+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Wednesday, August 26, 2009

Aku Bukan Ratu

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, dalam sedar atau tidak, rupa-rupanya sudah lebih setahun saya memikul amanah sebagai moderator umum di iLuvislam.com. Maha Suci Allah. Dari mula berkenalan dengan iLi sekadar untuk melepaskan tekanan di tempat kerja, kini, iLi bagaikan segalanya bagi saya. Siapa sangka, jika dulu iLi sekadar 'teman' di alam maya, kini iLi aktif beraktiviti di alam nyata pula. Ukhwah yang terjalin antara krew juga kian hari kian mantap. Tidak cukup dengan berbalas komen di ruangan forum, kami ber-blogging dan juga Alhamdulillah, banyak aktiviti di atur oleh pihak iLuvislam di alam nyata berjaya merapatkan lagi ukhwah antara kami.

Kenyataannya juga, Ogos ini genap 6 bulan saya memegang amanah sebagai ketua moderator umum. Selama itu juga, pelbagai pahit manis, masam masin telah saya lalui. Apa pun, saya bersyukur kerana diberi peluang berjuang bersama sahabat yang best-best belaka. Walau ada masanya kaki terasa penat melangkah, demi mengenangkan perjuangan yang masih belum selesai, saya gagahkan jua langkah kaki ini. Terima kasih kepada sahabat dan adik2 moderator yang banyak memberikan sokongan, moga Allah pula membalas jasa baik kalian.

Selama bertugas di forum, bukan sekali saya 'bergaduh' dengan user. Hingga ramai yang 'meng-cop' saya mod yang paling garang. Bukan seorang dua yang tidak senang dengan saya. Apa pun, saya terima dengan hati yang lapang. Orang-orang yang melanggar etika forum saja yang tidak sukakan mod, user lain yang patuhi etika dan peraturan forum Alhamdulillah lain pula cara penerimaannya.

'Bergaduh' dengan user melalui PM dan secara terang-terangan di forum ibarat lumrah yang terpaksa kami hadapi. Perkara biasa bagi moderator. User sesama user seronok bergaduh di forum, tiba-tiba mod muncul melarang pergaduhan or lock thread, normallah jika tidak disenangi. Lain padang lain belalangnya.User seronok bersantai tiba-tiba mod datang lock thread kerana lebih 10 pages. Wajarlah mereka marah, mod kacau daun namanya ^^.

Apa pun, pihak iLuvislam/moderator tidak akan mudah-mudah lock thread atau ban user. Selagi etika dan peraturan tidak dilanggar secara serius dan bila di beri peringatan atau teguran user terus berubah, mod akan memaafkannya begitu saja. Buat masa ini, hanya beberapa orang user yang telah di-ban. Bukti betapa iLi terlalu berlembut hati, tidak ban user sewenangnya, cuma terdapat beberapa user yang di-ban kerana perlanggaran etika.

Hanya dua orang dari user yang telah di-ban setelah membuka lebih daripada 10 thread berulang. Sepatutnya, user yang ditegur lebih dari tiga kali layak dikenakan tindakan seperti 'ban', namun demi sifat buang yang keruh ambil yang jernih, banyak saja user yang 'terlepas dari hukuman' dan dimaafkan walaupun sudah ditegur melebihi tiga kali.

Tahukah anda? Kategori yang paling banyak thread di buka adalah Kategori Thread Berulang, yakni memiliki 160 pages (+-) kesemuanya.

Jadi, adakah wajar iluvislam/moderator dituduh sebagai kejam atau zalim? Sama-samalah muhasabah diri.


Ketua Mod

Dua hari yang lepas, saya bagai tersentap. Ada seseorang PM saya dan menasihatkan saya supaya tidak terlibat dalam pebincangan/pergaduhan di ruangan forum. Katanya, dia menghormati saya sebagai ketua mod umum, tidak mahu saya 'di hentam' atau direndah-rendahkan oleh user lain. Ditakuti menjatuhkan kredibiliti saya.

Saya hargai sikap dia yang mengambil berat dan prihatin. Namun saranan itu adalah sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh saya selama ini. Pada saya, saya tidak ada lebih atau kurang berbanding user lain. Saya juga manusia biasa tiada yang istimewa. Saya juga ada pandangan untuk dikongsi dan saya juga perlu untuk 'dihentam' atau 'menghentam' kerana tanggungjawab saya juga adalah untuk mengingatkan user agar dapat mematuhi etika forum.

Saya terkesima. Adakah saya seorang ratu yang perlu diberi layanan yang istimewa? Perlukah saya menjadi ratu lebah atau ratu semut? Sekadar diam di dalam istana, menanti askar-askar menghantar makanan? Membiarkan saja askar-askar bekerja keras demi meneruskan kesinambungan hidup hingga ke generasi yang seterusnya?

Jawapan ada pada saya. Dan untuk kali ini saya menjawab, TIDAK. Sungguh, saya bukanlah ratu dan saya tidak meminta layanan yang istimewa. Saya tidak perlu dipandang tinggi atau diangkat ke darjat yang lebih tinggi hanya kerana saya seorang ketua mod. Jangan! Saya sekadar hamba Allah yang melaksanakan amanah saya di ruangan forum, tidak lebih dari itu.

Saya juga manusia biasa yang ada banyak kelemahan diri. Saya juga wajar di tegur andai saya melakukan kesilapan atau kekhilafan. Di ruangan forum saya tidak sendirian. Saya ada bala tentera saya yang tersendiri. Tanpa mereka, perjalanan forum tak mungkin berjalan lancar. Bukan sedikit tenaga dan masa yang telah mereka luangkan untuk iLuvislam. Mereka juga tunjang belakang iLuvislam. Saya tidak lebih dari mereka, saya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan rakan-rakan mod yang lain. Tiada apa yang berbeza.

Berbakti kepada ummah melalui forum iLuvislam. Mendidik ummah melalui forum iLuvislam. Bukan duniawi yang ingin dikejar, tapi ganjaran syurga yang menjadi idaman. Biarlah Ummar Al-Khattab jadi ikutan. Semoga cemerlang dunia dan akhirat.

Wallahua'alam.

Mohon maaf andai ada salah dan silap. Selamat menunaikan ibadah puasa. Jom sama-sama mengejar ,keampunan, keberkatan dan limpah rahmat dari Yang Esa.


Wassalam.

5 comments:

Wal said...
This comment has been removed by the author.
Wal said...

keke. MakNgah jadik lady boss ka.
lady boss kne turun padanglah.
bosan duk dalam opis sensorang.

macam org gila duduk dalam ekon.
sejuk lak tuh.

boss kalau xtaw tengok company adelah
boss pemalas. btol x kak?

hahah.

Mujahadah Al-Knight said...

Salam akak.

Hmm... Saya rasa PM yang dihantar kepada akak itu adalah supaya mereka boleh meneruskan pergaduhan mereka di iLuvislam. Saya ni tak patut bersangka buruk la haha. =p

Tapi, kadang-kadang saya rasa sedih bila melihat ummah kita bertelingkah atas sebab-sebab kecil. Kita ummah Islam hendaklah bersatu.

By the way, saya teringin tahu apa pendapat akak mengenai kes model sambilan, arak dan sebatan.

Saya membaca beberapa blog yang menyatakan bahawa hukuman sebatan adalah tak releven dan mereka adalah Muslim, malah tokoh tanah air juga. Akak boleh lihat link-link mereka di blog saya.

Siapakah kita untuk mempertikaikan hukum Allah dan menyatakan ia tidak releven pada zaman ini? Astaghfirullah hal'azim...
=(

AhmadNizamuddin said...

Assalamu'alaikum....

segarang-garang Kak Asniza, garang lagi abah aku...

hahaha...

garang-garang pon tapi hatinya baik...

hmm...

sepanjang tengok post, xde la garang pon... tegas tuh ada la...

kui3....

xtau la dalam pm....

kalo bukan ratu, apa ya??

pikir2...

hehe...

apo-apo pon, semoga menjadi ketua mod yang disenangi oleh Allah...walaupun tak disenangi oleh semua orang...

wallahu a'lam...

s.F.a said...

salam akak...

itu mende bese lah tu..
lumrah kehidupan se0rang manusia yg b'nama Ketua M0derat0r F0rum iLi..hehe..
jgn trase ye kak...

sye prnh gak marah m0d2 yg l0ck thread saye..tp bgtau gtu2 je..xlah smpai nk gaduh tu...tp ble nk marah tu xjadik sbb bleh knal2..hehe...itulah saye!!

yelah mase bkak thread tu p0n,akal saye x matured ag..nk bukak yg cam bebudak gtu...mmg patut d'lock'..ekeke...skang ni da matured da..xbkak da la thread yg akan d'aut0maticly' akan d'l0ck 0leh m0d2...hehe...

walau pape p0n kak As,
hidup mesti diteruskan..jgn b'henti separuh jln selagi jantung masih b'degup/nafas belum t'henti...chaiy0k!chaiy0k!sabar ya kak~=)