+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, March 13, 2009

Spontan~!!

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum wbt..

Kali ini saya janji, cuba menulis seringkas mungkin setelah di komen oleh seorang adik comel lagi cute..kata beliau:
" Kalu jalan-jalan kat blog Kak As kena isi diesel RM 50, huhu.."

BTW, thnx for the comment, kalu tak akak pun tak sedar, iyer tak, i do appreciate, thnx..=)

Cerita.

Jumaat, seperti biasa lunch hour dua jam so i decided untuk rehat kat rumah. Lebih kurang 5 minit saja perjalanan dari ofis. Sebelum balik rumah saya singgah bungkus nasik .

Sambil makan sambil tengok tv, Astro Oasis, rancangan Indahnya Iman.. Oh, sebelum terlupa, untuk menjeleskan anda yang berada jauh di perantauan, eheh, saya tapau nasik + sayur lemak cili api pucuk ubi kayu + ikan percik + sotong masak sambal..huish..best rezeki kali ni, Alhamdulillah..Tengah makan telefon saya berdering. Rupanya adik kesayangan yang bakal kembali ke Ukrida Ahad ini menelefon. Saya jawab dan kami bersembang 6minit 57saat saja. Setelah peluk cium..Tapp..putus talian.

Saya kembali sambung menjamu selera yang terhenti sekejap tadi. Mata masih membulat tertancap di skrin tv. Kerana mungkin saya makan agak rakus, tiba-tiba sambal sotong terpercik masuk ke mata. Aduh, pedih betul..haih..Kupas kulit bawang pun saya serender, ini pulak masuk sambal dalam mata, adeh..

Langsung tak boleh bukak mata. Saya nanar meluru ke arah sinki. Laju. Agak-agak saja sebab tak nampak. Pedih. Bukak paip cuci muka. Lama. Taknak hilang pedih. Saya cuak. Takut juga jadi buta. Cuci lagi berkali-kali. Lagi dan lagi. Sambil itu saya sempat meminta maaf kepada seseorang..

"Alamak mata, sorry aku careless..sorila tak jaga ko betul-betul," ulang-ulang kali saya mengomel. Sampailah mata saya kembali pulih seperti sedia kala. Lap muka kemudian kembali duduk depan tv.

Sedetik dua detik saya tergelak sendirian..."apa kes minta maaf ngan mata? LOL"

Moral of The Story.

Jasad dan nyawa cuma pinjaman dariNya. Hargailah ia sebaik yang mungkin. Wassalam.


6 comments:

Jolynn said...

Kelaka sungguh citer Kak Asniza. Heheheh. Tapi ya la, kita kena jaga badan kita sebaik mungkin. Jom exercise~

sno0p said...

Hehehe...Kelakarla Kak Aniza nie...tu la..lain kali hati-hati sikit...Nasib x buta..hehehe
Ya,btl tu...kita kena hargai anggota badan kita dengan jaganya sebaik mungkin...

Anonymous said...

hehehe..tu la pasal..careless sangat..sib baik leh melihat lg nih, klu tk dah xleh post entri kt sini lg dah, isk3..

semuanya anugerah dan pinjaman dari Nya..semoga kita memanfaatkan segala kurniaan dgn sebaik mungkin..=)

madet said...

hehe, awk ni mmg tau, sy dok oversea jgk tau, boleh kira kn jgk la, dok sabah, kg kedah,study sana, emm... mmg mjeleskan keadaan tau... sabar je la nasib badan diperantauan...:)

Anonymous said...

oh..sori cik madet, ehehe..sekali sekala bersikap kejam..^^

saya sekali pernah g Sabah, mmg rasa lain sgt, jauh beza la kn ngn Semenanjung..sabar yer, balik kedah nnt leh suh mak masak, eheh.

UkhwAh said...

ehem..hemm.hemm..

nak pasan sat..sat ja..sat ja..
haha!!

terima kasih!terharu biru!
akhirnya makngah declare jg!wakaka!

p/s: saya sayang makNgah!