+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, March 2, 2009

Pertahankan Diri

Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Anak saudara saya Alya Afreena sudah siap berpakaian serba putih (uniform karate) sedang tidak sabar menanti di ruang tamu.

"Ayah cepatla, dah lambat nie" suara kecil Alya memanggil. Latihan sepatutnya bermula jam 11 pagi. Perjalanan dari rumah ke sekolah cuma mengambil masa kira-kira 10 minit. Tapi Alya benar-benar bersemangat untuk menjalani latihan seni pertahankan diri. Minggu ini adalah kali ke 4 dia mengikuti latihan itu. Adiknya Ammar Ashraf yang berusia 5 tahun juga ikut serta. Pantang tengok kakaknya berbuat apa, semuanya ingin di tiru. Maka ibu mereka berkeputusan mendaftarkan namanya sekali. Beberapa minit kemudian, Alya dan Ashraf bersama ayah mereka keluar menaiki kereta menuju ke sekolah.

Latihan sepatutnya berjalan selama kira-kira satu jam. Ayah mereka aka abang ipar saya merancang untuk ke klinik gigi. Jadi kakak saya aka ibu alya dan ashraf di tugaskan mengambil mereka di tempat latihan. Dengan menggunakan kereta kecil berwarna merah, saya, kakak dan emak ke luar menuju ke sekolah Alya. Kami sampai 30 minit lebih awal, jadi saya pertama kali sempat melihat anak buah saya berlatih. mungkin kerana fizikalnya yang agak rendah, walaupun sudah darjah dua (7 tahun 3 bulan) dia di barisan paling hadapan. Dan dia di barisan paling hadapan mungkin juga kerana dia yang bersemangat, bersungguh-sungguh dia belajar. cepat pula dia tangkap apa yang diajar. Kagum pula saya melihat si kecit itu. huhu~!!dan Ashraf, masih tidak serius. mungkin kerana ibu dan ayahnya ada bersama, dia mengelat tak nak prektis..haih~ashraf oo ashraf..

Kenapa Perlu Pertahankan Diri?



Idea ini timbul kerana abang ipar saya berpendapat, anak perempuannya perlu ada 'ilmu' untuk melindungi diri. Memandangkan kebelakangan ini isu jenayah melibatkan kanak-kanak perempuan kian menjadi-jadi. Setidak-tidaknya anak perempuannya itu dapat pendedahan awal ilmu mempertahankan diri.

Tambahan pula Alya ni suka makan banyak, silap-silap bleh jadi gemuk, jadi untuk memastikan kesihatannya sentiasa di tahap optimum, kelas pertahankan diri ini perlu. Ia juga perlu untuk memastikan masanya terisi dengan aktiviti yang bermanfaat.

Selain itu, tujuan lain adalah kerana Alya sukar untuk untuk fokus dalam sesuatu kerja yang di lakukan. Jadi, latihan karate ini perlu untuk melatih si kecit supaya belajar menerima dan mendengar arahan serta berdisiplin dalam apa yang di lakukannya.

Dan juga kelas itu perlu kerana Alya sendiri yang berminat dengan seni mempertahankan diri itu sendiri. So, good for her lah..She really enjoy it..

Pertahankan.

Lupakan Alya dan karate. Sebagai muslim, jihad yang paling utama adalah jihad melawan nafsu. Bagaimana kita ingin mempertahankan diri kita dari serangan nafsu jahat? Bagaimana mempertahankan diri kita dari godaan syaitan yang di rejam? Bagaimana mempertahankan diri dari ajakan teman-teman yang suka melihat kita melakukan maksiat? Bagaimana mempertahankan diri dari rasa kecewa dan duka? Bagaimana mempertahankan diri dari di sakiti insan lain? Bagaimana mempertahankan diri dari perkara-perkara munkar? Bagaimana mempertahankan diri dari bisikan-bisikan yang melalaikan.

Sungguh, dunia ini penjara bg orang yg beriman, maka pastinya di dunia ini akan ada saja dugaan yang datang menguji. Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri yang berusaha mengubahnya dan Tuhan juga memberi dugaan kepada hambaNya yang mampu sahaja.

Jadi, walau apa pun ujian yang datang..tabahkan hati dan bersangka baik kepada Allah. Banyakkan doa dan dekatkan diri kepadaNya, insyaAllah, penyelesaian terbaik akan di perolehi. dengan izin Allah. Pertahankan diri kita. Pertahankan maruah kita. Pertahankan prinsip kita. Pertahankan IMAN kita. InsyaAllah..

~"Aku berlindung dari syaitan yang di rejam"~

2 comments:

Anonymous said...

Terdapat kesilapan tatabahasa. Imbuhan 'di' jika perkataan selepasnya itu perbuatan, maka perlu dirapatkan.

Bagus kecil-kecil lagi sudah belajar martial arts. Kanak-kanak otot mereka masih lembut dan dalam pertumbuhan, memang sesuai sangat diajar untuk menendang-nendang.

Kalau dah tua baru nak belajar macam saya ni, alamat baru 2-3 kali angkat kaki sudah krem.

Hahaha

Anonymous said...

Aduyai..polis bahasa sudah datang, haha~!! Ampun pak, lainkali tak buat lagi, heee~

Banyak sangat martial arts. Karate, taekwondo, aikido,tomoi, judo, dll..
Mana yg paling best yer?

What about silat? hmm