+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, October 5, 2009

Tentang Kehidupan

Takrifan sebuah kehidupan masih sama bagi aku. Sebuah pengembaraan yang jauh, yang kita tidak tahu di mana destinasi terakhirnya, siapa yang bakal menemani kita mengharungi kehidupan, siapa yang akan kita temui, siapa yang akan kita tinggalkan, siapa yang akan memimpin tangan kita bilamana kita melalui lorong-lorong yang sukar.


Siapa yang akan menarik kita naik ke atas bilamana kita terjatuh ke dalam lurah yang dalam, siapa yang akan menyapu air mata kita tatkala kita ditimpa musibah, siapa yang akan menghulurkan penawar tatkala kita merintih kesakitan, siapa yang akan sentiasa ada bersama kita tanpa mengira susah atau senang?


Bagaimana agaknya jalan hidup kita kelak? Adakah berliku-liku atau lurus tanpa halangan? Adakah berbukit-bukau atau beronak-duri. Adakah bersimpang siur atau bercabang selirat? Atau bagaimanakah kelak jalan yang akan kita terpaksa tempuhi?


Wahai kaki, jangan penat melangkah. Wahai kaki, usah berhenti melangkah. Wahai kaki, gagahkanlah langkahmu. Wahai kaki, berjalanlah jangan berhenti. Wahai Hasniza.. hidup mesti diteruskan, jika bukan untukmu, tapi ingatlah mereka yang menyayangimu.

No comments: