+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Tuesday, January 20, 2009

Coretan 20 Januari.

Bismillah...


"Alhamdulillah, finally blog aku berseri-seri dan untuk kesekian kalinya barulah aku berpuas hati dengan blog aku nie. Jika sebelum ini, aku asyik bertukar-tukar template, ada saja yg tak kena, insyaAllah selepas ini aku akan cuba setia kepada template ini. Harap-harap la yer..^^ Erm, sebelum aku terlupa, jutaan terima kasih kepada sahabat2 yg banyak membantu memberi tunjuk ajar, thank you, syukran, arigatou, danke! Jasamu ku kenang..dan hanya Allah yang mampu membalas jasa baik kalian. InsyaAllah."

Tahukah anda, lebih 90% pengunjung blog ini adalah terdiri dari kalangan mereka yang tidak pernah saya ketemui? tak pernah saya jumpa? Usahkan jumpa, YM pun tidak, tapi Alhamdulillah, melalui iluvislam (mungkin) mereka akhirnya mengenali blog ini, dan mungkin juga kerana jasa baik sahabat2 yang sudi meletakkan link blog saya ini di blog masing-masing. Sekali lagi terima kasih yer..


Kenapa?

Kenapa semut2comel?..huhu..ada yang bertanya dan saya pun tak tahu harus bagaimanakah saya menjawabnya? Jika ada istilah "gila internet" - mungkin saya tergolong dalam golongan ini..Astaghfirullah, sejak kebelakangan ini, banyak masa saya di luangkn di ruang cyber. Inilah dunia kedua saya, seharian tanpa internet sudah mampu membuat saya gelisah..Rindu adik-adik di iluvislam dan entah..saya juga tidak tahu ke mana masa saya diluangkan di ruang saiber ini..

Malas pula berhubung dan bertemu dengan manusia di dunia nyata. Weekdays 5 hari bekerja, balik kerja lepak rumah tak keluar and bila wekeend, terus saja balik rumah family, luangkan masa bersama family.. Tiada kegiatan bersosial bersama teman2, internet dunia saya dan teman saya.

Namun suprisingly, saya bukanlah kaki YM, bertegur sapa sekali sekala bila perlu. Di iluvislam juga saya tidak dedahkan YM id saya, dan jika pun pernah-YM id yang di berikan amatlah jarang saya gunakan aka tidak aktif - maaf kepada sesiapa yang berkenaan -y ang pernah add saya namun jarang pula dapat bersembang, maaf yer..^^

Owh, kembali kepada kenapa semut2comel...hurm, saya pun tiada jawapan yang jitu lagi kukuh, cuma yang mampu saya jawab, saya kagum dengan semangat dan kekreatifan yang ada pada semut, pernah membacanya di web harunyahya jika tak silap saya..Subhanallah, indahnya ciptaan Tuhan..Kagum betul dengan kekuatan dan kebolehan yang ada pada makhluk kecil ini.

Friendster saya juga menggunakan nama semut2comel dan untuk makluman, saya pernah mempunyai dua blog friendster..Kerana keterbatasan dan tidak mencapai kepuasan yang maksima melalui friendster, akhirnya cinta saya beralih arah kepada blogspot pula..(hee..maybe jeles tengok blog kengkawan semuanya best2..). dan tahukah anda, bila di congak di campur tolak, saya sebenarnya ada lima buah blog..Jeng3..dimanakah dan apakah? jawapan saya: biarlah rahsia..

Kenapa saya menulis di blog? Ada banyak sebab, namun sebab yang paling utama adalah kerana saya memang suka menulis, pernah ada cita-cita untuk menjadi penulis dan saya juga seorang yang tidak boleh berhenti 'berfikir'. ada saja yang bermain-main di minda, buktinya, di iluvislam sayalah top post! adei..dlm masa beberapa bulan saja, saya akhirnya menduduki carta tempat pertama..mengalahkan Anak_Pejuang, HafizAdam, Nisa_88, cikgu_eya, locos, kurma (di mana kurma??rindunya lama tak nampak..isk3) ..haih..then akhirnya terfikir,..segan pun ada, kelihatan macam 'overdos' pulak rasanye...sekali lagi haih..

Pada awalnya tak terasa apa, kemudian ada pulak sahabat yang sanggup mengira purata saya post komen di forum dalam masa sehari..pada waktu itu, purata sya post komen dalam masa sehari lebih kurang sepuluh post..Haih..Insaf sekejap..Dan bila di fikir2 semula, jika post-post yang pendek2 itu, di satukan, di tulis dan di olah dengan baik, di simpan dengan baik, insyaAllah boleh memberi manfaat kepada sahabat2 yang lain. dan insyaAllah sesuai untuk dijadikan rujukan dan peringatan kepada diri sendiri di masa akan datang- juga sebagai kenangan..^^ Maka akhirnya tercetuslah azam untuk lebih serius membina blog, dan taraaa..inilah hasilnya. Alhamdulillah.


Entri Feveret.

Saya paling suka entri yang saya tulis, iaitu sebuah cerpen yang tajuknya entah berapa kali di tukar dan akhirnya saya memilih tajuk ini.. "Umi, benarkah Allah wujud?"

Kebiasaan menulis satu-satu entri, saya mengambil masa kurang dari satu jam, lebih kurang setengah jam, dan untuk cerpen ini saya mengambil masa lebih kurang satu jam, dan kerana saya suka dengan tulisan saya sendiri, saya juga membacanya berulang-ulang kali, dan kesempatan ini di gunakan untuk mengedit mana-mana yang kelihatan lemah. Cerpen ini mengisahkan hubungan antara ibu dan anak, tentang rukun iman dan kewajipan muslim untuk percaya kepada Allah dan tidak ketinggalan di selitkan kisah kesengsaraan penduduk di Gaza.

Kebiasaan menulis juga, saya tidak suka merujuk kepada mana-mana rujukan, selalunya menulis apa yang ada di kepala-unless yang betul2 copy paste..98% semuanya bukan dari otak saya..haih..dan untuk kesekian kalinya, saya menulis dan merujuk kepada tafsir Quran, mengambil masa lebih satu jam untuk menulis adalah entri yang bertajuk
"Cinta Pertama, Hirisan Pertama".

Entri itu tercetus kerana saya kerap menerima PM dari user yang meminta pendapat mengenai isu couple (even budak darjah 5 pun pernah PM tanya bab2 cinta..haih)..dan kebetulan ada user yang PM pada 'masa yang sesuai' dan kebetulan hari itu saya mengambil cuti untuk berehat di rumah, maka saya luangkan masa untuk menulis entri tersebut. Hasilnya? erm..silakan baca sendiri..


Entri yang paling femes aka banyak komen tak lain tak bukan jatuh kepada entri
"moderator oh moderator". Mungkin kerana semasa menulis saya terdorong perasaan, agak emosional dan terlalu berterus terang tanpa tapis atau cover, akhirnya 'berjaya' mencetus seribu satu perasaan di kalangan moderator iluvislam..Saya khilaf dan semoga permohonan maaf saya di terima. Juga jutaan terima kasih kepada sahabat2 moderator yang berterusan menyokong saya dari belakang. InsyaAllah, pesanan, nasihat dan peringatan kalian akan sentiasa sematkan di hati..Jazakallah..


Harapan.

Semoga saya terus di kurniakan kudrat dan keupayaan untuk menulis dan terus menulis. Bukan berlagak pandai kerana saya masih punyai terlalu banyak kelemahan dan kekurangan, ilmu masih cetek dan lenggok bahasa masih berterabur tidak kuat. Saya sekadar berkongsi sedikit sebanyak coretan sebagai peringatan kepada diri sendiri di masa hadapan.. Supaya saya tidak lupa dan supaya ada orang yang sudi mengingatkn saya jika saya khilaf suatu masa nanti.

Kepada yang sudi menziarah, sekali lagi jazakallah..mana2 salah saya harap di maafkan. Yang silap tolong perbetulkan, yang senget tolong perluruskan san yang lemah minta tolong di kukuhkan..

Sekian untuk kali ini, Wassalam.

3 comments:

sketsa sebuah perjuangan said...

salam ukhuwwahfiLlah...
huhu, bnyeknye blog dia,,
panjang sgt la saudari tulis,, saya sempat bce separuh ajer,
by da way, syabas kerna karangan yang bagus, buatkan saya selalu tergelak sorang sorang
dan yg pasti, saye lah orangnya yg menanyakan soal "semut2 comel tu"
ahakxs! =)

saya pown dah link blog saudari melalui blog list pada blog saye..

p/S : suka duk bawah pemerintahan tok guru,, tenteram jiwa.. kat pahang nie, rasa gelisah ajer dok bawa mb umno... haks (^_~)

Jolynn said...

Teruskan usaha anda ya ukhti. Ana suka membaca coretan ukhti di iluvislam mahupun di blog. =D

Huhu... Ana pun selalu luangkan masa di internet. Tak tahu kenapa, tapi ana rasa kawan2 di alam maya lagi setia dengan ana. Dan ana pun suka kongsi ilmu dengan rakan2 maya yang ditemui di iluvislam.

iluvislam telah banyak mengubah cara hidup ana supaya menjadi muslimah yang solehah.

Ukhti AsNiza pun merupakan moderator yang bagus di iluvislam sebab ukhti pandai menegemukakan pandangan dengan penuh berhikmah. Emo? Hehe. Kita kan perempuan... =p

Anonymous said...

:: Salam kembali..

:: Mmg byk blog, tp yang aktif
:: satu jer..kui3

:: Semoga kita sentiasa
:: begitu/cepat2 la upgrade diri
:: yer, kita sayangkn tok guru,
:: kot2 leh jadi pewaris
:: beliau..insyaAllah.


:: Jazakallah Adawiyah atas
:: sokongan.

:: I am really appreciate that..^^
:: Kita sama jer, sama2 sedang
:: belajar- menjadi lebih baik.
:: dan Alhamdulillah, byk ilmu yg :: dapat kita timba dr iLuvislam..

:: Kui3..bukan pompuan je yg ada :: period pain, haha!