+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, October 14, 2009

Sambutlah ESQ

InsyaAllah, pada 16, 17, 18 October ini, training ESQ, KL Angkatan ke-40 akan diadakan di Flamingo Hotel, Ampang. Selaku salah seorang alumni ESQ, saya menyeru sahabat yang berkesempatan dan berkemampuan, agar meluang sedikit masa mengikutinya. Sesungguhnya, pengalaman dan 'kenikmatan' yang dikecapi sepanjang latihan adalah sangat bermakna, tidak ternilai dan insyaALLAH, boleh 'digunapakai' di dunia dan akhirat, insyaAllah.

"Allah mengilhami sukma, beruntunglah bagi yang mensucikannya, rugilah bagi yang mengotorinya"

Siapa Kita, Apa Tujuan Hidup Kita?

Tidak dapat saya lupakan, ketika sesi pada hari pertama, trainer angkatan ke-37 yakni Pak Rinaldi bertanya kepada para peserta, soalannya mudah, "Siapa kamu?". Maka, pelbagai jawapan diberikan oleh para peserta, antaranya, "saya Ali bin Abu, saya seorang manager, saya seorang ayah, saya seorang suami, saya seorang jurutera, saya seorang anak dan sebagainya.."
Menakjubkan, pada hari terakhir training, apabila soalan sama di tanya, "Siapa kamu?" Jawapan kami para peserta bersatu menjadi satu, "Kamilah hamba Allah!" Subhanallah... Maha Suci Engkau Ya Allah.

Jika selama ini saya sering alpa dan leka, sering lupa dan lalai, bagai tertidur dan diulit mimpi yang panjang, maka saya bersyukur, syukur ke hadrat Ilahi kerana menemukan saya dengan ESQ, yang telah berjaya mengejutkan saya dari lena yang panjang, yang telah membuka mata saya, yang menginsafkan saya, yang telah meyakinkan saya bahawa matlamat hidup saya di dunia ini adalah semata-mata kerana Allah, cita-cita saya adalah syurga, Maha Suci Allah.

Jika selama ini saya sentiasa tercari-cari dan adakalanya sesat di tengah jalan, kini saya nampak ke mana arah tuju ini harus di bawa. Jika selama ini diri ini sering melupakan Allah, kini perasaan rindu dan cinta kepada Allah mulai hadir. Cinta kepada Rasul yang banyak berjasa, yakin kepada kitab Allah yang disampaikan melalui rasul-Nya. Terasa bahawa selama ini, diri ini hina dan kerdil, banyak melakukan dosa dan kerosakan. Angkuh dan bongkak. Tidak bersyukur tidak berterima kasih. Syukur kerana melalui ESQ, dengan kekuasaan Allah, keinsafan itu hadir sebelum mata ini terpejam rapat.

Ku akui kebesaran-Mu ya Allah. Betapa Engkau Maha Esa, Maha Pencipta, Maha Bijaksana. Engkau Memulakan dan Engkau Mengakhirkan. Engkau Menghidupkan dan Engkau Mematikan. Engkau Maha Pengasih dan Engkau juga Maha Pengampun. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Terlalu banyak anugerah dan pemberian-Mu, namun sering saja aku tidak mensyukuri nikmat-Mu, malahan aku sering merungut, mengadu, merintih, meminta-minta, ampunkanlah dosaku Ya Allah. Sungguh aku telah banyak merosakkan diri, sungguh aku telah menzalimi diri sendiri, jika Kau tidak mengampuni dosaku, maka jadilah aku orang yang rugi. Aku bertaubat pada-Mu Ya Allah. Kau ampunkanlah dosaku.

CERDAS NURANI

ESQ Cerdas Emosi

ESQ Cerdas Nurani

Menyapaku kini

Desah nafasku

Detakan di jantungku

Air mataku

Laju merah darahku

Berpadu

Langit menjulang

Nan kokoh tanpa tiang

Berhias bintang

Tertata dan melayang

Membentang

KARYA TUHAN…



1 comment:

relax said...

insyallah kalau ade rezeki dan ada masa.