Gagal mencapai cita-cita jauh lebih baik daripada tidak mempunyai sebarang cita-cita.
Hidup tanpa panduan bagai perahu hanyut di lautan. Terumbang ambing dipukul badai.
Andai baik nasibmu kau tiba di pelabuhan. Andai malang nasibmu kau karam dilambung ombak.
Hidup tanpa matlamat, umpama mayat hidup..
Mengira detik menghitung masa, menuju mati.
Panduan, Impian..
Andai itu sudah tiada, apalah erti sebuah kehidupan??
Wallahua'alam
+ Dengan nama Allah +
Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22
Pages
Monday, August 31, 2009
Friday, August 28, 2009
Iftar Krew iLuvislam
Alhamdulullah..
Khamis, 27 August 2009. saya bersama 2 org teman serumah, adalah orang ke-4,5,6 sampai di Kedai Kopi 2, Shah Alam.. program ifthar bersama krew iLuvislam. Tak pernah tahu pun kedai tu kat mana, sekadar tawakal je keliling masjid Shah Alam,
Alhamdulillah, belum sempat satu pusingan, kami ternampak sign board kedai kopi, neway, kepada sesiapa yg cakap kedai kopi ini antara Quality Hotel dan PAS mmg hampesss... patutla tkleh imagine sbb bukan di situ tempatnya..Haih~
Neway, sib baik yakin ngan guide Syawal (yang kali ini rambutnya lebih kemas sebab basah kena air hujan),kata beliau, kedai tu jaraknya lebih kurang 400m dari masjid Shah Alam, so memang aim pertama adalah sekeliling Masjid. alhamdulillah jumpa..^_^
Btw. rasanya org ke-1,2,3 adalah ruzaini, zaffan dan intan..(or myb ada geng2 lain yg hilang seketika ^^). Masa nak parking kereta, parking sebelah-sebelah saja. Kedai Kopi ni mmg best, permandangan dan design menarik, ada kolam, ada taman, memang romantik ^_^. btw, makannanya hanyalah biasa2 saja, tak excellent mana..
Alhamdulillah, ramai krew tk biasa jumpa ada dtg semlm, ada ust syed abdul kadir, ada rusydina, ada faisal, akmal dan lain2.. otai iLuvislam.
Oh, ada penampilan istimewa, adik nik nurmadihah.. yg dibawa istimewa dari INTEC.
Selesai makan, dalam jam 8 kami solat maghrib, isyak dan terawih berjemaah di masjid shah alam. selesai terawih. Kembali berkumpul di restoran Kedai Kopi. Sambung takruf dan berbual mesra dan di akhiri dengan sesi bergambar.
Bersurai.
My housemates sempat bawa kete daku lari. Balik umah ambik kete dan datang balik ke Kedai Kopi. Jadi ada 2 kete. Saya 'pos' Najah dan Aqila naik gen2 hitam bersama housemates zue dan nane. Manakalah saya dan nisa menghantar asma' balik umah. Kira-kira jam 11.30 sampai umah ^_^
Walaupun dh lewat.. bukannya nak terus tdo. Besela bila orang pompuan berkumpul. Sembang-sembang, tengok tv. Masak nasik untuk sahur. Masak bubur nasi untuk nisa. Goreng ayam siap-siap untuk sahur. Tetiba ternampak kulit popia dalam peti. Taraa~ malam-malam buta beroperasi buat popia. Apa lagi, kerahkan askar-askar potong sengkuang ngan carrot.
Saya just tumbuk bawang, tumis bawang, campur itu campur ini dalam kuali. Hik3... resipi istimewa, ada ayam, ada udang, ada telur (Resipi baru najah letak telur ^^). Lebih kurang setengah jam saja, popia siap di masak, di bungkus dan di goreng, siap untuk di makan. Rasanya? Sedap hingga menggigit kuku ^_^
Seronok, sambil masak sambil menyakat. Najah yang comel mmg kuat menyakat, kesian kak nisa kena sakat. Sambil makan pun tak henti2 gelak.. lawak la korang..^_^
Dalam kul 1.30 akhirnya saya merebahkan belakang ke tilam dan tidur...
Kul 5 terjaga.. masa untuk sahur ^_^
Kalut-kalut panaskan nasik, masak air, masak ayam masak kicap dan goreng sayur campur. Cincai je, entah camne rasa ntah..Giliran Aqila buat air tea-O..duk makan kejar masa pun sempat lagi menyakat, sudahnya last-last suap laju-laju terus telan tak sempat kunyah takut terlepas waktu sahur.. haih~ korang.. korang.. nakai tul =)
Mandi dan masa untuk solat subuh. Alhamdulillah solat berjemaah. Najah jadi imam, merdu dan fasih baca ayat-ayat quran. Sejuk perut ibu dia yang mengandung. Selesai solat kami sempat membaca al-mathurat.
Awalnya dah sms opismate gtau nak half day hari ni. then teringat cuti annual leave tinggal ciput jer. Terus kensel niat. Cepat-cepat gesa Najah dan Aqila bersiap, hantar Najah naik komuter kat stesen komuter subang jaya. Then hantar Aqila balik rumah di Seafield. Nisa tinggal sorang-sorang kt umah. Hihihi~ sib baik setan dh kena masuk jel ^_^
Akhirnya. hari ni masuk opis agak lewat. 30 jam lewat. Sib baik boss out station. Apa pun. Itulah sedikit sebanyak perkongsian menarik untuk kali ini.
Wassalam.
P/s: Sekian laporan dari studio satu. kita kembali ke studi sepuluh.

Thursday, August 27, 2009
Syaitan Sedang Bercuti~!!
Bismillahirrahmanirrahim..
-------------------------------------------------------
"Tipah, jom dating jom!" Suatu petang Ali mengajak Tipah bertemu di bawah pohon jambu di tepi kolam ikan Pak Mail.
"Tak nak lah, aku puasa, hish ko ni, sekarang kan bulan Ramadhan," Tipah cuba menolak. Malu-malu pun ada.
"Laa.. Sebab bulan Ramadhan la aku nak ajak ko dating berdua je, syaitan kan dah kena rantai, he he he he..." Sahut Ali pula dengan penuh konfidennya. Haih AlI.. Jangan jadi Ali Setan sudahlah..^_^
---------------------------------------------------------
Merujuk kepada kes dan situasi di atas, benarkah kita sebagai anak cucu Nabi Adam, mempunyai kelonggaran-kelonggaran tertentu setelah tiba bulan Ramadhan? Benarkah kita sebagai hamba Allah mendapat 'lesen istimewa' untuk bertemu berdua-duaan berlainan jantina sepanjang bulan Ramadhan kerana 'orang ke-tiga' sudah tidak wujud yakni sedang dibelenggu?
Benarkah sepanjang Ramadhan, kita bebas berdua-duaan kerana 'orang ke-3' sedang 'bercuti' dan tidak lagi dapat menggoda dan menghasut anak cucu Nabi Adam melakukan kemungkaran atau kemaksiatan? Wallahua'alam.
Namun, suka saya ingatkan, walaupun 'orang ke-3' itu tiada, sedang mengambil 'cuti tahunan', tapi janganlah pula kita lupa 'orang ke-4 dan orang ke-5', yakni kedua-dua malaikat yang sentiasa berada di kiri dan kanan kita, mencatat amalan baik dan jahat kita yakni Malaikat Rakib dan juga Atib. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui setiap apa yang ada di langit dan di bumi, Allah juga tahu apa yang ada di dada dan di minda kita. Apatah lagi apa yang kita lafazkan atau kita lakukan. Maha Suci Allah.
Jangan, jangan dan jangan. Janganlah mendekatkan diri kita kepada zina. Jangan mendedahkan diri kita kepada kemaksiatan kerana sesungguhnya, azab Allah tidak terperi sakitnya.
Teringat saya pada kata-kata Ustaz Haji Zamri Zainal Abidin;
"Sepanjang Ramadhan yang mulia, walaupun syaitan sedang di rantai tapi kita umat manusia masih cenderung melakukan kemaksiatan dan kemungkiran. Perumpamaan air di dalam botol, digoncang dengan kuat menggunakan tangan, kemudian setelah beberapa ketika tangan itu melepaskan botol tersebut kemudian meletakkannya statik di atas meja. Walaupun tangan sudah tidak menggoncang, namun air di dalam botol tetap akan masih bergelora beberapa ketika."
"Tangan yang menggoncang botol itu adalah ibarat syaitan yang sentiasa mendampingi kita, menghasut dan menggoda kita melakukan kejahatan. Air itu adalah dalaman kita. Hanyut dan terpengaruh dengan godaan syaitan sekian lama. Bergelora. Walaupun syaitan dirantai, tapi yang masih bergelora adalah dalaman kita. Nafsu kita yang selama ini sudah berjaya dipengaruhi oleh syaitan dan habit kita yang sudah terbiasa melakukan kejahatan." Wallahua'alam.
Oleh itu, sama-samalah kita menjaga diri. Jangan biarkan syaitan berjaya meresap ke dalam diri kita. Jangan berikan ruang kepada syaitan untuk menjadi sahabat kita. Bukan sahaja sepanjang bulan Ramadhan, malahan setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dan setiap tahun, selagi kita masih bernafas di dunia ini.
Istimewanya bulan Ramadhan. Masa untuk kita memperbaiki diri. Tangan itu sudah berhenti menggoncang. Mulanya ia tetap akan bergelora. Berusahalah agar air itu segera berhenti berkocakan dan statik sebagaimana diamnya botol. Bertaubatlah dan mohonlah keampunan. Perbanyakkan ibadat dan istiqamahlah. Jangan biarkan tangan itu kembali menggoncang botol itu.
Sama-samalah kita saling ingat-mengingati, manusia biasa tiada yang sempurna. Bantu-membantulah ke arah kebaikan. Moga Allah sentiasa bersama kita.
Mana yang baik datangnya dari Allah, yang buruk itu sememangnya kelemahan saya sendiri. Oleh itu, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan andai ada salah dan silap.
Wabillahiltaufikwalhidayah, assalamualaikum wbt..
p/s: Cuba menyahut seruan kawan2 (terutamanya Syawal) supaya menulis sependek yang mungkin, adakah daku berjaya? ^_^

Wednesday, August 26, 2009
Aku Bukan Ratu
Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, dalam sedar atau tidak, rupa-rupanya sudah lebih setahun saya memikul amanah sebagai moderator umum di iLuvislam.com. Maha Suci Allah. Dari mula berkenalan dengan iLi sekadar untuk melepaskan tekanan di tempat kerja, kini, iLi bagaikan segalanya bagi saya. Siapa sangka, jika dulu iLi sekadar 'teman' di alam maya, kini iLi aktif beraktiviti di alam nyata pula. Ukhwah yang terjalin antara krew juga kian hari kian mantap. Tidak cukup dengan berbalas komen di ruangan forum, kami ber-blogging dan juga Alhamdulillah, banyak aktiviti di atur oleh pihak iLuvislam di alam nyata berjaya merapatkan lagi ukhwah antara kami.
Kenyataannya juga, Ogos ini genap 6 bulan saya memegang amanah sebagai ketua moderator umum. Selama itu juga, pelbagai pahit manis, masam masin telah saya lalui. Apa pun, saya bersyukur kerana diberi peluang berjuang bersama sahabat yang best-best belaka. Walau ada masanya kaki terasa penat melangkah, demi mengenangkan perjuangan yang masih belum selesai, saya gagahkan jua langkah kaki ini. Terima kasih kepada sahabat dan adik2 moderator yang banyak memberikan sokongan, moga Allah pula membalas jasa baik kalian.
Selama bertugas di forum, bukan sekali saya 'bergaduh' dengan user. Hingga ramai yang 'meng-cop' saya mod yang paling garang. Bukan seorang dua yang tidak senang dengan saya. Apa pun, saya terima dengan hati yang lapang. Orang-orang yang melanggar etika forum saja yang tidak sukakan mod, user lain yang patuhi etika dan peraturan forum Alhamdulillah lain pula cara penerimaannya.
'Bergaduh' dengan user melalui PM dan secara terang-terangan di forum ibarat lumrah yang terpaksa kami hadapi. Perkara biasa bagi moderator. User sesama user seronok bergaduh di forum, tiba-tiba mod muncul melarang pergaduhan or lock thread, normallah jika tidak disenangi. Lain padang lain belalangnya.User seronok bersantai tiba-tiba mod datang lock thread kerana lebih 10 pages. Wajarlah mereka marah, mod kacau daun namanya ^^.
Apa pun, pihak iLuvislam/moderator tidak akan mudah-mudah lock thread atau ban user. Selagi etika dan peraturan tidak dilanggar secara serius dan bila di beri peringatan atau teguran user terus berubah, mod akan memaafkannya begitu saja. Buat masa ini, hanya beberapa orang user yang telah di-ban. Bukti betapa iLi terlalu berlembut hati, tidak ban user sewenangnya, cuma terdapat beberapa user yang di-ban kerana perlanggaran etika.
Hanya dua orang dari user yang telah di-ban setelah membuka lebih daripada 10 thread berulang. Sepatutnya, user yang ditegur lebih dari tiga kali layak dikenakan tindakan seperti 'ban', namun demi sifat buang yang keruh ambil yang jernih, banyak saja user yang 'terlepas dari hukuman' dan dimaafkan walaupun sudah ditegur melebihi tiga kali.
Tahukah anda? Kategori yang paling banyak thread di buka adalah Kategori Thread Berulang, yakni memiliki 160 pages (+-) kesemuanya.
Jadi, adakah wajar iluvislam/moderator dituduh sebagai kejam atau zalim? Sama-samalah muhasabah diri.
Ketua Mod
Dua hari yang lepas, saya bagai tersentap. Ada seseorang PM saya dan menasihatkan saya supaya tidak terlibat dalam pebincangan/pergaduhan di ruangan forum. Katanya, dia menghormati saya sebagai ketua mod umum, tidak mahu saya 'di hentam' atau direndah-rendahkan oleh user lain. Ditakuti menjatuhkan kredibiliti saya.
Saya hargai sikap dia yang mengambil berat dan prihatin. Namun saranan itu adalah sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh saya selama ini. Pada saya, saya tidak ada lebih atau kurang berbanding user lain. Saya juga manusia biasa tiada yang istimewa. Saya juga ada pandangan untuk dikongsi dan saya juga perlu untuk 'dihentam' atau 'menghentam' kerana tanggungjawab saya juga adalah untuk mengingatkan user agar dapat mematuhi etika forum.
Saya terkesima. Adakah saya seorang ratu yang perlu diberi layanan yang istimewa? Perlukah saya menjadi ratu lebah atau ratu semut? Sekadar diam di dalam istana, menanti askar-askar menghantar makanan? Membiarkan saja askar-askar bekerja keras demi meneruskan kesinambungan hidup hingga ke generasi yang seterusnya?
Jawapan ada pada saya. Dan untuk kali ini saya menjawab, TIDAK. Sungguh, saya bukanlah ratu dan saya tidak meminta layanan yang istimewa. Saya tidak perlu dipandang tinggi atau diangkat ke darjat yang lebih tinggi hanya kerana saya seorang ketua mod. Jangan! Saya sekadar hamba Allah yang melaksanakan amanah saya di ruangan forum, tidak lebih dari itu.
Saya juga manusia biasa yang ada banyak kelemahan diri. Saya juga wajar di tegur andai saya melakukan kesilapan atau kekhilafan. Di ruangan forum saya tidak sendirian. Saya ada bala tentera saya yang tersendiri. Tanpa mereka, perjalanan forum tak mungkin berjalan lancar. Bukan sedikit tenaga dan masa yang telah mereka luangkan untuk iLuvislam. Mereka juga tunjang belakang iLuvislam. Saya tidak lebih dari mereka, saya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakan-rakan mod yang lain. Tiada apa yang berbeza.
Berbakti kepada ummah melalui forum iLuvislam. Mendidik ummah melalui forum iLuvislam. Bukan duniawi yang ingin dikejar, tapi ganjaran syurga yang menjadi idaman. Biarlah Ummar Al-Khattab jadi ikutan. Semoga cemerlang dunia dan akhirat.
Wallahua'alam.
Mohon maaf andai ada salah dan silap. Selamat menunaikan ibadah puasa. Jom sama-sama mengejar ,keampunan, keberkatan dan limpah rahmat dari Yang Esa.

Monday, August 24, 2009
Kisah Gadis Kecil : Penghargaan
Bismillahirrahmanirrahim..
Saya menyusun sepuluh jari, mohon keampunan dari hujung rambut ke hujung kaki sebab masih tidak berpeluang untuk menyambung cerita Kisah Gadis Kecil. Masih sibuk dengan suasana Ramadhan, memanfaatkan ruang masa yang ada, semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, Amin..
Awal pagi saya sempat menjenguk iLuvislam.com. Saya turut berkongsi cerpan ini di ruangan forum di bawah kategori karya kreatif. Alhamdulillah, ada juga yang sudi membaca, syukur kepada Ilahi dan saya benar-benar menghargai kesudian mereka meluang masa untuk membaca kisah gadis kecil. Semoga mendapat manfaat darinya.
Saya tertarik dengan satu 'gambar' yang di hantar oleh seorang user iLuvislam, ahmad fikry nick diberi. kerana sangat menyukai sumbangan beliau, saya ingin kongsikan gambar tersebut di sini, kepada yang berkenaan, setinggi-tinggi terima kasih saya ucapkan ^^

Tiga Hari Puasa
Assalamualaikum wbt..
Apa khabar semuanya? Moga sihat jasad dan iman, di bawah naungan kasih dan rahmat Ilahi sentiasa hendaknya. Bagaimana dengan puasa kita? Sudah masuk hari ke tiga, Alhamdulillah. Semoga hari-hari seterusnya, kita dapat memanfaatkan ramadhan ini sebaik yang mungkin. Mencari keampunan, keberkatan dan keredhaan Ilahi. InsyaAllah.
Ramadhan datang setahun sekali. Ganjaran pahala berlipat ganda sepanjang bulan ini jadi, janganlah kita sia-siakan peluang yang ada ini untuk menambahkan amalan. Mengumpul bekalan untuk ke akhirat sana. Jika ada duit yang lebih, bersedekahlah walau sedikit asalkan hati ikhlas. Perbanyakkan membaca quran dan tingkatkan amal ibadat. Lakukan solat sunat.
Istimewanya Ramadhan kerana adanya solat terawih pada malam hari. Tak dapat lakukan berjemaah di surau atau di masjid, boleh juga lakukan sendirian di rumah. Terutamanya kepada kaum hawa yang sering ada alasan untuk ke masjid, jangan kerana tidak ke masjid lalu terus abaikan solat terawih ini.
Kita tidak tahu usia kita sampai bila. Kita tidak tahu bila kita akan dijemput pulang ke alam barzakh. Mungkin, ini ramadhan terakhir kita. Jangan kelak kita menyesal kerana tidak menghargai ramadhan terakhir ini sebaik yang mungkin.
Pesanan untuk diri, beringatlah wahai Hasniza.

Sunday, August 23, 2009
Mereka dan Kita Berbeza!
[68]
Dan apabila engkau melihat orang-orang yang memperkatakan dengan cara mencaci atau mengejek-ejek ayat-ayat Kami, maka tinggalkanlah mereka sehingga mereka memperkatakan soal yang lain; dan jika engkau dilupakan oleh Syaitan (lalu engkau duduk bersama mereka), maka janganlah engkau duduk lagi bersama-sama kaum yang zalim itu, sesudah engkau mengingati (akan larangan itu).
[69]
Dan tidaklah ada tanggungjawab sedikitpun atas orang-orang yang bertaqwa mengenai dosa orang-orang (kafir yang mengejek-ejek) itu, akan tetapi (kewajipan orang-orang Islam) ialah mengingati (larangan Allah itu) supaya mereka bertaqwa.
[70]
Dan jauhkanlah diri dari orang-orang yang menjadikan ugama mereka sebagai permainan dan hiburan, dan mereka pula telah diperdayakan oleh kehidupan dunia dan peringatkanlah (mereka) dengan Al-Quran itu supaya tiap-tiap diri (di akhirat kelak) tidak terjerumus (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang ia telah usahakan (dari perbuatan yang buruk dan keji). Tidak ada baginya pelindung dan tidak juga pemberi syafaat yang lain dari Allah. Dan jika ia hendak menebus (dirinya) dengan segala jenis tebusan, (nescaya tebusan itu) tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang dijerumuskan (ke dalam azab neraka) dengan sebab apa yang telah mereka usahakan. Bagi mereka disediakan minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab seksa yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka kufur ingkar (semasa hidupnya).
[Surah Al-An'am: Ayat 68-70]
[108]
Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan
[Surah Al-An'am: Ayat 108]

Friday, August 21, 2009
Yang Aku Rindu Sudah Kembali ^^
Bismilllahirrahmanirrahim..
Setiap hati pasti punyai perasaan rindu. Itu lumrah, itu anugerah dari Ilahi. Begitu juga dengan saya. Saya antara manusia yang mudah benar rindu merindui. Seorang perindu. Bagai pungguk dan bulan? Mungkin sama tapi tidak serupa, saya tetap tidur bila malam menjelma ^_^
Apa yang saya rindu kali ini? Mungkin sama dengan apa yang kamu rindu. InsyaAllah, lagi beberapa jam, Ramadhan bakal mengunjungi kita semua sekali lagi, insyaAllah. Jika ALLAH izinkan. Sungguh, rindu kian membuak-buak, tak sabar rasanya menikmati keindahan ramadhan kali ini, mudah-mudahan, Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, insyaAllah.. Amin..
Ramadhan kali ini adalah Ramadhan kali ke-3 tanpa arwah ayah. Rindunya pada arwah ayah.. Sudah lama tidak mimpikan ayah, apa khabar ayah di sana? Orang masih ingat, kali terakhir orang mimpikan ayah, orang menangis memeluk ayah. Orang cakap pada ayah, orang gembira kerana ayah masih hidup. Tapi rupa-rupanya, orang cuma bermimpi. Ayah sudah tiada. Ayah benar-benar sudah tiada. Dalam mimpi orang menangis, bila terjaga, airmata itu benar-benar membasahi pipi orang. Orang rindukan ayah..
Ayah, moga ayah bahagia di dunia sana. Orang suka benar bulan ramadhan sebab orang tahu, penghuni alam kubur tidak akan diseksa selama sebulan yang mulia ini. Orang sayangkan ayah.. Orang doakan agar ayah ditempatkan dalam golongan yang Allah kasihi, tapi bagaimana keadaan ayah di sana, orang tak tahu.. orang sayangkan ayah.. orang tak mahu ayah diseksa, atau diazab.
Ayah.. Semoga ramadhan ini, orang dan anak-anak ayah yang lain dapat meningkatkan keimanan, menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, agar kami dapat menghantar doa buatmu di sana wahai ayah.. Orang sayangkan ayah.. Orang mahu ayah bahagia..
"Wahai Tuhanku, ampunkan dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku ketika aku masih kecil, amin"
Ramadhan datang lagik. Mudah-mudahan aku masih sempat menikmatinya.
Kepada semuanya, saya mohon maaf andai ada salah dan silap selama kita berkenalan. Maaf yer. Akhir kata, selamat menyambut ketibaan Ramadhan kepada semua.
Merdeka~!! Merdeka~!! Merdeka~!!!
Padan muka syaitan kena rantai.. =p

Thursday, August 20, 2009
Kisah Gadis Kecil: Kian Dekat
Dia masih berdiri dan tersenyum memandang ke arahku. Aku terpaku seketika. Bagai tersedar dari lamunan panjang, aku membalas senyumannya.
"Saya Siti Khadijah Binti Ibrahim, cita-cita saya mahu jadi cikgu" gadis kecil itu berkata-kata. Wajahnya redup memandang ke arahku. Di bibirnya masih terukir senyuman. Aku menganggukkan kepalaku berulang kali. Aku juga senyum padanya.
"Kenapa mahu jadi guru?" Aku bertanya lagi, sengaja menarik perbincangan lebih panjang dengan dia.
"Sebab jadi cikgu nanti dapat banyak hadiah bila hari guru.." Dia menjawab lirih. Aku tergelak kecil mendengarnya. Dia juga tersengih melihat aku. Beberapa ketika kemudiannya, aku mempersilakan dia kembali duduk di tempatnya.
Dia hanya menurut. Dia kembali duduk. Aku beralih kepada murid yang lain pula. Dari hujung mata aku sempat melihat wajahnya kembali suram seperti mana teduhnya wajah itu ketika kali pertama aku melihatnya. Dia melontar pandangannya jauh ke luar tingkap. Melayangkan lamunannya jauh tidak bertepian. Mungkin khayalannya sudah menjejak awan puti. Aku biarkan saja dia dengan lamunannya. Makin hebat perasaanku berperang sesama mereka. Bercampur aduk.
Usai bersuai kenal dengan semua pelajar kelas 2 Mawar, aku kembali ke meja di hadapan kelas. Meja guru. Aku melabuhkan punggung ke kerusi. Melepaskan penat seketika. Jam di pergelangan tanganku aku tatap sekali lagi. Lagi 10 minit masa mengajar akan berakhir. Aku kembali bingkas. Berdiri betul-betul di hadapan kelas. Menghadap ke semua pelajar kelas 2 Mawar. Aku menyambung sepatah dua kata sekali lagi sebelum mengakhirkan kelas pertama pada hari itu. Terasa bagaikan masa berlalu begitu pantas. Tidak terkejar olehku.
Aku mengemas barang milikku di atas meja guru. Lalu aku memeluk buku dan file rapat ke dadaku. Ketua kelas berdiri di ikuti semua murid, mengucapkan terima kasih untukku. Aku sekadar senyum dan menganggukkan kepala.
Sebelum melangkah kaki keluar dari bilik darjah, sekali lagi aku mengerling ke arah Siti Khadijah. Dia sedang mengemas buku di atas mejanya. Tidak sedar aku mencuri pandang terhadapnya. Gadis kecil itu, gadis kecil yang telah berjaya mencuri perhatianku. Aku ingin mendekatinya, aku pasti mendekati dia. Aku harus mencari jalan untuk mendekati dia, aku harus! Bisikku di dalam hati.

Wednesday, August 19, 2009
Kisah Gadis Kecil: Hikmah Di Sebalik Pertemuan
Episod Dua
Aku membetulkan tag nama yang tersemat di dada kanan ku. Tag itu tertera namaku "Nora Asyikin". Aku tersenyum menatapnya. Tudung yang sudah elok aku perbetulkan lagi, bimbang kalau-kalau penampilan pada hari pertamaku itu mengakibatkan persepsi yang buruk terbit dari minda anak muridku.
Aku berdiri tegak. Berdehem kecil beberapa kali untuk melegakan tekak. Kedua belah tanganku aku genggam dan lepas berulang kali. Seiring itu juga aku menarik nafas yang dalam beberapa kali. Aku masih berdiri di hadapan kelas 2 Mawar. Masih teragak-agak untuk melangkah masuk. Setelah membaca beberapa doa yang aku hafal, aku meyakinkan diri untuk terus melangkah masuk ke dalam kelas.
Sebaik sahaja aku masuk, suasana kelas yang tadinya bising menjadi senyap tiba-tiba. Seorang pelajar yang duduk di meja paling hadapan berdiri memberi salam padaku. Lalu aku tahu, dialah ketua darjah kelas 2 Mawar. Aku menghadiahkan senyuman kepada semua pelajar lalu menyuruh mereka duduk. Semuanya bagaikan robot, akur dengan kata-kataku.
Bilangan murid kelas 2 Mawar 26 orang semuanya. Sekolah ini tidak besar, jumlah pelajar keseluruhan dari darjah satu hingga darjah enam tidak melebihi 500 orang. Setiap darjah cuma ada 2 kelas dan bilangan murid bagi setiap kelas lebih kurang 30 orang sahaja. Aku berkira-kira di dalam hati. Kesemua 26 pasang mata sedang memandang tepat ke arahku. Ada yang tersengih-sengih menatapku dan ada juga yang sekadar endah tidak endah.
"Apa khabar semuanya? Sihat tak?" Aku memulakan bicara.
"Sihat!!" suara murid bergema menjawab soalanku serentak.
"Alhamdulillah.. siapa tahu sekarang ni waktu untuk subjek apa?" Aku memancing lagi.
"Mathematic!!" sekali lagi suara murid kelas 2 Mawar bergema. Aku senyum lalu menganggukkan kepala.
"Pandai semuanya. Alhamdulillah. Saya cikgu Nora Asyikin, guru pelatih akan mengajar kelas kamu subjek mathematic mulai hari ini, sampailah ke masa yang telah di tentukan, siapa suka matematik? " Aku mula berkeyakinan untuk berhadapan dengan murid-murid di hadapanku, panjang lebar aku berceloteh. Mereka mendengar, ada yang mengangkat tangan dan ada yang cuma tersengih menampakkan giginya yang rongak. Hatiku tercuit.
"Baiklah, hari ini cikgu tak akan terus mula mengajar, cikgu nak kenal-kenal dulu dengan kamu semua. Boleh tak cikgu tahu apa nama kamu sorang demi sorang?" Aku terus menyusun strategi. Murid-murid 2 Mawar mula kelihatan menerimaku dengan senang. Di dalam hati aku bersyukur. Mereka berama-ramai setuju untuk memperkenalkan diri masing-masing.
Seorang demi seorang murid berdiri memperkenalkan nama masing-masing. Ada Amin, Yusri, Helmi, Halimi, Muhammad, Azri, Hanif, Azmi, Hazizi, Baharom, Faizal, Anuar dan Syukri. Aku cuba sedaya upaya aku untuk menyimpan wajah dan nama mereka kemas-kemas dalam mindaku. Untuk menghafal semuanya dalam masa satu jam bukan mudah, syukur juga kerana mereka turut memakai tag nama, setidak-tidaknya kemudian hari aku tidak perlu bertanya soalan serupa berulang kali.
Baris demi baris berlalu akhirnya tiba giliran murid perempuan yang berambut pendek. Aku agak terkejut melihatnya, entah bagaimana aku tidak sedar kewujudan dia di dalam kelas ini dari tadi. Mungkin kerana fizikalnya yang kecil? Entahlah.. Namun dia tidak asing bagiku. Kali pertama melihatnya aku sudah merasakan bagai ada tarikan magnet antara kami. Tarikan yang misteri yang terlalu sukar untuk aku tafsirkan.
Dialah gadis kecil yang pernah aku lihat sewaktu aku sedang duduk di bangku berhampiran pintu pagar sekolah awal pagi tadi. Dia menarik kerusinya ke belakang lalu berdiri memandang ke arahku. Dia cuma tersenyum. Jantungku berdegup laju sedikit dari sebelumnya. Ada pelbagai persoalan yang sedang bermain dibenakku. Namun aku memujuk diri supaya bersabar dahulu.
Mungkin Tuhan sengaja menemukan aku dengannya. Apakah hikmah yang tersembunyi, hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Tuesday, August 18, 2009
Kisah Gadis Kecil: Pertemuan Pertama
Februari 1990
Jam menunjukkan pukul 7 pagi. Aku benar-benar pasti kerana berkali-kali aku menatap jam yang terlekat di pergelangan tangan kiriku. Hari ini, aku rasakan jarum panjang dan pendek itu bergerak begitu perlahan. Terkedek-kedek. Ah~!! Mungkin aku dalam keresahan, resah menantikan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi pada hari pertamaku ini.
Aku mengatur langkah kakiku menuju masuk ke kawasan sekolah dengan sejuta satu rasa yang bercampur baur. Hari ini hari pertama aku di sini. Bertugas sebagai seorang guru praktikal di sebuah sekolah yang agak terpencil. Sekolah ini cuma ada tiga buah bangunan. Dua bangunan lama setingkat dan satu bangunan baru 4 tingkat yang sememangnya baru disiapkan. Mungkin hadiah daripada kerajaan negeri kerana pilihanraya baru sahaja berlangsung. Aku tersenyum sendirian.
Aku tersenyum lagi melihat sebuah kolam yang letakknya berhampiran pintu pagar sekolah. Di sekelilingnya terhias pohon-pohon rendang. Juga terdapat air terjun yang mengalir tanpa henti. Panorama indah itu sedikit sebanyak mampu memujuk hatiku yang resah. Aku tersenyum lagi. Segala puji hanya bagi-Mu Allah.
Suasana masih sunyi namun kian menjadi hingar. Beberapa orang murid mulai mengisi ruang sekolah. Ada yang memandang aku kehairanan, mungkin aku terlalu asing bagi mereka. Aku mengerti kerana hari ini hari pertama aku menjejakkan kaki ke sini. Setelah aku menghadiahkan senyuman, mereka tidak lokek membalasnya semula, terhibur juga aku melihat telatah mereka di pagi hari.
Aku terus menyusun langkah. Aku terlihat sebuah bangku cokelat berhampiran dengan tempat parking kereta guru, lalu aku terus melabuhkan punggungku di situ. Melepaskan lelah seketika waktu sementara menanti ketibaan guru dan pegawai yang harus aku temui pada hari pertama itu.
Seorang demi seorang murid melintasi pintu pagar sekolah. Aku sekadar menjadi penonton bisu. Ada pelbagai gelagat dan keletah kadang-kala membuatkan aku tergelak kecil sendirian. Gelihati. Tiba-tiba, tidak semena-mena bola mataku tertancap pada seorang gadis kecil.
Di belakangnya tergalas beg sekolah yang kusam dan terkoyak,aku dapat melihatnya dengan jelas. Dia mengatur langkah longlai sambil tangan sebelah kanannya memegang sebekas tupperware. Tubuhnya kecil, rambutnya pendek paras leher, hitam, lurus dan lebat. Bukan saja beg yang koyak, kasutnya juga koyak. Aku tersentuh melihatnya. Perasaanku dirundung hiba tiba-tiba. Sayu aku melihatnya.
Gadis kecil itu terus mengatur langkah, tidak sedar aku sedang memerhatikannya. Dia jalan menunduk. Merenung tanah yang bakal dipijaknya. Pandangan matanya bagaikan kosong, sedang melayang terlalu jauh. Wajahnya suram, bagai ada hirisan di hatiku kala mata kami bertautan.
Mata gadis kecil itu seolah-olah terlalu sarat dengan derita. Terlalu sukar untuk aku membacanya. Apakah yang sedang kau fikirkan wahai anak kecil? Aku bermonolog sendirian.

Rama-Rama
Kau rama-rama
Kau cantik berwarna-warni
Rupamu indah menawan
Lenggokmu menggoda menjejak angin
Tarianmu di celahan bebunga mekar
Gemalai rentakmu mengasyikkan
Memikat hati setiap pencinta.
Kau rama-rama
Masihkah kau ingat?
Dulu kau seekor ulat
Nasibmu sering dikeji
Bukan dipuji
Kau rama-rama
Masihkah kau ingat?
Dulu kau keras membatu
Dalam kelonsong putih kau kaku
Menanti masa melihat dunia
Kau rama-rama
Masihkah kau ingat?
Betapa kau bersusah payah
Mencuba keluar dari kepompongmu
Namun kau tabah
Kau kental
Lalu kau bebas
Kau melihat jasadmu
Bukan lagi seekor ulat bulu
Kini kau punyai kepak yang indah
Kini kau tak perlu merangkak
Kau bisa terbang!
Kau kian angkuh
Makananmu bukan lagi dedaun
Madu bunga kau hirup!
Kau kian bongkak
Meliuk lintuk dibelai angin
Kau bangga dengan kecantikanmu
Lalu kau lupa asalmu
Janganlah begitu wahai rama-rama
Kau tak boleh lupa
Kau harus sentiasa ingat
Bukan mudah untuk kau senang
Beringat-ingatlah..
Hidup di atas bukan selamanya
Akan sampai masanya
Kepak yang kau agungkan itu
Akan patah tidak bermaya
Kau akan tewas
Kau akan binasa
Jika kau tidak berhati-hati
Beringat-ingatlah
Yang indah hanya sementara
Hargailah..
Bersyukurlah..
Persinggahan Sementara
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi, nabi Muhammad itu pesuruh Allah, Allah Maha Besar, Maha Suci Allah, segala puji hanya bagi Allah..
Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih bernafas hingga kini. Syukur ke hadrat Ilahi kerana jasadku kini masih lagi bersatu dengan rohku. Alhamdulillah. Aku percaya, akal yang waras pastinya tahu dan yakin bahawa setiap yang hidup pasti akan mati, namun, sedihnya.. kebanyakan dari kita sering lupa bahawa semakin lama kita hidup, semakin pendek usia kita. Semakin lama kita menetap di bumi yang indah ini maka semakin dekat ajal kian menghampiri. Aku mohon keampunann-Mu Tuhanku..
Bila ajal itu tiba, tiada siapa yang dapat menghalang. Ibu yang aku cintai akan aku tinggalkan. Kakak dan adik-adikku yang aku kasihi juga akan aku tinggalkan. Alya dan Ashraf yang aku senangi juga tidak mungkin dapat aku temui lagi. Sahabat dan taulan yang aku sayangi juga tidak mungkin dapat aku tatapi lagi. Bila roh sudah terpisah dengan jasad, tiada apa lagi yang mampu aku lakukan. Masanya sudah tiba untuk aku 'mengutip hasil' bagi segala yang sudah aku kerjakan selama aku masih hidup. Apa agaknya bekalan yang sudah aku bawa? Apa agaknya hasil kutipan ku itu kelak? Aku mohon keampunan-Mu ya Tuhanku..
Ibuku mungkin menangisi pemergianku. Kakakku pasti meratapi pemergianku. Adik-adikku juga pasti bersedih dengan pemergianku. Alya dan Ashraf mungkin belum mengerti apa-apa, namun aku percaya, mereka pasti merindui gelak tawa dan senda gurauku.. Teman-temanku juga pastinya merasai kehilanganku itu. Hati-hati yang mencintaiku pastu merasa hiba dengan pemergianku ini.
Namun, seiring dengan masa, aku juga percaya, lama-kelamaan, mereka juga pasti melupakan aku. Sedikit demi sedikit, aku luput dari ingatan. Lalu, namaku mula menjadi asing. Memori bersama aku mungkin kian padam. Aku dilupakan.
Apa yang tinggal untukku? Adakah keluarga, sahabat atau harta yang telah aku kumpul? Mungkin tidak.. Jadi apa yang masih tinggal untukku? Apa lagi yang dapat membantu aku? Apa yang dapat meringankan azab aku di dalam kubur? Apa yang dapat menerangi alam kuburku? Apa yang dapat menyelamatkan aku dari ular dan kala jengking? Apa yang dapat membantu aku menjawab soalan munkar dan nakir? Apa yang dapat melindungi aku dari dihimpit dan diazab? Apa yang dapat membantu aku??
Alam kubur alam persinggahan. Adakah destinasi untukku berehat dengan aman atau sebaliknya?
Apa yang telah aku lakukan? Apa yang telah aku miliki? Apakah ia mencukupi?
Aku takut azab-Mu Tuhan, namun aku tidak pula layak ke syurga-Mu. Kau ampunkanlah dosaku Ya Tuhan.. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengampun.
Amin ya Rabbal Alamin

Monday, August 17, 2009
Kembara Kehidupan
Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga. Yang baik itu budi, yang indah itu bahasa.
Subhanallah, betapa pentingnya bahasa dalam kehidupan seharian kita. Selain daripada digunakan sebagai medium untuk menyampaikan mesej, bahasa juga boleh diolah, digubah, dikarang, sehingga mampu mengeksploitasi mood, minda, perasaan dan tindakan seseorang.
Bukan sedikit kuasa bahasa. Lihat sahaja karya Shakespear, atau Usman Awang, walaupun telah sekian lama mereka tidak lagi hidup di bumi yang indah ini, namun kuasa bahasa yang telah berjaya mereka cipta, sehingga kini masih terasa kehebatannya. Maha Suci ALLAH..
Dengan izin Allah, saya telah menghadiri kelas terjemahan bahasa lebih kurang 10 kelas. Alhamdulillah. Tenaga pengajar yang 'diimport' dari DBP, UKM, UiTM ternyata hebat-hebat belaka, banyak benda baru yang telah kami pelajari. Bagi saya, seorang pelajar kejuruteraan yang tiada basis mengenai bahasa, ternyata, pengalaman baru ini benar-benar mengujakan. Saya menikmati kelas terjemahan ini sepenuh hati saya. Saya cintakan bahasa ^_^
Dangkalnya pemikiran saya di zaman sekolah menengah rendah. Walaupun waktu itu, saya benar-benar meminati bidang sastera, saya telah menafikannya lalu memilih aliran sains tulen, kerana waktu itu saya berpendapat, bidang sastera tidak mampu pergi jauh, tidak menjamin masa depan yang cemerlang.
Natijahnya, saya telah menghabiskan masa remaja saya, belajar dalam bidang yang tidak saya minati. Dan kini, saya sudah bergelar seorang jurutera, namun jauh di sudut hati saya, masih tercari hala tuju yang sebenar. Jiwa saya lebih menyintai bidang bahasa berbanding bidang kejuruteraan, namun saya sudah kehilangan rentak, tidak tahu mahu berhenti dan bermula di mana.
Akhirnya, suka atau tidak, saya masih lagi di sini, di bidang ini, kejuruteraan.
Hidup ini mesti diteruskan, tidak semua yang kita inginkan pasti menjadi milik kita. Ada masanya kita harus belajar menerima kenyataan bahawa ada waktunya, sesuatu benda/perkara itu bukan tercipta untuk kita. Mungkin juga, sesuatu yang kita rasakan baik itu, sebenarnya buruk bagi kita dan sesungguhnya, hanya Allah jualah yang Maha Mengetahui. Bersyukur dengan apa yang ada adalah penyelesaian yang terbaik agar jiwa ini menjadi lebih tenang. Tidak gelisah.
Hidup ini adalah kembara. Ibarat kita memandu sebuah kereta. Sebelum memulakan perjalanan, kita harus merancang dengan baik, memastikan keadaan kereta kita dalam keadaan yang baik dan selamat. Namun ada masanya, tidak semua yang kita rancang, akan menjadi kenyataan. Ada masanya, jalan yang kita lalui tidak disangka-sangka terjadi kemalangan lalu mengakibatkan lalulintas menjadi sesak. Kita tersepit ditengah-tengah jalan. Stuck.
Ada masanya kita terlepas susur keluar lalu sesat entah ke mana-mana. Yang dekat menjadi jauh. Duit minyak dan duit tol berlipat kali ganda perlu dibayar. Ada masanya juga kita tiba di suatu persimpangan yang asing bagi kita dan kita terpaksa membuat pilihan dengan kadar yang segera samada untuk ke kanan atau ke kiri. Ada masanya juga kereta kita dilanggar oleh kereta lain yang tidak bertanggungjawab. Kita cuma mampu berputih mata tidak dapat berbuat apa-apa. Naauzubillah..
Hidup ini tidak pernah lepas dari cubaan dan ujian. Maka sebab itulah juga, rukun iman yang ke enam, mewajibkan kita sebagai umat Islam agar yakin dan percaya dengan sepenuh hati kita kepada qada' dan qadar Allah. Kita hanya merancang namun Allah jualah penentu segalanya. Bismillahitawakkaltualallah..
Harus diingatkan juga, fail to plan is plan to fail. Walaupun kita tahu setiap apa yang berlaku, hanya berlaku dengan izin Allah, itu tidak semestinya menjadi alasan kepada kita agar berhenti berusaha dan cukup sekadar memeluk tubuh. Sesungguhnya, ini adalah konsep tawakal yang bercanggah dalam Islam. Islam menyuruh umatnya berusaha, kemudian barulah bertawakal kepada Allah, itu barulah masa yang tepat untuk kita serahkansegalanya kepada qada' dan qadar Allah.
Sebagai umat Islam juga, kita harus yakin dan percaya, doa adalah senjata utama kita. Berdoalah dan mohonlah kepada Allah dengan hati yang penuh yakin kepada kekuasaan dan keagungan Allah. Berdoalah agar segala usaha kita membuahkan hasil yang positif dan bertawakkallah. Serahkan segalanya kepada Allah, tidak kira apa yang terjadi, pasrah dan redhalah dengan apa yang terjadi.
Semoga kita menjadi hamba Allah yang tekun melaksanakan suruhan Allah, bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya. Semoga kita menjadi hamba Allah yang berusaha untuk mencapai redha Allah dan gigih mencapai impian, selari dengan saranan agama kita.
Berdoalah dengan hati yang penuh yakin dan gantunglah harapan hanya kepada Allah. Tawakkallah. Sabar dan redha bukan suatu yang mudah untuk dilakukan, namun hati-hati yang mengtauhidkan Allah dan berpegang teguh kepada rukun iman dan rukun Islam insyaAllah pasti mampu memilikinya. InsyaAllah..
Sekian sampai di sini, mana yang salah mohon dimaafkan.
Wabillahiltaufikwalhidayah.

Sunday, August 16, 2009
Andai Ini Yang Terakhir
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah, dengan izin Allah, Ramadhan akan kembali mengunjungi kita kurang seminggu dari sekarang. Mudah-mudahan, kedatangan Ramadhan kali ini membawa limpahan keberkatan, berlipat kali ganda dari Ramadhan yang sudah, Amin..
Bercerita mengenai Ramadhan, Alhamdulillah.. selama saya hidup saya pernah merasakan, setakat ini, Ramadhan yang paling lazat bagi saya adalah Ramadhan pada tahun lepas, salah satu sebabnya adalah kerana Ramadhan itu adalah Ramadhan pertama saya bersama iLuvislam.com.
Saya panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi, kerana dengan izinnya, saya dipertemukan dengan web yang penuh manfaat itu, (iLuvislam.com) Alhamdulillah. Setiap apa yang Allah tetapkan, pasti ada hikmahnya yang tersembunyi, bak kata emak kesayangan saya.."Huk Tuhan buat molek belaka dah.."
Jika ada yang sedar, sejak saya selesai mengikuti Training ESQ, saya kian 'hilang akal' untuk mengukir bait-bait kata di ruangan tercinta ini, blog saya kian sepi. Saya seolah-olah tiada idea untuk menulis atau berkongsi sepatah dua kata. Beku. Kering. Kaku. Saya juga sering tertanya pada diri sendiri, "kenapa aku begini?" dan jawapannya.. hanya Allah yang tahu..
Tidak saya nafikan, salah satu sebab saya 'enggan' menulis di blog tercinta ini adalah kerana saya merasakan diri ini benar-benar kerdil, tidak punyai apa-apa dan tahap pengetahuan saya juga tersangat cetek, timbul rasa malu dalam diri sendiri. Terbit rasa rendah diri dan hilang keyakinan diri..
Sejak mengikuti training ESQ juga, saya benar-benar merasakan bahawa saya tidak layak untuk menadah tangan memohon doa agar di anugerahkan itu dan ini daripada DIA.. Dia sudah banyak memberi.. tidak terhitung dan tidak tertulis walaupun air laut sedunia digunakan untuk menulis anugerah itu.. Sesungguhnya "Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kau dustai?"
Selayaknya saya sekadar memohon doa daripada Allah agar Allah mengampunkan segala dosa saya, ampunkan dosa kedua ibu bapa saya dan seluruh muslimin dan muslimat. Sungguh, terasa diri ini begitu kerdil dan hina, terlalu banyak dosa yang sudah dilakukan. Takut andai dosa-dosa itu tidak diampunkan, bagaimana agaknya nasib diri kami ini kelak? Astagfirullahalazim..
Sungguh banyak nikmat dan anugerah dari Ilahi namun saya sering kali leka dan alpa.. sungguh banyak cinta dan kasih Allah namun saya mudahnya mengkhianati cinta itu.. saya sudah banyak melakukan perkara munkar.. dan saya juga tidak yakin bekalan saya ke syurga sudah mencukupi atau tidak.. saya takutkan neraka namun saya seolah-olah tidak mencintai syurga sepenuh hati saya, naauzubillah..
Bagaimana ingin menyuci dosa? Bagaimana ingin membersih diri dari segala dosa yang pernah kita lakukan selama kita hidup? Ahlan wasahlan ya ramadhan.. semoga kehadiranmu kali ini, dapat membantu aku menyuci diri sepenuhnya.. semoga kehadiranmu kali ini menjadi yg terbaik antara yg terbaik.. aku inginkan redha Allah, aku pohon keampunan dari Allah, aku hamba yang hina, aku hamba yang kerdil.. ampunkanlah dosaku wahai Tuhan, hanya pada-Mu aku sembah dan hanya pada-Mu aku memohon petunjuk...tunjukkanlah aku jalan-Mu yang benar..
Ya Tuhan, andai ini Ramadhan terakhir buatku.. maka Kau pimpinlah hati ku ini agar terus sentiasa merinduimu setiap masa, agar aku sentiasa dekat dengan-Mu dan semoga di akhirat sana, aku dimasukkan ke dalam golongan yang Kau rahmati.. Amin ya rabbal alamin.

Wanita dan Sehelai Kertas A4
kertas yang nipis mudah terkoyak..
walau di tampal semula tidak kan sama kembali..
kertas yang nipis mampu menghiris..
walau lemah mampu melukai..
kertas yang putih terlalu mudah dikotori..
walau dipadam kotornya tetap ada..
kertas yang putih mudah dikhianati..
walau setitik dakwat mampu mencacatkan..
kertas putih terbang melayang..
tapi terbangnya tidak lama..
akhirnya ke tanah jua dia jatuh..
kertas putih berenang di air..
tapi luncurannya tidak kekal..
akhirnya ia basah dan tenggelam..
kertas yang putih bila ditulis kata2 puitis jadilah warkah cinta..
ditulis maki hamun kemudian dihantar tidak bernama jadilah surat layang..
dilukis dan diwarnakan jadilah cantik lawa indah..
diconteng dikotori jadilah hodoh lagi tak berseri..
dilipat2 jadilah burung,katak,kapal terbang dibuat cenderahati..
direnyuk diramas digumpal jadilah sampah di buang ke dalam tong..
diberi kertas kepada ilmuan bijak pandai jadilah kertas itu tinggi nilainya..
diberi kertas kepada monyet ataupun beruk jadilah kertas itu pengalas kaki..
wahai wanita (diri sendiri)
kau kertas yang mana? (muhasabah diri)
wassalam.
Thursday, August 13, 2009
Pergi Tak Kembali
Pergi Tak Kembali
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Al-fatihah kepada semua yang kembali ke rahmatullah..dan seluruh muslimin dan muslimat..Moga roh dicucuri rahmat..
Giliran kita mungkin esok atau lusa, bersedialah wahai taulan.
Panjatkan Doa
H1N1: Dua bayi mati, jumlah 44Esok lusa mungkin kita atau keluarga kita, mohonlah perlindungan daripada Allah dan jagalah diri baik2, berpesan-pesanlah.
Dua bayi dan seorang wanita hamil antara enam korban terbaru wabak influenza A (H1N1), menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 44 orang.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata enam pesakit yang meninggal dunia itu telah mendapat jangkitan antara 6 Ogos dan 9 Ogos.
Empat daripada kes kematian ini didapati mempunyai faktor risiko sama ada diabetes, hipertensi, penyakit jantung atau obesiti, katanya kepada pemberita di kementeriannya di Putrajaya hari ini.
Tarikh kematian sebenar enam kes tersebut adalah pada 7 Ogos (empat kematian), 9 Ogos (satu kematian) dan 10 Ogos (satu kematian).
Menurut beliau daripada enam kematian yang dilaporkan itu, seorang bayi perempuan berumur 10 bulan tanpa sejarah penyakit kongenital, dilaporkan mengalami demam dan batuk pada 1 Ogos dan dibawa untuk menerima rawatan pada 6 Ogos tetapi meninggal dunia keesokannya.
Liow berkata satu lagi kes kematian melibatkan bayi lelaki berumur 12 bulan yang mengalami penyakit jantung kongenital dan baru menjalani pembedahan jantung di hospital swasta sebelum dirujuk ke hospital kerajaan untuk rawatan lanjut pada 7 Ogos setelah mendapat demam dan sawan.
Bayi itu meninggal dunia pada 9 Ogos kerana mengalami komplikasi pembedahan jantung dan jangkitan pneumonia dan disahkan dijangkiti H1N1 pada 10 Ogos.
Satu lagi kes melibatkan seorang surirumah berumur 18 tahun yang mengandung 26 minggu. Wanita obes itu mula mendapat simptom batuk, sakit tekak dan selsema pada 3 Ogos dan mendapat rawatan di klinik kesihatan pada hari yang sama.
"Bagaimanapun keadaan beliau bertambah teruk dan dimasukkan ke ICU hospital akibat sesak nafas pada 7 Ogos dan rawatan antivirus dimulakan pada hari yang sama dengan sampel sapuan tekak diambil pada 9 Ogos, sebelum disahkan mendapat H1N1 pada 10 Ogos dan telah meninggal dunia pada hari yang sama," katanya.
Liow berkata tiga lagi kes kematian H1N1 melibatkan lelaki berumur 60 tahun dan 62 tahun di bawah kategori risiko tinggi yang meninggal dunia akibat pneumonia dan seorang lelaki berumur 24 tahun, tanpa sejarah dan risiko penyakit, yang meninggal dunia pada 7 Ogos juga akibat pneumonia dan septicemia, dan disahkan mendapat H1N1 pada 10 Ogos.
Liow berkata terdapat 76 kes pesakit yang sedang dirawat di hospital dan 21 lagi kes di ICU di mana 12 daripadanya mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (10 orang), obesiti (satu) dan selepas bersalin (satu).
Seramai 86 orang telah dibenarkan pulang dari hospital semalam.
Liow berkata mulai hari ini tiada lagi laporan akan dikeluarkan mengenai jumlah kes jangkitan H1N1, berdasarkan garis panduan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
"Kita tidak melaporkan lagi kes-kes baru H1N1 kerana ia tidak memberi gambaran sebenarnya. WHO telah beri garis panduan bahawa semua negara tidak perlu laporkan lagi bilangan pesakit H1N1 dan hanya perlu melaporkan bilangan pesakit di hospital, bilangan di ICU and bilangan meninggal dunia," katanya. BERNAMA
Wassalam.
Tuesday, August 11, 2009
Kerana Aku Sayang
Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Astagfirullahalazim.. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.. rasanya sudah terlalu lama saya tidak 'memberi' sesuatu yang bermanfaat diruangan ini.. Berundur setapak agar dapat mara sepuluh langkah ke hadapan, mudah-mudahan Allah izinkan.. Amin..
Kebelakangan ini saya banyak memikirkan dan menginsafi hakikat diri. Sejauh mana saya telah menyumbang atau 'memberi'? Sejauh mana saya dapat membantu sahabat terutamanya adik-adik yang memerlukan bimbingan dan tunjuk ajar (di pujuk dan di beri kata semangat). Entahlah.. Ada masanya, bahu ini dibebani rasa bersalah, terasa begitu lemah kerana apa yang mampu saya berikan cumalah 'nothing'. Astagfirullahalazim..
Salah satu sebab kenapa saya membina blog ini adalah agar dapat memimpin/membimbing adik-adik yang sedang meniti remaja. Jika saya pernah terjatuh ke dalam lembah yang hitam, saya tidak mahu mereka terjatuh ke lembah yang sama, jika saya pernah tersesat arah haluan, saya tidak mahu adik-adik saya juga turut tersesat pada haluan yang sama. Ya Allah, mampukah aku?
Bukan mudah untuk membantu andai kita tidak pernah berada di tempat mereka. Kita boleh berulang kali mengatakan bahawa kita memahami apa yang mereka lalui namun sesungguhnya, itu hanyalah omongan kosong 'pengubat kedukaan' yang kian lama kian tidak mujarab. Lalu saya masih percaya sepenuhnya dengan pepatah lama, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Saya mengakuinya sepenuh hati saya.
Benar saya tidak akan memahami masalah adik-adik atau sahabat-sahabat sekalian dengan hanya mendengar atau melihat, maka sepatutnya saya juga tidak mungkin dapat merasai perit dan derita yang sama seperti mereka lalui. Namun percayalah, hati ini mampu melihat dan mendengar. Hati ini mampu merasainya.. kerana diri ini, satu ketika dulu pernah di uji dengan dugaan yang jauh lebih berat, hanya Allah jua yang Maha Mengetahui dan Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi kudrat dan keupayaan kepada kaki ini untuk terus melangkah. Alhamdulillah.
Dan saya percaya, setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. Dan salah satu sebab saya di uji dan diberi kekuatan agar bangun semula adalah supaya saya dapat membantu adik-adik dan sahabat-sahabat agar dapat turut sama membina kekuatan.. One of my friend said..i am very strong! some said i am optimis! Sesungguhnya, untuk menjadi seorang yang tabah dan optimis itu, tersimpan sejuta satu rahsia yang tersembunyi. Bukan mudah menjadi mudah.
Dan kawan, jika kamu bersedih hati, ingatlah, kawanmu ini ada di sini. Jika kamu ditimpa musibah, kawanmu ini akan menenangkanmu. Jika kamu berasa resah, kawanmu setia di sini. Jika kamu terluka hati, kawanmu ini ada penawarnya. InsyaAllah, mudah-mudahan dengan izin Allah..
Akhir kata..

Maksud Hadis Rasulullah SAW: "Tidak sempurna iman seseorang sehingga dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.”
Saudaraku sekalian, aku cinta padamu.
Wabillahitaufikwalhidayah..
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Monday, August 10, 2009
DK1: Memori Terindah [Update Pic]
Bismillahirrahmanirrahim..
Demi tidak mahu mengecewakan mereka yang ingin mengambil tahu cerita dan kisah yang berlaku sempena DK1, di sini saya menulis sedikit sebanyak (masyitah, kali ni betul tak tipu, hik3)
Saya bersama Nisa' bertolak dari bilik Nisa' kemudian singgah menjemput Fatin dan Intan. Janji ngan Im aka presiden kat gate utama jam 7.45 pagi tapi saya lewat 5 minit. Sorry bos! Sebaik saja tiba di gate, kami meluncur laju. Hish. Mengekori motor di hadapan, laju sungguh beliau merempit, almost 90km/hr tuh, haish~ itu konvoi, kalu sorang2 tak tau la bape km/h beliau pecut. Beza sungguh ngan Syawal, asik hilang di belakang saja makan asap keretaku jika beliau mengfolow daku, huhu~~
Sebaik tiba di Masjid Usamah, Wangsa Maju, kami disambut oleh Pakcik Lisam, ceria dengan senyuman yang manis di pagi hari, berbaju melayu merun.. mungkin sedang menanti calon-calon zaujah beliau maka beliau tiba sungguh awal, ^_^
Baru saja parking, NurQolbi pula tiba.. beliau dihantar oleh ibubapanya, comey saja orangnya.. asik tersenyum dan kelihatan takut2 terhadap daku, haha.. konfem fobia dengar nama AsNiza, haish.. tak garang pun kan? akak baik je kan? kan? ehe~
Pastu seterusnya tibalah Nur Suhana, bersama Fiq dan Ummul.. kemudian rombongan Masyitah ketika saya keluar sekejap menjemput Aqilah di Stesen LRT, perkarangan masjid mulai di penuhi krew-krew iluvislam. Alhamdulillah.
Sekalung penghargaan untuk semua yang hadir.. to all, thnx for everything.. syawal, wann kata awak amek gambar menara kami tak clear, sabotaj eh? isk3.. mentang2 bangunan die tempang dapat no last, hahaha...
Kami grup 2 yg best, masyitah, intan, fatin, ummul, adibah, akmal, dr cinta raimy, kaunselor dhany, firdaus (sori klu ter miss..lupa nk kire stu grup bape owg, haha. Tugasan kami adalah membina sebuah bangunan yang paling tinggi, paling lawa dan paling kukuh. Masa yang diberikan adalah 30 minit.
Sangatlah lawak para kami ini membina bangunan menggunakan straw, cawan kertas dan kertas surat khabar.... duk fokus ngan foundation, banyak ambik masa.. kata engineer tak bertauliah foundation/platform mesti kukuh, stabil sebab nak support semua bahan-bahan lain supaya tinggi, lalu bertungkus lumuslah jejaka2 siapkan platform, ehehe.. mantap.. idea Intan buat rakit pun sangat mantap.. syabas2..idea Masyitah hubungkan straw juga berjaya meninggikan menara kami. hik3..
Memandangkan kami tiada planning yang baik, main buat jer dan agak kelam kabut. Ada juga yang blur tak berbuat apa sebab tak tahu nak buat apa, haha, sabar neh~ group lain dah nampak rupe menara tapi kami lum ada apa2..baru duk buat platform/tapak..
Akhirnya, masa diumumkan tinggal lagi beberapa minit,jadi kami mula kelam kabut salotap je apa yg ada. ahaha...lawak giler, main sumbat je straw yg ada, nak abiskan gak semua bahan.. tercucuk cacak sana sini. terkeluar sana sini..adus, serius huduh..nak gelak guling-guling je rasanya..
Idea sape ntah yang mantap, balut lak ngan paper. kemudian salotap tak ingat...tak sempat siap lak tu 'skirt' renda-renda.. maka kertas itu terbang-terbang ditiup angin..straw tercucuk keluar.. serius lawak giler bangunan kami.. tak leh tahan nak gelak..lawak sungguh ngan sesungut dan kepala mickey mousenya.. huhu..
However, kami respek lawyer aka konselor kite, Encik Dhany yg terer menggoreng.. Masa presentation, beliau dengan muka selambanya beri nama bangunan kami adalah 'bangunan rimba'. Memandangkan dah banyak sangat bangunan lain yang semuanya lawa dan canggih, maka kami mengambil pendekatan yang berbeza, unik dengan mengambik konsep hutan sebagai tema. Lebih mesra alam sekitar katanya.
Straw yang terkeluar berceracak adalah melambangkan akar yang memang selalunya berserabut.. sesungut yang paling tinggi pula adalah melambangkan sifat semut yang sentiasa rajin dan gigih berusaha. Selain itu, sesungut itu juga berfungsi untuk memastikan pekerja kami mendapatkan info yang terkini dari serata dunia, canggih tak?
Eerm, kertas yang tak sempat nak di soletap tu pulak, adalah tingkap yg sengaja dicipta begitu. Kerana kami mesra alam sekitar, kami selalu kurangkan penggunaan aircond. Bila aircond ditutup, tingkap tersebut akan dibuka untuk mendapatkan udara luar yang segar.. huhu~
Dan banyak lagi gorengan beliau yang sangat best dan mantap. Memang ciri-ciri lawyer dan kaunselor ada pada beliau, syabas aja lah ^_^
Setelah selesai presentation, keutuhan bangunan kami di uji dan ternyata... yesss!! semua bangunan tumbang kecuali Bangunan Rimba, dengan itu kami secara sahihnya terlantik sebagai juara, best nyer...................... dah la seronok duk gelakkan bangunan sendiri, best sangat.. ^_^
Hurmm.. apa2 pun. semuanya memanggggggggggg best semalam.. grup lain pun best gak walaupun ditanya apa nama banguna, tup-tup ada menjawab 'Anwar', huhu.. Ketika sesi takruf, kami bermain permainan sarang labah2 (Al-Ankabut) pun best gak..kesian Aina jadi 'cicak'.. tangan beliau bukan saja dicakar ketika mereka yang lain sedang mempertahankan sarang labah2, malahan ada yang tergamak menggigit jari beliau, haha.. mesti orang tu pun lupa jari kiri ke kanan, hik3.. eewww... cian2.. sabar yer Aina, kamu memang mantap!! ^_^
Sebelum berundur, ada alu-aluan dan penghargaan di sini;
to arisha walo pun kamu tak dapat datang, tapi thanx yer.. akak ambik TIGA.. hahaha..sambil kemas sambil kebas, lalalala~ untung jadik org last ^_^
to lisam matamu yg merah menggegar perasaan daku, haha.. kesian je tgk cam apa jer, haih.. leh lak tu ckp pernah tdo time bwa motor, mana la kakak mu ini tak risau.. haish..
to suhana, tkde rezeki tuh.. suh ila buat lagi.. tak pun buat sedirik, beli je yg dlm paket tu, bancuh letak air dan susu cair ikut sukatan.. acu tanya brand apa ila guna.. ramai yg suka dadih semalam.. ustaz raimy makan ntah bape bekas, hahah~ kan dah kantoi.. lalala~ =p
to event team, tahniah kerana menjayakan program ini dengan jayanya.. azlan, aina dan wann. juga lisam sbg mc, dan syawal sbg tukang baca doa.
to Imran Koyube, thnx for sharing and kesudian melayan kerenah dan soalan kami.. Tolong kemas masjid pulak.. ngehehe.. macam tak sesuai je nak bahasakan akak lagi, beliau lebih matang , haish~
to aman, akak semalam balik lalu jalan Mahsing pun.. lalu umah kakak kat Kg Melayu Subang.. Tapi tak dapat singgah sebab hantar Puteri n Asma' balik uitm n seksyen 2.. siapakah calon aman? yg pakai furdah tu eh.................................... huhu.. tk baik tau suspen2.. ke orang johor? adeii.. busy body je akak nih, haih.. abaikan saje, hik3..
to adik2 wakil sekolah, tahniah kerana berjaya melangkahkan kaki sampai ke masjid usamah, berprogram sama2.. aqila dan najah. mujahidah_92 dan nurqolbi . gud luck SPM 09 yer... ^_^
to fizah jugak.. wah.. best nye dpt jumpa yg sama2 dah keje, ehehehe.. nnt jumpa lagi yer..
to surinah.. sedap mcm biasa kek batik su.. keje leklok yer.. insyaAllah jumpa lagik..
to rosniza.. kali ni pun tak sempat sangat bermesra dengan kamu, haishhhh.. dh banyak kali jumpa tapi tak sempat beramah mesra, kesian kita kan =(
to ain.. ini pun kali ke dua kita bertemu, first time kat pwtc, moga sukses yer kt intec, dan kalu fly nnt jgn lupa kami ekk..sob3..='(
to adik2 mods dan dr cinta serta kaunselor.. ustaz raimy, dhany, ila, puteri, nisa, asma', lisam, malas nak komen, dah selalu komen/bebel dah...lalala~
to akmal.. wah.. akak ingatkan nak ajak akak aka mak tiri ni gaduh kat DK1.hik3.. pendiam dan sopan santun orangnya.. tak sampai ati pulak akak nak ajak kamu bergaduh.. tak sangka lak kena satu grup... best dapat kenal.. nice to know you ^_^
to firdaus..pernah jumpa kat B2B, tp masa tu kejap jer, tak sempat bertegur sapa.. kali ni satu group bina bangunan leh la kenal2..
to raimy.. ustaz pun pandai gak wat bangunan, bagus2, thnx jadi tuan rumah, tlg kemas2 masjid setelah disepahkan oleh kami, sorry juga.. ^_^
to aldinous.. huhu..sorry tk dapat nk anto p stesen lrt.. ingtkan korang meeting gak, so selamba je akak meeting ngn mods dulu, lenkali la yer..
to intan n fatin, insyaAllah lenkali jumpa lagik.. best tak jalan2 ngn kete kecil warna merah akak? haha..seronok kenal korang..^_^
to ahyana dan adibah.. alhamdulillah ada jodoh untuk kita bertemu kali ni.. harap2 ini bukan fist n last, lenkali jumpa lagi eh..
to zarina.. first time jupe kt B2B, second time jumpa akak ambik awak kat stesen bas shah alam, and this is our 3rd time.. comey n cute jer, haish.. akak ada 2 org adik lelaki, nak jadik adik ipar akak tak? hehe
to ummul.. ni second time jumpa.. first time kat b2b..insyaALLAH lenkali jumpa lg eh..
to fiq.. ini pun second time.. first time kat muktamar pas.. tp beliau lupa padaku, huhu~ sedih............ sob3.. masih sama seperti dulu, pendiam dan tak banyak bercakap.. misterious gurl, hik3..
to sape lagi eh? syawal nak jugak ke? haish.. bawa karipap tp pagi2 lagi dah makan 4 biji, isk, buruk siku.. ntah bape kali suh sikat rambut, bukan nak dengar, haish..
Dan kepada semua lah..sori klu ter miss sebut nama.. terutama krew lelaki. mohon ampun maaf yer..^_^
Pendek kata, korang memang best. semoga ukhwah yang terjalin kerana Allah ini akan terus utuh dan harum mewangi... InsyaAllah, kite jumpa lagi pada B2B akan datang yer, insyaAllah..

Akmal (di import dari UK) sedang membina foundation.
Encik Dhany sedang 'menggoreng' dengan begitu mantap! Tengok.. huduh kan bangunan kami... hik3.. lawak2.. gelak guling2 tengok bangunan sendiri..
"Menara Rimba" nama di beri ^_^
Encik Azlan sedang menguji daya tahan bangunan kami dan ternyata!! Kami teguh, utuh, kental, mantap, waja, stabil dan sebagainya.. he he he.. dont judge the book by it's cover yer.. rupa saja huduh, tapi dalamannya mantap ni..
Group 2 yang best!
Dari kiri depan: Ain, fatin, intan, masyitah, x, ummul
Dari kiri belakang: Adibah, firdaus, dhany, akmal, raimy

Kami yang hadir..^_^
Tak leh sebut nama sbb ada sorang tak tau sape.. tak mau ada yg terluka hati..
Btw, jom tgk kepala aman.. senget selari dengan anak dara di belakangnya, pakat eh?? hik3..

Kepada sesiapa yang tanya saya bawa apa, ini jawapanya.. hehe.. sape ambik ceri lagi satu? ^_^ Kek ni laju je abis, puding roti kurang mantap, kesian saja tengok tak laku, sob3..
Okey, sekian laporan untuk kali ini. Gambar di ambil dari SINI. Mana salah atau silap, mohon maaf yer..
Wassalam. ^_^

Coretan Bersama Keluarga iLuvislam
Aku berlindung dari syaitan yang direjam.
Dimulai dengan nama ALlah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum wbt.. saya tahu, ramai yang ternanti-nanti (baca:perasan) saya update blog untuk berkongsi cerita mengenai aktiviti DK1 krew iluvislam yang selamat berlansung pada tarikh keramat 09/08/09 yakni semalam. Namun begitu, dukacita saya maklumkan, saya tak mboh update dulu kerana sedang ternanti2 mana2 krew yang dah upload gambar, hajat di hati mahu mencilok kerana saya tak bawa kamera. Tunggu punya tunggu, masih juga tiada khabar berita maka saya memaksa diri saya untuk menulis intro sepatah dua kata (baca:novel). Intro sahaja yer.
Mulanya saya merancang untuk mengikuti forum anjuran iluvislam dengan kerjasama karangkraf dan ESQ yang bertajuk "Monyetnya Cinta Kita." Kerana takdir Allah yang menentukan segalanya, walaupun malam sebelumnya saya bersengkang mata melukis peta menuju ke sana, akhirnya Tuhan telah tetapkan bahawa saya tidak tersenarai dalam manusia-manusia yang menyaksikan forum hebat itu. Saya pasrah. Apa pun, dengar cerita, forum tersebut berlangsung dengan jayanya, syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat. Next time buat yang lagi baik yer ^_^
Sabtu lepas (08/09/09), saya terus ke kelas terjemahan bertolak dari rumah. Memandu dalam keadaan mengantuk, syukur juga kerana sempat sampai walaupun sekali sekala bila kereta berhenti kerana terlalu sesak, saya sempat merehatkan mata saya (baca:pejam). Alhamdulillah selamat. Tiba di kelas agak lewat dari biasa, saya telah merosakkan rekod peribadi saya sendiri, sebelum ini, saya selalunya orang pertama yang tiba di kelas. Kali ini berbeda pula. ^_^
Kelas hari itu di ajar oleh Puan Hanem Omar. Tajuk pada hari itu adalah Laras Bahasa. Mula-mula kelas saya agak mengantuk, paksa mata supaya terus bertahan. Namun syukur, selepas rehat seketika, mata kembali bulat, now i feel good, Puan Hanem pun seperti seronok mengajar saya, selang beberapa saat matanya pasti terjeling ke arah daku, hehehe.. macam ajar saya sorang-sorang pulak. *Blushing*
Saya merancang untuk terus ke UIA selepas waktu belajar. Sebagai persediaan, saya telah menulis/melukis peta untuk ke sana. Syukur kerana rakan sekelas saya, Kak Nitty tinggal di Selayang, jadi saya tidak perlukan peta itu lagi (kalu guna pun lum tentu faham, haha). Jadi, saya mengekori kereta beliau sampai ke Bulatan Pahang. Kemudian kami membawa haluan masing-masing, kereta saya berdesunggggggg terus ke UIA, tak sabar bertemu adik-adik kesayangan di sana. ^_^
Saya tiba lebih kurang jam 6 petang. Saya merancang untuk bermalam di sini kerana aktiviti DK1 esok hari berlangsung di Masjid Wangsa Maju yakni tidak jauh dari UIA. Mudah untuk bertolak di awal pagi. Mudah-mudahan. Ketibaan saya di UIA di sambut mesra oleh Nisa'. Selesai peluk cium kami terus ke bilik beliau, Hajar tersenyum menanti. ^_^
Lumrah kami setiap kali bertemu, ada sahaja ceritanya.. bersembang tidak berhenti. Sedar-sedar dah azan maghrib. Wah~ dah lama tak rasa pengalaman duk asrama, perasaan ini adalah seperti macam best, hak3..
Mandi di bilik mandi asrama, lepak di asrama. Sungguh berjaya membuatkan saya rindu zaman remaja bersama rakan seperjuangan. Sungguh, perkara yang paling jauh adalah kenangan yang telah berlalu. Pergi dan tak mungkin kembali lagi. sob3..
Usai segala, kira-kira jam 8.45 kami keluar bilik, saya, Hajar dan Nisa'. Plan asal nak meronda sekitar UIA. Kemudian saya mengada nak tukar kasut di kereta. Tiba di kereta al maklumlah, dah ada kete depan mata, takkan la nak penat-penat jalan kaki pulak, lagipula saya ni kan dah tua, tulang pun dah reput, ehehe~ Jadi akhirnya kami masuk ke kereta.
Dah masuk kereta, kaki pulak terasa panjang langkahnya. haha.. terus terfikir ke Giant, persediaan untuk potluck esok harinya kami belum ada apa2 makanan. Lalu kereta di pandu keluar dari UIA menuju ke Giant Gombak. Wah~ kidnap anak dara orang, hik3..
Sampai di Giant, di pintu masuk kami terlihat ada funfair. Wah, tetiba jadi excited, ngehehehe~ dah terlupa dah bahawasanya kami ini bukan kanak-kanak. Jeng3.. stretkan niat dahulu, masuk ke dalam Giant dan beli apa yang patut then terus keluar. Seterusnya? Seterusnya apa yer yang kami lakukan? Haha.. sekali sekala buang tebiat. Saya ngan Nisa' beria memujuk Hajar masuk fun fair dan akhirnya, kami naik buai yang besar bulat tuh.. pergh! tabik spring ngan budak dua orang tuh, menten macam cool jer, daku jualah yang terkeluar suara sorang-sorang. Ingatkan dah berani sebab pernah naik yang lagi dasat kat Sunway Lagoon, rupanya kalu dan penakut, penakut la jugak, haha~ Sabar neh~
Selesai satu pusingan, kami terus kuar, karang duk lama-lama banyak pulak godaan. Haih~ terus masuk kete dan gerak balik UIA. Tiba di UIA, kami terus ke cafe apa nama ntah.. minum-minum air basahkan tekak, tengok suasana di UIA pada waktu malam.. hmm.. hmm.. hehe~
Tengah2 minum, saya sms ngan Iman dan amany yang tak dapat datang DK1 esok. Iman kata die tak tahu (haih, leh caya ke ni Iman, sedih tau) dan amany pulak tengah sedih2 maybe baru pas nangis, masa kol suara lain macam. Beliau sangat sedih kerana terpaksa kensel last minit tak dapat join DK1 . Sabar amany yer, ada jodoh ada rezeki kita jumpa lagi, insyaAllah.
Sudah minum kami ronda-ronda sekitar masjid UIA. Subhanallah, cantik bangat dong.. waduh, terpesona daku~ haih~ kenapa la UTM tak secantik ini, hehe.. ngada-ngada pulok. Dengar2 cerita dari sumber yang boleh dipercayai, scene dalam cerita "Nur Kasih" yang kononnya di ambil di Kaherah, Mesir sebenarnya adalah di ambil di Masjid UIA, ngehe.. kantoi..^_^
Pernah masa berjalan bertiga, kami terserempak ngan seseorang, die tegur saya.."dik, toilet mana yer?" hik3.. perasaan muda sekejap, hahaha.. Hajar dan Nisa' jeles saya awek muda, kekeke.. joke je naa~ eheh~
Habis meronda, kami ke Marhallah apa nama ntah, bilik Naqibah Nisa', bilik Yus, student biotech. Punyala design terlalu unik, walaupun dah sampai blok yang betul, nak ke bilik beliau kami sesat2.. Unik, hik3.. Malam-malam buta mengganggu anak orang tengah study, eheh~ sorry yer Yus.. Neway tanx sangat-sangat untuk bookmark yang penuh makna.. ^_^
Tengah-tengah sembang telefon berbunyi, Asma' telefon.. sembang sedikit sebanyak. Kata beliau, dia ada program esok hari dan mungkin tiba lewat. What to do, dua2 penting, so takpelah lambat, asalkan selamat sampai ^_^
Sudah sembang kat bilik Yus, dalam kul 12 kami berangkat pulang ke bilik Nisa'. Hehe. Suasana budak asrama yang dirindui. Malam-malam buta pun tak nampak macam malam, bilik lain-lain kebanyakan masih terang, suara pelajar bersembang masih rancak, leh dengar dari luar.. Saya, Nisa' dan Hajar pun sama, sampai bilik bukan terus tidur, sambung sembang sambil iron baju dan makan buah. Akhirnya kul 1.30 lebih kurang, saya tewas dan mengaku kalah, aha~ apa lagik, tidur laa... Nisa' masih iron baju namun daku lena di ulit mimpi... Ngantuk sangat. Haih~
Suatu kenangan best yang tak mungkin dilupakan, walaupun sekejap saja tapi di isi dengan penuh bermanfaat.. seronok sangat-sangat dapat luang masa bersama adik tersayang. haih~ bila la bleh pergi sana lagik.. ajak Atul dan lain-lain sekali best jugak. hehehe~ Bila agaknya dapat jayakan program Tautan Ukhwah Bersama Moderator yer? Bestnya kalu sukses...^_^
Korang yang membaca sampai sini.. haha! apa yang korang nak tahu sebenarnya? hik3.. sorry yer, saya telah memperdayakan anda.. korang yang nak tahu pasal DK1, maaf yer saya telah mengecewakan anda sebab cerita saya kali ini tamat sampai sini sahaja. Pasal DK1 insyaALLAH akan disambung dilain hari, ehehe~ sorry yer..Anyway, thanx sebab sudi baca celoteh saya kali ini. Maaf juga andai saya tercuri masa berharga korang.

Friday, August 7, 2009
Bukan Senang Mahu Senang
Bismillahirrahmanirahim..
Di mulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Segala puji-pujian hanya bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat nabi junjungan Muhammad SAW serta sahabat..
Alhamdulillah.. Setelah sekian lama blog ini menyepi, kali ini saya cuba menulis sebaris dua kata ayat untuk dikongsikan bersama. Mungkin penulisan kali ini adalah lebih kepada peringatan buat diri saya sendiri, yang sentiasa leka dan alpa. Peringatan buat diri ini yang sering saja tidak istiqamah, astagfirullahalazim. Mana yang baik kita jadikan tauladan dan yang buruk sama-sama kita buang jauh-jauh, insyaAllah.
Istiqamah.
Secara dasarnya Istiqamah bermaksud; berdiri teguh di atas jalan Islam dalam segenap ruang kehidupan sama ada dari sudut aqidah dan pegangan, amalan, pandangan hidup, perjuangan dan sebagainya iaitu tidak akan berganjak sedikit pun dari jalan tersebut walaupun terdapat pelbagai godaan dan rintangan. Wallahua'alam.
Istiqamah itu perlu tidak kira dalam apa jua amal kebaikan yang kita lakukan. Ini terbukti apabila Baginda Nabi Muhammad saw berkali-kali bersabda, antaranya di petik dari hadis-hadis berikut:
Diriwayatkan dari Sufyan Ibn ‘Abdullah r.a. menceritakan;
‘Aku telah berkata kepada Rasulullah s.a.w.;
"Ya Rasulullah! Nyatakan untukku di dalam Islam ini satu ungkapan yang mana aku tidak akan bertanya lagi tentangnya dari orang lain selain engkau’. Jawab Rasulullah s.a.w.; ‘Katakanlah; ‘Aku beriman kepada Allah’ dan kemudian hendaklah kamu istiqamah".
(Hadis riwayat Imam Ahmad, an-Nasai, Muslim, at-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Menurut Imam al-Manawi pula dalam kitabnya “Faidhul Qadir”; seruan Rasulullah s.a.w. ;
‘Katakanlah; Aku beriman dengan Allah’, (perbaharuilah iman kamu kepada Allah dengan menyebutnya dengan hati kamu serta menuturnya dengan lidah kamu dengan menghadirkan segala pengertian iman yang disyari’atkan). Adapun seruan baginda; ‘hendaklah kamu beristiqamah’ bermaksud; beriltizamlah mengerjakan amalan-amalan ketaatan dan menjauhi perkara-perkara yang bertentangan (dengan kehendak Allah).
Jadi Istiqamah mengikut pandangan Imam al-Minawi ini ialah; kita sentiasa taat kepaad Allah dan menjauhi larangan-laranganNya. (Faidhul-Qadier, hadis no. 6143).
Kenapa Yang Mudah Menjadi Sukar?
Betapa diri ini insan yang hina lagi tidak mensyukuri nikmat Allah. Hingga kini persoalan ini belum bisa terjawab oleh saya, kenapa susah benar ingin istiqamah? Kenapa Iman saya sentiasa naik dan turun? Begitu sukar di duga. Ada masa kita boleh menghabiskan senaskah al-quran dalam masa dua minggu, ada masanya pula berbulan lamanya tidak menyentuh kitab suci itu. Astagfirullahalazim.. Ada masa pula berjam-jam solat sunat, ada masanya solat fardu acuh tak acuh, astagfirullahalazim.. Ada masanya begini dan ada masanya pula begitu.. Ya Allah, ampunkanlah dosaku.
Kenapakah susah benar untuk aku beristiqamah?
Adakah kerana diri ini angkuh?
Adakah kerana hati ini sudah hitam di balut dosa?
Adakah jasad ini sudah berkarat kerana tidak mempraktikkannya sejak dari kecil atau otak ini sudah beku?
Astagfirullahalazim.. Ampunkanlah segala dosaku Ya Tuhan..
Kenapa Perlu Istiqamah?
Kerana dengan istiqamah melakukan amalan terpuji, antara ganjaran yang bakal kita perolehi adalah jaminan ke syurga. Subhanallah.. Sedikit perkongsian untuk renungan bersama, antara hikmah-hikmah dan balasan baik yang diperolehi jika kita bersitiqamah, semoga kita sama-sama dapat mengambil iktibar, insyaAllah..
Saya teringat ceramah Ustaz Hj Zamri Zainal Abidin beberapa minggu yang lalu. Tajuknya berkisar kepada Israk Mikraj dan istiqamah. Keduanya dikaitkan dan ternyata, ada kesinambungannya. Contoh yang di kemukakan oleh Ustaz Hj Zamri adalah.. ketika israk mikraj, baginda Nabi SAW terdengar derapan tapak kaki seorang sahabat di syurga, yakni Bilal bin Rabah.. Sedangkan waktu itu, Bilal masih lagi hidup.
Sebaik saja bersama-sama dengan para sahabat yang lain, Nabi kemudiannya bertanya kepada Bilal Bin Rabah;
" Wahai Bilal Bin Rabah, apakah amalan kamu sehingga melayakkan kamu tempat di syurga?"
Setelah termenung seketika, Bilal menjawab dengan penuh rendah diri dan tawadhuk..
" Aku sentiasa melakukan solat sunat selepas wudhuk (kini dikenali solat sunat wudhuk).."
Dan akhirnya baginda Nabi mengesahkan, memang itulah amalan yang melayakkan Bilal di syurga. Jika di fikir-fikir secara logik, bukan susah untuk melakukan solat sunat dua rakaat. Sesiapa juga boleh melakukannya, maka sesiapa juga boleh masuk ke syurga.. namun yang susahnya adalah bagaimana ingin kekal istiqamah..
Alhamdulillah, Bilal kekal sentiasa istiqamah dengan amalannya yang 'mudah' itu maka syurgalah sebaik-baik ganjaran. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Semoga kita juga ditempatkan di syurga, amin..
Setiap dari kita pasti mati, setiap dari kita mengidamkan syurga sebagai destinasi terakhir kita, tapi apakah amalan yang kita telah lakukan sudah mencukupi untuk kita menempah 'tiket' ke syurga? Astagfirullahalazim.. Betapa beratnya tanggungan dosa yang sedang terpikul di pundakku Ya Allah.. Ampunkanlah segala dosa-dosaku.
"Ya Allah, hanya Engkaulah sahaja yang kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan...Ya Allah, pimpinlah hati kami agar sentiasa kekal di jalan-Mu yang lurus. Tunjukilah kami jalan yang lurus, yakni jalan orang-orang yang Kau berikan nikmat kepadanya, bukanlah jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan pula jalan mereka yang sesat..amin ya rabbal alamin.."

Wednesday, August 5, 2009
Monday, August 3, 2009
ESQ : Pengalaman Terindah
Dimulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar..
Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad Saw.. Kerana pengorbanan, ketabahan, kesabaran, kecintaan, kesungguhan dan kemuliaan baginda maka kita dapat menikmati nikmat Islam dan Iman, Alhamdulillah..
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, maka saya diberi kesempatan untuk mengikuti Training ESQ, angkatan ke-37, Kuala Lumpur . Training berlansung selama tiga hari iaitu pada tarikh bersejarah, 31 Julai 2009 – 2 Ogos 2009 di Putrajaya International Convensyen Center (PICC). Jurulatih kami yang bertuah ini adalah Encik Rinaldi Agusyana (adik kepada Ary Ginanjar Agustian, pengasas ESQ) dibantu oleh Encik Dudi Supriadi serta di bantu oleh Muqorrabin (rakyat Malaysia yang pernah menakluk Everest dan mengelilingi 21 buah negara dengan berbasikal)
Sekali lagi puji-pujian hanya kepada Allah Maha Pencipta. Alhamdulillah..
Dalam kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada Presiden iLuvislam, Mohd Nurul Imran Koyube yang juga salah seorang alumni ESQ, dan juga terlibat sebagai penterjemah buku ESQ, kerana memberi saya dan beberapa sahabat yang lain, peluang dan kesempatan berharga mengikuti latihan ESQ ini. Jazakallah khairan kathiran. May Allah rewards us Jannatul Firdaus. Alhamdulillah, ketika hari terakhir latihan, saya berkesempatan bertemu dengan Ustaz Zahir (penasihat iLuvislam) dan Imran serta Ruzaini (founder iluvislam aka alumni esq).
Sempat Im berpesan, "nanti jangan lupa update sharing kat blog" now here i am..^_^
Gambar Kenangan.
Mengikut perancangan awal, saya serta beberapa orang sahabat sepatutnya mengikuti training ESQ pada 4 Julai yang lepas, dan sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Menentukan segalanya. Waktu itu, saya menitiskan air mata kecewa kerana tidak dapat mengikutinya, dan kini, sepanjang mengikuti kursus ini selama tiga hari, lebih banyak air mata yang tumpah, tidak terhitung, subhanallah, alhamdulillah, allahuakbar.. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan Muhammad saw..
Tiga hari yang penuh makna di sini, tanpa segan silu dengan penuh rasa rendah diri saya mengaku, tidak pernah terlepas satu sesi pun air mata ini meluncur laju. Malahan, saya berani berkata, adalah aneh dan pelik jika peserta tidak menangis. Barangkali hatinya tidak tersentuh, jiwanya tidak gementar, tidak merasakan apa-apa kerana tidak pernah berbuat dosa, ataupun terlalu yakin, jika mereka mati saat itu, mereka pasti di masukkan ke syurga.. Astaghfirullahalazim..
Masakan tidak, setiap slot dan ruang di isi dengan begitu baik sekali. Ada pengisian yang bermanfaat dan menginsafkan. Terasa betapa diri ini kerdil, hina. Selama ini diri ini sudah banyak melakukan dosa, sudah banyak merosakkan diri, sudah banyak mengingkari suruhan Allah. Tertanya pada diri, andai aku mati kini, di manakah tempatku, adakah syurga atau neraka? Astagfirullahalazim..
Selain sesi menginsafi diri, mengagungkan kuasa Tuhan, mengenang jasa dan pengorbanan Nabi Muhammad SAW.. kami juga disediakan dengan senaman dan permainan serta aktiviti fizikal. Selain untuk memastikan para peserta kekal cerdas sepanjang sesi yang berlansung dari jam 8 pagi hingga 7.30 petang itu, aktiviti-aktiviti tersebut juga mempunyai maknanya yang tersirat.
Contohnya senaman yang paling ringkas, empat langkah senaman iaitu lari setempat, berenang, memetik buah dan memanah yang membawa maksud.. kita mesti berkerja kuat (berlari), mengharungi rintangan (berenang) untuk menggapai impian (memetik buah) dan juga hendaklah fokus (memanah) untuk mencapai kejayaan. Itu baru senaman, apatah lagi dengan pelbagai permainan dan aktiviti yang lain, sarat dengan pengajaran yang tersirat. Alhamdulillah.
Sesungguhnya, pengalaman berharga yang di lalui selama tiga hari itu benar-benar berbekas dan menyentuh hingga ke dasar hati, tidak mampu terucap dengan kata-kata, tertulis dengan pena mahupun tertaip dengan keyboard kerana sesungguhnya, yang melihat adalah mata hati dan yang merasainya juga adalah hati ini. Maha Suci Allah..
Sedikit perkongsian dan pengakuan ikhlas dari saya untuk renungan bersama. Hari pertama, air mata saya gugur mengakui sesungguhnya, Muhammad itu utusan Allah, al-quran itu qalam Allah dan Allah itu Maha Berkuasa lagi Maha Agung. Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Maha suci Allah. Sesungguhnya, kekuasaan Allah meliputi langit dan bumi. Terasa selama ini betapa kerdilnya diri ini. Terasa betapa selama ini diri ini tidak memuliakan al-quran kalam Allah, terasa betapa diri ini tidak mencintai Allah sepenuh hati, tidak mencintai manusia mulia sepenuh hati. Astaghfirullahalazim.. Ampunkan dosa-dosaku Ya Allah..
“Ya Muhammad, sungguh besar pengorbananmu, sungguh mulia jasamu, betapa kau mencintai ummatmu, betapa kau mengasihi ummatmu, namun aku hamba yang hina sering alpa dan leka. Selama ini aku percaya al-quran itu kalam Allah namun aku tidak mengamalnya sepenuh hatiku. Aku tahu agama yang di bawamu benar, namun aku sering tergelincir dari landasan. Ya Muhammad, terimalah aku sebagai ummatmu, berikanlah aku syafaatmu. Ya Muhammad, aku cintakanmu, aku rindukanmu, aku ingin bertemu denganmu wahai kekasih Allah.. Ya Allah, pimpinlah hatiku, tunjukanlah aku jalanmu yang benar, ampunkanlah dosaku, masukkanlah aku ke syurga bersama mereka yang aku cintai, agar kami dapat bertemu kekasihmu di syurga yang abadi, Amin ya rabbal alamin..”
Tiga hari berlalu begitu cepat tidak terasa. Pastinya sesi yang tidak dapat dilupakan adalah sesi di mana telinga kami dibisikkan azan, dibisikkan kalimah syahadah, di Tanya berulang kami, siapa kami. Ditanya berulang kali apa yang kami mahu..airmata tumpah tidak tertahan lagi.. membayangkan betapa siksanya api neraka.. membayangkan diri ini belum bersedia menghadapi mati.. membayangkan diri ini hamba yang hina, takutkan api neraka namun tidak pula layak ke syurga..
“Astaghfirullahalazim, sungguh aku takut azab neraka-Mu Ya Allah. Aku hamba-Mu yang hina, aku tidak layak mendapat syurga-Mu namun aku takut azab neraka-Mu. Ampunkanlah dosaku Ya Allah, terima lah taubat ku Ya Rahim.. Aku hamba-Mu yang berdosa. Ampunkanlah dosaku Ya Allah..Astagfirullahalazim”
Jika sebelum ini, saya pernah mendengar khabar angin, kononnya ESQ adalah ajaran sesat. Namun, setelah melaluinya sendiri, saya berani mengatakan, ia hanyalah tuduhan yang tidak berasas! Dusta sama sekali.
Melalui training ini, tiada benda/perkara baru di ajarkan, semuanya sudah biasa kita dengar dan kita amalkan, Cuma amalan dan keyakinan itu diingatkan dan disegarkan kembali dalam suasana yang lebih meyakinkan dan menginsafkan, lebih menyentuh hati. Training ini berkisar kepada 1-ihsan, bagaimana mentauhidkan Allah swt. 6-Rukun Iman dan 5-Rukun Islam. Segalanya tidak lari dan hanya merujuk kepada Al-Quran kitab Allah. Mengajar kita agar lebih cintakan Allah, Muhammad dan Al-Quran. Percaya sepenuh hati kepada malaikat, utusan Allah, hari kiamat dan ketentuan qada’ dan qadar.
Namun begitu, percaya dan yakin semata-mata tidak mampu membentuk spiritual yang berjaya, kita juga harus mengamalkan perintah Allah dengan seluruh anggota tubuh badan kita. Kita wajib laksanakan 5-Rukun Islam, mengucap kalimah syahadat dengan penuh keyakinan , solat 5 waktu sehari semalam, puasa, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji bagi yang berkemampuan. Islam is the way of life, semuanya telah sempurna. Subhanallah. Allahuakbar!
Terasa sesungguhnya diri ini benar-benar bertuah kerana di lahirkan dalam Islam, mengenal Islam, mengenal kitab Allah, menjadi ummat Muhammad saw.. Semoga diri ini terus dibimbing dan dipimpin oleh-Nya, ditunjuki jalan yang lurus dan di masukkan ke syurga bersama golongan yang dikasihi Allah. Saya juga bersyukur kerana diizinkan Allah untuk mengikuti training ini di mana dapat menimbulkan keinsafan dalam diri ini. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa yang silam dan semoga syurga sentiasa menjadi cita-cita saya.
Kepada sahabat sekalian, jika ada kesempatan dan peluang, lapangkanlah diri anda untuk mengikuti latihan ESQ ini. Jika sebelum ini saya tercari-cari di mana destinasi saya, namun kini, setelah mengikuti training ESQ, saya tahu dengan jelas matlamat saya yang sebenar-benarnya. Apa yang perlu saya focus kini adalah bagaimana saya perlu memandu hidup ini agar dapat mencapai tujuan yang satu itu. Selawat dan salam ke atas nabi junjungan saw..

Bersemangat!
Satria ESQ..go! go! go!
Satria ESQ.. fight! fight! fight!
Satria ESQ..win! win! win!
Satria ESQ 1 6 5!
ESQ YES!
ESQ BOLEH!
MALAYSIA BOLEH!
Satria ESQ..go! go! go!
Satria ESQ.. fight! fight! fight!
Satria ESQ..win! win! win!
Satria ESQ 1 6 5!
ESQ YES!
ESQ BOLEH!
MALAYSIA BOLEH!
Senyuman dalam airmata, hik3..^^
Alhamdulillah.. dapat ramai kawan baru..
Kiri Puan Aini, kanan Puan Azlina
Entah apa yang ditepuk, lalat gamaknya, =p
Some of us.. Alhamdulillah, kami kini alumni ESQ.. Semoga dapat bertemu alumni-alumni seluruhnya.. insyaAllah
Perkongsian.Alhamdulillah.. dapat ramai kawan baru..

"Ambil yang baik, buang yang buruk, ciptakan yang baru yang jauh lebih baik!"
Wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)