+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, October 28, 2009

Not a Virgin : Admit?

Bismillah.. salah satu sebab kenapa saya masih cuba untuk bertahan di iLuvislam.com adalah kerana saya berpendapat, adik-adik/user-user iLuvislam yang bermasalah masih memerlukan saya. Kerap juga saya mendapat PM dari user, bertanyakan pendapat dan pandangan terhadap masalah yang mereka hadapi. Tak kurang dari itu, banyak juga thread baru yang dibuka berkaitan dengan kes terlanjur atau zina sebelum nikah. Astagfirullahalazim.

Tujuan saya utarakan isu ini bukan berniat untuk membuat mereka yang pernah terlanjur berasa terhina, atau rendah diri, bersalah dan sebagainya. Pada saya, perkara yang lepas biarlah ia terus berlalu. Tiada gunanya di kenang kerana walau menangis air mata darah sekalipun, kita tidak mungkin mampu mengubah sejarah. Apa yang penting adalah berhenti melakukannya dan mohonlah keampunan daripada Allah dengan penuh keikhlasan. Mengadu dan merayu kepada Allah, agar dosa-dosa silam diampunkan dan diberi kesudahan hidup yang baik, sesungguhnya, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Pengasihani.

Objektif utama entri kali ini adalah bagi mencegah adik-adik/sahabat-sahabat agar tidak mendekati zina dan jangan melakukannya.

Mungkin saya dan anda pernah terbaca, lapisan dara terlalu nipis dan boleh terkoyak tidak semestinya kerana melakukan persetubuhan. Dan di dada akhbar juga peti televisyen juga sering memaparkan, hanya dengan melakukan pemeriksaan doktor, barulah dapat diketahui samada seseorang itu masih dara atau tidak. Saya tidak berani mengatakan berita itu bohong, tapi saya ingin katakan bahawa berita itu kurang tepat sepenuhnya.

Baru-baru ini, ketika blogwalking, saya terbaca beberapa entri di sebuah blog, "kaedah-kaedah mengenal gadis samada masih dara atau tidak". Suprisingly! Banyak betul kaedah dan banyak cara untuk mengenalinya. Wah! Kagum.. Betul atau salah apa yang di tulis di dalamnya tidak mahu saya pertikaikan, tapi apa yang ingin saya kongsikan adalah, jangan ingat orang tak tahu kalau kita sudah tiada dara. Maaf.

Jadi, kepada sesiapa yang sedang bercinta atau bakal bercinta, yang pernah 'ringan-ringan' atau bakal terjebak dengan zina, berhentilah melakukannya. Jangan sampai menyesal di kemudian hari, terutamanya wanita. Sesungguhnya 'dara' adalah kehormatan kita yang sangat bernilai yang wajib kita pertahankan.

Buang jauh-jauh persepsi, "takpe la, bukan orang tahu pun" kerana anda silap, sebenarnya bukan susah untuk membezakan anda masih dara atau tidak dan lebih penting dari itu, ALlah Maha Melihat. Malaikat raqib dan atib sentiasa mencatat amalan kita. Apa yang dilarang oleh Allah pasti ada sebabnya. Ingatlah..

Surah Al-Isra' ayat 32, Allah berfirman;

Maksudnya: "Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

Sampaikan walau sepatah ayat, dan kini aku telah melaksanakan amanahku. Terserah kepada kamu untuk menerimanya atau tidak. Moga Allah mengampunkan dosaku dan meringankan bebananku, amin ya rabbal alamin.

Wallahua'alam.

5 comments:

faha mieza said...

Salam....
moga sahabat2 di luar sana juga t'msk diri s'diri dilindungi Allah drpd hasutan n godaan syaitan...
kak, de link blog yg akk ckp tu x??
t'ign gk nk tau psl itu....

Kabuto said...

salam..supposed this is a good entry to our teenagers..keep it up okay!! maybe we can teach them from blog world..

AsNiza said...

W'salam..

mieza leh tgk blog ni..just baca, percaya atau tidak terserah kpd individu :)

http://www.lek-lu.blogspot.com/

Thnx to kabuto ^_^

Azriey SinarMawaddah said...

cuba search 4shared klu x silap saya dan download ust kazim dlm ceramahnya IBU MERTUAKU. DALAM TU DIA ADA GTAU, WANITA YANG SUDAH TIADA DARA DIPANGGIL JANDA. XKIRA DENGAN MELAKUKAN SENDIRI @ BERSUKAN. bukan hanya pada yg diceraikan @ kematian suami sahaja dipanggil JANDA. JAGA BEBAIK DARA TU. DLAM BLOG SAYA DE BAB CARI JODOH.bolehlah sikit² ilmu, byk lagi kita kena cari dan lebih baik berguru dr faham bahasa tulisan...

http://sinarmawaddah.blogspot.com/search/label/Cari%20Jodoh

Anonymous said...

salam...
nak tnya pendapat la....if kita dah penah buat zina...pastu dah bertaubat dgn taubat nasuha....so tanda2 yg kat tgn and dahi tu still ada atau dah xda lagi?....please reply....thanks... :)