+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, January 1, 2009

Berbuat Maksiat Tapi Cemerlang!

Bismillah..

Pernah suatu ketika, ada seorang sahabat ..A..mengadu kepada aku..kecewa dengan hidupnya..tak putus2 di timpa masalah..tamat pengajian di peringkat ijazah namun demi mendapatkan sebuah pekerjaan yang benar2 stabil bukan mudah..beberapa kali bertukar tempat kerja..masih juga tidak bertambah baik..tidak cukup dengan itu, kekasih hati yang sudah berjanji setia ingin sehidup semati pula berubah arah, memilih yang baru dan meninggalkannya terkontang kanting..dia cuba bangkit dari kegagalan..mencuba dan mencuba namun masih tidak membuahkan hasil..mungkin sudah penat, lalu timbul persoalan di hatinya..

kebetulan pula A melihat teman yang dikenali semenjak pengajian iaitu B..sejak di bangku pengajian B sudah tinggal serumah dengan teman lelaki..sejadah dan kiblat sudah lama di lupakan..namun sebaik tamat pengajian, B menerima tawaran kerja dengan gaji lumayan..beberapa tahun kemudian berpindah kerja dengan gaji yang lebih tinggi..kini memandu sebuah kereta idaman hati..masih berbahagia bersama kekasih hati tanpa ada sebarang ikatan..

lalu membuatkan A tertanya2..kenapa aku yang baik dan selalu solat tapi selalu di uji? kenapa jalan hidup aku susah? kenapa aku yang tidak melakukan maksiat tidak mendapat kerja yang baik? masih tiada jodoh? sedangkan B tidak solat apatah lagi berdoa..malah B berzina tp kenapa B selalu mendapat apa yang dia inginkan? adakah Tuhan tidak adil? astagfirullah.....

jujur..saya sebenarnya juga pernah terfikir benda yg sama..kuat ibadah tak semestinya sukses!!naauzubillah..astagfirullahalazim..tp sy bersyukur krn sy tergolong dlm kategori org yg bertanya dan seterusnya mencari jawapan! alhamdulillah akhirnya saya ketemui jawapan yg saya pegang hingga ke hari ini...dan kisah inilah yang sering saya kongsikan jika ada yang bertanya..kenapa Tuhan sentiasa menguji aku?


"KISAH RAJA ZALIM DGN RAJA ADIL"

tersebut al kisah..suatu masa dulu (wallahua'alam) ada 2 org raja yg memerintah negeri masing2..seorang raja sangat zalim dan kejam..selalu menindas rakyatnya dan seorang raja lagi sangat baik hati, adil dan saksama dan di sayangi semua rakyatnya..suatu hari, raja baik jatuh sakit..seluruh rakyat berduka cita dan berusaha mencari penawarnya iaitu sejenis hidupan laut (if i am not mistaken)..namun setelah bersusah payah mencari, penawarnya tetap tidak di ketemui..dan akhirnya dgn izin Allah raja baik itu pun mangkat..

tak lama kemudian..raja zalim juga menghidap sakit yang sama dan penawarnya juga sama...dengan izin Allah juga, penawar tersebut begitu mudah di perolehi lalu raja zalim itu sembuh dari penyakitnya..lantas, ada yang bertanya? kenapa Tuhan tidak adil? kenapa Tuhan tidak membantu raja yang baik tetapi sebaliknya membantu raja yang zalim?

jawapannya..kerna raja zalim tersebut terlalu banyak dosa..dan mungkin melakukan sedikit kebaikan sepanjang hayatnya..dan kerana Tuhan Maha Adil..di dunia ini Tuhan membalas kebaikan tersebut supaya di neraka kelak raja zalim terus di masukkan ke neraka tanpa sebarang perhitungan..

sebaliknya raja yng baik tu di biarkan gering kerana sepanjang hidupnya raja tersebut mungkin melakukan kesilapan dan kesalahan jadi semasa hayatnya dosa tersebut sudah di tebus dan di akhirat kelak dia akan terus di masukkan ke syurga..demikianlah kisah tersebut..wallahua'alam.


Moral of The Story.

pengajaran yg dpt sya ambil dr kisah tersebut..percayalah Tuhan Maha Adil dan setiap apa yg kita lakukan samada baik atau buruk, pasti akan dapat balasan...barangkali kita benci kpd sesuatu padahal ia baik utk kita dan mungkin juga kita sukakan sesuatu padahal ia buruk kpd kita.

kita bencikan kegagalan. tapi mungkin dgn cara kegagalan itu Tuhan ingin menguji kita lalu membuatkan kita makin dekat kepadaNya..subhanallah..janji Tuhan itu pasti. biarpun sebesar zarah..segala amal kebaikan kita di dunia ini akan di hitung..jika di hadapan kita, kita sudah tahu mana baik n mana buruk...ke mana arah menuju syurga dan ke mana arah ke neraka..then kenapa masih lagi teragak2?

mmglah tak senang utk senang..tp setidak2nya, jika kita yakin bahawa Allah benar2 wujud, Allah Maha Esa, kita tidak akan putus berharap kepadaNya..terus berdoa memohon keberkatan dan bantuan dari Nya..kerana kita yakin, Dia yang menciptakan kita...Allahuakbar..
remember..


"kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang kafir,dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas" (2:212)


wallahua'alam..


Yang baik dtg dr Allah dan segala kesilapan puncanya dari kelemahan saya so please forgive me if i am doing wrong.wassalam.


8 comments:

Anonymous said...

kenapa A mahu kecewa dengan rezeki B?
sesungguhnya allah memberi dugaan sedemikian terhadap A kerna allah yakin A mampu menhadapinye dengan tabah..

Anonymous said...

mungkin A sudah penat kerana selalu gagal walaupun dah byk berdoa tp tidak di makbulkan sedangkn B tak solat pun sentiasa suksess..ntahlaa..

dugaan dan ujian bukti Allah kasih kpd kita..dan yup..kerana Allah yakin kita mampu menghadapinya..cuma terserah kpd kita bagaimana ingin menerimanya..

Anem Arnamee said...

Salam ziarah..
Salam maal hijrah..

sokong patrik harpish, "kerana ALLAH yakin A mampu menghadapinya dgn tabah.".

intai sikit kejayaan dan rezeki A d akhirat kelak, jika B tersedar, pastinya dia pula yang cemburu;p

salam ukhwah..;)

Anonymous said...

salam,

A ptt bersyukur sj la apa yg telah dia dpt atas usaha yg sahih

tapi si B spttnya tdk biarkan hanyut sprti raja yg zalim tu, rsanya si B ptt kita kesiani dn didoakan agar smpt jugak dia bertaubat

tiada siapa antara kta tahu pengakhiran hidup kita msing2,
mgkn ari baik sok taktaw lagi.. naudzubillahiminzalik

ps sy hrp citer A dn B tu skdr crite shja bkn realiti :(

wallahu'alam

Anonymous said...

Salam..

to arnamee: Yup..jika B ingat bahawa hidup cuma sementara dan akhirat juga yg abadi..konfem dia akan cemburu dan menyesal yg amat..

to mykucen: Sorry to say, cerita A dan B bukan rekaan semata2..dan kedua2nya Alhamdulillah masih hidup..si A rapat dgn saya dan Alhamdulillah setelah saya cerita kt dia kisah raja zalim dan adil tu, die bleh terima dan understood well..

"kita harapkan hari yg terang tp Tuhan turunkan hujan dan kilat..puas kita menangisi nasib diri yg malang, rupa2nya di sebalik hujan dan petir itu, rupanya ada pelangi yang menanti.."

Wallahua'alam.

fanramli said...

salam.

terima kasih untuk cerita raja zalim dan raja adil itu.

pengajaran. =).

za_nadia said...

salam ziarah

..nice post. sy pun baru saja diberi ujian akademik ni.

mohon utk copy cerita kak asniza yea. thanx!

doakan urusan kita semua dipermudahkan..

huda said...

salam..
very inspiring story..
thank kak asniza...
mintak izin copy eh...