+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, October 2, 2009

Usah Mudah Menghukum, Kamu Zalim

Pasar malam tidak jauh dari tempat kerja saya di buka setiap petang Rabu. Saya singgah di situ, andai ada keperluan yang mahu di beli. Hari itu saya keluar dari opis tepat jam 6.05 petang, dengan langkah longlai saya menuruni anak tangga opis lalu terus menapak ke pasar malam. Beberapa langkah saja jaraknya.

Saya memerhati sekeliling, susun atur gerainya tidak berubah, sama setiap minggu, malahan beberapa peniaga di situ juga sudah saya hafal mukanya. Terutamanya pakcik yang berniaga ayam bersama isterinya. Kelakar orangnya, pernah satu ketika kami bercakap bahasa Inggeris, apabila ada pelanggan berbangsa asing singgah membeli ayam. Fasih juga pakcik berniaga ayam bercakap bahasa antarabangsa. Seronok kami bersembang disertai lelaki asing itu. Isterinya di sebelah sekadar tersengih-sengih, tidak mengerti barangkali apa yang kami perbualkan. Andaian saya. Ah! Mudahnya saya membuat andaian. Astafgirullahalazim..

Saya terus mengatur langkah. Seronok berada di pasar malam kerana kite dapat melihat banyak gelagat orang. Di situ ada pelbagai macam ragam, tak ketinggalan sang pengemis menadah tangan memohon simpati. Saya terus melihat sekeliling. Susun atur gerai sudah saya cerna. Saya tahu arah mana ingin di tuju jika ada keperluan yang ingin dibeli. Gerai makanan di barisan depan, kemudian gerai buah, gerai sayur, gerai lauk pauk dan belah kanan pula gerai bahan kering dan kraftangan. Gerainya banyak, tetapi saya tidak suka berhabis masa di situ. Saya meneruskan langkah menuju ke gerai sasaran.

"Bunga kantan ni sekuntum berapa?" saya bertanya kepada peniaga sebuah gerai sayur sambil tangan saya sibuk membelek bunga kantan yang di susun di atas meja. Warnaya merah jambu pucat, tidak merah, tidak menggiurkan.

"80 sen satu,"jawab peniaga itu. Dalam hati terdetik ianya lebih murah jika di beli di pasaraya harganya RM1.40 sekuntum. Hati sudah terpikat tapi saya masih terus membelek, sekali sekala saya dekatkan bunga kantan itu ke hidung. Hehe.. Kalau ada virus H1N1, nahaslah saya, naauzubillah..

"Putik lagi ni pakcik, tak bau pun.." Omel saya sambil mengalihkan pandangan ke arah peniaga sayur. Dia sekadar tersengih.

"Haah, itu jer yang tinggal.." Jawabnya pula.

" Pakcik, kalau camtu, saya cuba tengok gerai lain dulu la eh, tengok camne kalau ada.." saya menyambung omelan. Peniaga itu sekadar melontarkan senyuman kepada saya, saya membalas senyumannya. Sudahlah banyak songeh, tak beli pula. Maaf yer pakcik. ^_^

Ketika saya sibuk memilih bunga kantan, di sebelah kiri saya peniaga lain pula sibuk melayan pelanggan yang lain. Dengan jelas saya mendengar mereka bercakap dalam dialek Kelantan, dalam hati terdesis, "orang kampung aku nih," fikir saya, membayangkan seorang lelaki Melayu Kelantan sedang bercakap dengan seorang wanita Melayu Kelantan. Betapa mudahnya saya membuat tekaan!

Setelah meminta diri untuk ke gerai lain, saya sempat mengerling ke arah pelanggan yang bercakap dialek Kelantan pekat tadi. Lar.. Saya silap rupanya.. Mungkin benar dia berasal dari Kelantan tapi ternyata, dia berseluar pendek, bersinglet adalah seorang wanita berbangsa Cina. Persepsi saya ternyata silap. Duh! Tak semestinya orang Melayu Kelantan yang fasih berloghat Jelantan, bagaimana saya boleh lupa? Astagfirullah..

Selesai meronda-ronda di pasar malam, membeli beberapa jenis barang untuk di buat masak, saya menuju ke kedai Max Value yang juga berhampiran dengan opis. Ada keperluan yang belum terbeli. Saya sekadar menekan minyak kereta dua tiga kali, maka sampailah saya. Sebaik sahaja mengeluarkan sejumlah duit di mesin ATM, saya ke bahagian peti minuman.

Dari jauh saya melihat seorang wanita bertudung bersama anaknya sedang memilih air minuman. Wanita Melayu ingin membeli minuman yogurt nampak gayanya. Saya membuat telahan. Memandangkan saya juga ingin membeli jus buat berbuka puasa, saya menuju ke arah peti minuman.

Setelah dekat dengan si ibu dan anak, saya dapat mendengar dengan jelas, wanita bertudung yang saya sangkakan wanita Melayu itu tadi rupanya bercakap dalam dialek Cina dengan anaknya. Saya mencuri pandang ke arah mereka, benar wajah si ibu jelas sekali bukan Melayu. Saya tersenyum sendirian.

Duh, silap lagi, dalam hari yang sama, saya tersilap teka untuk kali kedua. Ternyata, saya sedar dan makin percaya, apa yang kita percaya benar itu tak semestinya benar. Apa yang kita nampak benar juga tak semestinya benar. Kadang-kadang, persepsi kita sendiri mampu menipu kita, memperdayakan kita.

Peringatan untuk diri sendiri, jangan sekali-kali mudah menghukum. Jangan kerana sekali pandang, kita terus membuat kesimpulan. Jangan kerana sekali silap, kita terus membenci selamanya. Jangan terlalu mudah percaya pada fatamorgana dunia yang sering memperdayakan. Berhati-hatilah.

Teringat pada satu berita baru-baru ini. Sekumpulan tujuh lelaki di tahan polis atas tuduhan membunuh. Puncanya kerana mereka bertujuh telah membelasah akhirnya menyebabkan kematian seorang lelaki yang mereka syaki sebagai pencuri. Namun hakikatnya, mangsa yang terbunuh itu sebenarnya sekadar datang ingin beraya di rumah ibu angkatnya.

Lihatlah betapa buruknya akibat daripada menghukum tanpa kaji selidik. Ramai yang membenci ISA kononnya kejam, menghukum tanpa menyiasat terlebih dahulu, tapi diri sendiri mudah menghukum tanpa menilai tidak pula di pandang serius. Orang begini mudah di lihat di mana-mana, dalam dunia maya, ketika berforum dan juga di alam nyata. Sungguh, mudahnya berkata-kata tapi ternyata, sukar untuk melakukannya.

Jika kita menghukum tanpa selidik, kita mungkin menzalimi insan lain, dan tidak ketinggalan, kita juga turut menzalimi diri sendiri. Astagfirullahalazim. Oleh itu, dalam apa jua yang dilakukan, berfikirlah sebelum bertindak. Takutlah hanya kepada Allah.

Sekian. Wassalam.

2 comments:

Brilliant Marjan said...

Salam..

Betul lah kata pepatah "Don't Judge The Book By Its Cover"..

Diri sy sendiri pnh dianggap budak yg tak cukup umur, smpi penah diperli oleh sorg junior..tp bila diri ini berkata2..terkejut dak tu..

Begitu juga dpt duit raya...ada yg mengatakn sy ni adik..tp bila tau, sy kakak, berubah muka pakcik ni..bukan sikit duit yg diberi...

cm ne pn, tetap sedih org pgl kita adik...huhu

AhmadNizamuddin said...

Assalamu'alaikum...

ahakss....

xpo...nasib baik banyak songeh kat pakcik baik...haha....

sejak bila pulak ada Jelantan ek...(silap taip kot..check tengok..)

hakikatnya, ISA xselidik betoi2...

ahakss...

dan betollah kata pepatah, "Judge a book by its content"

hehe....

dalam hidup,...kalo tengok orang muka ada parut,nampak macam jahat..macam lanun kan...walhal, dia seorang imam dari kampung seberang....

tapi kalo tengok orang muka baik,nerd, pakaian sopan...walhal, dialah perompak antarabangsa yang diburu polis....

ahaks...

sekadar perkongsian...

yang xberkenaan,letak tepi la na....

wallahu a'lam...