saya tiada kepakaran?

Akhirnya...baru-baru ini saya tergerak hati menyertai kursus terjermahan bahasa. Alhamdulillah, baru dua kali menghadiri kelas, tapi saya bersemangat dan seronok dalam kelas. Mungkin benar, hati dan jiwa saya di sini. Dalam bahasa. Semoga Allah beri petunjuk kepada saya agar dapat mencari penyelesaian yang terbaik. Semoga saya bahagia, dunia dan akhirat. Amin..