Bismilllahirrahmanirrahim..
Setiap hati pasti punyai perasaan rindu. Itu lumrah, itu anugerah dari Ilahi. Begitu juga dengan saya. Saya antara manusia yang mudah benar rindu merindui. Seorang perindu. Bagai pungguk dan bulan? Mungkin sama tapi tidak serupa, saya tetap tidur bila malam menjelma ^_^
Apa yang saya rindu kali ini? Mungkin sama dengan apa yang kamu rindu. InsyaAllah, lagi beberapa jam, Ramadhan bakal mengunjungi kita semua sekali lagi, insyaAllah. Jika ALLAH izinkan. Sungguh, rindu kian membuak-buak, tak sabar rasanya menikmati keindahan ramadhan kali ini, mudah-mudahan, Ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya, insyaAllah.. Amin..
Ramadhan kali ini adalah Ramadhan kali ke-3 tanpa arwah ayah. Rindunya pada arwah ayah.. Sudah lama tidak mimpikan ayah, apa khabar ayah di sana? Orang masih ingat, kali terakhir orang mimpikan ayah, orang menangis memeluk ayah. Orang cakap pada ayah, orang gembira kerana ayah masih hidup. Tapi rupa-rupanya, orang cuma bermimpi. Ayah sudah tiada. Ayah benar-benar sudah tiada. Dalam mimpi orang menangis, bila terjaga, airmata itu benar-benar membasahi pipi orang. Orang rindukan ayah..
Ayah, moga ayah bahagia di dunia sana. Orang suka benar bulan ramadhan sebab orang tahu, penghuni alam kubur tidak akan diseksa selama sebulan yang mulia ini. Orang sayangkan ayah.. Orang doakan agar ayah ditempatkan dalam golongan yang Allah kasihi, tapi bagaimana keadaan ayah di sana, orang tak tahu.. orang sayangkan ayah.. orang tak mahu ayah diseksa, atau diazab.
Ayah.. Semoga ramadhan ini, orang dan anak-anak ayah yang lain dapat meningkatkan keimanan, menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, agar kami dapat menghantar doa buatmu di sana wahai ayah.. Orang sayangkan ayah.. Orang mahu ayah bahagia..
"Wahai Tuhanku, ampunkan dosaku dan dosa kedua ibu bapaku, kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi aku ketika aku masih kecil, amin"
Ramadhan datang lagik. Mudah-mudahan aku masih sempat menikmatinya.
Kepada semuanya, saya mohon maaf andai ada salah dan silap selama kita berkenalan. Maaf yer. Akhir kata, selamat menyambut ketibaan Ramadhan kepada semua.
Merdeka~!! Merdeka~!! Merdeka~!!!
Padan muka syaitan kena rantai.. =p

5 comments:
Assalamualaikum..
Kak as,ana ambik peluang ni nak minta mf sekiranya slma kenal byk penulisan ana yg buat akk terasa hati sedar mhupun x...
Tika di ili dan jg di blog...
Realiti blum kan..^_^
Salam Ramdhan kariim kak...
Moga Ramadhan kali ini menjd titik mula kita mentarbiah dan meng'islah' dr kita,insyaAllah.
Salam ramadhan.
Salam kemaafan:)
Salam.. Selamat menjalani ibadah puasa.. Semoga puasa kali ini lebih baik dari puasa yang lepas.. (^__^)
Selamat menyambut festival ibadah sempena bulan Ramadhan ini ya ukhti... =)
w'salam..
terima kasih kpd semua..
saya pun nak ucapkan selamat berpuasa gak
mohon ampun dan maaf andai ada tersilap atau tersalah, sengaja atau tidak..
jom sama2 mencari keberkatan, kerahmatan dan keampunan dari Ilahi..semoga yg dicari dapat ditemui..
amin..
Post a Comment