+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, August 24, 2009

Tiga Hari Puasa

Assalamualaikum wbt..

Apa khabar semuanya? Moga sihat jasad dan iman, di bawah naungan kasih dan rahmat Ilahi sentiasa hendaknya. Bagaimana dengan puasa kita? Sudah masuk hari ke tiga, Alhamdulillah. Semoga hari-hari seterusnya, kita dapat memanfaatkan ramadhan ini sebaik yang mungkin. Mencari keampunan, keberkatan dan keredhaan Ilahi. InsyaAllah.

Ramadhan datang setahun sekali. Ganjaran pahala berlipat ganda sepanjang bulan ini jadi, janganlah kita sia-siakan peluang yang ada ini untuk menambahkan amalan. Mengumpul bekalan untuk ke akhirat sana. Jika ada duit yang lebih, bersedekahlah walau sedikit asalkan hati ikhlas. Perbanyakkan membaca quran dan tingkatkan amal ibadat. Lakukan solat sunat.

Istimewanya Ramadhan kerana adanya solat terawih pada malam hari. Tak dapat lakukan berjemaah di surau atau di masjid, boleh juga lakukan sendirian di rumah. Terutamanya kepada kaum hawa yang sering ada alasan untuk ke masjid, jangan kerana tidak ke masjid lalu terus abaikan solat terawih ini.

Kita tidak tahu usia kita sampai bila. Kita tidak tahu bila kita akan dijemput pulang ke alam barzakh. Mungkin, ini ramadhan terakhir kita. Jangan kelak kita menyesal kerana tidak menghargai ramadhan terakhir ini sebaik yang mungkin.

Pesanan untuk diri, beringatlah wahai Hasniza.

Wallahua'alam.

4 comments:

Mujahadah Al-Knight said...

Thanks for the reminder... =)

InsyaAllah kita sama2 mencari fadhilat dlm bulan mulia ini... =)

AsNiza said...

:: Elixir Rhapsody (saya suka nick nie ^^)

Sama-sama, ^_^

Amin..moga kita peroleh kebaikan yg berlipat kali ganda.. amin ya rabbal alamin

relax said...

salam... :) selamat berpuasa n selamat bertekun( berusaha bersungguh2) menjalankan ibadat puasa. akak letih pose :( :D

AsNiza said...

:: ikhawana

w'salam...selamat berpuasa kembali ^_^

alalala~ letih ke, hehe
sabar yer..perbanyakkan baca quran, mungkin leh kurangkan rasa letih tu ^_^

jgn nakal2 tau..=D