+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Monday, January 26, 2009

Siapa Guru Kita?



"Kakak, kalau lampu merah kite kena berhenti ke jalan"?
saya bertanya kepada anak saudara saya Alya Afreena, beberapa tahun yang lalu. ketika itu dia berumur lima tahun.

"kalau merah berhenti la.." jawab alya.

"kalau hijau?"

"hijau boleh jalan.." jawab alya lagi.

"ok, kalu kuning plak cmne?" tanya aku pula

"Kuning tu hati2.." jawab alya.

Tak lama kemudian, aku bertanya kepada Ammar Ashraf aka adik Alya Afreena. Waktu tu umurnya baru 4 tahun.

"Dik, kalau lampu merah stop ke jalan?" soalan biasa dari aku.

"Stop!" jawab dia.

"Hijau?" tanya aku lagi.

"Hijau boleh jalan laa" jawab ashraf.

"kalau kuning?" tanya aku.

"Kuning bawa laju2.." jawab ashraf sambil tunjuk tangannya buat vroom umpama sebuah kereta yang memecut laju.


Persoalannya.

Kenapa soalan yang sama, ada dua jawapan yang berbeza?

Bagaimana budak kecil tahu atau tidak mengenai sesuatu benda?

Siapa yang ajar mereka? Bagaimana mereka belajar?


Siapa guru kita?

Selalu saja kita dengar, makin lama hidup, makin banyak pengalaman, makin matang dalam melakukan sebarang tindakan. Pepatah melayu pula menggunakan perumpamaan, "Siapa makan garam dulu" . Which is maksudnya, siapa yang lebih lama hidup, dialah yang lebih tahu.

Walaubagaimanapun, pada pendapat saya, pepatah siapa makan garam dulu itu sekarang sudah tidak relevan. Usia bukan faktor penentu sejauh mana ilmu atau pengalaman seseorang. Sekarang ini bergantung kepada usaha sendiri dan sejauh mana sanggup untuk belajar dan menerima segala input di sekeliling untuk di adaptasi dalam kehidupan.

Tidak bermakna yang tua lebih tahu lalu yang muda mesti mengikut semua kata yang tua. Tidak bermakna yang tua semuanya betul dan tak perlu belajar dari yang lebih muda. Yang baru mesti mengikut segala acuan yang lama dan tidak boleh lebih atau kurang. Yang lama adalah guru dan yang baru mesti belajar dari yang lama.

Ini persepsi yang salah dan harus di ubah. Ilmu datang dalam pelbagai cara dan guru kita juga variasi. Buku semata2 tidak mencukupi untuk kita menjadi manusia yang bijak, orang sekeliling dan persekitaran juga ada pengaruh yang tersendiri. Dan orang yang lebih muda juga kadang2 mampu menjadi guru yang jauh lebih baik dari diri kita sendiri.

Kembali kepada cerita anak saudara saya tadi. Kenapa jawapan mereka berbeza? Kerana mereka mungkin belajar dari persekitaran. Jika selalu melihat si ayah memandu laju ketika lampu kuning maka itulah yang akan di terimanya dan di anggap betul. dan mungkin juga si kakak menjawab hati-hati kerana melalui percakapan dengan ibu-bapanya yang sudah berulang kali menyebut perkara yang sama, berhenti, jalan dan hati2. Cara menerima ilmu sememangnya berbeza dan takkan pernah berhenti, sentiasa bergerak dan berkembang.

Sebagai orang yang lebih dewasa, saya juga belajar dari anak saudara saya. Contoh bila saya mendapat dua jawapan yang berbeza lalu terfikir di minda saya, kenapa begini dan bagaimana mengatasinya? secara tidak langsung saya belajar dari kedua-dua anak saudara saya.

Begitu juga dengan hal-hal lain dalam kehidupan ini. Asalkan kita berlapang dada untuk menerima secara positif, insyaAllah walau apa yang datang, kita dapat mengaplikasikannya secara baik dan mengubah ia menjadi suatu ilmu yang bermanfaat, itu pun jika kita mahu.


Kesimpulan.

Tepuk dada tanya minda, siapa guru kita dan adakah kita sentiasa bersedia untuk belajar dan di ajar? Adakah segala ilmu yang kita miliki hari ini sudah memadai buat kita? Adakah kita sudah bepuas hati dengan apa yang menjadi milik kita sekarang?

Ada pepatah berkata, tuntutlah ilmu biar sampai ke negeri China..dan ada pula yang berkata, belajarlah dari buaian hingga ke liang lahad.

Terserah kepada kita untuk menentukan mana hala tuju kita yang sepatutnya. Jangan sekali-kali sempitkan minda dan letak batasan/limit dalam proses pembelajaran. Buka hati buka minda. Tak kira apa yang datang, bergolek atau melayang, jika kita tahu dan yakin, semua itu tiada yang sia-sia dan pasti ada hikmahnya..


"Segala ciptaan Tuhan tiada yang untuk sia-sia, jika kita mahu berfikir.Wallahua'alam."


Sekian untuk kali ini, Wassalam

2 comments:

sketsa sebuah perjuangan said...

comelnya adi adik itu yer

manis senyuman menggamit kerinduan

saya suka akan penulisana ini

moga di beri kekuatan untuk terus menulis yg hebat hebat

Anonymous said...

Bismillah,

terima kasih, tapi saya sebenarnya lagi sukakan tulisan org lain drp tulisan sendri, terlalu banyak kelemahan.

insyaAllah, semoga dikurniakan kekuatan dan dapat meningkatkan lagi penulisan supaya jd lebih baik.

amin.