+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, March 16, 2009

Liverpool Vs Man Utd~!!

Honestly saya bukanlah peminat bola. Seumur hidup saya boleh dikira dengan jari berapa kali saya menyaksikan perlawanan bola. Masuk stadium menyaksikan perlawanan bola baru dua kali, itu pun kerana menemani teman serumah. Menyaksikan di skrin juga jarang, mungkin beberapa kali. Itupun secara berkumpulan, sama-sama memeriahkan restoran mamak sewaktu belajar dulu. Skrin yang besar, penonton yang ramai, terasa juga kemeriahannya. Harapkan saya seorang diri 90 minit terpaku di hadapan tv semata-mata menyaksikan 22 orang mengejar sebiji bola, pastinya sesuatu yang mustahil.

Liverpool.

Saya memang tak minat bola. Tiada team feveret. Pasal game pun saya sebenarnya tak tahu. Apa yang saya tahu, jika bola membolosi gol pihak lawan, maka dapatlah satu gol. Team mana score lebih banyak gol maka dialah yang menang, thats all.

Dalam banyak-banyak team yang menjadi sebutan, hanya Man Utd dan Liverpool yang menarik perhatian saya. Kenapa liverpool. Kerana sejak di tingkatan dua, teman sekelas kebanyakannya bercerita mengenai kehebatan Liverpool. Saya tetap sama, tiada beza dan tetap tak minat bola, tapi selalu juga dengar nama-nama seperti Owen, Fowler dan lain-lain.

Masuk zaman universiti, kebetulan bercampur dengan peminat fanatik Liverpool. Dan saya mula-mula menyaksikan perlawanan bola kerana mengikut peminat ini. Pastinya perlawanan yang melibatkan Liverpool dan pastinya kami menyokong Liverpool. Err..sebenarnya mereka menyokong Liverpool. Saya sekadar tumpang gembira bila rawang gol pihak lawan dicerobohi Liverpool.

Man Utd.

Entah, tidak diketahui kenapa. Tapi saya tidak gemar dengan team ini. Mungkin kerana team ini paling ramai peminat, mungkin. Mana-mana saja orang bercakap tentang kehebatan mereka, pasukan yang hebat, miliki pemain yang hebat dan pengurus yang bijak. Wah, jadi meluat pula saya. Dulunya nama Beckham, Giggs jadi sebutan, sekarang ada pulak Ronaldo, Rooney..wahh..bosannya...

Tapi, ada masanya saya juga sebenarnya gembira jika team ini menang, sebab saya tahu ada seseorang yang gembira sakan meraikan team feveretnya itu. Dia gembira, saya tumpang gembira. Saya suka kalau Man Utd menang, tapi team yang kalah itu seharusnya dan pasti bukan Liverpool. eheh..Belasahlah sesiapa saja kecuali Liverpool, sorry..

13th March 2008.



Mengikut record, Man Utd tak pernah kalah di gelanggang sendiri. Old Trafford adalah gelanggang maut utk pasukan pelawat. Dan mengikut statistik perlawanan antara Man U dan Liverpool, dalam 18 pertemuan sebelum ini, Man U menang 11 kali ke atas Liverpool dan Liverpool cuma pernah mengalahkan Man U sebanyak 7 kali (yeke..statistik n data ni aku lemah sket, eheh).

Walaubagaimanapun, keyakinan yang tinggi Rafael Benitez dan pemain Liverpool setelah berjaya mengalahkan Real Madrid 4-0 beberapa hari sebelum perlawanan di OT, akhirnya membuahkan suatu magik yang sangat mengujakan. Semangat ingin menang kerana ingin merapatkan jurang mata dengan pendahulu liga (Man Utd) juga mungkin menjadi salah satu pendorong kemenangan.

Perlawanan malam itu menyaksikan Cristiano Ronaldo (Man Utd) membuka jaringan seawal minit ke 23. Namun itu sedikit pun tidak mematahkan semangat pihak lawan. Akhirnya, sewaktu separuh masa pertama, Fernando Torres dan Steven Gerrard dari Liverpool menghadiahkan 2 gol untuk Liverpool, semakin menambahkan keyakinan Liverpool beraksi di gelanggan pihak lawan.

Ketinggalan dengan cuma satu gol, Man Utd makin parah setelah seorang pemain diberikan kad merah oleh pengadil. Man Utd bermain dengan cuma 10 pemain. Dan akhirnya, pada minit ke 77, Fabio Aurelio menjaringkan satu lagi gol dan di tambah gol ke empat pada minit ke 90 oleh Andrea Dossena.

Penutup.

Akhirnya, Man Utd maut di gelanggang sendiri. Liverpool menang dengan begitu bergaya. Keputusan memihak kepada Liverpool dengan score 4-1. Menjadikan mata Liverpool bertambah kepada 61 mata, kini di tangga ketiga berkongsi mata dengan Chelsea dan Man Utd kekal 65 mata masih lagi mendahului liga.

Ada beberapa perlawanan lagi untuk di lalui. Aku harap kali ini, Liverpool dapat merebut gelaran juara dari juara bertahan Man Utd. Apa-apa pun, kalah menang memang adat perlawanan. Yang penting, kerjasama. wonderpets!

Okeh, sekian.


p/s: wahhh..first time ni aku cerita pasal bola, hari ini dalam sejarah. semangat nyer pasal, haha.

5 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum ,
sy juat nak minta kebenaran tuk copy paste ur karya .
boleh ka?
hope sggt .. thanks

Anonymous said...

W'salam.

Diizinkan asalkan letak link rujukan alamat blog ini..=)

Btw, anony ni sape? takruf cket..;)

Anonymous said...

"Dan mengikut statistik perlawanan antara Man U dan Liverpool, dalam 18 pertemuan sebelum ini, Man U menang 11 kali ke atas Liverpool dan Liverpool cuma pernah mengalahkan Man U sebanyak 7 kali"

Takde org nak betulkan ke nie? isk3..

nellyberry said...

babe,

seingat aku dulu, aku penyokong ManYoo gak masa form 2. Slalu gaduh ngan Ahla. Sbbnya masa tu gilakan Beckham and Giggs.

Masa aku hangat berchenta dulu pun, ex-bf aku penyokong ManYoo. Slalu gak la lepak kat kedai mamak tgk bola. Tapi masa tuh aku dah minat kat Liverpool dah. Aku pun dah lupa bila masa aku convert from ManYoo to The Reds!

Anonymous said...

Dear,

Ko ingat tak boys kelas kite,
Lupa dh eaxactly tp derang suka letak nama such as Hanafi Fowler, Mat Yie Owen..etc etc..

Dowh, i miss all those days so much laa..isk3..