Bismillahirrahmanirrahim,
Bila kita disalahmengertikan, bersabarlah dan jangan cepat melatah. Usah bersedih dan tak perlu berduka. Ingat Allah sentiasa. Biarlah sebanyak mana dunia membenci kita, asalkan Allah mengasihi kita maka tabahkanlah hati, bersabarlah. Bersyukurlah.
Sudut pandangan setiap orang tidak mungkin sama, cara melihat pasti berbeza. Apa yang kita fikirkan baik belum tentu baik pada pandangan mereka. Maafkanlah mereka kerana mereka masih tidak mengenali diri kita yang sebenarnya. Maafkanlah mereka kerana mereka tidak lalui apa yang kita lalui, mana mungkin mereka mengerti dan memahami. Maafkanlah.
Perjalanan hidup setiap orang tidak sama, cubaan dan dugaan yang menguji setiap dari kita juga berbeza. Persekitaran dan orang sekeliling yang mempengaruhi pastinya turut memberi impak ke arah wujudnya perbezaan itu. Cuba untuk menerima hakikat ini, semoga hati menjadi lebih lapang.
Jangan menghukum mereka kerana kita tidak layak menghukum, yang berhak cuma Allah. Jangan mudah membuat kesimpulan kerana kita tak semestinya sentiasa betul. Jangan sentiasa mendongak ke atas, sekali sekala harus memandang ke bawah agar tidak jatuh tersungkur. Jangan asyik dan leka dengan pujian manusia, kerana kita bukan hidup kerana pujian dan tak mungkin mati kerana kejian.
Hiduplah dalam keikhlasan, jauhkan sifat hipokrit. Bukan sesiapa yang kamu tipu, tapi malangnya kamu cuma menipu dirimu sendiri. Insan lain mungkin tidak dapat membaca apa yang tersimpan di dada kamu tapi ingat, Allah tidak pernah lena walau sesaat, malaikat raqib dan atib juga tidak pernah jemu mencatat. Berwaspadalah.
Belajarlah untuk menghargai. Hargailah apa yang kita miliki. Belajarlah untuk bersyukur, syukurlah dengan segala anugerah dan pemberian Allah. Ingatlah dan jangan lupa, hidup di dunia cuma sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Segala apa yang kita miliki, semuanya hanya pinjamanan. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita kembali.
Wallahua'alam.
EDITED: nama2 malaikat. maaf atas kekhilafan sebelum ini. (^_^)

6 comments:
Assalamu'alaikum kak..
Apa orang kata,
usah terpedaya,
asal senang hati,
aku tak peduli..
Bermakna sungguh entry ini.
;)
Sayang makNgah yang comel,
Assalamualaikum Kak,
yang mencatat amalan bukan ke raqib dan atid?
-Fadzli
salam alaik..
Utamakan pandangan ALlah,
daripada pandangan manusia.
Cukuplah, ALlah Pelindungku,
Muhammad kekasihku,
Islam agamaku,
Quran dan sunnah petunjukku..
La Tahzan (Jangan bersedih!)
Walau apapun yg penulis rasakan saat ini, semoga sabar dan ikhlas,
ALlah bersama org2 yg benar.
ALlahu'alam..
p/s: Maafkan kami, maafkan kami..Weee~
Aku cuba menghidupkan keikhlasan dalam diri...
alangkah kecewanya,tetap juga ia mati...
Aku cuba berfikir positif...
tapi selalunya negatif....
Aku selalu merasakan diri ini lebih dari orang lain...
tetapi tak sedar yang diri sendiri masih kerdil....
aku berfikir dengan begitu banyak buruknya....
alangkah sikit yang baiknya....
janganlah jadi seperti aku, aku adalah manusia....
manusia yang selalu lupa pada Tuhannya...
manusia yang selalu leka terhadap ibadatnya....
manusia yang menzalimi dirinya sendiri....
Jadilah seperti dia....
kerana dia yang baik di kalangan yang terbaik...
Sifatnya begitu kerana ada ikhlas dalam hatinya....
pergilah aku mencari kebaikan dari dia...
moga aku beroleh hikmah kebaikan dari dia...
kerana dia adalah dia....
dan aku adalah aku....
p/s:mengarut sebentar.....ahaksss....
wallahu a'lam....
Assalamualaikum,
Terima kasih semua..
Terima kasih fadzli, saya edit semula.. terima kasih sekali lagi..Khilaf ambe.. T_T
thanks utk posting yg menarik ni...tulisan saudari byk memberi panduan buat sy yg kadang2 mencari arah mana yg sy harus lalui....kadang2 time tgh marah dan tak tahu nk luah kat sapa masuk blog saudari asniza ada je panduan yg akan sy temui bila membaca tulisan saudari...sejuk sket hati...wish u all the best!
Post a Comment