+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, August 18, 2009

Rama-Rama

Kau rama-rama
Kau cantik berwarna-warni
Rupamu indah menawan
Lenggokmu menggoda menjejak angin
Tarianmu di celahan bebunga mekar
Gemalai rentakmu mengasyikkan
Memikat hati setiap pencinta.
Kau rama-rama
Masihkah kau ingat?
Dulu kau seekor ulat
Nasibmu sering dikeji
Bukan dipuji
Kau rama-rama
Masihkah kau ingat?
Dulu kau keras membatu
Dalam kelonsong putih kau kaku
Menanti masa melihat dunia
Kau rama-rama
Masihkah kau ingat?
Betapa kau bersusah payah
Mencuba keluar dari kepompongmu
Namun kau tabah
Kau kental
Lalu kau bebas
Kau melihat jasadmu
Bukan lagi seekor ulat bulu
Kini kau punyai kepak yang indah
Kini kau tak perlu merangkak
Kau bisa terbang!
Kau kian angkuh
Makananmu bukan lagi dedaun
Madu bunga kau hirup!
Kau kian bongkak
Meliuk lintuk dibelai angin
Kau bangga dengan kecantikanmu
Lalu kau lupa asalmu
Janganlah begitu wahai rama-rama
Kau tak boleh lupa
Kau harus sentiasa ingat
Bukan mudah untuk kau senang
Beringat-ingatlah..
Hidup di atas bukan selamanya
Akan sampai masanya
Kepak yang kau agungkan itu
Akan patah tidak bermaya
Kau akan tewas
Kau akan binasa
Jika kau tidak berhati-hati
Beringat-ingatlah
Yang indah hanya sementara
Hargailah..
Bersyukurlah..

5 comments:

ikhwana syuhada said...

salam be the first lagik ^_^.

rama-rama semoga rama2 nie tabah menjalani hidup...hehehehe peace

AsNiza said...

:: ikhwana..

kalu ada anugerah org pertama, ikhwana konfem juara..hik3..

rama2 terbang melata, hisap madu di pohon bunga, tp sayang hidup tak lama...innalillah..

ikhwana syuhada said...

walaupun rama-rama tu hidup tak lama kak..hidupnyer penuh berbakti kepada alam...dia membawa debunga sepanjang hidupnyer..dan madu adalah gaji buat die yang tuhan bagi atas niat murni die setiap hari ^_^.

[ana] Farhana said...

ana pon suka rerame....

jadilah seperti rerama...

terbang bebas....

hinggap dari satu bunga ke satu bunga...

menikmati ciptaan illahi...

Ahyana Solehah said...

hebatla kak asniza ni berpuitis...Subhanallah2x, bukan calang2 rama2 nih...

siruu a'la barakatillah kak! =)