+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, May 8, 2009

Perasaan Pada Hati atau Jantung?

Bismillah..

Entri kali ini sekadar meluahkan ketidakpuasan jantung saya terhadap orang yang pertama sekali mentafsirkan soal perasaan adalah berkaitan dengan hati. Soal hati. Pertama sekali saya nak persoalkan, mana asalanya bentuk 'love'? Adakah ia dari bentuk hati atau jantung? Cuba nilaikan. Yang mana lebih seiras dengan bentuk 'love'?

Hati = Liver


Jantung = Heart

Haih...Rupanya selama ini saya tertipu..Tergamak sungguh orang yang berjaya memperdayakan kami selama beberapa generasi nih..dan sampai bila harus berlarutan? Dah terang2 heart adalah jantung, takkan pakar bahasa tak tahu? Dan takkan lah pakar bahasa juga setuju dengan definasi heart adalah hati? Adus..sukar diterima akal. Kepada sesiapa yang ada jawapan, sila tampil dengan hujah anda.

Jika benar selama ini kita tersilap tafsir, jadi sepatutnya kita harus perbetulkan:

Sukahati = Suka jantung = Gembira
Gelihati = Geli jantung = Kelakar
Sakit hati = Sakit jantung = Geram/ marah
Panas Hati = Panas jantung = Geram/marah
Puas hati =Puas jantung = Puas
Hati terluka = Jantung terluka = kecewa/frust
Patah hati = Patah jantung = Frust
Senang hati = Senang jantung = Happy
Susah hati = Susah jantung = Risau

Dan banyak lagi yang berkaitan dengan hati, betul la kan? takkanlah kalau orang depan kita jatuh masuk tangki najis kita pun nak ikut terjun tangki najis, aite? sampai bila? Lagi satu, jika tak silap saya, ada hadis (or maybe kata2 hikmah)

"Dalam manusia ada seorang 'raja' yang sangat berkuasa. Jika baik 'raja' itu maka baiklah manusia, tapi jika jahat 'raja' itu, maka jahatlah manusia, dan raja itu adalah HATI."

"Ketika kita melalukan dosa, ibarat terbit satu titik hitam di HATI kita..jika kita sering melakukn dosa, titik-titik hitam itu akan bertambah lalu lama kelamaan, HATI kita akan menjadi hitam."

Jadi, kepada sesiapa yang rasa macam arif untuk berdebat pasal soal hati dan jantung, sila kemukakan hujah anda. Saya mahukan kebenaran yang pasti. Dan saya memohon kerjasama sahabat yang arif dengan bahasa arab, adakah alquran atau hadis, 'meletakkan' perasaan manusia pada hati atau pada jantung. Yang mana lebih tepat?

Terima kasih daun keladi. Ilmu yang baik seharusnya di kongsi semoga ia lebih bermanfaat. Wassalam

4 comments:

morsmode said...

hati tu bunyi die lagi sedap kot berbanding jantung.
hehe

pu3 balqis said...

haha..
mungkin macam matadore cakap tuh ada betulnya..
ana sendiri pernah sedar tentang semua nih..
tapi buat taktau ja...

but.. betul macam penulis kata..
sampai bila kita nak buat2 tak nmpak kan...? smpai bila nak jalan sambil tutupmata ni...?

nice post...

opss.. sebelom tuh. salam singgah ya..
pertama kali di sini.. tapi amat tertarik sgn n3 ni..

tumpang2 menyemak jap dalam ruangan komen nih,,

Anonymous said...

Assalamualaikum :)

Yang disentuh di dalam artikel ini adalah jelas berkaitan dengan hadis Sahih..mohon dengan rendah hatinya, mengkaji perkataan "qalbu" itu dalam persepsi yang benar.

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram (juga) jelas dan di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhah (belum diketahui halal atau haramnya) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya daripada perkara-perkara yang syubhah itu, samalah seperti orang yang telah melindungi agamanya dan kehormatannya (daripada kata nista orang lain). Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubhah akan tergelincir ke dalam perkara haram pula, laksana seorang pengembala yang sedang mengembala di sekitar tempat larangan, akhirnya lalai, lalu memasuki tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja itu, ada tempat larangannya dan tempat larangan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah bahawa pada setiap jasad itu ada seketul daging. Sekiranya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak, rosaklah seluruh jasad itu. Ia itulah hati". (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Jika ingin mempertikaikan kecelaruan bahasa Melayu,dipersilakan..sebab bahasa ibunda kita itu memang kurang nilai saintifiknya..setiap bahasa memang gayanya begitu, ada kiasannya sebagai pemanis kata..

English juga demikian. "Dont judge a book by it's cover" itu membawa maksud, jangan menilai sesuatu dari 'kulit luarnya' semata-mata..kalau kita menjadikan maksudnya kaku seperti 'kakunya bahasa sains' maka samalah kita seperti pesakit psychiatric yang mengalami impaired abstraction!

hehe...sekadar berkongsi..

cuma, sedikit teguran...mohon tidak diselitkan hadis2 di atas kerana ilmu hadis tidak semudah penafsiran akal, sebaliknya perlu dikembalikan pada yang lebih faqih dan berilmu

itu saja
wslm

Anonymous said...

http://drmaza.com/home/?p=1084