+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, June 17, 2009

Anda Sanggup Bermadu?

Penulisan kali ini tak lain tak bukan sekadar cetusan idea dan pendapat saya sendiri, sebagai seorang wanita yang dulunya sangat 'anti' dengan istilah poligami. Namun, seiring dengan peningkatan usia dan pertambahan pengalaman, sedikit sebanyak perspektif saya terhadap poligami kini beransur-ansur berubah. Jadi, besar kemungkinan ada dikalangan anda yang mungkin bersetuju dengan apa yang bakal saya kongsikan dan barangkali juga, mungkin ada dikalangan anda yang tidak menyenangi apa yang bakal dicatitkan pada ruangan kali ini.

Apapun, ia terserah kepada anda untuk menilai dan saya, masih tetap begini..Sharing is caring and nah.. here i am..(^_^)v


Kenapa wanita enggan berpoligami?

Ramai dan kebanyakan isteri paling fobia dengan istilah ‘madu’, mereka sanggup berbuat apa sahaja termasuk meminta pertolongan bomoh dan melakukan perbuatan khurafat asalkan diri tidak di dua tiga atau empatkan (dimadukan). Sesungguhnya, ‘mengharamkan’ dan membenci apa yang dihalalkan oleh agama secara tidak lansung bermakna kita mengingkari suruhan agama. Ini boleh mengundang dosa. Sedarkah kita? Mungkin ramai yang tidak menyedarinya dan mungkin juga ada yang sedar, tapi berpura-pura tidak tahu, malahan memberi pelbagai alasan dan masih lagi ingin menolak sekeras-kerasnya poligami. Kenapa?


Teratai Layu Di Tasik Madu by Fauziah Latiff

Walaupun tasik kekeringan
Tak mungkin teratai kan tumbuh di darat
Begitulah takdirnya cintaku di ibarat
Tak akan berubah perasaanku terhadap dia

Mengapa dia yang ku cinta
Sedangkan ku tahu sikapnya begitu
Dia pandai berpura dan pandai bermain kata
Setahun bersama bak seibu tahun tersiksa

Aku tidak sudi melihat dia lagi
Walau dalam mimpi pun tidak ku ingini
Aku rela menjadi teratai yang layu
Daripada mekar di dalamnya tasik madu
Biarkanlah ku begini
Dan tak mungkin ku kembali
Bersamamu



Kenapa kebanyakan isteri menolak untuk bermadu?


Antara faktor utama adalah persekitaran, masyarakat sering menggambarkan perkara yang negatif bila melibatkan soal poligami, tak kurang ramai yang mencemuh dan memandang serong bila wanita dimadukan atau bermadu. Isteri kedua, ketiga dan keempat sering dituduh sebagai perampas, dan sering didoakan agar pernikahan tidak berkekalan. Siapa yang sanggup terjun ke 'lombong cemuhan dan fitnah?', mungkin ada tapi tak ramai yang sanggup menahan telinga mendengar cemuhan dan kutukan dari masyarakat. Naauzubillah.

Factor media dan pengalaman dari mereka yang pernah bermadu, sering menggambarkan hidup yang penuh dengan derita, sengsara dan tunggang langgang setelah bermadu menjadi antara factor mereka enggan bermadu. Jarang lelaki dapat berbuat adil dengan isteri-isteri mereka, kerana selalunya niat mereka berpoligami serong, bukan kerana Allah tapi kerana tuntutan nafsu semata-mata, maka, bila nafsu mengawal diri, pasti pincanglah sesuatu institusi. Ada suami mengabaikan nafkah zahir dan batin isteri pertama setelah ada pengganti yang baru, lebih menyedihkan, isteri pertama di aniaya dan anak-anak menjadi mangsa, Naauzubillah..

Lelaki sering menjadikan 'Sunnah Nabi' sebagai alasan untuk berpoligami namun malangnya suruhan serta tuntutan Nabi dan agama yang lain-lainnya ditolak tepi dan diabaikan. Sudahnya, meranalah seluruh isi keluarga.. Kebahagiaan yang ingin dikecapi sebaliknya derita yang diperolehi. Dan mungkin juga, ada satu pihak menangis demi membahagiakan pihak yang lain, Astagfirullahalazim...

Isteri juga enggan bermadu kerana ada di antara mereka terlupa bahawa setiap apa yang kita miliki di dunia ini adalah semuanya pinjaman dari Dia yang Esa. Mereka yakin dan percaya, suami adalah hak milik isteri. Bila ini terjadi, mereka takut kehilangan hak milik mereka apatah lagi berkongsi hak milik dengan wanita lain. Emosi yang 9 gagal dikawal akal yang satu, lalu sering terjadi, mereka lebih rela diceraikan daripada dimadukan. Kedua-duanya halal, tapi satu dibenci dalam Islam dan satu lagi dituntut jika kena caranya. Namun masih ramai yang tidak menerima secara positif.

Syaitan sudah bersumpah untuk membawa anak cucu adam bersama mereka ke neraka kelak, maka syaitan sentiasa berusaha untuk menyesatkan dan memberi perkhabaran palsu kepada manusia. Syaitan sering membisikkan perkara2 yang negative ke dalam diri manusia maka siapa yang tidak kuat imannya sering tergoda dan terpengaruh. Malah percaya dengan bisikan syaitan lalu takut dan ragu-ragu untuk berbuat kebaikan dan ketaatan kepada Allah malahan bersenang hati untuk melakukan kejahatan yang bertentangan dengan tuntutan Agama.

Selain itu, manusia sering dihidapi penyakit rohani atau penyakit hati yang sukar di lihat apatah lagi untuk di ubati. Antara penyakit hati yang paling merbahaya adalah ‘keras hati’. Dimana mereka tidak takut atau gerun bila melakukan kejahatan dan tidak pula berasa seronok bila melakukan ketaatan kepada Allah. Penyakit hati yang lain pula antaranya adalah tamak, dengki, cemburu, irihati. Dan adakalanya, apabila penyakit ini kian parah, mereka sanggup menganiaya manusia lain pula. Maka, kerana adanya penyakit hati ini, tak ramai antara kita yang sanggup mengambil risiko bermadu atau dimadukan. Risau dengan sebarang kebarangkalian yang bakal terjadi.

Kesimpulan.

Demikianlah antara factor kenapa kebanyakan wanita enggan berpoligami. Seandainya, punca-punca itu dapat di kikis atau dibuang, nescaya, para isteri tidak lagi gentar dengan istilah bermadu. Jika semuanya baik lelaki atau wanita sedar hakikat sebenar sebuah pernikahan, insyaAllah, walau apa jua ujian dan dugaan mendatang, sesebuah institusi kekeluargaan itu pasti tetap akan berdiri kukuh.

Pernikahan adalah ibarat sebuah bahtera yang berlayar dilautan luas.. Suami adalah nakhoda dan isteri (isteri-isteri) adalah pembantu. Jika nakhoda itu bijak mengemudi kapal, bistari mengawal anak-anak kapal, berfikir sebelum membuat sebarang keputusan, tahu arah yang ingin dituju tanpa was-was, InsyaAllah kapal tidak akan sesat dan selamat sampai ke destinasi yang ingin di tuju.

Namun, harus diingatkan juga, tanpa bantuan dan persefahaman dari pembantu kapal, bahtera itu mungkin berada static tiada kemajuan atau lebih teruk dari itu, bahtera itu mungkin akan karam. Hancur dan musnah.

Dalam pernikahan, mesti ada tolak ansur, perlu ada give and take. Baik isteri mahupun suami haruslah saling menghormati dan saling menghargai. Harus ada yang mendengar bila satu pihak bercerita dan begitu pula sebaliknya. Perhubungan dua hala adalah penting. Komunikasi antara suami isteri serta anak-anak perlu dijaga, agar jika ada sebarang masalah yang timbul, dapat dibincangkan dan diselesaikan dengan baik.

Lebih penting dari itu, niat bernikah juga kena betul. Jangan diselewengkan. Jika niat ikhlas kerana Allah dan agama, insyaAllah walau apa jua dugaan mendatang, tiada apa yang mampu menggoyahnya. Tidak kira suami bernikah satu atau empat, jika asas agama adalah kukuh, kebahagiaan dalam berumah tangga sedikit pun tidak akan goyah. Hidup di dunia sementara, kehidupan di akhirat itu kekal abadi. Jadi, harus disematkan dalam diri dan jiwa, cita-cita yang paling utama adalah bahagia di syurga kerana itulah yang paling abadi.

Kita manusia hanya merancang, namun Allah jualah yang Maha Mengetahui. Dalam apa jua tindakan atau keputusan yang diambil, mohonlah petunjuk dari Ilahi. InsyaAllah selamat dunia dan akhirat.



~Madu jangan terus ditelan, hempedu jangan terus dibuang, kerana di sebalik manis dan pahit itu, mungkin ada racun atau penwar yang tersembunyi..~

~Wallahua'alam~




12 comments:

wann said...

memang ada wanita yang ditakdirkan untuk menjadi isteri kedua..

^_^

relax said...

assalamualaikom

senyuman manis buat penulis blog dah syabas..kerana menyedarkan perempuan yang agar tak di pengaruhi oleh emosi dan lelaki agar tak dikuasai nafsu je.

tqa.awesome said...

wahh!
hmm,bt0l tuw..
em0si smate2,,
terlalu ik0t prasaan,

=p

Wal said...

nampaknya kak niza mngutarakan isu poligami...?

aha~

Anonymous said...

ni yg tulis post ni dah kahwin ke belum? heheh.

AsNiza said...

Assalamualaikum wbt..

Terima kasih semua yg sudi luangkan masa singgah teratak buruk hamba, semoga bermanfaat yer.. insyaAllah..

:: Wann..

Memang tak mustahil, setiap orang nasib dia berbeza2...

:: Ikhwana syuahada..

Senyum kembali nieh, ^__________^
Hm, sebenarnya saya juga dalam proses 'menyedarkan' diri sendiri juga nie.. Kerana saya juga wanita.. T_T

:: tqa..

Yup2.. jgn selalu sgt guna alasan 9:1, kelak diri sendiri juga yg merana..eheh

:: Syawalfitri.. (kenapa tak aidilfitri? hmm)

Betul sekali, kebelakangan ini asik benar akak bercerita isu poligami, kenapa yer? haih~

:: Anony..

Jawapannya belum, keke.. but dont be surprise, mana la tau penulis juga akan bermadu, jadi isteri kedua atau ketiga atau keempat? hehehe
(Salah satu sebab entri ini ditulis, mencari permasalahan dan mencari penyelesaian)

Wallahua'alam

Anonymous said...

Isu poligamai..adeh..tapi mcm ksian je kat isteri first..xtaw la npe rse cm 2..

AsNiza said...

:: rerama

haah, betul3.. mcm kesian kn..T__T
tp, siapa yg halalkn poligami? bukan kite tapi Allah, Dia yg Maha Pencipta, pasti Dia yg Maha Mengetahui..

mungkin, manusia2 yg salah guna, salah faham konsep poligami tu yg jd punca isteri pertama 'jadi kesian'..

btw, selagi bleh elak, mungkin bleh elak.. tp klu dh takdir, so kenala kembali kepada hukum Allah dan fahami semula konsep poligami ini..

wallahua'alam

Anonymous said...

artikel yg sgt menarik.. semakin byk sy buat research psl poligami, semakin terbuka hati sy utk menerimanya.. tp kenapa masih ada insan yg enggan menerima ketentuan Allah itu..

Anonymous said...

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul...bukan senang nak terima hakikat bila suami memadukan kita...lebih2 lagi bila suami kawin senyap2 dengan rakan kongsinya sendiri..orang yang dipercayai telah menghancurkan kepercayaan yang diberi..

Anonymous said...

salam..
isu yang menarik..semaga akan ramai wanita yang akn lebih positif dgn poligami..

sy setuju..setiap insan mempunyai nasib yg berbeza2..semua itu sudah tertulis di laulmahfuz..kite berusaha namun semuanya di tangan ALLAH..

sy antara yang tergolong insan yg bpoligami..Alhamdulliah keluarga besar kami bahagia..

sy isteri yang ke-3.sy dan madu sy no.2 sgt2 menghormati madu pertama kami..dan kami berdua sentiasa meminta suami kami sentiasa mendahulukan madu pertama kami..dan madu pertama kami jgk sgt bertolak ansur terhadap kami berdua..kami saling kasih mengasihi..hormat menghormati..bertolak ansur dan tolong menolong,berganding bahu bila dugaanNYA datang menyapa.

Alhamdullah sy sgt mnyayangi anak2 suami sy..semoga kami terus diberkati olehNYA..

zahid said...

hmmm...saya ni perempuan pakai nma lelaki..rasanya tak sanggup..tp klu suaami tu org asing yang dah kawin, tapi tak bgtau yag diaa dah kawin, so kawin kali kedua kat msia. masa dia byk ngan wife msia...so macam mana ..nak bercerai ke..