+ Dengan nama Allah +

Dan orang yang sabar kerana mencari keredhaan Tuhannya, mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami nafkahkan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan, serta menolak kejahatan dengan kebaikan, orang itulah yang mendapat tempat kesudahan yang baik.
Surah Ar-Rad : Ayat-22

Thursday, January 15, 2009

Palestine: Apa Lagi Boleh Kami Bantu?

Ya Allah, apa lagi yang boleh kami bantu? Lemahnya kami, tak dapat berbuat apa2 sedangkan angka kematian terus meningkat, setiap jam ada saja nyawa yang terkorban, apa lagi yang boleh kami bantu Ya Tuhan?

14 Januari 2009: 4.15 petang(Malaysia). Jumlah mangsa yang syahid akibat serangan Israel di Gaza telah meningkat. Jumlah yang syahid 976, manakala yang cedera termasuk kritikal 4525.

Aku inginkan kedamaian, tapi bagaimana aku dapat hidup tenang sedangkn sebelah kaki ku bengkak bernanah..sakitnya Tuhan! sakit melihat saudara2 ku di tindas. Hingga aku berhenti membca sebarang berita tentang Gaza, tp itu tak mampu berhentikan penderitaan mereka, mereka masih lagi menangis,merintih, berlari2 ketakutan. Harus bagaimana lagi Ya Allah? Doa dan derma seolah tidak memberi apa2 kesan. Boikot pula terlalu lambat kesannya. Aku ingin SEGERA!! segera hentikan peperangan ini! sekarang juga!! hentikan peperangan ini sekarang juga...

Ya Allah, bagaimana agaknya mereka saat ini? sebelah tangan kudung, kepala berdarah tanpa henti, luka sana sini-dan ada yang menunggu ajal-menunggu izrail datang menjemput..makan apa hari ini? bagaimana tidur mereka? bagaimana pula anak2 yg kehilangan ibu dan ayah? harus bagaimanakah hidup mereka esok hari? makan apa? tinggal di mana? dengan siapa? aduh..hati mereka terlalu rapuh, tegarkah mereka meneruskan kehidupan setelah melalui semua mimpi ngeri ini?

Ya Allah, lindungilah mereka..aku sayangkan mereka.

2 comments:

zulsa @ Ahmad Faizul Bakti said...

Salams ukhwah...

Ramai Muslim di dunia telah menyumbang wang ringgit dan doa buat semua pejuang muslim di bumi Palestine.

Jgn lupa, bantuan Allah boleh datang dalam pelbagai bentuk; dari segi zahir atau batin. Malah ada dikalangan muslim kita yg telah mendoakan agar jin-jin muslim membantu pejuang muslim di bumi Palestine.

utk keterangan lanjut boleh ke : http://akrine.blogspot.com/

Anonymous said...

Salam ukhuwah,

Terima kasih..

Teringat saya kisah jin yang mengalihkan istana Balqis (if i am not mistaken)

Semoga kita semua jangan berhenti berusaha + berdoa.. Kita sebenarnya jauh lebih kuat kerana Allah ada bersama kita..