+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, October 1, 2009

Di Mana Cahaya?




Tidak semua manusia di bumi ini sebertuah kita. Ada yang ditakdirkan buta dan tidak dapat melihat. Syukur Alhamdulillah, bersyukurlah kerana kita dianugerahkan dua mata yang sempurna, namun malangnya, sering saja kita kufur nikmat. Kita juga mudah lupa bahawa anugerah mata yang indah ini semuanya hanyalah pinjaman dari Allah yang Maha Esa. Dia berhak memberi dan Dia juga berhak mengambilnya semula, sebagaimana Dia Berkuasa Menghidupkan dan Mematikan kita. Maha Suci Allah.

Betapa pentingnya mata dalam kehidupan seharian kita, malahan di dalam al-Quran sendiri menjelaskan beberapa kali betapa kita perlu memanfaatkan anugerah mata ini sebaik yang mungkin, antaranya;

"Tidakkah mereka memerhatikan keadaan unta, bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung ganang, bagaimana ia di tegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia di hamparkan? Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan (Wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya da yang menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorng Rasul pemberi ingatan." [Al-Ghaasyiyah: 17-21]

Dalam kehidupan ini, ada yang dapat melihat tapi masih meraba-raba mencari cahaya. Teruslah mencari dari utara hingga ke selatan tetapi tidak ditemui. Kemudian ke timur dan ke barat pula, namun malangnya apabila dia terus menjadi sesat. Naauzubillahiminzalik. Lindungilah aku wahai Tuhan dari kesesatan yang nyata dan tersembunyi.

Ada pula yang telah berjaya menemui cahaya, namun masih tidak mahu berpuas hati, tidak pula bersyukur, alasannya;

"Cahaya ini terlalu sedikit, terlalu malap tidak mampu menerangi jalan kehidupan!"

Lalu cahaya itu di tolak tepi, di abaikan dan di sia-siakan. Demi kepentingan dunia, mereka tidak mengambil cahaya yang sedikit itu malahan mereka sanggup memilih untuk terus berada dalam kegelapan. Naauzubillah..

Kemudian datang pula cahaya yang terang benderang, hingga akhirnya mata mereka kesilauan. Adakah mereka menerima cahaya itu? Malangnya tidak, kerana terlalu silau akhirnya mereka memejam mata rapat-rapat, supaya cahaya itu tidak 'menyakiti' mata mereka.

"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?"
[Surah Ar-Rahman]

"Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada"
[Al-Hajj 22: 46]

Cahaya itu adalah perumpamaan hidayah dari Allah. Hidayah itu milik Allah dan ia diberikan kepada siapa yang Dia kehendaki. Mudah-mudahan, kita antara insan yang terpilih dan tidak pula tergolong dalam golongan yang mensia-siakan hidayah Allah. Ya Allah, moga aku dan saudara-saudaraku tidak termasuk dalam golongan yang mensia-siakan cahaya-Mu itu. Peliharailah kami. Berikanlah kami cahaya dan petunjuk agar kami bahagia di dunia dan juga di akhirat.

Buta mata sesat di dunia, buta hati tidak nampak jalan ke syurga.

Wallahua'alam.

2 comments:

AhmadNizamuddin said...

Assalamu'alaikum....

bagaikan dalam iklan, seorang buta yang menghalang seorang perempuan dari melintas jalan....

katanya, jika saya boleh mendengar,anda pasti boleh melihat...

begitu lah bagaimana hidayah disampaikan melalui si buta kepada si perempuan yang bisa melihat...

belajarlah mencari cahaya dalam gelap...

jangan belajar mencari gelap dalam cahaya...

bila diberi cahaya lampu pendaflour, jangan dibiar kotor..nanti malap...

jangan pulak xbayar bil karan,kang tercari-cari pulak lampu suluh...

ahakss...

sampai di sini sahaja karutan...

wallahu a'lam...

AsNiza said...

W'salam..

Wahh... nizamuddin makin mantap, thnx for the sharing, i do appreciate so much

^_^

Jangan pula jadi kelkatu..membuta tuli mengejar cahaya, kelak diri sendiri yg terbakar.

Wallahua'alam