+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, October 5, 2009

iLuvislam.Com [3hb Oct'09]

Alhamdulillah, Sabtu lepas adalah kali ke-tiga diri ini berkesempatan menziarahi Karangkraf yang letaknya di Seksyen 15, Shah Alam. Memandangkan rumah saya juga letaknya di Shah Alam, agar tidak wajar andai saya menguzurkan diri, tambahan pula, seperti lazimnya, rumah saya menjadi tempat berteduh bagi sahabat-sahabat.

Kali ini, saya bertuah kerana menerima tetamu yakni Fizah yang datang sehari lebih awal. Sebaik tamat waktu bekerja, saya menjemputnya di stesen komuter Batu Tiga. Malamnya kami sempat masak laksa penang sama-sama. Sambil masak sambil berbual merapatkan ukhwah antara kami, alhamdulillah.

Cabaran buat saya kali ini, gentar juga kerana kali ini 'kantoi' awal-awal, yakni kebanyakan dari sahabat dah tahu saya akan bawa laksa untuk pot-luck, jika sebelum ini, rahsia dan diam-diam saja apa menunya, kali ini berbeza kerana saya terlepas cakap bila menyangka potluck dibatalkan kerana pihak pengurusan sudah menempah makanan, haish~ makan diri ^_^

Cabaran yang agak 'hebat' apabila terpaksa memasak dalam kuantiti yang agak banyak (sikit je pun =p) sedangkan rumah bujang kami periuknya serba comel lagi kiut. Sudahnya, malam itu saya menggunakan tiga periuk termasuk satu rice cooker. Haha! Lain periuk lain rasanya, ada yang pekat ada yang cair, ada yang masam, ada yang pedas, sungguh menakutkan. Apa pun, tepat jam 1.30 pagi, saya selesai memasak dan bersiap untuk tidur. Tinggal bahan tambahan belum siap di potong.

Jam 3.30 pagi bangkit dari tidur, kejutkan Fizah untuk menjemput seorang user iluvislam yang juga pemenang pertandingan meriah ramadhan@iluvislam (Asma Husna) yang datang dari Johor. Dengan mamai saya memandu lebih kurang 30 minit. Alhamdulillah semuanya selamat dan saya tiba semula di rumah kira-kira jam 4.30. Sempat YM dengan seorang krew bertanya khabar tentang user tersebut, sudahnya kul 5 pagi saya sambung tidur. ^_^

Bangkit semula jam 6.30 pagi, meneruskan perjuangan masak-memasak hingga akhirnya sedar bahawa jam sudah menunjukkan jam 8 pagi. Agak terlambat kerana sepatutnya kami tiba di Karangkraf jam 8 Pagi tapi apa yang termampu, kami tiba di sana jam 8.45 pagi. Bersyukur kerana aktiviti belum bermula dan masih sempat menyusun dan mengatur makanan dengan jayanya.

Segala yang berkaitan dengan perjalanan program hari itu, boleh merujuk kepada thread di iluvislam dan blog-blog sahabat. Saya menarik diri untuk mengulang perkara yang sama, maaf ^_^

Selesai makan-makan kira-kira jam 1 tgh hari, saya mengambil kesempatan untuk menghantar beberapa user ke stesen komuter berdekatan, al-maklumlah time program tak sempat beramah-mesra, maaf kepada yang berkenaan. Alhamdulillah sempat berkenalan dengan mereka (maaf tak dapat sebut nama sebab tak ingat kesemua 4 orang tersebut, asif).

Kembali ke Karangkraf, sembang, mengemas, etc, sekali lagi ke stesen komuter hantar Fizah dan Najah. Tak best pun perpisahan, tapi itulah adat pertemuan. Pasti dihujungnya ada perpisahan.

Apa pun, sama-sama kite doakan agar dikurniakan kesempatan oleh-Nya agar dapat bertemu lagi. InsyaAllah.

Kembali ke Karangkraf. Sesi kemas mengemas dan menghabiskan makanan yang ada. Sambil-sambil bersembang dan berkongsi cerita. Macam-macam ada, ada yang seperti buang tebiat, kutip pasir masuk dalam plastik air, ada yang menyakat, ada yang mengorek rahsia, ada yang main pecah belon, ada yang main curik-curik ambuk gambar, ada yang termenung memikirkan masa depan dan macam-macam. Selesai mengemas, kami ada meeting sempena aktiviti yang akan datang.

Meeting berakhir kira-kira jam 4 petang, selesai meeting tiba masa untuk berpisah, kemudian teringat 'hutang' terhadap Imran, pernah janji nak belanja nasik ayam, alang-alang ada kesempatan, kami pakat ramai-ramai untuk makan sama-sama, rezeki mereka yang ada di situ pada waktu itu, antaranya Syawal, Aman, Lisam, Remy, Imran, Afif, Wann, Aina, Asma', Shikin dan temannya. Alhamdulillah, seronok makan sama-sama.

Selesai makan kira-kira 6.30 petang, saya bersama Asma' pulang ke rumah, Alhamdulillah kami tiba di rumah walaupun agak lewat, lepas waktu maghrib. Kepenatan kerana beraktiviti dan banyak memandu tapi masih tak boleh berehat kerana perjuangan masih belum selesai.

Siap menguruskan diri, jam 8 malam kami siap-siap di hadapan laptop untuk mesyuarat forum team (moderator). Rasa teruja mengatasi kepenatan, tak sabar-sabar 'bertemu' sahabat adik2 moderator dan tak sabar menerima watikah ketua forum team yakni noman, ini julung-julung kali beliau berkesempatan menyertai mesyuarat, alhamdulillah, Tuhan izinkan.

Mesyuarat berjalan lancar walau ada yang 'jihad' di tengah jalan kerana tidak dapat menggunakan paltalk. Antara moderator/kaunselor yang hadir adalah noman, remy, thuaibah, hidayat, atul, nisa, ila, iman, suhana, zulfa, asma', badrul (maaf kalau ada termiss =p )

Semoga kita terus bersama mantapkan saff dan teguhkan langkah kaki, moga Allah sentiasa membimbing hati kita dan kekal pada niat yang baik. Jangan lupa pesanan ketua forum yer ^_^

Alhamdulillah mesyuarat selesai agak awal maka saya berkesempatan tidur kira-kira jam 12 tengah malam.

Sekian laporan untuk hari Sabtu, 3hb October 2009.

Wassalam.

1 comment:

Haniff Ismail said...

la..rugi xsempat rase laksa..

isk..xaci nie...

akan dtg wat lagi ek...huhu

mane taknyerr..tempat laksa tue..
asyik dipenuhi kaum hawa jer..

kcian kaum adam kan..hehe

apapun thanks uruskan majlis tue..
akan dtg leh join lagi..lalalalala..~

slamat maju jaya n ceria2 slalu..