+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Friday, January 30, 2009

Tewas~!!

Satu detik, aku sepi,
Menunduk ke bumi,
Membisu tanpa kata,
Hanya titis air mata dan sendu,
Berbicara penuh syahdu.

Di sini, kali ini, aku tewas lagi.
Jatuh tersungkur, terluka dan berdarah.

Di sini aku tunduk,
Di hadapan Mu aku berserah,
Kedua tangan ku tadah,
Air mata jatuh mencurah,
Betapa kini aku pasrah,
Aku hambaMu yang lemah.

Kini berlutut di sejadah,
Memohon padaMu ya Allah.
Dan PadaMu Tuhan yang ku sembah,
Aku memohon limpah hidayah.
Padamu Ya Allah,
Kini Aku berserah.

PadaMu ya Allah,
Aku memohon dan bergantung harap,
Kerana aku yakin dan pasti,
Engkau lah Tuhan Yang Maha Berhak.

PadaMu ya Allah,
Aku memohon dan berharap,
Kerana aku yakin dan pasti,
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui.


Nukilan: Aku Sendiri

3 comments:

hanimyusra said...

sememang nya kita hamba yang lemah..

Ibnurashidi said...

Salam..bersabar ya setiap dugaan..yang penting selalu bermuhasabah..pesanan juga buat diri ini..

sketsa sebuah perjuangan said...

huk huk huk... kite sememangnya serupa

alami nasib yg same..

kite akui kelamahan kite

sabarlah yer..

moge ALlah beri seribu kekuatan kpd kite