+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, October 8, 2009

Bagaimana Harus Ku Tahu?

Dalam kehidupan ini, kita sering saja berhadapan dengan situasi di mana kita harus membuat pilihan. Adakalanya pilihan yang terpaksa di buat mampu mengubah kehidupan kita secara total. Menjadi lebih baik atau sebaliknya.

Ketika membuat keputusan, pelbagai faktor mempengaruhi antaranya persekitaran, kepentingan diri, kehendak diri dan sebagainya. Faktor luaran dan faktor dalaman. Faktor menarik dan faktor menolak. Selalunya, faktor-faktor sebeginilah yang sering berlegar-legar dalam kehidupan kita samada kita sedar atau tidak dalam membuat tindakan atau keputusan.

Apabila kita dikehendaki membuat tindakan atau keputusan, bagaimana kita boleh meyakini, bahawa tindakan dan keputusan yang dibuat itu terbaik buat kita? Bagaimana kita boleh yakin bahawa keputusan itu adalah hasil dari naluri dan gerak hati yang dipandu oleh Allah swt? Atau ia sekadar mainan nafsu dan bisikan syaitan?

Jika Nabi Allah Musa a.s pernah berdoa..memohon daripada Allah agar Allah menampakkan zat-Nya supaya lebih meningkatkan lagi keyakinannya dan keimanannya kepada Allah..

Berkatalah Musa dalam munajatnya dengan Allah: "Wahai Tuhanku, nampakkanlah zat-Mu kepadaku, agar aku dapat melihat-Mu"

Allah berfirman: "Engkau tidak akan sanggup melihat-Ku, tetapi cubalah lihat bukit itu, jika ia tetap berdiri tegak di tempatnya sebagaimana sedia kala, maka nescaya engkau akan dapat melihat-Ku."

Lalu Nabi Musa menoleh mengarahkan pandangannya ke arah bukit yang dimaksudkan itu yang seketika itu juga dilihatnya hancur luluh masuk ke dalam perut bumi tanpa menghilangkan bekas. Maka terperanjatlah Nabi Musa, gementarlah seluruh tubuhnya dan jatuh pengsan.

Setelah ia sedar kembali dari pengsannya, bertasbih dan bertahmidlah ia seraya memohon ampun kepada Allah atas kelancangannya itu dan berkata: "Maha Besarlah Engkau wahai Tuhanku, ampunilah aku dan terimalah taubatku dan aku akan menjadi orang yang pertama beriman kepada-Mu."

Nabi Allah Zakaria A.S pula memohon agar dikurniakan anak.. Kemudian bila dikhabarkan bahawa isterinya mengandung, Nabi Allah bermohon lagi agar ditunjukkan bukti/petunjuk bahawa isterinya yang tua itu benar-benar mengandung.

Lalu Allah SWT berfirman melalui malaikat Jibril bahwa Nabi Zakariya akan akan dikaruniai anak bernama Yahya, dengan tanda tak bisa bicara selama 3 hari 3 malam.

Zakaria berkata : “Ya Tuhanku, berilah aku suatu tanda”. Tuhan berfirman “Tanda bagimu ialah bahwa kamu tidak dapat bercakap-cakap dengan manusia selama tiga malam, padahal kamu sehat”

Demikianlah antara kisah, bagaimana Nabi utusan Allah membina keyakinan, menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kepada Allah, tapi bagaimana dengan kita? Hamba yang hina lagi kerdil ini? Sering tewas dengan pujukan nafsu dan syaitan.

Bagaimana harus ku tahu, adakah itu keputusan yang terbaik untukku?

Wallahua'alam

3 comments:

SuHaNa said...

Assalamu'alaikum kak..

Whooaaa~!
memang benarlah. Amat susah untuk membuat suatu keputusan.

Kepentingan diri dan orang lain perlu difikirkan masak-masak. Dan juga, memikirkan akibatnya.. Adakah keadaan kita akan bertambah selepas itu ataupun semakin teruk keadaan diri..

Wallahu'alam.

"Orang-orang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah, dengan harta dan jiwa mereka, adalah lebih tinggi darjatnya di sisi Allah swt. Mereka itulah orang-orang yang memperolehi kemenangan"
[Surah at-Taubah : Ayat 20]

AhmadNizamuddin said...

Assalamu'alaikum....

Setiap manusia tidak akan terlepas dari membuat sebarang keputusan, sebarang pilihan....

Hatta dalam nak menulis pandangan, pendapat,dan luahan dalam blog,itupun memerlukan pilihan...

Hanya bukan manusia sahaja yang begitu,tidak perlu untuk membuat pilihan.hanya mengikut sunnatullah yang telah ditentukan...

oleh itu, sebagai hamba, perlulah selalu beristiqamah meminta petunjuk dari Allah agar kita tidak terikut-ikut langkah syaitannur rajim...

Jika pasti itulah pilihan kita, maka bertawakkallah kepada Allah...

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu...

Biarlah terbitnya matahari di barat,

Biarlah bulan terbelah,

Biarlah bumi hancur,

Tapi hati, jika tidak ada kesedaran dan keinsafan, pasti binasa kelak di kemudian hari....

sekadar analogi..jangan pandang serius....

p/s:minta maaf na kalo bahasa silap...

wallahu a'lam....

Anonymous said...

betul gak...

susah nak wat keputusan...

xtawu, keputusan tu baik ke tidak...

apapun, minta dengan Allah...

insyaAllah akan dipermudahkan urusan...

insyaAllah...