+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Saturday, January 10, 2009

Untuk Hidup Kena Usaha.



"Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkau ciptakan aku, dan aku adalah hambaMu dengan segala kemampuanku. Aku berlindung kepada-Mu dari keburukan yang aku lakukan. Aku kembali kepada-Mu dengan segala nikmat-Mu atasku dan aku mengakui dosa-dosaku maka ampunilah aku kerana tidak ada yang mengampuni dosa-dosa melainkan Engkau"


2008 sudah berlalu, pejam celik setahun tak sedar pun usia juga makin bertambah. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilhai kerana aku masih berkesempatan untuk menghirup oksigen dan membebaskan karbon dioksida melalui rongga2 hidung dan mulut. hemoglobin dan enzime masih berfungsi dengan baik. terima kasih kepada encik jantung dan puan paru-paru, terima kasih kpd tiub2 arteri dan vena. juga terima kasih kpd adik beradik trakea, bronkus dan bronkiul serta seluruh sel dan organ dalam tubuh aku yang tak pernah jemu bertugas, walau kadang2 terpaksa di kerahkan bekerja overtime tanpa bayaran, namun kalian tetap juga menjalankan tugas dengan baik.

Subhanallah. betapa hebat dan agungnya kuasa Tuhan. sebijak mana pun kita, setinggi mana pun kita belajar, tak mungkin tidak kita mampu mengganti makhluk ciptaan Tuhan ini..iaitu manusia..aka homosapiens..dan alhamdulillah, aku masih dikurniakan umur yang panjang untuk hidup, mungkin lagi sehari..


Pencapaian 2008

Jika di ukur tahap material dan duniawi, tahun 2008 adalah tahun yang sangat suram bagi aku. tiada sebarang pencapaian yang boleh aku banggakan. dan mungkin mengecewakan. Sepanjang tahun aku tertanya-tanya, "adakah aku berada di landasan yang betul?"..setahun berlalu malangnya hingga kini aku masih tidak punyai jawapan.

Apa landasan yang betul?

Sudah hampir dua tahun aku bertugas sebagai proses engineer di sebuah company oil and gas, company kecik so suppose to i cant expect much. cukup untuk menimba pengalaman di sini, untuk pergi lebih jauh, aku tak pasti. selama hampir dua tahun ini juga tak henti2 menyoal diri, adakah tepat keputusan yang aku ambil? sesuaikah aku dengan kerja2 di sini? mampukah aku?

Alhamdulillah aku mendapat boss yang understanding dan banyak membantu. awal2 bertugas, beliau sering bagi aku kata2 semangat, bahawa aku mampu melakukannya.Tugasan pertama aku sejak bertugas sebagai proses engineer adalah menguruskan project menukar ganti-debottlenecking di sebuah kilang ternama di Pasir Gudang.

Tugas spesifik aku adalah gantikan scrubber lama kpd scrubber baru, memandangkn company ini kecil dan we are out number of staff, so kat sini kami multi task. aku lah proses engineer aku lah drafter. aku lah yang buat calculation dan aku jugalah yang melukis terkedek2 menggunakan autocad. bukan setakat, design equipment, temperature, pressure, equipment sizing, tukar ganti valve, kira bilangan tube saiz tube heat exchanger, atau segala yg berkaitan dgn proses, tapi aku juga terlibat untuk design bahagian piping. tak pernah tahu apa pun pasal piping aku terus di pertanggungjwbkan utk melukis route. mengsketch isometric drawing dan melukis GA drawing. benar2 mencabar kerana aku tiada basic dan bertambah mencabar krn paip2 tersebut kena lalu area yang sudah di selirati dgn paip2 lama, it's not easy, benar2 bekerja keras untuknya, if not, pipe clash or kadang2 tak memenuhi kriteria proses, so harus di elakkan.

Sepanjang hampir setahun bergelumang dgn scrubber, banyak perkara yang aku pelajari. selalu balik lewat malam dan sebulan sekali terpaksa turun Pasir Gudang untuk meeting. pagi2 pukul 6.30 pagi keluar rumah, 1 atau 2 pagi baru balik semula ke rumah dan esok pagi2 kena kerja benar2 menguji tahap diri, tapi aku seronok begitu kerana kesibukan itu menghadkan aku drp memikirkan perkara2 lain yang tidak signifikan. orang cuti aku bekerja di opis but i dont care, aku happy..

June 2008, tugasan terakhir untuk project sulung aku. tak silap aku bulan 5 scrubber tu siap di pasang dan alhamdulillah beroperasi dengan baik. so aku selaku engineer yang multi task di pertanggungjawabkn utk ke TITAN bg tugasan terakhir kami iaitu menyiapkan As Built Drawing- lukis balik isometric and GA drawing untuk paip kerana lukisan untuk isu for construction-mungkin tak di turuti oleh contractor semasa memasang-maybe ada clash ngn pipe2 lama etc, so ada pindaan dan kerja aku adalah untuk kenal pasti mana yang di pinda or mana yg ditambah di kurang.

Bos arahkan aku pergi ke Pasir Gudang berdua-ada sorang assistant aka drafter. Alhamdulillah kami ada drafter pompuan so no hal senang aku bekerja out station berdua. Waktu itu aku baru 7 bulan ada lesen dan baru 6 bulan drive kete baru-masih tak yakin tapi sbb terpaksa, terpaksa aku redahi juga, tambaan lagi drafter aku mmg xreti drive..hurm, nk tak nak terpaksalah aku redah. mula2 expect kami di sana cuma untuk 3 hari, tapi bila sampai di sana, ternyata banyak perkara yang perlu di lakukan. which is sebelum ini kami tidak pernah buat/skecth piping utk utilities tp last minit, client apply for it and terpaksalah kami berusaha keras. piping utk utilities termasuk water supply, steam trace etc etc adalah sgt byk dan for sure memerlukan byk masa.

Suka atau tidak, dua minggu kami berkampung di pasir gudang. dengan jumlah pakaian yang tak banyak kerana unexpected to stay longer, 2 hari sekali kamii terpaksa hantar dobi. bekerja hampir 20 jam sehari benar2 menguji tahap kebolehan diri aku dan sungguh kasihan kpd drafter aku kerana aku juga tak benarkan dia berehat..haha..aku nak cepat siap dan terpaksalah aku kerahkn tenaga dia sekali, hehe..

Selama dua minggu kt sana, Alhamdulillah semuanya lancar. Allah permudahkan urusan dan semuanya berakhir dengan baik, client pun puji aku depan bos-bos pun puas hati ngn kerja aku so lega sangat2...though selama dua minggu tu aku mcm org tak waras, kete aku calar kerana berlanggar dgn kereta lain (ngantuk ke apa tak tau laa) dan masa last2 minit nk anto drawing tiba2 pendrive kena virus..tapi alhamdulillah akhirnya semuanya dpt aku atasi dengan baik.


Hopeless?

Lega bila semuanya selesai tapi sejak setel projek tersebut, aku yang selalu busy dan ada bnda nak buat tiba2 rasa mcm useless kerana tidak lg di tugaskan handle tugas2 besar. bos pun pernah cakap ngn aku masa aku selalu kerja kuat utk projek scrubber, dia kata takpe sekarang awak busy, nnt bleh cuti panjang, aku harapkan cuti panjang tak yah g opis tp rupanya cuti panjang dr projek besar. bosan betul. lately aku just buat design untuk firewater, water spray utk tank Shell kat tanjung gelang, buat report study case untuk blending biodiesel, how to optimumkan RON, buat piping design untuk projek di cambodia..(tp tk pernah g sana), kaji proses dan equipment untuk hasilkn rubber powder dr tayar terpakai, etc etc yang aku rasa tak cukup mencabar-mungkin first2 kerja dah terus tekan gear 5 so bile skang tugas agak slow aku jd bosan, natijahnya aku byk berkeliaran di internet dan ini ternyata mendorong suatu perasaan tidak gembira dlm diri aku. rasa malas nak pegi kerja. rasa bersalah, rasa mcm rezeki tak berkat etc etc so terfikir untuk tukar kerja lain yang lebih mencabar. lama kelamaan aku rasa i am out of energy- tak de semangat untuk ke tempat kerja..nak senyum pun dah jadi susah..rsa mcm my life is just too meaningless.

Lately aku asik terfikir utk tukar kerja lain tp ada faktor2 yang menghalang, salah satunya kemelesatan ekonomi. keduanya aku masih tidak pasti hala tuju hidup aku dan ketiga aku sangat senang dengan suasana kerja aku sekarang, damai dan tidak sibuk, tak jauh dari opis ada tasik kota kemuning, i just love the scene..aku dah jatuh hati kpd kota kemuning yg permai ni. ada juga terfikir, adakah aku tergolong dlm kategori manusia yng tidak bersyukur? masih ada rakan yang sibuk mencari kerja tapi aku yang dikurniakan rezeki di sini masih lagi terkontang kanting..haih..

Last meeting/discusion dgn boss, dia kata dia nampak strength aku adalah aku ni rajin. hardworking so aku sepatutnya boleh jadi proses engineer yg baik. aku ajukan kpd bos, proses engineer kt consultant oil nn gas bukan senang, byk bnda kena fikir, kena fikir menyeluruh dan tak boleh silap..tak sama mcm kerja kat manufacturing, kita just buat apa yg di programkan or telah di set, control saja ikut apa yg di jadualkan..saya takut saya tak mampu..but he said, as for now dia yakin aku boleh asalkan aku mahu. bos aku juga ckp, bidang oil and gas akan bg banyak benefit utk kita, boleh jadikan kita kaya so aku sepatutnya tak sia2kan peluang yg ada..:(

Suka atau tidak, 2008 sudah berlalu pergi. Persoalan yang masih berlum terjawab masih tersimpan rapi bertanda soal. dan aku harap tahun baru ini segalanya akan terjawab. walaupun dalam sedang merangka strategi sempena tahun baru aku tersentak akibat serangan ke atas Gaza, seminggu aku tak de mood namun alhamdulillah setelah melaksanakan tanggungjwb aku mana yg mampu, sedikit demi sedikit aku sudah mampu tersenyum dan kini aku cuba bangkit semula merangka strategi baru.


Strategi.

Ada, tapi di rahsiakan, insyaAllah doakan aku supaya aku berjaya mencapainya. semoga aku berjaya dunia dan akhirat, dan memilih jalan hidup yang betul..mencari destinasi yang masih samar, semoga Allah sentiasa ada bersama kita..amin..

"Dan cukuplah Tuhanmu (Wahai Muhammad) menjadi pemimpin (ke jalan mengalahkan mereka) serta menjadi penolong (bagimu terhadap mereka)"


2 comments:

eCcentric eL said...

Assalamualaikum...
Tumpang lalu :D at last ada jugak tempat ko nak mencurahkan segala imaginasi ko tu kan... cuma hati2.. jangan banyak sangat berada di alam maya. Kita masih berpijak di bumi yang nyata ;)
Take care Nieja, moga dalam perlindungan Allah selalu...

Anonymous said...

Waalaikumsalam..
Silakan lalu, sementara Getz ko x dpt lg kena la jln kaki dlu yer..hehe
Thnx 4 visiting me 'here'..akhirnya ko berjaya menceroboh dunia ke-dua aku..hehe..

U're just absolutely right..sometimes aku lebih 'hidup' di alam maya more than realiti,byk masa kt forum kesayangan aku and juga blogging..byk negatif antaranya menaikkan berat badan aku..lol..

Azam tahun baru aku adalah b more realistic,insyaAllah..

than 4 being such a gud fren 4 me, moga kita sama2 di rahmati Allah..amin..